Skip to main content

Ulama bodoh adalah dari golongan kera.

Teori Darwin Manusia Asalnya Kera Tepat

Oleh : MERONG

"Darwin setelah dikenalpasti merupakan seorang daripada Saintis saintis berfahaman Yahudi Freemason yang bertindak sebagai saintis bagi menyuarakan pendapat atau teori dari pihak barat ketika kebangkitan barat didalam bidang sains dan teknologi.

Yahudi Freemason merupakan sekelompok manusia yang wujud dimuka bumi ini untuk menyesatkan akidah semua agama yang wujud di muka bumi terutamanya Islam.

Kelompok saintis dari golongan Yahudi Freemason ini telah berjaya meletakkan persepsi masyarakat kepada Ilmu Sains dan Teknologi setanding malah melebihi ilmu Al Quran dan Hadis sehinggakan Ulama Islam setempat dan sedunia hingga kini dilanda penyakit was-was atau takut-takut untuk melawan teori saintis yang ternyata sesat dan menyesatkan walaupun bercanggah dengan dalil Al Quran.

Dan yang paling menyedihkan apabila Ulama Islam mengiyakan tanpa hujah sains yang kemas (pada hakikatnya mereka sudah tewas didalam perdebatan ilmu dengan kelompok Yahudi Freemason didalam bidang sains). Diantara teori yang sesat dan menyesatkan yang lahir dari pemikiran Yahudi Freemason dan berjaya menghuru harakan akidah umat Islam secara keseluruhannya adalah :

   1. Teori Graviti Oleh Newton yang disebabkan oleh kuasa tarikan magnet dari pusat bumi
   2. Teori Bumi mengelilingi matahari oleh Copernicus / Kepler
   3. Teori Manusia berasal dari Monyet atau Kera oleh Darwin.

Untuk ruangan yang sempit ini kita tumpukan teori yang agak mudah difahami iaitu teori manusia berasal dari kera. Sebenarnya dari satu sudut, ana teramat bersetuju dengan Darwin bahawa manusia sememangnya berasalkan daripada monyet/kera.

Darwin ternyata benar dan berjaya membuktikan dari sudut sains dan Al Quran sekalipun bahawa manusia sememangnya berasal daripada monyet/kera.. Asalnya Yahudi pun sememangnya ahli kitab……yakni kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. Malangnya Yahudi Freemason ini tergolong didalam kelompok yang sesat dan menyesatkan.

Mustahil Darwin tidak pernah menyelidikki atau membaca terjemahan Al Quran. Dan melalui Al Quran jualah beliau medapat ilham yang disesatkan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia dengan mengeluarkan teori sedemikian. Allah s.w.t telah menyatakan dengan terang di dalam surah Al Baqarah (ayat 65) bahawa manusia yang membantah perintahNya dan menderhaka kepada suruhanNya , manusia ini adalah dari golongan kera.

Maka Darwin bersama syaitan mahu menyesatkan manusia dengan mengeluarkan teori dan fakta palsu agar manusia menjadi  kera seperti mana beliau. Dan manusia-manusia yang bodoh, taksub bulat-bulat kepada saintis tertipu dengan dakyah Darwin lalu secara tidak langsung mereka menidakkan aqidah mereka kepada Al Quran dan Sunnah.

 ثُمَّ تَوَلَّيۡتُم مِّنۢ بَعۡدِ ذَٲلِكَ‌ۖ فَلَوۡلَا فَضۡلُ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَتُهُ ۥ لَكُنتُم مِّنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ (٦٤) وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلَّذِينَ ٱعۡتَدَوۡاْ مِنكُمۡ فِى ٱلسَّبۡتِ فَقُلۡنَا لَهُمۡ كُونُواْ قِرَدَةً خَـٰسِـِٔينَ (٦٥)

Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang rugi. (64) Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina". Al Baqarah (65)

Dari satu sudut Darwin ternyata benar. Manusia yang tergolong didalam golongan yang sesat dan menyesatkan (dirinya tersesat dan mengajak orang lain sesat bersamanya dan durhaka kepada Allah s.w.t) sememangnya golongan manusia Kera sepertimana firman Allah s.w.t. Tetapi manusia yang berada di jalan yang lurus sememangnya berasal daripada keturunan Adam a.s dan Hawa .

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ (٣٠) وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَہُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (٣١) قَالُواْ سُبۡحَـٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآ‌ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ (٣٢) قَالَ يَـٰٓـَٔادَمُ أَنۢبِئۡهُم بِأَسۡمَآٮِٕہِمۡ‌ۖ فَلَمَّآ أَنۢبَأَهُم بِأَسۡمَآٮِٕہِمۡ قَالَ أَلَمۡ أَقُل لَّكُمۡ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ غَيۡبَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَأَعۡلَمُ مَا تُبۡدُونَ وَمَا كُنتُمۡ تَكۡتُمُونَ (٣٣) وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ (٣٤) وَقُلۡنَا يَـٰٓـَٔادَمُ ٱسۡكُنۡ أَنتَ وَزَوۡجُكَ ٱلۡجَنَّةَ وَكُلَا مِنۡهَا رَغَدًا حَيۡثُ شِئۡتُمَا وَلَا تَقۡرَبَا هَـٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٣٥) فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيۡطَـٰنُ عَنۡہَا فَأَخۡرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ‌ۖ وَقُلۡنَا ٱهۡبِطُواْ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ۬‌ۖ وَلَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرٌّ۬ وَمَتَـٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ۬ (٣٦)

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?.

Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (30)

Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. (31)

Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (32)

Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?. (33)

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir. (34)

Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim. (35)

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati). (36)

Surah Al Baqarah Ayat 30-36 

Kesimpulan.

Manusia adalah dari Kera. Teori darwin adalah benar. Tapi sebab ulama jenis bodoh nak mampos, mazhab 3rd party yang lurus bendul, dia tolak sendiri kebenaran kajian Darwin yang merujuk Al-Quran. Tolak tanpa hujah sains. Hujah Al-Quran pun tiada. Just tolak sebab darwin adalah Yahudi.

Manusia yang berada di jalan Allah naik taraf kepada manusia. Tapi genetik dan usul tetap kera.

Azazil yang berada di jalan Allah satu ketika dulu naik taraf kepada malaikat. Tapi genetik dan usul tetap jin.

Comments

  1. Darwin ternyata benar dan berjaya membuktikan dari sudut sains dan Al Quran sekalipun bahawa manusia sememangnya berasal daripada monyet/kera
    Maka Darwin bersama syaitan mahu menyesatkan manusia dengan mengeluarkan teori dan fakta palsu agar manusia menjadi kera seperti mana beliau. Dan manusia-manusia yang bodoh, taksub bulat-bulat kepada saintis tertipu dengan dakyah Darwin
    -----------------------------------hahahahaa darwin moden pulak dgn teori genetik 'melayunya' - agak2la darwin moden dgn pengikut2nya asal dari haiwan mana plak? huhuhu

    ReplyDelete
  2. AT ni berasal dr kera ke? hahahahaha...

    ReplyDelete
  3. Apa nak kalut2 pasal Theory Darwin hah. Allah dah bagitau dlm Quran manusia adalah manusia dan manusia bukan dpd monyet.

    Tak payah la nak sakitkan kepala nak sangkal itu...nak sangkal ini.

    Jangan jadi macam si pemimpin2 UmnoNgok tu. Mengaku percaya pada Quran...tapi....terkial2 mencari undang2 lain menggunakan akal fikiran mereka. Maka mula lah itu tak kena...ini tak kena....lepas tu tuduh orang lain yg buat angkara. Contohnya kes perkataan Allah. Bila mahkamah membuat keputusan mengikut undang2 ciptaan mereka mereka pertikaikan. Lepas tu si Hishamuddin menggalakkan pula demo. Takkkan tak tau bila dah berdemo dgn semangat dan galakkan yg di beri oleh pemimnpin2 UmnoNgok maka ini telah membakar semangat mereka la...jadi...tercetuslah bakar-membakar gereja. Bila ini terjadi...si Hishamuddin nak salahkan DSAI pulak. Nak guna ISA kunun. Patutnya pihak polis dari awal tangkap si Hishamuddin tu dan ISAkan dia kerana pencetus demo itu hari.

    ReplyDelete
  4. Betul ler teori ni AT..
    Ade 3 ekor manusia (teori) kat sini.
    Klu dah badan aje manusia tp jenetik fikiran sama ngan kera...
    Kira jenetik kera la tu...

    nak kacang ke....?
    he he he

    ReplyDelete
  5. Apa nak heran. Manusia pun sering memanggil manusia lain sebagai - natang beruk.

    ReplyDelete
  6. hehehe... kalu ikut article ni yang asal tanpa kesimpulan tu..

    orang yang sesat tak nak ikut Quran, itulah kera..

    sape nak jadi kera??

    sape yang menolak hujah Quran/hadis?

    sape yang mual dgn hujah quran/hadis??

    bahaya betul kutukan kepada ulama..

    ReplyDelete
  7. jd kera betoi Ok tiada shurga/neraka, yg payah digelar kera sbb tolak hujah quran/hadith , merekacipta tafsiran dari bahan mentah tp jahil quran/hadith yg lucu nak islamic state huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.

Simpang Renggam adalah University Jenayah Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Ada 2 tajuk berbeza pada gua dalam isu Simpang Renggam. Mekanisme pencegahan rekrud baru Pusat Tahanan itu sendiri Mekanisme pencegahan rekrud baru. Yang ini gua rasa KDN perlu ambil serius. Memang terjadi dan berleluasa rekrud-rekrud baru muncul dari dalam suasana penjara. Golongan penjenayah persendirian akan berbaiah dengan kumpulan gangster dari dalam penjara. Dan membentuk kumpulan yang besar apabila keluar. Kita tolak sebentar dahulu kes untuk bangsa India, kita rujuk satu sejarah Pak Long Burung Pengasas 36. Kumpulan Gangster Melayu. PEKIDA dan gangster Cina adalah satu entiti yang berbeza sebenarnya. Gangster Cina mempunyai fahaman komunisme, mempunyai sistem pengenalan diri komunis, buah-buah komunis, etc. Manakala PEKIDA menyerapkan budaya Arab dan berfahaman Islam (sekarang sudah sesat). Pak Long Burung (arwah) adalah pangkat 'Abang Besar' dalam PEKIDA. Akan tetapi, apabila berada dalam penjara, dia direkrud dengan unsur-unsur gangste