Skip to main content

Kolonel Mat dah macam chitosan.

Oleh : AdukaTaruna

Chitosan ni sejenis benda alah yang berfungsi memerangkap lemak. Kalau ada masalah lemak la. Kalau masalah ikan plak, Kololonel Mat gua lihat dah macam bubu. Memerangkap ikan. Kalau masalah tikus plak, Kolonel Mat dah macam racun tikus. Sekor demi sekor tikus kantoi.

1. Bila Kolenel Mat dilontarkan TGNA, Ketua Pemuda PAS macam tikus makan racun.

Bagaimanapun, Dewan Pemuda Pas mahu kepemimpinan tertinggi parti memandang serius dakwaan Nik Aziz.

"Oleh kerana dakwaan itu datangnya dari mulut Tok Guru sendiri, sudah tentu ada sesuatu yang perlu disiasat," katanya. 
Bila time sesuatu samar  yang boleh mendamagekan puak UG, maka, cepatnya dia suruh siasat. Dipandang serius. Fakap. Tapi dari mulut yang sama, dengan fakta yang terang dan nyata, bab Hasan Ali, dok celah ketiak xenan. Blah la lu xenan.

2. Dan-dan tu jer Kickdefella terus enterframe. Macam siyall.. Kolonel Mat adalah ayah saya. Fakap la haii.... Kalau lu orang tak nampak lagi, still taklid buta, tak tau la gua nak cakap apa.

"Kolonel Mat adalah panggilan orang kampung kepada ayah saya."
Ni punya jenis lu kata pejuang korupsi dalam kerajaan Islam Kelantan? Deyyy... otak kat bontot ke apa? Nak juga bina situasi TGNA bertempur dengan dia.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sedar konspirasi pihak tertentu, yang didalangi 'Kolonel Mat' untuk menjatuhkan beliau sudah lama dan berterusan.

Kalau word sudah lama sahaja, dan Kickdefella puja kubur abah dia supaya bangkit enterframe dengan isu Nik Aziz, kira logik lagi.

Tapi TGNA sebut word berterusan. Takan Kolonel Mat sambung kepada anak Kolonel Mat kot? Kalau camtu, terpaksa la TGNA betulkan balik kenyataan dia.

"Dulu Kolonel Mat. Skang Kolonel Mat jr."

Ekelee... meluat jer gua. Apa terer sangat ke abah dia sampai kena sebut dek TGNA?

"Kickdefella pejuang korupsi."

"Aduka dibeli Arifahmi."

Pale otak lu. Sebenarnya Kolonel Mat tu kapitalis Yahudi. Syarikat KFC. Eh bukan Kolonel Mat tu nenek sedara gua. Orang kampung panggil dia Kolenel Mah, tapi lama2 jadi Mat. Gua pun nak enterframe gak.

Kita tunggu lagi. Kot2 ada lagi lemak yang kena serap dek chitosan, ikan masuk bubu, tikus makan racun.

Comments

  1. tah le x komen nak komen. cuba buat gini pulak...pru13 nanti calon pas kesemuannya mesti lulusan Al-Azhar @ 100% berpendidikan Ugama Islam. bermula dr peeringkat cawangan di setiap negeri. biasanya lah org ada "ugama" ni tahu hak halal payah nak buat hak haram....guano gamok??

    ReplyDelete
  2. bhai, agak2 article pria malaya ni same ke dgn pendirian lu?

    aku pun dah rasa lain macam kickdefella ni...bukan makin selesai masalah, makin ribut adalah.

    kat sini,
    http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/11/panas-tok-guru-dan-keluarga-diserang.html

    ReplyDelete
  3. Untuk makluman Kol Mat itu bekas Lt Kol yang kalau dengar cara cakap nya lembut lagi beradap, sedap dan sejuk rasa hati tetapi beliau ini seorng yang tetap objektif untuk memusnahkan musoh yang telah ditetapkan olehnya. Beliau seorang yang mengamalkan salah satu prinsip dalam tentera" If you cannot beat or destroy them then join them" in order to achieve your objective. Beliau ini memang telah dikenali tetapi terdapat dikalangan kepimpinan PAS yg mangkuk ayun, lurus bentul telah di pergunakan nya. mereka banyak yang telah terperangkap Kol Mat. Pertempuran bakal berakhir sedikit masa lagi, apabila berlaku "contact" dalam istilah tentera pasti ada yang terbunuh dan cedera samada di pihak musoh atau sendiri. Lihat sendiri siapa bakal gugur dan "mission accomplished"..

    ReplyDelete
  4. Bhai..

    Jangan riso... tak lama lagi kantul la diorang semuanyer... hahaha....

    Kolonel Mat ker.. Kolonel Sanders ker .. hahahaha ... semua akan terkantul dengan kaum kerabat diorang sekali..

    Puak UG nih dah tak lama jangka hayat dier.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Sudahlah Aduka Taruna

    Aku tahu apa benda yang dibincangkan dalam pertemuan di Kota Bharu tu. Ko jumpa dengan Ariffahmi dan berpakat dengan Nik Abduh dan Takiyuddin Hasan untuk jatuhkan TGNA. Dan naikkan Nik Amar sebagai MB. Betul tak? Lebih baik ko bersumpah kalau berani.

    Skrip awalnya adalah dengan serangan Nik Abduh terhadap ayahnya sendiri di dalam blog Nik Abduh. Dan ko akan lengkapkan skrip seterusnya. Jangan nak mengaku bebas la. Kalau berani, buat majlis sumpah yang ko tidak terlibat dengan kospirasi untuk jatuhkan TGNA.

    ReplyDelete
  6. Anonymous Aduka Taruna said...

    Sudahlah Aduka Taruna

    Aku tahu apa benda yang dibincangkan dalam pertemuan di Kota Bharu tu. Ko jumpa dengan Ariffahmi dan berpakat dengan Nik Abduh dan Takiyuddin Hasan untuk jatuhkan TGNA. Dan naikkan Nik Amar sebagai MB. Betul tak? Lebih baik ko bersumpah kalau berani.

    Skrip awalnya adalah dengan serangan Nik Abduh terhadap ayahnya sendiri di dalam blog Nik Abduh. Dan ko akan lengkapkan skrip seterusnya. Jangan nak mengaku bebas la. Kalau berani, buat majlis sumpah yang ko tidak terlibat dengan kospirasi untuk jatuhkan TGNA.
    .



    Ha Aduka,

    Ni dakwaaan yang sangat berat ni.

    Aku dengar cerita juga.

    Kalau kau benar, aku mintak kau bersumpah dengan nama Allah SWT kau tidak melakukan perkara ini.

    BOleh tak?

    ReplyDelete
  7. patutlah skrg ni kao dok maki "pegi mampus Husam, pegi mampus nik aziz".

    Sebab kao memang nak bagi mampus dua2 orang tu pun.

    Betul tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...