Skip to main content

AdukaTaruna: Rintihan hati seorang isteri..

Oleh: Evelyn

Rentetan dari tulisan AT yang dikatakan 'menghina' Almarhum Tuanku (spt panggilan mesra rakyat), ramai dikalangan sahabat baik dan teman blogger tak senang duduk. Petang Sabtu (sy pun dah tak ingat hari dan masa), AT hantar SMS pada saya, minta pendapat apa yang perlu dilakukan. Saya nasihatkan supaya buat segera kenyataan minta maaf. Be a man, and embrace your mistakes. Ramai rakan blogger yang juga menggesa AT memohon maaf. Ini kerana, siapa saja yang mengetahui AT dalam dunia maya, tahu betapa 'celupar' dan 'loud' nya AT nih bila menulis.. AT akur, mengakui kesilapan beliau, dan redha akan ujian yang bakal ditempuhi beliau. Kisah seterusnya, anda boleh baca di laman Topeng Perak. AT sempat call sekitar pukul 4 semalam, sejurus sebelum beliau di'reman'. Bila saya try call semula, HP beliau sudah pun dirampas.

Tp apa yang buat saya sangat sebak semalam bila isteri AT, menghantar SMS sekitar tengah malam. Beliau bagitahu HP AT dah dirampas. Beg tangan beliau juga digeledah oleh pihak polis, kononnya untuk membantu siasatan. Apalah salah si isteri dilayan begitu oleh pihak polis? yang dikehendaki adalah suaminya.

SMS isteri AT pada saya..

"Evelyn, wife Khairul ni.. HP dah kena rampas polis. Tadi polis datang dan geledah handbag. Dia cakap no hp tu dah hot sbb ada msg masuk, tapi no tu saya mengaku saya yang punya. Sorry msg u tgh malam ni, I feel so down.. tak tahu nak macam mana dah.."

"Sorry la susahkan u, xenan dan lain2. I pon dah tak sanggup tgk blog tu, nak bukak TV pun dah tak kuat. buat lah apa yang patut, korang lebih arif. Ari ni nak gi court, dengar kes dia. Xpelah lagipun dia cakap dia redha. i cuma bleh doakan.. Sementara ni ok kot. Lepas2 ni tak tahu la.. Sekali lagi, sorry susahkan u.."

Sy cuma mampu reply minta beliau banyakkan sabar dan doa, rakan blogger dan sahabat setia memberi sokongan dan membantu untuk pembelaan. Adalah hak At untuk mendapatkan pembelaan dan sebagai sahabat, kami akan cuba memberi sokongan pada beliau.

"Ya Allah, sesungguhNya padaMU lah kami sandarkan segala harapan dan keampunan. Lindungilah sahabat kami dari kejahatan manusia-manusia yang hasad, dan dari kesilapan dirinya sendiri..Ameen".


Dari Topeng Perak: AdukaTaruna: Menterjemah Undang-Undang, Menjunjung Keadilan

Dalam berita TV (aku tak tau TV berapa sebab dah lama aku tak tengok berita pengampu), kecoh isu Blogger Aduka Taruna (salah seorang penulis jemputan dalam website Perisik Rakyat) menghina Almarhum Sultan Johor. aku pun tak tau apa yang dilapor dalam berita malam tu & semua ni aku tau dari beberapa panggilan telifon dari kenalan & pembaca webite aku.




Apa yang pasti, bermula lebih kurang jam 8:20 malam hari sabtu, HP aku tak berenti-renti memekak & hampir semua pemanggil dok tanya khabar AT. ralat beb... lepas tu PinkTurtle pulak call & ajak kumpul geng-geng blogger yang dapat dihubungi untuk bincang masalah AT.



Dalam masa tak sampai setengah jam, kami dah berkumpul & keputusan yang dicapai ialah AT kena serah diri pada polis untuk mudahkan siasatan.



•"Yang salah tetap salah & yang benar tetap benar"

Itu yang dicapai sejajar dengan apa yang kita perjuangkan selama ini. tak kira dari pihak mana. memang 1 keputusan yang sukar dalam keadaan macam ni. tapi itulah yang kita perjuangkan & itulah yang wajib kita praktikkan.



Lebih kurang jam 10:00 malam, PinkTurtle hubungi AT & bagi sikit penerangan & minta AT bertolak segera ke Kelantan (dari Negeri Sembilan) lepas AT bersetuju untuk serah diri & beri kerjasama pada pihak polis. sebab kenapa kami minta AT datang ke Kelantan dan serah diri di Kelantan ialah kerana isteri AT adalah anak jati Kelantan & lebih baik isteri AT berada dengan keluarga dia sepanjang AT berada dalam tahanan.



Jam 11:00 malam, pergi ke bank untuk bankin sikit duit pada AT yang kami kumpul kejap tadi untuk isi minyak & belanja sepanjang perjalanan. sebaik duit dimasukan, aku terus maklumkan pada AT dan pesan pada AT, tak payah balik rumah, gerak terus ke Kelantan.



Jam 11:30, AT bertolak dari Negeri Sembilan dengan isteri dia dengan sehelai sepinggang.



Sejam sekali kami berhubung untuk pastikan AT selamat dalam perjalanan & alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.



Isnin 9:00 pagi -



AT sampai ke Kelantan dengan selamatnya dan jam 10:30 pagi dah berada dirumah aku & setengah jam kemudian disusuli oleh geng-geng blogger yang berkumpul semalam. lepas berbincang lebih kurang & buat beberapa panggilan talifon, makan tengahari, lebih kurang jam 2:00 petang kami ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa.



Sampai di IPPD, jumpa dengan pegawai bertugas, jelaskan pada dia hal-hal berkaitan dan tujuan datang ke IPPD. pegawai bertugas berhubung dengan beberapa pegawai atasan maklumkan kehadiran "Subjek" untuk menyerah diri.



Pegawai bertugas hubungi KP Johor, Bukit Aman dan lain-lain untuk makluman dan arahan tindakan lanjut mengikut prosedur menyerah diri. arahan seterusnya dari Bukit Aman ialah procede terima.



Jam 4:30 petang AT secara rasminya ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu bagi membantu siasatan keatas lebih 40 laporan polis terhadapnya yang didakwa menghina Allmarhum Sultan Johor. Pegawai yang diberi tanggungjawab untuk mengendali kes AT di Kota Bharu ialah Tuan Ramdzan.



Lepas "subjek" diterima, prosiding siasatan dimulakan. beberapa barangan AT dirampas (sebenarnya bukan beberapa pun... HP je yang kena rampas sebab AT datang sehelai sepinggang dari Negeri Sembilan). geng-geng blogger yang lain balik dulu manakala aku dan sorang lagi sahabat blogger stay di IPPD teman isteri AT yang diminta untuk menunggu sebentar sementara siasatan awal dijalankan.



Bersambung - "Rumah Mentua Aduka digeledah tanpa waran".



*aku nak gi mahkamah. pagi ni AT akan dibawa kemahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
 

Comments

  1. semoga AT tabah menghadapi semua ini, setiap terjadi mesti ada pengajaran dan khitmah kepada semua bloggers Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Beliau bersalah.

    Salah tetap salah, benar tetap benar. AT berhak mendapatkan pembelaan. Dan hak orang ramai untuk mencaci maki dia.

    Tp jikalau boleh, mohon simpati sikit dari public terutamanya yang galak memposting alamat AT dan mengancam keselamatan keluarga AT.

    Kerana itu kami moderate komen, tp kami tak mampu buat apa2 jika maklumat2 personal AT didedahkan di forum2.

    AT dah mengaku salah, siap untuk ditahan dan dibicarakan. Its what we have asked him to do. Berani buat, berani tanggung. Bila silap, mengaku dan bertanggungjawab.

    Semoga ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  3. Yg entry cakap bangang bodoh dan sebagainya kepada isteri Nabi SAW tuh kita nak kategorikan sebagai apa yer?..agaknya banyak yang betul ker yg salah dari entry2 yg dah dibuat?..Kami rakan2 blogger nak doakan yg baik jugak ker utk org mcm ni?

    ReplyDelete
  4. aku pun ada simpati jugak pada mu aduka.tapi jika imbas kembali tulisanmu terhadap Tuan guru Hadi Awang,Isteri junjungan besar (Siti Aisyah) dan last sekali Al Marhum sultan Johor memang dirimu patut dilaknat sekeras2nya.xpatut berada dalam dunia ni.

    ReplyDelete
  5. ntah pah per...salah tetap bersalah ok..tuhan dah tunjukan korg tu mulut perangai jgn jahil sgt...anak jati johor nie pantang tercabar...

    ReplyDelete
  6. Salam.. Maaf mencelah..

    Hairan betul perangai melayu.. Sesama melayu bukan main lagi korang yer.. Yang blog ni http://guttermalaysia.blogspot.com/2010/01/sultan-of-johor-is-dead-bravo.html
    ada berapa orang report? Ada berapa orang gi maki sana? Tak berminat kan nak hentam sebab dengar cerita blogger dia bukan melayu? Daging melayu lagi sedap kan untuk di ratah?

    ReplyDelete
  7. kerana mulut badan binasa.. ini sebagai pengajaran..kalau tidak entah sampai bila pun perangai AT macam tu jugak.. ada hikmah disebaliknya.. berfikir dulu sebelum bertindak.. bukanya bertindak dahulu baru berfikir..akibatnya isteri pun terkena tempiasnya...

    Resepi Jus Jambu:
    ==> Klik Sini

    ReplyDelete
  8. Salam AT n Wife, Saya mengikuti penulisan anda dari awal kemunculannya. Gaya bahasa anda sememangnya meramas kalbu, mencincang sanubari kpd mana2 yg mempunyai level intelek yg rendah. Tapi mempunyai isi dan kupasan yang amat bernas utk sesuatu isu atau tajuk yang disiarkan. Saya percaya dgn gaya penulisan anda ramai generasi baru tersentak dan teransang keupayaan pemikiran mereka.Tabahkah diri dan hadapi dugaan hidup ni dgn berani, apa dugaan yg dihadapi sehari dua ni hanya dugaan yg amat kecil..smal mater..no hal..

    ReplyDelete
  9. aduh... sedey lak wa dgr citer lu..
    salah tetap salah. kifarah tetap kifarah. sepandai2 tupai melompat, kantoi jugak. Allah Maha adil AT. lu duk kutuk maki org, sembunyi lu punya muka, last2 Allah buka jugak siapa lu. harap lu insaf. nak kritik org biar beradab. kurang2 beradab mcm xenan ke, abghensem ke...ok la jugak. lu dah sgt ganas. ini pengajaran dan kifarahnya. wa harap lu tabah dan take note.

    -Shannaro-

    ReplyDelete
  10. Small Matter, Kalau Ia tak melibatkan Sultan... Takpela, Hadapi Dugaan dengan tenang.. Salam

    ReplyDelete
  11. salam untuk AT dan isteri, Banyak2 lah bersabar dan tabah mnempuh dugaan.Ada hikmah di sebalik kejadian.Jika keadaan dah reda nanti teruskan penulisan novel. Terima kasih

    ReplyDelete
  12. salam untuk AT dan isteri, Banyak2 lah bersabar dan tabah mnempuh dugaan.Ada hikmah di sebalik kejadian.Jika keadaan dah reda nanti teruskan penulisan novel. Terima kasih

    ReplyDelete
  13. sabar menghadapi dugaan...semoga semuanya akan baik2 saja

    ReplyDelete
  14. Maki Isteri Nabi dah istighfar ke belum? Wajib bersyahadah. Hanya mengingatkan. Ni baru dunia. dan untungnya..masih ada masa lagi sebelum datang di Izrael.
    Sekadar peringatan utk kamu, umat islam dan diri sendiri

    ReplyDelete
  15. whatever ape2 lpas nie...cma nk mx keadilan dn hkuman yg setimpal pd AT n yg brkenaan...

    ReplyDelete
  16. "Beg tangan beliau juga digeledah oleh pihak polis, kononnya untuk membantu siasatan. Apalah salah si isteri dilayan begitu oleh pihak polis? yang dikehendaki adalah suaminya."

    this is all standard procedure.. semua barangan yg disyaki terlibat akan dirampas utk tujuan siasatan lanjut.. tujuan rampasan dibuat kepada isteri adalah utk tujuan siasatan pengesanan suspek..mcm lain2 kes jenayah pun.. apa2 saja kes barang ditempat kejadian akan digeledah utk siasatan..

    harap tak salah faham tugas polis..

    ReplyDelete
  17. Banyak- banyakkan bersabar semua ni hanyalah dugaan semata- mata.

    Kita sebagai manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.

    Sememangnya kehidupan di dunia ni tidak pernah adil cuma kita saja tahu cara untuk menerimanya bagaimana...

    ReplyDelete
  18. semoga AT dikenakan balasan yg seberat beratnya...
    semoga bukan dikenakan tindakan atas sebab menghina Almarhum Sultan Johor jer...tapi gandakan lagi hukuman tu sebab menghina isteri Nabi S.A.W....
    bertaubatlah sementara azab akhirat belum menimpa lagi...
    ni baru balasan kat dunia...better terima balasan yang seberat beratnya..

    kononnya duk marah n kutuk org lain sebab memecah belahkan umat Islam...tapi AT sendiri mengutuk Sayyidatina A'isyah... bagus ke macam tuh?

    Semoga AT mendapat balasan yang paling berat atas penghinaannya tuh... rasakan apabila diri sendiri terhina..

    and pls mod...kalau dah dier larikan diri tuh...cakap jer la dier larikan diri...tak yah nak cover dah.. semua dah tau...

    ReplyDelete
  19. kepada AT lainkali buat sesuatu pakai akal, tgk ko dah susahkan hati family ko sendiri..kepada keluarga AT, bersabar..apa pun, AT mmg ptt dihukum

    ReplyDelete
  20. "siapa saja yang mengetahui AT dalam dunia maya, tahu betapa 'celupar' dan 'loud' nya AT nih bila menulis.. "

    setiap sesuatu ada harganya... just pay it son.... pay it.

    ReplyDelete
  21. ctfza,
    mamat tu dah serah diri pun nak kena geledah segala ke??

    bukan mamat ni jual dadah... kes kutuk tu lam internet je, kalau geledah komputer tu kira logik...

    emmm... pelik nih...

    ReplyDelete
  22. Syeikh Islam Zakaria al-Ansari berkata:
    “Sekiranya orang berilmu meninggalkan ibadat sunat, wirid-wirid dan adab-adab orang yang dekat dengan Allah, nescaya dia seolah-olah roti kering yang tidak berzat”

    ReplyDelete
  23. Pa'chik said...
    ctfza,
    mamat tu dah serah diri pun nak kena geledah segala ke??

    bukan mamat ni jual dadah... kes kutuk tu lam internet je, kalau geledah komputer tu kira logik...

    emmm... pelik nih...

    mmg la bro.. ingt x dlu kes anwar? yg dituduh kne liwat org.... tp ngan tilam skali kena heret....

    ReplyDelete
  24. Ini adalah balasan Allah terhadap segala perbuatan anda selama ini. Terimalah dgn seadanya. Sebelum ni ada rasa seronok kutuk isteri nabi, sahabat, ulama' dll.

    Sekarang masa pembalasan.

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. sy bukan polis.. tapi sy tau procedure tu..

    dalam satu2 kes.. nak siasat.. kena ambil kira semua kemungkinan.. bukan dalam soal dadah je pun..

    contoh dlm kes ni, beg isteri AT di gledah.. sebab? isteri ialah orang terdekat..polis forsure nak cari bukti yang boleh menghubungkan isteri dan AT.. atau mungkin juga nak kesan hubungan mereka dengan org lain yang mungkin menjadi dalang.. apa yang dirampas? HP je kan? kemungkinan polis cari HP dalam beg sebab perempuan selalunya memang simpan hp dalam beg..

    lagipun jenayah siber.. polis tak boleh sure if AT yg betul2 buat or org lain melainkan siasatan dijalankan.. mungkin orang lain yg gunakan ID AT.. boleh jadi jugakkan? siapa yg boleh ada ID AT? kemungkinan orang terdekat kan?

    bila sekali buat hal.. jgn ingat diri sendiri je yg akan kena.. fikir2 la orang sekeliling yg terdekat..

    Polis pun bukan bodoh nak buat keje tak ada sebab..

    ReplyDelete
  27. HMMMM AKU PON TAK PAHAM LA...BRO NI KELAM KABUT...TIBA2 NAK MINTA SIMPATI...AKU PENAH GI CERAMAH BUNYI MCM NI "ADA ORANG PENDIAM TU KITA INGAT DIA PANDAI, TAPI BILA DIA BERSUARA, RUPANYA BANGANG ORANGNYA" NI COPY CERAMAH "EK"

    ReplyDelete
  28. Orang tu dah minta maaf kan? dah kan? dia dah serah diri? dah kan? so apa sal la korang nak gangu hidup dia dan isteri dia pulak? sengal betul la korang neh, manusia kat dunia sapa2 pun takde HAK nak maki2 orang, otak ada tapi tak pakai, simpan buat perhiasan la tu.

    ReplyDelete
  29. eloo Cinta Al-Aqsa,

    Bukan masalah Sultan buat jahat yea dlm perkara ini..masalahnya Sultan yg mangkat tu sikit tak usik telor AT tu..
    tp apa ke hal dia nak celupor?
    Islam ajor cam tu ke?
    lu pernah pi tgk masjid Aqsa tak ni?
    atau lu ni pun suka libat diri dgn aktiviti fitnah sesama islam macam ni...Baik buang je icon ko bertudung kartun tu kalau ko libat cam tu..buat malu islam je...

    anak Johor atau tak,gua yg bukan anak jati Johor dgr pun sakit hati jugak dia maki cam tu..cuba bapak lu kena maki masa meningal..lu bole terima ke???

    Lu rasa suka terima org macam AT ni,baik lu duduk bwh ketiak dia je...ikut dia duduk reman sama..hahaha..bole jumpa org-org Johor sekali..

    Wakakakakaka....

    ReplyDelete
  30. Dear Cinta-Alaqsa,
    Terus terang dan jujurnya, niat saya adalah untuk membuat laporan polis mengenai komen anda, namun saya perlu untuk lebih spesifik dalam laporan tersebut. Boleh saya tahu, komen anda itu adalah khusus mengenai Almarhum Sultan Johor, ataupun Institusi Kesultanan Melayu secara amnya ?

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  31. Dear Cinta-Alaqsa,
    Terus terang dan jujurnya, niat saya adalah untuk membuat laporan polis mengenai komen anda, namun saya perlu untuk lebih spesifik dalam laporan tersebut. Boleh saya tahu, komen anda itu adalah khusus mengenai Almarhum Sultan Johor, ataupun Institusi Kesultanan Melayu secara amnya ?

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  32. salam wc,

    Cinta Aqsa tu ngaku dia org Johor la..aduii mcm mana pengkhianat Johor boleh wujud..tak reti kenang jasa betul..

    Moga Allah tunjukkan jalan Islam pd Cinta Aqsa ini...amiin..

    ehh tp ko mamposs cepat pun baguss la Cinta Aqsa..tahu la gua cam ner nak tabur fitnah lak ttg lu ni(jahat juga gua ni)....

    wakakakaka..

    ReplyDelete
  33. Arap2 benda nie jadi pengajaran buat diri ko AT supaya lebih berhati-hati dlm menulis di blog..bykkan memohon ampun kepada Allah dan minta pertolonganNya...benda nie akan gua jdkan pengajaran buat diri gua sebagai penulis blog...

    ReplyDelete
  34. Salam kpd pbaca blogger skalian...
    Saya di sini cuma ingin mengingati muslimin dan muslimah di sini...

    Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
    - Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih -

    Sedangkan Allah S.W.T itu Maha Pemaaf dan Pengampu,kenapa kita sebagai hamba-Nya tidak dapat memaafkan dan mengampunkan kesilapan Aduka?

    Kita seharusnya sedar siapakah diri kita untuk mengadilan perbuatan buruk baik seseorang...Kita hanya manusia biasa...Manusia yang sering melakukan kesilapan...

    Semoga berjaya Aduka...

    ReplyDelete
  35. Blogger ♥Misz Laleng♥,

    Terimakasih di atas peringatan, sudahkah anda baca :

    Wahabi Perlis

    Oleh : AdukaTaruna

    Gua bukanlah dari bidang agama. Maka, lebih elokla lu tapis sendiri. Cuma blog gua, suka hati gualah nak cakap fahaman gua. Ada masa gua balun, ada masa gua kena balun.

    Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.

    Lu orang lebih elok la ikut ilmuan Islam lain. Tapi gua enggan. Shafie tu ingat dia sorang paling best ke apa? Takda maknanya de. Dia sendiri suruh campakkan pendapat dia ke dinding kalau jumpa dengan yang lebih elok. So, mampos la sama pemuja Shafie. Ada ke sentuh kulit isteri batal wuduk? Niamakahai punya pendapat. Dan gua dipaksa ikut sebab keturunan dan geografi? Tak dapek den do tu bhai..

    Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. Janji syurga tidak bermaksud dia maksum dalam setiap isu dan dalam setiap tajuk. Lu tunjuk gua ahli syurga yang tepat dalam setiap tajuk ketika di dunia.

    Azazil yang lebih mulia dari Aishah pun silap, inikan pulak just seorang pompuan. Kerana perjuangkan individu (khalifah yang kena bunuh), berjuta-juta mampos. Sohai punya 2 ekor. Bodoh piang. Ali lembab siasat pembunuhan memang salah Ali. Tapi apa kes sampai nak berperang? Bodoh.

    ♥Misz Laleng♥' Sudi kah anda memaafkannya? Kalau sudi sungguh mulia pekertimu.. Jangan lupa, kita memerlukan syafaat Nabi di Padang Mahsyar.. Kalau Nabi sendiri tak nak pandang kita macamana kita nak dapat pertolongan ... Nauzubilah ..

    ReplyDelete
  36. Allah maha mengetahui, maha pengasih dan maha pengampun.

    Setiap kesakitan di dunia ada hikmahnya. Mungkin sebagai hukuman, teguran atau tanda ingatan Allah kepada kepada makhluknya.

    Buat isteri AT, berlapang dada lah dengan ujian Allah.

    Kepada saudara PcKNN, anda bukan selayaknya menjatuhkan hukuman.

    ReplyDelete
  37. Sesetengah orang fikir dirinya terlalu hebat sehingga asyik nampak kelemahan dan keburukan orang lain saja

    ReplyDelete
  38. Sesetengah orang fikir dirinya terlalu hebat sehingga asyik nampak kelemahan dan keburukan orang lain saja.
    -------------------------------------
    Ooohhh..macam AT ye, komen keburukkan orang lain aje? Kesalahan diri dia sendiri tak nampak? Kalau baru nampak sekarang, tak guna.

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum, Cglyn, saya jatuh hukuman pun, cuba baca baik2 komen saya..saya kata "kita memerlukan syafaat Nabi di Padang Mahsyar.", saya kata ♥Misz Laleng♥ mempunyai pekerti yang mulia kerana amat pemaaf.. saya bukan insan sempurna..saya cuma menyampaikan juga seperti ♥Misz Laleng♥ agar kita sama2 mengambil iktibar dari kes ini.. Siapalah saya untuk menghukum.. Walau bagaimana pun , terimakasih di atas teguran anda..Saya terima ..

    ReplyDelete
  40. napela wat/kata sesuatu x guna otak..bertaubatlah AT..ingatla dosa pahala...kata2 ko mmg sgt kesat...aku yg baca pun gerammmm jer..

    ReplyDelete
  41. Misz Laleng..!

    Jangan hanya pandai menge"paste" hadis sahaja...

    Ngutuk org dah arwah... camno nak mintak maaf.???.. meh bagi dalil dari Quran bagi tau camne nak mintak maaf org yg dah takde?

    Meh kabor sket...

    Buat kerja tuh biar la ada hujung ada pangkal.. jangan hentam keromo sahaja..

    Syor saje..

    ReplyDelete
  42. pada hakulah..

    adalah suatu yg biasa bila manusia tu melakukan kesalahan DAN bila dia berhenti, memohon maaf dan cuba utk memperbetulkan.. MAKA BERILAH DIA PELUANG.. (dosa dia ngan org yg dia kenakan.. serahkan pd org tu sendiri.. hidup bukan kt sini je.. ada alam lain yg sdg menunggu kita dan setiap perbuatan sbesar zarah pun pasti ada balasan)dan sebaik2 manusia adalah yg mampu memaafkan org yg telah menyakiti nya..

    harus di ingat... SAPE KITA NAK MENILAI & MENGHUKUM ORG?? ITUKAN HAK ALLAH.. SERAHKAN LAH PADA ALLAH..

    buat AT & isteri.. YAKINLAH..ALLAH X PERNAH KEJAM PADA HAMBANYA.. IA ADALAH YG MAHA PENGASIH & PENYAYANG.. SETIAP YG BERLAKU PASTI BUKAN SIA2.. insyallah

    ReplyDelete
  43. kesalahan dgn makhluk, setle dgn makhluk ler..

    salah dgn tuhan, setle dgn tuhan..

    jgn jadi pasar borong.. semua bagi jawapan borong..

    kalau nak letak cerita "SEMATA-MATA DIA".. tak yah dah Tuhan turunkan Al-Quran..

    Nie biar bagi pengajaran utk kita yg masih hidup.. Supaya boleh berhati-hati di dalam segala urusan seharian..

    Note:
    Rembat duit org, mintak ampun dgn tuhan??? Buleh ker? Ikut kitab mana..?

    ReplyDelete
  44. Apa2 jua, jadikanlah incident ni sbg teladan dan sempadan. Sama2lah kita berlaku sopan w/pun nak kritik orang. Berdosa kpd tuhan bila bertaubat tak kira siang atau malam tuhan akan ampunkan. Berdosa kpd sesama manusia hanya individu tu aje dpt maafkan kita. Kalau individu tu dah mati camne ? Semoga tuhan bukakan
    pintu hati waris dan kenalannya supaya memaafkan kita dan tidak bertindak di luar kawalan. Sama2lah kita renungkan.

    ReplyDelete
  45. "AT ada kah kamu melayu? bukan.."

    buat apa jadi meLAYU, doh?

    patutlah lembap nak mampos!

    wakaka...


    *p.s. 1) aku keturunan menyegar.
    2) depa kata kita tak boleh hidup tanpa sultan. habis melaka & sarawak tuh apa kes? indon pun boleh survive! dasar bangang otak masih pakai keris untk bertahan, keldai untuk bergerak & burung merpati untuk berhubung BERBANDING pistol, kereta & HP...

    ReplyDelete
  46. a'salam en nizam..

    cuba baca betul2 ayat haku tu.. samalah mcm statement kau cakap nie..


    "kesalahan dgn makhluk, setle dgn makhluk ler..salah dgn tuhan, setle dgn tuhan..

    jgn jadi pasar borong.. semua bagi jawapan borong.."

    sbb tu haku cakap.. dia dh mintak maaf secara terbuka pd semua org (lainlah kalau dia x mintak maaf)... jadi kita yg bnamakan manusia yg sama x sempurna nie.. cubalah terima rasa kesal dia dan permintaan maaf dia.. kan tu lebih baik..

    PENGHINAAN DIA PD TUAN PUNYA BADAN TU.. BIARLAH DIA SELESAIKAN SENDIRI BERDUA DSANA NANTI (HIDUP KITA BUKAN TAKAT D SINI JE.. PERHITUNGAN KITA MASIH ADA KT PADANG MAHSYAR NANTI)

    p/s: tu yg haku nak tanya.. bila masa plak haku borongkan semua??

    ReplyDelete
  47. oppsss en nizam..

    sikit lagi nak tambah...
    utk mengajar bukan hanya dengan menyakitkan tapi sebaik2 pengajaran .. adalah berbuat baik pada org yg telah menyakitkan kita...

    cam apa yg nabi kita lakukan..

    "penghinaan manusia kepadanya x pernah d balas dengan penghinaan tapi dengan doa dan senyuman.."

    ReplyDelete
  48. best ar ayat ni... aku suka sgt...

    malam says
    Thursday, January 28, 2010 8:40:00 AM GMT+08:00

    oppsss en nizam..


    cam apa yg nabi kita lakukan..

    "penghinaan manusia kepadanya x pernah d balas dengan penghinaan tapi dengan doa dan senyuman.."


    OK... dgn itu teruskanlah menghina seperti biasa... AT kan ckup terkenal ngan ayat2 'pedas'...


    dan satu lg ni... sbb tu haku cakap.. dia dh mintak maaf secara terbuka pd semua org (lainlah kalau dia x mintak maaf)... jadi kita yg bnamakan manusia yg sama x sempurna nie.. cubalah terima rasa kesal dia dan permintaan maaf dia.. kan tu lebih baik..

    bkn ape malam... aku pun cuma memetik kata2 pujangga Islam terkenal... tp lam base ingris la...

    "apologise is earned... not asked"
    kira mknenye lbh kuang
    "maaf tu sesuatu yg diberi... bukan diminta....

    kalo slh maaf ye... saya budak baru belajar... kalo mampos tolong kutukkan!!

    halamak... aku xde akon gugel la....

    ReplyDelete
  49. a'salam en aduh ka? teruk ka?

    ayat ko le nie..


    OK... dgn itu teruskanlah menghina seperti biasa... AT kan ckup terkenal ngan ayat2 'pedas'...

    hik3.. kan dia kata dia dh sedar silap dia dan dia mintak maaf.. insyallah.. cam kata2 pujangga Islam terkenal yg ko petik lam base ingris tu la...

    "apologise is earned... not asked"
    kira mknenye lbh kuang
    "maaf tu sesuatu yg diberi... bukan diminta....

    DIA DAH MEMINTA (SBB DIA DH SEDAR YG DIA SILAP) DAN menjadi TUGAS KITA PULAK MEMBERI MAAF (SBB KITA NIE PUN MANUSIA YG X SEMPURNA DAN PASTI SATU HARI NANTI KITA AKAN ADA SAMA DLM KEADAAN DIA SKRG DAN BILA KITA MEMINTA MAAF PASTI KITA MGHARAP AGAR ORG PLAK SUDI MAAF KAN KITA.. X GITU SEDARA??)

    kalo slh maaf ye... saya budak baru belajar... kalo mampos tolong kutukkan!! (HIK3.. )

    p/s : haku pun rasa mungkin ayat dia masih akan pedas(tapi insyallah lebih bradab) dan cuma pd org yg mkn cili je lah lepas nie

    hik3.. a'salam sedara

    ReplyDelete
  50. Ayuh mari pelajari teknik bunuh iblis, syaitan, jin, bunian dan sekutu sekutunya.

    http://ilmuhaq.multiply.com

    ReplyDelete
  51. Tolong promosikan, copy paste, print dll

    Asasalamualaikum,

    Saudara, Saudari, Tuan-tuan, puan-puan, Dato-Dato, Tan Sri-Tan Sri, Tun-Tun, Sultan-Sultan, Mufti-Mufti dijemput ke majlis:

    PERSIDANGAN/PENERANGAN / SEMINAR / KURSUS / MUZAKARAH/ DIALOG
    (PERCUMA)

    BERKAITAN:

    1. Konsep & Kombinasi Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah, Ilmu Tasauf, Ilmu.
    2. ILMU HAQ(Ilmu benar & Allah reda)
    3. ILMU BATHIL(Ilmu salah & Allah tidak reda)
    4. TEKNIK-TEKNIK MEMBERSIHKAN AMALAN BATHIL
    5. ILMU BATHIN DAN ILMU ZAHIR
    6. TEKNIK BUNUH IBLIS, SYAITAN, JIN, BUNIAN, KHANNAS, QARIN, DJIBT, THOGHUT DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL, ZAHIR, BATIN DAN BATIN DALAM BATIN.

    TUJUAN:

    1. MELINDUNGI DIRI DAN IMAN DARI GANGGUAN.

    2. MEBELASAH, MEMUKUL, MEMOTONG DAN JUGA MEMBUNUH MAKHLUK TERSEBUT

    3. MELINDUNGI DARI GODAAN DAN TIPU DAYA YANG KASAR SERTA HALUS OLEH MAKHLUK HALUS

    4. MENYELESAIKAN MASALAH HISTERIA, SIHIR, PUKAU, SANTAU, ILMU GUNA-GUNA, KENA TINDIH/HIMPIT DAN BANYAK LAGI

    5. MENGUBAT JIWA KOSONG, SUSAH TIDUR

    6. MENGALAHKAN KEJAHATAN MANUSIA DAN MAKHLUK HALUS

    HASIL
    1. JIWA TENTERAM DAN TENANG
    2. HILANG PERASAAN WAS-WAS
    3. SEMBAHYANG KHUSYUK
    4. PERASAAN SUKA KEBAIKAN BENCI MAKSIAT
    5. DAN BANYAK LAGI

    INSYAALLAH ANDA DAN KELUARGA BOLEH MELAKUKANNYA SENDIRI

    *LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

    1. BERSIH RUMAH BERHANTU
    2. BERSIH KAWASAN/TANAH BERHANTU
    *TIDAK TERMASUK TANAH KUBUR*
    RAWATAN
    1. HISTERIA, SIHIR, PUKAU, SANTAU, ILMU GUNA-GUNA, KENA TINDIH/HIMPIT DAN BANYAK LAGI

    Salah satu tanda kena serangan makhluk halus jahat

    1. Sembahyang tidak khusuk / malas sembahyang
    2. Pergantungan kepada Allah tidak kuat
    3. Akhlak sukar dikawal-pemarah-ego -banga diri -cakap kasar -sombong -riak-cakap besar -khianat -lain lain perkara yang buruk
    4. Hati gundah gulana / kecewa / putus asa / pilu / sedih
    5. Fikiran kacau bilau resah gelisah tak tentu pasal
    6. Jiwa tidak tenteram
    7. Hati cinta maksiat
    8. Ada perasaan takut selain Allah
    9. Dada sebak / sempit
    10. Hati gatal
    11. Susah tidur

    *TERDAPAT JUGA RAKAMAN SESI PENERANGAN DALAM BENTUK DVD
    BERMINAT HUBUNGI:
    ISMAIL
    (pakar bunuh makhluk halus)
    019-3619305
    http://ilmuhaq.multiply.com
    email: ilmuhaq@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  52. salam..
    Ini semua ALLAH nak tunjuk pada AT. Yang paling teruk menghina Sit Aisyah isteri nabi..jangan main2 AT bab ni..Rasalah..Ini baru balasan dunia..Ada akal utk kebaikan..Tapi ko..Apa ko ingat ko hebat...Allah lagi hebat..bertaubat dan mengucap balik...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.