Skip to main content

Perkembangan Projek Langgar Hadi 2010.

Oleh : AdukaTaruna

Pertamanya, sudah dinyatakan sebelum ini, bahawa, oleh kerana projek ini bermotif sejarah awam, maka sebarang perkembangan akan diawamkan. Ianya adalah satu kaedah pembenihan catitan sejarah secara terbuka. Di sini kami awamkan perkembangan projek kami ini. Terima kasih kepada pembaca yang memberikan idea dan cadangan.

Tawaran dari Webmaster TKO.




Di sini, saudara Songkok Putih telah menyatakan persetujuan 'sekalipun' gua menukar kepada Wacana Ilmu. Alhamdulillah. Jadi, dengan jaminan dia, kami tidak lagi berstatus terjah dan langgar. Kami ditaja penginapan, makan dan perjalanan. Terima kasih.

Penginapan.


Walau tarikhnya masih jauh, tetapi kami ingin mengetahui bentuk tajaan dalam tajuk penginapan. Seandainya Songkok Putih menaja kami dalam bentuk wang, maka, kami memilih mencari penginapan kami sendiri, di mana dalam pertimbangan kami, kami selamat.

Tetapi, seandainya, tajaan Songkok Putih adalah dalam bentuk pasarana, kami dengan rendah diri terpaksa menolak. Bukanlah menuduh yang bukan-bukan, tetapi kami memerlukan satu keadaan yang benar2 selamat, dan pricavy bagi sebarang tindakan dan strategi yang dibincang pada ketika itu.

Makan.

Bab makanan, kami belasah jer. Apa yang lu makan, kami makan la.. kecuali xenan, maybe dia cerewet sket. Maklumlah, selaku anak lelaki tunggal selalu dia ni mengada-ngada sket.

Perjalanan.

Yang ni, gua harap sangat tajaan dalam bentuk wang. Kalau dalam bentuk kenderaan, Toyota Fortuner PAS12 misalnya, susah la kami. Hehehe.

Kalau Songkok Putih taja dalam bentuk wang, boleh kami sewa Hummer van bagi tujuan pengangkutan dan kos2 berkaitan dengan perjalanan.


Tawaran dari TerengganuKini.



Dan untuk tawaran equipment oleh Terengganukini, di sini gua (kami) sertakan maklum balas kami. Mula2 skali, terima kasih bro. Inilah halangan besar kami. Yakni peralatan. Gua baru plan nak mintak sedekah kat PerakExpress pinjam handycam barang sehelai dua, tapi lu sorongkan bantal. Maceyy la bebanyak.

Kelengkapan rakaman dari TerengganuKini, bolehlah digunakan bagi tujuan program Wacana Ilmu pada hari berkenaan. Pepandai la pihak lu orang sediakan tempat ke studio ke. Janji kami sudah mendapat gambaran awal, kami tidak lagi berstatus terjah atau langgar.

Bagaimanapun, kami tetap membawa peralatan rakaman kami sendiri yang bertaraf adik tiri kepada golongan amatur. Di harapkan, pihak lu orang dapat berikan kebebasan kepada jurukamera kami. Kata lainnya, lu buat kerja lu, kami buat kerja kami.

Hasil terakhir Projek Langgar Hadi.

Kami tak cakap pun kompom kami berjaya atau tidak. Cukup kami dapat kemukakan persoalan2 kami dan mendapat jawapan dalam bentuk rakaman. Gua silap, gua kena. Hadi silap, Hadi kena. Pro.. Mudah2an dengan itu, terbukalah hendaknya para perwakilan genetik Melayu PAS untuk menggantikan Hadi Awang dari posisi Presiden. Demi Islamic State Tactical.

Terengganukini punya rakaman Wacana Ilmu, terpulanglah nak buat apa. Nak edit tukar muka gua sehensem Brad Pit pun takper. Gua takda hal punya. Nak siarkan ke mana-mana laman pun silakanlah. Tapi rakaman dari pihak kami tetap dibuat dan disediakan bagi tujuan pengimbangan. Ianya terbahagi kepada 2.

  1. Versi Wacana Ilmu
  2. Versi filem dokumentari "Marching to Rusila."
Kedua-dua rakaman tersebut akan diDVDkan untuk dijual. Sekali pakej. Walaupun Versi 1 telah diawamkan oleh Terengganukini atau sesiapa sahaja.

Tujuan dijual adalah untuk membeli sendiri peralatan untuk projek2 langgar di masa hadapan. Sampai bila nak harapkan derma dan sedekah seperti PAS, kan. So, kena payung sendiri lah.

Projek T-Shirt.

Projek T-Shirt tetap akan dilancarkan. Gua juga akan meminta kepada xenan 2 helai saiz XXL yang telah ditempah member blogger. Kutipan T-Shirt, walau tak tentu banyak mana, mudah2 dapatlah top up apa yang patut. Kecuali top up enset Kak Memot.

Sekian dulu perkembangan PROJEK LANGGAR HADI 2010 setakat ini. Terima kasih kepada pembaca terutama zargus, jibam, saye dan lain2 kerana memberi cadangan dan idea.

Choww........

Comments

  1. Gua paling tak sabar nak tengok komen kapt_shiTqaqi. opss.. hoho..

    ReplyDelete
  2. memilih gak rupanya adukataruna dalam penginapan, kenapa terasa tak selamat, lu org kan pro, kt terengganu tak ada sapa nak apa apakn lu org, bukan taraf pemimpin parti umno pun, nk rompak lu org bukan ada duit pun, dtg pun degn ehsan derma yg kau duk pandang hina selama ini, kalau kau org sebenarnya perjuang rakyat tak perlu le meminta lebih lebih, nk lebih lebih cari komisen jual kapalselam le, terima aje apa yg org bagi baru pejuang sehati, kalau lu org kalah adakah lu org tutup blog ini mcm lu org minta hadi kosongkn posisi presiden, lu kalah lu kena berundur dari blog ini, macam lu org laung-laungkan

    ReplyDelete
  3. bapa aduka tergila,

    janganlah jadi diri anda makin mengila-gila.. nanti anda di seret ke wad gila... setakat masuk wad gila tu tak apa.. takut masuk dalam wad munafik susah nanti.. orang nak jumpa nabi tapi takut bapak jumpa abdullah ubai....

    ReplyDelete
  4. tercium bau songkok yg hapak...

    ReplyDelete
  5. bg wa elok berhati2
    coz org2 yg ala taksub ni
    dia punye rasional makin kureng
    kang x pasai2 AT
    x blk2..haha

    wa rasa
    pginapan..
    lu kene dptkan
    sahabat2 yg sepale kat sana.
    dan at least kene ada org yg tahu jln kat sana..mana lah tahu,
    kang kene kejo dgn parang...haha

    ReplyDelete
  6. Nampak sangat AT dah kecut telor dgn pemuda batu enam. Mereka tu ikhlas nak bagi pengindapan.Ramai je pimpinan PAS numpang di bt6 kalau ada progrma di tganu.Jgn takut..tanggung beres punya

    ReplyDelete
  7. bangsat lu..nakn pi ganu pun riuh cari sponsor..bukannya nak gi new york..hadi tiap bln gi n9 pun x cari sponsor..lu nak pi sekali seumur hidup x cukup duit..cakap besar..habuk tarak

    ReplyDelete
  8. ni komen aku earl, "kalu taraf kambing/lembu/kerbao memang patut kena parang/korban la uma, dah byk yg jd mangsa korban kat masjid rusila tuh" hehehe.

    kalu tujuan nak berwacana ilmu spt islamic state atas tektikal ke strategi ke methodologi ke panggil gi la ape pun aku leh 'korbankan' duit utk jamu sup 'tulang' . korang kan suka tulang2 nih..hahaha

    p/s : menginap kat mana2 pun rasa tak selamat je bila ati tu penakut dab rasa bersalah?! alaa kalu kena parang pun ujian org yg berjihad pe , lg pun nak tegak islamik state tuh

    ReplyDelete
  9. DUKA,

    OIT LU KOMEN LA PASAL ISU SEMASA, JANGAN LA JADIKAN LANGGAR HADI NI TERLALU FOKUS, BANYAKKAN KOMEN DAN ARTIKEL LU TENTANG ISU SEMASA, ORANG NAK TENGOK DAYA INTELEK LU JUGAK, PROJEK LANGGAR HADI NI LU BIKIN LA MACAM MANA PUN TAPI LAIN LU JANGAN TINGGAL..

    ReplyDelete
  10. wahhh... pagi lg Kapt-Anjing dah stat menyalak......

    kang kang kang....

    alamak telor tercicir kat reban..sebelum Aduka masuk ajak debat, baik aku cabuuuutttttt.........

    kang kang kang........

    ReplyDelete
  11. Kah3, aku syak atas aku ni aduka taruna la. Komen senirik ke nih? Wakakaka

    ReplyDelete
  12. Bhai...

    Peralatan Video Recording tahap cikai gua akan sediakan... yang itu takder hal..

    InysaAllah GPS pun gua akan sediakan... tapi yang cikai jer la yer... hehehe...

    ReplyDelete
  13. aduka teruna gua cabarlu. debat dengan gua dulu.lu kata menuntut kat rusila tapibaca quran pun tak gerti gua cabarlu sahut cabaran gua kita debat dekat kl iaitu kat um gua akan adekan satu forum dan u bolih bawa orang lu gua cabar lu. di sana semua studen nak tahu ape lu cerita lu ade pojek gua pun ade project untuk lu jika lu senyap lu hanya menyalak saja tapi kecut.

    ReplyDelete
  14. Jumut gile ahli pas ni... AT nak berhujah dgn Hadi la.. yang korang gelabah sangat apasal... kita tgk la nanti sapa yang betul sapa yang salah... fanatik tak bertempat...

    ReplyDelete
  15. uma
    kalu setkat at tu dtg org tak nak bunuh pun, tak glamer langsung bunuh At, setakat taksub tak ada bodoh mcm lu ikut je kata AT, AT akan tukar tajuk dari semasa ke semasa, semua ni hanya untuk melambatkan proses langgar hadi, dari penginapan kepada alatan, dan akan ada pelbagai syarat lagi, alah standet melayu le lembab nk mampus, asyik asyik mesyuarat, lepas mesyuarat mesyuarat, lepas kutuk org mesyuarat AT plak buat mesyuarat apo ni, mcm tak jadi je

    ReplyDelete
  16. gua suspek Olo tu Kapt_Shiqaqi yg takde telur tu...sbb IP dia sama..gua dpt trace bhai...Hahahaha....

    ReplyDelete
  17. Betul apa A.T cakap. benda baru, belum jadi, lu kena maki. sebab lu pembuat sejarah baru.
    tapi bile lu dh jadi, dan berjaya, lu diangkat menjadi wira.

    itulah MELAYU

    ReplyDelete
  18. -kontol,taktik2 pencacai umno mmg cmtue..Ip same,nick name brlambak2 mcm taik cicak kt umah aku nie..yg beraknye dr sekor cicak jer..jap lg aku nk lastik nie..

    -taktik2 cmni,wa rase Tulang besi pun dah mangli..

    -hehehe..

    -zargus-

    ReplyDelete
  19. PROJEK LANGGAR MAK LUUUUUUU ADUKA
    LU SIAL PUNYA ORG ADUKA..... LU JAGA LU PUNYA DIRI BAIK2, NAHAS LUUUUUU.

    ReplyDelete
  20. Apa jadah lak aku ni Kapt-Shiqaqi. Dia pun aku xkenal.

    Hah, senang2, kalau betul ko boleh trace Ip aku nih, ko bgtau ape service provider aku. Kalau rajin, bagi IP, aku nk bantai ko.

    Bodo, kontol n zargus, korang otak besar kacang ke? Ke ko kontol sbnrnya at?

    Taktik komen artikel snirik ni da lapuk maaa...

    Kah3.

    ReplyDelete
  21. Oii Kontol bodoh, mana buktinya?

    Sialla, buktikanlah aku ni Kapt-Shiqaqi tuh!

    Bodo.

    ReplyDelete
  22. bro arrowputih
    wa riso gak
    mamat2 taksub ni..
    elok ati2
    bg wa tu lebih selamat.

    harap totok hadi x ilang akai.

    ReplyDelete
  23. olo, budak2 tu mmg bodo giler they no nothing about ip sniper, spoof etc. ngaku je la boodoh kan olo..hahaha

    ReplyDelete
  24. Olo cibai..buktikan yg nko bkn Kapt-Shiqaqi!
    buat sumpah laknat skrg!!

    Kapt-shiqaqi tak pyh layan,anjing type Ganu mmg mcmtu,muahahaha...........

    ReplyDelete
  25. Apa jadah pulak aku kena buat sumpah laknat? Ko yg tuduh, ko bwk la bukti. Agama mana kau anut budak?

    ReplyDelete
  26. Olo bodoh..nko kena tuduh, nko la pertahankan diri dgn menafikan..penafian kena ada bukti,bkn takat ayaq liyoq basi saje...
    AGAMA MANA NKO ANUT BUDAK MENTAH?

    ReplyDelete
  27. hati dah keras bang
    cakap macam mana pun walak walak walak

    :-D

    ReplyDelete
  28. ko sebarkan projek ni pada semua bloggers pas=reform , dll ..aku yg x aktif blogger pun mau turun..kos sendiri pun on!!!

    bil tarikh, masa - semua standby!!!

    ReplyDelete
  29. Lu mmg bodo yg susah tima pelajaran le, olo dgn aku org yg berbeza la itu pun nk jdkan isu, "nah amek tulang ni seketoi, p nyalak jauh2" hahaha

    ReplyDelete
  30. bro,

    gua fikir, lu dah hilang arah sikit laa..

    dulu lu kata nak langgar, ramai dah berharap nak tengok Hj Hadi kena langgar betul2, macam mana kickdefella langgar Pak Lah.

    tup2, dah jadi wacanalah pulak, ilmiahlah pulak..

    apa cer ni?

    gua fikir, tak perlu wacana ke, ilmiah ke, Hj Hadi tembak lu dengan peluru akhlak je, lu dah tak boleh balas beb!

    lu kaki maki, kaki carut, kutu cikai tahap blogger je, lu ingat kipas-susah-mati diorg boleh bagi lu lepas macam tu je ke?

    akhlak beb, betul2 lu tak boleh hujah balik dah..jangan bagi alasan blog ke, pro ke, akhlak mana kira luar blog ke dalam blog!

    so balik pada tujuan asal kita, kalau lu dah plan nak langgar, gua fikir ada baik lu bikin komprehensif sikit projek langgar ni..

    ni setakat marching je?

    buat kempen, flyers, ceramah, seminar, kaset, cd, blog kasi ramai, sebar semua sebab kenapa mesti langgar Hj Hadi!

    bab dia nak defend diri sendiri, tu dia fikir sendiri!

    bila dah komprehensif, menyeluruh, serang dari segenap penjuru, barulah rasional sikit projek lu ni!

    esok-esok kalau lu kalah, lu asyik cakap sejarah!

    sejarah ke, apa ke, yang penting orang ramai nak tengok pemimpin yang lebih segar, yang boleh rejuvenate balik pas!

    lu ingat senang-senang lu boleh menang ke?

    pastu senang-senang lu kata kalau kalah, konon sejarah!

    nasib baik gua bukan kaki maki!

    gua fikir, ramai yang sokong projek lu ni, tapi kalau dah jadi satu hala, disoriented macam ni, sembunyi bawah nama wacanalah, ilmiahlah, gua tak tahu la macam mana.

    lu bagus, lu ada kreatif, lu proaktif.

    tolong jangan permudahkan urusan taklid & wala' pengikut2 setia sesetengah pemimpin kat luar sana.

    akhir sekali, lu bagi permasalahan, tapi apa penyelesaiannya?

    kalau lu dah jadi guling Hj Hadi, siapa lu nak letak jadi ganti?

    gua sampai hari ni tak nampak sapa-sapa.

    tak kan nak suruh ketua pemuda jadi ganti kot?

    gua harap lu ambil berat perhatian gua ni.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  31. Janganlah buat kat Rusila. Jemaah Rusila adalah jemaah yang paling brutal (kalah budak UMNO Shah Alam). Mereka memang dah lama bengkek dengan awak. Jangan harap awak boleh bersuara. Nanti awak akan diganggu macam YB Khalid dan MB Selangor ari tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...