Skip to main content

PAS dan nama Allah



Oleh Zulkifli Sulong
Ketua Pengarang Harakahdaily

“75 peratus orang Melayu menolak pandangan PAS yang mengizinkan Kristian menggunakan nama Allah. Hanya 25 pertaus sahaja menyokongnya. Di kalangan bukan Melayu pula, 90 peratus menyokong PAS manakala 10 peratus sahaja menentangnya.”

Inilah kenyataan yang saya temui hari ini. Ia berdasarkan analisa rambang yang dibuat oleh beberapa pihak ekoran isu nama Allah.

“Jika begitu kedudukannya, PAS akan kalah di semua kerusi yang ditandinginya,” kata saya kepada pihak yang memberikan maklumat itu kepada saya. Analisa saya kepada maklumat itu adalah:

75 peratus dari 60 peratus orang Melayu akan mengundi Umno. Hanya 25 peratus sahaja akan mengundi PAS. Ini bermakna, PAS hanya akan mendapat 15 peratus pengundi kelompok ini.

PAS akan mendapat 36 peratus dari 40 peratus pengundi bukan Melayu di Malaysia. Ini bermakna, jumlah undi yang diperolehi PAS adalah 51 peratus berbanding dengan Umno 49 peratus dari seluruh kelompok masyarakat negara ini.

Jika begitu kedudukannya, walaupun PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Malaysia tetapi PAS akan kalah di kesemua kerusinya kerana PAS hanya bertanding di kawasan Melayu majoriti melebih 70 peratus.

Inilah dilema PAS... kalau dilihat kepada senario hari ini.

Namun, saya melihat dari perspektif berbeza. Benar inilah senario hari ini tetapi bukannya senario hari esok dan hari-hari seterusnya. Ini kerana, senario hari ini berlaku berdasarkan emosi orang Melayu dan bukan berdasar fakta sebenar kenapa PAS bertindak sedemikian dalam isu nama Allah ini.

Secara ringkasnya, pendirian PAS dalam isu nama Allah adalah:-

1) PAS setuju tidak salah agama Kristian menggunakan nama Allah kerana semua agama Samawi sememangnya menggunakan nama Allah untuk Tuhan mereka.

2) PAS tidak mahu nama Allah disalahgunakan untuk tempat-tempat yang tidak sewajarnya.


Jelas apa yang diputuskan oleh PAS adalah berdasarkan Islam yang menjadi dasar PAS selama ini. Keputusan itu tidak dibuat PAS kerana kepentingan politik atau kerana emosi para pemimpinnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam itu. Ia pula dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS selepas berbincang dan bermesyuarat.

Dan buat pertama kalinya selepas isu unity government, para pemimpin utama PAS bersatu hati dalam tindakan mereka. Kalau selama ini kelihatan semacam ada kumpulan-kumpulan dalam PAS, isu nama Allah telah menyatukan mereka kembali.

Pemimpin yang membuat kenyataan berbeza dari keputusan 12 Jan itu juga bertegas, pandangan mereka sebelum itu adalah pandangan pribadi. Kini pandangan mereka adalah sama dengan pandangan parti yang diputuskan 12 Jan itu.

Terbukti kini secara perlahan-lahan, PAS telah membuat keputusan yang tepat dengan keperluan parti dan keperluan negara sebenarnya. PAS bukan lagi parti kampung atau parti keagamaan sempit tetapi parti yang meletak kepentingan negara didepannya.

Bayangkan jika PAS berpendirian menentang keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Kristian menggunakan nama Allah itu. Saya yakin, kalaulah PAS mengambil keputusan itu, bukan lapan gereja yang menjadi mangsa “vandalism”. Bahkan, berpuluh-puluh gereja yang bakal menjadi mangsa. Ia bukan lagi dinamakan “vandalism” tetapi serangan berdasarkan “jihad agama”.

Saya katakan semua ini kerana sememangnya perasaan curiga di dalam masyarakat antara Islam dan Kristian ini sudah lama ditanam. Siapa yang menanamnya tidak diketahui. Yang pasti, ia umpama “fitnah” yang sedang tidur. Jika ia digerakkan, maka akan bangunlah ia.

Oleh itu, sesiapa yang masih tidak bersetuju dengan keputusan PAS ini perlu berfikir sekali lagi. Fikiran itu hendaklah dibuat dengan rasional dan berdasarkan sikap terbuka, bukannya emosi. Apakah yang PAS buat itu betul atau salah.

Benar, Umno menggunakan segala organ dan jentera yang dikawalnya untuk mempengaruhi masyarakat agar memihak kepada pemikiran sempitnya iaitu menentang permohonan Kristian itu. Ia bertujuan untuk memberitahu rakyat Umnolah pejuang agama sebenar. PAS (kononnya -GB) hanya memperalatkan agama bukannya pejuang agama.

Antaranya Umno menggunakan platform yang paling ampuh di kalangan orang Melayu iaitu mimbar Jumaat dan Istana untuk mempengaruhi emosi dan pemikiran orang Melayu.

Minggu lepas, sekurang-kurang hampir semua mimbar Jumaat di semua masjid dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membaca teks khutbah yang dibekalkan oleh pihak berkuasa agama yang dikawal kerajaan. Dalam khutbah itu, dibahaskan betapa tidak wajarnya Kristian dibenarkan menggunakan perkataan Allah. Ini kerana Kristian tidak percaya kepada Allah yang satu tetapi trinity.

Di Selangor, pihak berkuasa agama negeri mengeluarkan titah Sultan Selangor melarang nama Allah digunakan oleh agama Kristian.

Namun, ia tidak membawa kesan yang besar. Ini kerana, kewibawaan ulama PAS dalam hal agama ini jauh lebih baik. Bayangkan jika PAS juga bersama mereka... hancurlah negara.

Comments

  1. Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari ugama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

    asy-syuura 21

    ReplyDelete
  2. Ini kerana, kewibawaan ulama PAS dalam hal agama ini jauh lebih baik sebab setuju tidak salah agama kristian menggunakan nama Allah kerana semua agama samawi sememangnya menggunakan nama Allah....

    kristian sekarang ni dianggap agama samawi lagi ke sama spt zaman nabi dulu?

    ReplyDelete
  3. Mmg Melayu tak suka Kristian guna kalimah Allah, tapi Allah tak pernah melarang bukan Islam untuk menggunakan kalimah itu. Apalah hak kita untuk mengharamkan benda yang Allah halalkan. Ibarat kaum ibu menentang poligami pulak. Jadi berlapang dadalah....

    ReplyDelete
  4. sama ke Allah yg disembah orang Islam dengan Allah yg disembah orang Kristian?

    ReplyDelete
  5. selama ni tak penah dengar pun pope vatican di itali menggunakan nama Allah..

    ReplyDelete
  6. apsal penganut kristian di malaysia dan indonesia sahaja yang galak sangat nak guna nama Allah..

    penganut kristian di negara2 lain tak guna pun nama Allah..

    ReplyDelete
  7. kpd yg tanya sama ke Allah yg disembah org islam dgn Allah yg disembah org kristian. soalan kamu aneh dan tak relevan krn Allah satu shj. nak sama dgn siapa pulak?

    ReplyDelete
  8. Yg ditentang adalah hak penerbitan oleh puak kristin kedalam majalah berbahasa melayu. Jika ini dibenarkan maka dikhuatiri kelak dlm 2 hingga 10 tahun akan lebih ramai org melayu yg menganut agama kristian. Usaha terancang inilah yg dibantah dan dicabar oleh org melayu. Kalau dlm sembahyang mereka nak guna berapa banyak pun sy tak kisah. sebutlaaa.. bukan ada masalah. Ia akan jadi masalah bila mereka start cetak injil dlm bahasa malaysia, guna rujukkan yg sama sepertimana yg diamalkan oleh org islam... maka usaha memurtadkan org islam akan lebih mudah bagi mereka. Apakah selepas itu, pas akan menuduh pihak lain pulak yg menyebabkan org melayui murtad. sedangkan sebelum ini ramai siswa/siswi dikatakan murtad maka pas sebuk menyalahkan pihak lain. Dlm isu ini mereka sebuk pula mempertahankan hak penerbitan oleh krisitian. Apakah selepas ini jika ada melayu murtad maka sanggupkah mereka menanggung akibat dan azab Allah swt kerana sokongan mereka kpd kristian. Fikir-fikirkan lah.

    ReplyDelete
  9. macam mana nk elak melayu yg pandai bi baca penerbitan kristian dlm bi? beza ke baca dlm bm atau bi atau apa2 bahasa yg kita faham? ok jom melayu ramai2 kita tinggal dlm gua. kita jaga melayu jer dlm dunia ni melayu yg paling islam. huhuhuhu

    ReplyDelete
  10. apasal kristian nak guna kalimah allah... adakah untuk merujuk sebagai tuhan yang dipercayai atau yang di akui oleh umat islam atau untuk menyatakan tuhan mereka itu allah jugak... perkara ini yang ditentang...bukan perkataan itu yang ditentang cuba la berfikiran yang mendalam sikit...aku rasa orang yang menyokong itu adalah pemgikut secara membabi buta... kalau macam itu nanti penganut kristian akan membaca al-fatihah pulak ler...kerana ader allah dalam ayat itu....fikir fikirkan lan......

    abdul razak.....

    ReplyDelete
  11. salam..pada pandangan saya..tidak salah orang bukan islam menggunakan perkataan Allah..sebab Allah pencipta kita semua, mereka dan semua makhluk..

    kita tak boleh cakap Allah bukan tuhan mereka..dari percakapan kita itu mengatakan ada tuhan selain Allah..orang Islam sendiri telah menyekutukan Allah..

    keadaan ini Allah yang wujudkan..hasil daripada amalan orang islam sendiri..bila kita buat amal baik, maka akan wujud keadaan yang baik..sebaliknya, bila kita buat amal buruk maka akan lahirlah suasana yang buruk..hari ini rata-rata ummat islam sendiri telah meninggalkan agama islam..malu nak amal agama seperti solat, puasa, zikir, baca Al-Quran, pakai kopiah, amalkan sunnah Nabi dsb..ibarat macam hina sangat bila amal agama..

    untuk mengatasi masalah ni tiada cara lain orang islam sendiri perlu mengamalkan agama islam mengikut cara yang paling Allah suka iaitu cara Nabi Muhammad s.a.w..

    amalan agama pasti menyukakan Allah..dapat Allah dapat segala..Allah pasti ubah keadaan..jika dalam hati orang islam ada Allah..Allah pasti bersama orang islam..sebaliknya, bila dalam hati tiada Allah..Allah pasti pukul kita (hina) orang islam..

    masalah tidak akan selesai dengan menuding jari..masalah selesai dengan amal..kita sediakan diri kita sendiri dan orang lain untuk sama-sama amal agama islam persis seperti Nabi s.a.w..

    ReplyDelete
  12. saya bersetuju dgn En. Jamil. Kita perlu lihat implikasi jangka masa panjang kesan drp penggunaan nama Allah oleh org Kristian. Mereka sudah berjaya di Indonesia, kita pun boleh lihat antara lirik penyanyi Indonesia seperti Agnes Monica pun turut ada disebut nama Allah jesus. Kalau dibenarkan di M'sia, lepas ini artis yang beragama Kristian spt Stacy AF dll pun mungkin turut menyelitkan nama Allah dalam lirik lagu mereka dan anak2 muda kita yang Islam turut sama2 menyanyikan lagu itu. Ingatlah Firman Allah :"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120). Selamilah niat paderi Kristian mengapa mereka bersungguh-sungguh untuk menggunakan nama Allah.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. mudah dan simple sungguh pendirian parti yang dakwa islamik ni kn..

    hnya kerana tiada dalil khusus melarang maka terus diterjemahkan ianya mubah? harus?

    Kalau begitu..kalimah Allah Yg Esa ini akn disekutukan oleh pihak gereja..kemudian secara halus akan lemahkan Aqidah generasi depan..
    bodohnya pendirian PAS dlm hal Aqidah ni..

    Tang hudud bukan main sampai kafir habis seluruh UMNO..

    Untuk apa GOD diterjemahkan kepada Allah?? sedangkan mashaf tulisan Allah pun wajib dijaga, tidak boleh dimasuk ke tandas, najis..

    bagaimana pula dalil menafikan Allah SWT tidak beranak dan diperanakkan..tidakkah itu secara terus menafikan nama dan Zat Allah itu dr dipersekutukan..dan Allah SWT itu Maha Esa..maka jika kita benarkan kerana cari zahir ayat yang melarang..maka secara terus juga kita mula membenarkan Asma' Allah yg 99 zat itu boleh digunakan nanti apabila Kristian mahu??? atas alasan agama samawi..agama langit?? aduhh..susahnya nk berhujah dgn org jahill..lagi muroqqab

    JAhilnya PAS ckup bersangka baik dgn kuffar..tp berperang dhsyat dgn muslim..

    Wayauzubillah dr fitnah ini..

    ReplyDelete
  15. aku xphm kenapa PAS cr hujah berlembut utk berhadapan dengan musuh nyata??

    hangpa mengaji Tauhid tak..mengaji sifat 20 tak? kalau kita kenal Allah dgn sebenar-benar kenal..Kebesaran Allah itu tidak ada tandingannya dan tiada perlu kepada perantaraan spt puak kuffar ini nk gunakan..

    kalau mereka nak guna nama Allah mereka mesti kembali kepada Tauhid Islam, kerana bila turunnya Al-Quran maka mansuhnya kitab-kitab terdahulu..seterusnya..Kristian bukan agama asal dari kitab Injil lagi..kerana Bible skrg telah dipinda beratus-ratus kali..mana mungkin ada lagi ahli kitab yg hafal Injil dgn berkurun lama??

    Tidak lain dan tidak bukan mereka y beria nak gunakan kalimah Allah ini ialah untuk pesongkn Aqidah umt Islam Melayu Malaysia niiiii..fhm dakkk???

    ReplyDelete
  16. amboi cengal kayu. tak sedar ke anda sedang menimbulkan fitnah di sini? berdebat lah dengan ilmu secara matang, kenapa dituduh2 sampai macam tu sekali. tak salah mempunyai pendapat sendiri tapi jangan lah taksub sampai lupa diri, lupa pegangan agama. dah elok nak tegak kan 1 tiang, tiang lain yang dirobohkan. pahala tu dah banyak sangat agak nya. sekadar teguran.

    ReplyDelete
  17. Setuju dengan komen en Jamil dan cengal_kayu. Ini bukan masalah agama semawi tapi masalah kristiankan org melayu. Sy bagi satu senario yg telah berlaku: Risalah agama Kristian telah ditemui diagihkan di peti surat rumah orang melayu di ampang. Kalau dalam tu ada kalimah Allah, anak-anak kita baca tentu keliru. Kita kena sayangkan generasi kita di masa hadapan, nanti semua akan dimurtadkan secara halus, siapa nak jawab. Janganlah kita berfikiran sempit kerana emosi politik, nanti bangsa kita juga jadi mangsa, sekadar nak throw small spanner....

    ReplyDelete
  18. Kenapa la dengan umat islam yang berbangsa melayu ni?heran campur ajaib saya memikirkannya.Kan istilah dan pengertian tuhan bagi orang kristian telah mereka tokok tambah kepada tuhan triniti.


    Adakah menyamai dengan pengertian ALLAH,tuhan yang 1 ummat kata boleh kita samakan dengan tuhan kita sehingga kita pula yang dikatakan menyekutukan ALLAH hanya kerana tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH oleh puak gereja?


    Memang tiada larangan khusus tetapi demi memelihara aqidah ummat islam melayu yang mejoritinya tak reti baca bi,elok lah dilarang pengunaan kalimah AllAH dalam penerbitan mereka dan menerbitkan kitab injil dalam bm.

    ReplyDelete
  19. Kenapa la dengan umat islam yang berbangsa melayu ni?heran campur ajaib saya memikirkannya.Kan istilah dan pengertian tuhan bagi orang kristian telah mereka tokok tambah kepada tuhan triniti.


    Adakah menyamai dengan pengertian ALLAH,tuhan yang 1 ummat kata boleh kita samakan dengan tuhan kita sehingga kita pula yang dikatakan menyekutukan ALLAH hanya kerana tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH oleh puak gereja?


    Memang tiada larangan khusus tetapi demi memelihara aqidah ummat islam melayu yang mejoritinya tak reti baca bi,elok lah dilarang pengunaan kalimah AllAH dalam penerbitan mereka dan menerbitkan kitab injil dalam bm.

    ReplyDelete
  20. Penggunaan kalimah ini fasa satu

    Fasa 2 Kalimah ditulis dalam bahasa Jawi pulak

    ReplyDelete
  21. Assalamu'alaikum...
    Pandangan ku begini sahaja, orang bukan Islam boleh guna perkataan Allah. Tapi, ia sesuatu yang membimbangkan juga kerana di khuatiri ramai yang murtad.

    Jadi, di sini timbul persoalan. Di mana usaha pihak sepatutnya selama ini dalam menanam benih keimanan yang tegar di dalam Islam? Saya juga pemerhati bebas, dan saya mengaku semenjak dari saya kecil hingga sekolah menengah saya rupanya sekuler kerana menganggap dunia dan akhirat itu berbeza. Saya sekolah di sekolah kebangsaan, tv yang saya selalu tonton selama saya berfikiran bergitu ialah tv1, tv2, tv3. Saya selalu tengok orang-orang besar cakap di tv Islam dan politik dan boleh campur. APs menggunakan Islam sebagi politik. Kononnya la... Bagi yang mengutuk pas, saya sarankan kenal dulu PAS. Kaji perlembagaannya kaji pendirianya secara dekat. Jangan dengar dari orang lain, kaji sendiri. Kalau nak tahu pas di betul atau tidak tanya dengan dengan orang pas juga, jangan tanya dengan UMNO saja. Nabi suruh kita bertanya kepada ahlinya. Ingat tu... Kalau tidak akan timbullah fitnah. Saya terus terus-terang bahawa saya amat bersyukur kerana Akhirnya tahu Islam itu syumuliah. Hiburan pun ada di dalamnya... terus terang saya beritahu. Jema'ah pas la yang mendidik saya untuk tahu Islam itu syumuliah...

    ReplyDelete
  22. PEMBETULAN :

    Assalamu'alaikum...
    Pandangan ku begini sahaja, orang bukan Islam boleh guna perkataan Allah. Tapi, ia sesuatu yang membimbangkan juga kerana di khuatiri ramai yang murtad.

    Jadi, di sini timbul persoalan. Di mana usaha pihak sepatutnya selama ini dalam menanam benih keimanan yang tegar di dalam Islam? Saya juga pemerhati bebas, dan saya mengaku semenjak dari saya kecil hingga sekolah menengah saya rupanya sekuler kerana menganggap dunia dan akhirat itu berbeza. Saya sekolah di sekolah kebangsaan, tv yang saya selalu tonton selama saya berfikiran bergitu ialah tv1, tv2, tv3. Saya selalu tengok orang-orang besar cakap di tv bahawa Islam dan politik tak boleh campur/bersama. PAS menggunakan Islam sebagai politik saja katanya. Kononnya la... Bagi yang mengutuk pas, saya sarankan kenal dulu PAS. Kaji perlembagaannya kaji pendirianya secara dekat. Jangan dengar dari orang lain, kaji sendiri. Kalau nak tahu pas di betul atau tidak tanya dengan dengan orang pas juga, jangan tanya dengan UMNO saja. Nabi suruh kita bertanya kepada ahlinya. Ingat tu... Kalau tidak akan timbullah fitnah. Saya terus terus-terang bahawa saya amat bersyukur kerana Akhirnya tahu Islam itu syumuliah. Hiburan pun ada di dalamnya... terus terang saya beritahu. Jema'ah pas la yang mendidik saya untuk tahu Islam itu syumuliah...

    ReplyDelete
  23. Byk yg menentang secara beremosi. Bahay yg didtgkan oleh membenarkan perkataan Allah diguna itu tidak sebahaya orang2 Islam yg tidak mahu mengamalkan ajaran Islam. Saya respect pandangan byk ustaz yg tidak bersetuju dgn membenarkan penggunaan itu, tapi utk melancarkan jihad / perang disebabkan perkara ini adalah suatu tindakan melampau yang tidak disokong oleh ilmu pengetahuan. Ada byk lagi perkara yg lebih penting utk di addresskan. Org Islam Melayu byk lagi yg "tidak berapa Islam" dlm kehidupan mereka. Mengapa tidak ditangani dgn bersungguh2 perkara itu dahulu. Berapa ramai orang Islam Melayu minum arak, berzina, menjadi mat rempit dan sebagainya. Ini adalah lebih berbahaya. Bahkan ada yang tidak sembahyang tapi bila isu Allah dia yg paling kuat berdemo. Ada yang melenting isu nama Allah semata2 kerana kepentingan politik, sengaja memanaskan isu ini supaya berlaku ketegangan agama, dan seterusnya rusuhan / perang yg mungkin akan restore kembali kuasa mereka. Byk lagi isu lebih penting untuk di bereskan. Byk lagi org Islam Melayu yg sebenarnya mereka itu sendiri musuh Islam.

    ReplyDelete
  24. Too all malaysian,
    Saya tidak faham kenapa non muslim tak leh guna perkataan Allah?
    Kalau sesorang tu nak Murtad, dia akan murtad juaga bukanlah disebabkan hanya perkataan Allah itu sendiri, itu adalah masalah peribadi yang imam sesorang itu tidak kuat dan tidak percaya kepada agama mereka sendiri. Tiada gunanya kalau nak bantah pengguanan perkataan itu. Sampai bila kah Malaysia akan berjaya and boleh hidup dengan harmoni dan apakah perbezaan kita dengan negara yg mundur? Bukan kah kita juga hampir berperang disebabkan perkara yang kecil?
    Just my 2 cent. Jus ignore if i am wrong. May God bless Malaysia!!

    ReplyDelete
  25. Majlis Ta'lim Darul Murtadza pimpinan al-Habib 'Ali Zainal 'Abidin : http://wp.me/piAx4-15U

    Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad : http://wp.me/piAx4-167

    Kemelut Pemikiran Agama : http://wp.me/piAx4-15S

    Kajian (nama Allah) bawa paderi kepada Islam ! : http://wp.me/piAx4-15P

    KALIMAH ALLAH : BUKAN BERMAKNA ‘GOD’ SEMATA-MATA : http://wp.me/piAx4-15A

    ReplyDelete
  26. terus terang aku ckp.. pada pandangan aku PAS hanya menggunakan isu agama untuk kempentingan politik.. satu masa dulu PAS pernah mengatakan "kerajaan campuran itu adalah haram". sekarang kita tgk sapa yg bersatu dgn DAP yg terang2 menentang agama islam di malaysia ni?

    lagi satu, pasal yg kristian tu agama samawi.. ajaran 'kristian' yg disampaikan dlm kitab injil amatlah tidak sama dgn apa yg ada tertulis dlm 'bible' skarang.. jd bila dh tulisan dia lain, maka tentulah pemahaman dan kepercayaan dia tu lain.

    korg sendiri pikir, Jesus hanyalah dilantik menjadi 'tuhan' oleh org kristian setelah bbrp ratus tahun(sorry aku lupa brp tahun)dia di salib (mengikut kepercayaan kristian). pelantikan tu pulak adalah berdasarkan undian. dan sapa yg melantik? org2 Roman.. dan tentera rom sendiri lh yg menyalib jesus.. sebenarnya agama kristian yg diajar sekarang ni telah sengaja dipesongkan sejak lama dahulu.

    jd pada pendapat aku, tidak layaklah agama kristian skarang digelar agama samawi.. bila x layak digelar agama samawi, maka mmglah tidak layak bagi mereka menggunakan kalimah Allah...

    ReplyDelete
  27. aku kurang setuju bg pihak bukan islam menggunakan kalimah Allah.
    tp aku rasa pihak-pihak yg terlalu extreme yg sampai nk bakar2 gereja ni, mmg wajar...
    sbb perbuatan segelintir pihak ni, kita umat islam yg lain pon turut terkena tempias perbuatan diorang ni..

    ReplyDelete
  28. sebenarnya yg bercakap mengenai Islam pun (PAS) ada yg tak berapa nak betul..dulu kata UMNO kafir sebab kwn dgn MCA dan MIC ( BN Cium pipi je )..jadi keluarlah Fatwa Haji Haji yg mengatakan darah org UMNO halal..(terjadi lah peristiwa Memali)...tapi hari ini PAS siap peluk dan ( cium mulut ) dgn DAP dan PKR..sekarang kata guna Kalimah Allah pula boleh..pendek betul akal pemimpin Melayu yg satu ni...Bila Yahudi perang dgn Palastin PAS kata kita patut hancurkan Isarail..tp bila DAP kutuk mengenai Arak diselangor ,PAS kata tak apa,...mereka tak faham Islam...jadi jgn marah...Inilah sikap pemimpin bukan nya talam 2 muka..ini adalah pemimpin tepung Talam...atas lembut bawah kerah...cakap je bagus..!!! ini hal Agama Islam bukanya..hal Politik...Wahai bangsa ku..kita di akhir zaman...bila yg bercakap mengenai Agama ..sebenarnya cuba menyesatkan saudara seAgama sendiri..

    ReplyDelete
  29. assalammualaikum buat semua...

    untuk 1 ummat tolong lah buat penyelidikkan dulu... kalau org bukan islam nak guna allah sebagai merujuk allah itu adalah tuhan yang diperakui oleh ummat islam itu adalah tidak apa...tapi kalau dia tulis allah yesus ku tu hang nak kata apa pulak.... nanti anak hang akan baca dalam sembahyang "alhamdulillah yesus" ku la... atau hang nie bukan umat islam...

    ReplyDelete
  30. Pemimpin2 politik yang setuju kristian guna kalimah Allah atas alasan agama samawi samalah mengiktiraf agama tersebut. Agama yang diterima disisi Allah hanya Islam.Kristian dulukala mmgla samawi tp kristian skrang ni samawi ke. Aku xterkejut kalo lepas ni parti pas perjuang hak perkahwinan kristian-islam tanpa perlu tukar agama. kan dua-dua agama samawi? dek kerana ghairah nak dpat sokongan bukan islam, maruah islam dijual. wahai pemimpin2 islam ini bukan isu politik tp mempertahankan kesucian agama islam.Bulan pun akan menangis tgk perangai tok-tok lebai ni..Anyway bukan semua pemimpin pas yg xleh pakai ada yg betul2 berjuang kerana islam.

    ReplyDelete
  31. 1 ummat tolong tonjolkan identiti hang yang sebenar la... kalau hang berani atau pon hang pie la tanya tok guru dulu.... jangan cari tok guru politik la... cari tok guru yang berkecuali...jangan hanya berguru dengan satu guru saja cari la guru yang banyak....kerana seorang guru tidak mampu untuk memnguasai seluruh ilmu...

    ReplyDelete
  32. buat gal...gal.... kalau nak lebih maklumat boleh ler mencari tok guru tok guru yang bukan atas landasan politik... cari lah tok guru yang berkecuali juga ..... aku nak bagi nasihat pon aku nie bukan nyer pakar pon dalam bidang nie... aku cuma rakyat marheran... pertanyaan hanya satu penggunaan allah tu org kristian nak guna untuk aper...

    ReplyDelete
  33. buat 1 ummat n gal..gal... serta sapa sapa lah boleh ler merujuk pada web nie atau web jakim http://pondokhabib.wordpress.com/2010/01/23/kalimah-allah-bukan-bermakna-%E2%80%98god%E2%80%99-semata-mata/

    semoga kita dirahmati

    ReplyDelete
  34. buat tatapan "

    CgLyn said...

    Mmg Melayu tak suka Kristian guna kalimah Allah, tapi Allah tak pernah melarang bukan Islam untuk menggunakan kalimah itu. Apalah hak kita untuk mengharamkan benda yang Allah halalkan. Ibarat kaum ibu menentang poligami pulak. Jadi berlapang dadalah....

    Saturday, January 23, 2010 1:48:00 PM GMT+08:00
    " "
    Anonymous Anonymous said...

    sama ke Allah yg disembah orang Islam dengan Allah yg disembah orang Kristian?

    Saturday, January 23, 2010 1:53:00 PM GMT+08:00 "

    adakah pertanyaan ini dan pernyataan ini berdasarkan peristiwa yang terjadi atau anda memang tak tahu apa masalah yang berlaku . maaf ler buat pengetahuan awak ALLAH tak melarang bukan islam menggunakan kalimah ALLAH itu sekiranya kalimah itu merujuk kepada ALLAH yang ESA yang di percayai atau yang diakui oleh umat islam ... sekiranya bukan islam telah mengakui ke ESA an ALLAH maka mereka sepatut nya sudah memeluk islam ...apa kata awak pulak ...atau awak cuba la tanya bukan islam atau paderi yang nak sangat menggunakan kalimah itu dalam penerbitan injil @ bible .... bahasa melayu @ malaysia itu..... kalau dia nak guna kalimah itu dalam penerbitan injil @ bible....
    adakah awak hendak benarkan juga... saya syorkan awak buat kajian kitab injil @ bible.. la..
    sekiranya paderi tu nak guna juga dia perlu memperakui ALLAH itu ESA ... secara AUTOMATIK nya dia telah memeluk islam dan tertakluk kepada undang undang islam... awk setuju atau tidak .... sila beri pendapat anda dan pendirian anda....

    ReplyDelete
  35. kepada cglyn n gal ...gal..n 1 ummat boleh ler menghantar email kepada saya di entah_la2008@yahoo.com untuk saya mengenali awak atau bertukar pandangan atau untuk pertanyaan yang mampu dijawab oleh saya saya bukan ler pakar sangat dalam bidang nie...

    ReplyDelete
  36. "Bayangkan jika PAS berpendirian menentang keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Kristian menggunakan nama Allah itu. Saya yakin, kalaulah PAS mengambil keputusan itu, bukan lapan gereja yang menjadi mangsa “vandalism”. Bahkan, berpuluh-puluh gereja yang bakal menjadi mangsa. Ia bukan lagi dinamakan “vandalism” tetapi serangan berdasarkan “jihad agama”."

    INI KE YG PAS CUBA PERTAHANKAN SEBENARNYE..

    NK MELINDUNGI GEREJA KE??

    MAAF LA KALO TERSALAH CKP.. TANYE JE..

    APE YG ORG LAIN BUAT SEMUANYE SALAH PD MATE DIE.. APE YG DI BUAT SEMUANYE MACAM BETOL JE KAN..

    SAME2 LA KITA FIKIR..

    SALAM..

    ReplyDelete
  37. "Bayangkan jika PAS berpendirian menentang keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Kristian menggunakan nama Allah itu. Saya yakin, kalaulah PAS mengambil keputusan itu, bukan lapan gereja yang menjadi mangsa “vandalism”. Bahkan, berpuluh-puluh gereja yang bakal menjadi mangsa. Ia bukan lagi dinamakan “vandalism” tetapi serangan berdasarkan “jihad agama”."

    INI KE YG PAS CUBA PERTAHANKAN SEBENARNYE..

    NK MELINDUNGI GEREJA KE??

    MAAF LA KALO TERSALAH CKP.. TANYE JE..

    APE YG ORG LAIN BUAT SEMUANYE SALAH PD MATE DIE.. APE YG DI BUAT SEMUANYE MACAM BETOL JE KAN..

    SAME2 LA KITA FIKIR..

    SALAM..

    ReplyDelete
  38. surau pon dah kena bakar..
    PAS diam saja..

    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20100124235040/Article

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.