Skip to main content

Mengapa gua tertarik dengan mamat nih?

Oleh : AdukaTaruna

Kalau gua di tempat asing, di kelompok manusia2 yang asing, selalunya tercetus beberapa elemen tertarik. Dia macam deria yang ke 99 petala langit la. Ngeee... Word tertarik tu pecahannya banyak. Nampak awek tertarik pun termasuk gak tuh.

Tapi N3 kali ini, membincangkan deria tertarik apabila bertembung dengan lelaki. Baca habis dulu, jangan otak kuning macam edi-pinky; gua karate kang. Bila gua bertembung dengan lelaki tertentu, selalunya wujudlah elemen tertarik itu. Tak kiralah bertembung dalam gambar, dalam bidio, live, etc. Tetap wujud juga deria itu. Tapi secara live lebih power lah.
  • Ada deria tertarik bentuk tegang-panas (tenas)
  • Ada deria tertarik bentuk damai (temai)
Semestinya deria tertarik peringkat awal boleh dibantu atau dimansuhkan dengan perwatakan dan tindak-tanduk orang tersebut. Contohnya, sekali pandang abanghensem tenas gua wujud. Tak lama kemudian, abanghensem mempamerkan perwatakan yang bisa memansuhkan deria awal tadi. Jadi mansuhlah terus deria tersebut. Begitulah sebaliknya. Sama ada mansuh atau menyokong.

Mamat dalam gambar ni plak, jika ikut kronologi laporan panzer Utara Online, gambar ni keluar dulu. Bila gua tengok wujud deria tenas semulajadi gua. Maybe setan dok sebelah kot. Mungkin wajah dia asing pada gua, mungkin riak wajah bentuk poyo. Tak tahulah apa pembolehubah deria tenas gua.

Dan kemudian, sebaik sahaja panzer upload bidio, maka, muncul perwatakannya yang menyokong tenas gua; bukan memansuhkan. Faham ke tak lu orang ni? Siapa tak faham maka dia jemaah Rusila.

Skang meh kita tgk bidio perwatakan dia plak.



1. Siapa dia dan apa jawatan dia untuk dia berada di barisan pemimpin PAS dalam sidang media rasmi? Apatah lagi satu peritiwa getir dan memerlukan protokol yang teliti dan tepat.

2. Paling gua panas hati dan membuatkan gua N3 gambarnya dibulatkan untuk bertanya ialah; tindak-tanduknya mengarahkan kedudukan Ketua Pemuda PAS pada minit 0:21. Itu saat paling kuat deria tenas dalam diri gua.

Tajuk perwatakan, dia tunjuk guna jari kepada Ketua Pemuda PAS dari jauh, dan arahkan berada di sebelah kiri dengan satu perwatakan gah. Sekali lagi saat itu deria tenas gua paling kuat. Betapa besar dan berkuasanya dia dalam hiraki PAS mengikut dari perwatakan yang dipamerkannya.

3. Dengan memegang fail, dengan menarik Ketua Penerangan PAS rapat ke sisinya, dengan space yang sempit, bagi kedudukan kepada Tuan Ibrahim menyebabkan Ketua Pemuda PAS terpaksa duduk sebelah amoi, dengan Mahfuz plak berdiri kat belakang, suasana memang macam sial.

Siapa dia? Sepatutnya, ikut hiraki, ikut protokol dia perlu berambus dari situ. Belakang tabir buat cara belakang tabir. Kalau gua jadi wartawan, memang kono persoalkan dah tu. Gua tuding jari telunjuk gua tepat muka dia dan tanya Hadi.

"Tuan Presiden, saya ingin bertanya di luar tajuk. Lelaki ini siapa dalam hiraki PAS dan dalam protokol PAS? Sehingga Ketua Pemuda PAS terperosok ke sana dan Mahfuz di belakangnya?"

Dalam sejah gua menganalisa politik secara bebas, ada 2 keadaan yang seperti ini. Yakni deria tenas paling memuncak. Satu ketika membaca laporan Azmin Ali memarahi pemimpin PAS kes mempergunakan Mahathir dulu, satu lagi kes mamat ni wujud dalam sidang media rasmi PAS dan menunjukkan perwatakan mengawal Ketua Pemuda PAS di luar hiraki yang ditetapkan.

Sekali lagi, gua tanya. Siapa dia dan mengapa dia berada di situ?

Comments

  1. Saudara..sebenarnya akupun terasa begitu juga. Dalam hati tertanya sape mamat seorang tu???? Sepatutnya Mahfuz yang kena didepan tapi kenapa mamat tu????

    Kita jangan jadi macam BN yang mempunyai banyak orang tamakkan jawatan dalam parti. Itu saja aku nak luahkan.

    ReplyDelete
  2. itu baghal tunggangan kayu. dia dan kayu pula tunggang hadi. ada faham?

    ReplyDelete
  3. Gua rasa mcm kenal mamat sekor nie, kalau tak silap mamat ni buat PhD kat Leeds University tahun 90-an dulu. tak ingat namanya, tp mmg penggerak PAS masa kat sana. Apapun mmg pelik perangai mamat ni. Meluat plak gua nengok nyer.. betul jg kata Aduka..

    ReplyDelete
  4. Mamat nilah Kepala Think-tank Hadi Awang dan Mustafa Ali.Dia juga Setpol Hadi Awang yang "menyiku keluar" Syed Azman sebagai Setpol.Mamat ni ada 5 orang lagi Dr.yang jadi "ahli pemikir" kepada Hadi Awang dan Mustafa Ali.Boleh teliti betul-betul sama ada Mamat ni "ada aura" orang yang berilmu atau sekadar tukang karutn saja.

    ReplyDelete
  5. Yg interesting kat gua ialah

    mahfuz duk jauh sambil muka ternganga2.Cam lost jek mamat tuh.

    Pastuh hadi n mustafa ali dok goyang kaki.Memula hadi jek goyang sana sini.

    Masuk isu EGM, Mustapa pon join goyang.

    Time dok sebut "selangor selangor" dua2 sama goyang.Wahahaha.Leh wat script le.

    next time buh meja.Buruk no pakai jubah goyang kaki.Teserlah sgt bodylanguage nyer

    ReplyDelete
  6. Dalam PAS banyak agen-agen dari agensi tempatan dan luar negara bergentayangan. Ada agen aktif dan ada yang berhibernasi. Mereka bertindak untuk menentukan halatuju PAS dalam arena politik Malaysia sesuai dengan kehendak majikan mereka.

    ReplyDelete
  7. dua tu bukan sepupu abang ipar kakak wa. wakaka

    ReplyDelete
  8. Member Baik Dr Kayu said...

    Salam, orang yang kau bulat masa PC TGHH selepas meeting khas tu namanya ialah Dr Shamsuri. Nak tahu siapa dia tu? Dr Shamsuri adalah adalah Setiausaha Politik TGHH. Beliau adalah bekas Pensyarah di UPM. Dr Shahmsuri dilantik bagi menggantikan Dr Syed Azman sebagai SU Sulit TGHH.

    Konspirasi memastikan kesemua orang di keliling dengan TGHH adalah mesra UMNO dilakukan oleh beberapa kerat geng Terengganu. Selain nama yang korang biasa sebutkan, Mustaha Ali, Ust Nasha dan Hasan Ali, seorang lagi tokoh penting di belakang tabir ialah Dr Kamaruzzaman Yusof atau nama glamernya Dr Kayu. Orang Terengganu. Pensyarah di Jabatan Sejarah, UKM.Selalu keluar di Astro Awani. Beliau mencaturkan pemecatan Dr Syed Azman dan melantik Dr Shamsuri sebagai SU Politik TGHH sebagai memastikan cita-cita politik peribadi beliau agar PAS buat kacau di dalam Pakatan Rakyat, berlaku. Dr Shamsuri adalah anak usrah beliau yang paling setia dan hanya menerima arahan daripada beliau. Dr Shamsuri bertanggungjawab membasuh pemikiran TGHH agar sentiasa mengikut halatuju golongan yang anti Pakatan Rakyat di dalam PAS.

    Selain itu, beliau juga mencaturkan pemecatan Dr Dzulkifley Ahmad daripada Pengarah Pusat Penyelidikan PAS dan digantikan dengan Hj Wan Abd Rahman (ada orang kata dia ni Doktor la, prof madya la, sebenarnya dia tak pernah dapat Phd, phd dia tak lulus kat Australia dan tak pernah dapat Prof Madya, membohong semua tu). Hj wan Rahman adalah rakan karib Dr Kayu. Oleh itu, beliau berjaya mencaturkan kesemua orang di keliling Hj Hadi, orang yang mesra UMNO dan anti Pakatan Rakyat.

    Itulah konspirasi jahat geng-geng terengganu-ukm, untuk memecahkan Pakatan Rakyat hasil irihati mereka kerana Negeri Terengganu tidak menang dan negeri lain yang PAS lebih lemah, boleh memerintah.

    Maklumat Dr Kayu boleh didapati di sini.

    http://diskopi.wordpress.com/2009/03/11/pensyarah-ukm-tidak-bermutu/

    Gambar dia boleh google aje kat Kamaruzzaman Yusoff.

    ReplyDelete
  9. Suhaimi Embong adalah PSU PAS Terengganu. Memang la dia cenderung nak defend bos dia Mustapa Ali. Dia dengan Dr Kayu UKM dan lain-lain memang anti TGNA dan anti Anwar dan Anti Pakatan Rakyat. Tugas diorang tidak perlu sampai bawak PAS masuk di dalam UMNO, tetapi cukup dengan PAS buat kacau di dalam Pakatan Rakyat melalui agen beliau, Hasan Ali. Sehinggakan Pakatan Rakyat menjadi haru biru dan hilang keyakinan rakyat. Sehingga PR kalah di Selangor pada PRU 13. Dan jalan ke Putrajya terbantut. Itu misi diorang. Dan sekarang ini misi diorang hampir berjaya dengan keputusan di Bagan Pinang.

    Saturday, October 31, 2009 2:55:00 PM MYT
    Anonymous Suhaimi Embong said...

    Lagi satu, minta Suhaimi Embong bersumpah dengan nama ALLAH SWT, bahawa beliau tidak ada kena-mengena dengan pembikinan blog kontraversi antihusam.blogspot.com . Dan, kamu semua akan dapati bahawa beliau tidak akan berani bersumpah. jeng,jeng jeng.

    ReplyDelete
  10. Indah sungguh hidup bila dihiasi dengan makian dan cerca. Rasa macam diri adalah raja. Kebenaran ada pada pedang aku. Keyboard la tu. Bila taip ja . Itulah kebenarannya. Bila tak puas hati itulah rasa hati akaa kebenaran. Bila tenas ja itu kebenaran. Bila suka, marah , benci semua kebenaran. Diluahkan di blog sebagai kebenaran. Mungkin sebab tak mau digelar pemuka dan kaki bodek atau pak angguk. Mengangguk pada kebenaran, menggeleng pada kebobrokan dan kebatilan. Tak semestinya segala yang kita rasakan tu benar. Tak semestinya apa yang kita tau tu benar. Tak semestinya apa yang kita mau tu benar dan yanag kita tak mau tu buruk dan salah. Setiap kata benar atau salah akan dinilai. Kalau nak kata politik Islam tu suci , takkan ia suci andai ditegakkan dengan cela dan murka yang semberono. Dan kalau dikata telah cemar ia akan durja dan dosa . Takkan ia suci dengan cerca tanpa adab. marah dan caci cerca tidak sama. Jangan sampai jadi kelaziman dalam lisan dan tulisan. Takut tak mampu bezakan dimana kaki berpijak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.

Simpang Renggam adalah University Jenayah Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Ada 2 tajuk berbeza pada gua dalam isu Simpang Renggam. Mekanisme pencegahan rekrud baru Pusat Tahanan itu sendiri Mekanisme pencegahan rekrud baru. Yang ini gua rasa KDN perlu ambil serius. Memang terjadi dan berleluasa rekrud-rekrud baru muncul dari dalam suasana penjara. Golongan penjenayah persendirian akan berbaiah dengan kumpulan gangster dari dalam penjara. Dan membentuk kumpulan yang besar apabila keluar. Kita tolak sebentar dahulu kes untuk bangsa India, kita rujuk satu sejarah Pak Long Burung Pengasas 36. Kumpulan Gangster Melayu. PEKIDA dan gangster Cina adalah satu entiti yang berbeza sebenarnya. Gangster Cina mempunyai fahaman komunisme, mempunyai sistem pengenalan diri komunis, buah-buah komunis, etc. Manakala PEKIDA menyerapkan budaya Arab dan berfahaman Islam (sekarang sudah sesat). Pak Long Burung (arwah) adalah pangkat 'Abang Besar' dalam PEKIDA. Akan tetapi, apabila berada dalam penjara, dia direkrud dengan unsur-unsur gangste