Nov 8th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, utama
Oleh: MSK
Bila aku kutuk PAS, orang kata aku cuba memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Bila aku kutuk PKR, orang kata aku nak melemahkan PKR. Tak sangka aku boleh buat macam tu? Kalau betui la …Sang Kelembai pun kalah kat Matsamankati.
Bila aku kutuk, tandanya aku sayang. Bila aku tak cakap apa-apa, tandanya aku dah meluat. Selepas muktamar yang lalu…aku berhenti mengutuk PAS. Pasai aku dah meluat.
Tapi hari ini, bila Dr. Abu Hasan Hasbullah membentangkan kajiselidik dia, baru ada orang yang ternganga. Itu pun..masih ada yang besar kepala…hanya mahu cerita yang menjadi halua telinga. Cerita-cerita yang tak baik…dianggap tahi telinga.
Semua teks yang dibawah diambil tanpa kebenaran dari Mstar.
Imej PAS dilihat menjadi semakin negatif terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
Pendedahan yang mengejutkan itu didedahkan oleh pengkaji politik, Dr Abu Hassan Hasbullah ketika membentangkan kertas kerjanya pada Seminar Memperkasakan Parti anjuran PAS di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan kajian yang dibuat keatas 2,100 responden yang dipecahkan kepada tiga peringkat umur mendapati golongan muda yang berumur 21-30 tahun telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PAS iaitu seramai 633 orang.
Sebaliknya hanya seramai 67 responden yang menyatakan pandangan bahawa mereka menyokong kepimpinan PAS.
Sementara itu bagi golongan kelompok umur 31-40 tahun, seramai 519 orang menyatakan pandangan negatif manakala seramai 181 orang adalah positif.

“Ini bermakna hanya seramai 181 orang daripada kelompok umur berkenaan menyatakan PAS mampu terus bergerak ke hadapan dengan kepimpinan yang sedia ada,” kata Abu Hassan pada seminar yang dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan.
Sementara itu, sejumlah 751 orang daripada kumpulan umur 41-50 menyatakan telah hilang sokongan terhadap pemimpin PAS manakala sejumlah 396 responden masih menyokong.

Dalam pada itu, Abu Hassan berkata satu lagi penemuan yang mengejutkan ialah kebanyakan daripada mereka yang menyatakan pandangan negatif terhadap PAS dari kelompok umur 41-50 tahun adalah daripada kawasan pantai timur dan utara.
Penemuan itu ternyata bertentangan dengan tanggapan umum selama ini bahawa kawasan pantai timur merupakan kubu kuat PAS.
“Barisan kepimpinan serta peserta seminar ini perlu memandang berat mengenai perkara ini, kebanyakan daripada jawapan-jawapan positif atau yang menyokong adalah daripada negeri Sabah dan Sarawak,” katanya.
Kajian Abu Hassan juga turut memfokuskan kepada kempimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, dalam kumpulan umur 21-30 tahun, seramai 493 responden memberikan jawapan negatif manakala seramai 207 responden menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Abdul Hadi.

Manakala bagi kelompok umur 31-40 tahun, seramai 539 orang menyatakan jawapan yang negatif dan seramai 161 orang adalah positif.
Selain itu, dikalangan responden yang berumur 41-50 tahun, seramai 383 orang menyatakan pendirian tidak menyokong dan 317 respon adalah sebaliknya.

Jelas Abu Hassan, pendirian yang agak seimbang bagi kelompok umur 41-50 tahun menunjukkan golongan tersebut lebih berpengalaman dalam politik.
“Namun dua generasi yang lebih muda (21-30 tahun dan 31-40) kelihatan sangat agresif dan bergantung kepada tanggapan semata-mata,” katanya.

Data-data nie semua masih boleh dipersoalkan dan diperdebatkan. Kenapa hanya 2000? 2000 yang bagaimana? Terlalu banyak keraguan pada data2 ini yang boleh diperhalusi lagi. Tugas Pemuda PAS untuk membuat bancian semula kalau ingin counter data-data nie.
ReplyDeleteha ha ha... tajuk macam gampang.. sekali baca.. ha ha
ReplyDeletetajuk cam kimak je duka hahahaha.....
ReplyDeletePAS tak mahu terima realiti. Kalau kajian dr tu tak betul, pi buat sendiri.
ReplyDeleteTanya perwakilan pun sebenarnya dah cukup, cuma tak mau nak buat, takut jawapannya nanti tak mengembirakan kepimpinnan.
Wala' membabi buta.
Aku rasa data ni logik. Dan tak menunjukkan pengaruh PAS merosot.
ReplyDeleteKenapa?
Ok, daripada 2000 orang ni, datang dr semua kelompok. UMNO, PAS, DAP, MCA, tak berparti, atas pagar, tak minat politik, pembenci politik etc.
Secara purata 35% saja percaya kpd kepimpinan Hadi. Actually, ni acceptable kalo ko amik kira semua golongan.
Even Anwar Ibrahim pun, cuma ada 54% yg sokong kepimpinan dia utk jd PM. Pdhl survey tuh dibuat di Selangor/KL, area yg PKR paling kuat beb!
Ni kan plak Hadi, yg survey tuh di buat di satu mesia. Org2 bn, pembenci politik mestilah xsuka dia. Org2 pkr, dap n atas pagar mestilah ada yg xsuka dia gak even bkn semua.
So, bg aku logik gak la 35% tuh.
Tp, aku ttp pikir pemimpin kena muhasabah gak. Kena naikkan pengaruh n baiki diri.
logik gak lah responden yg digunakan secara rawak. PRU13 nanti pun yg akan pengundinya lebih kurang camni gak. Bukan ahli PAS je...
ReplyDeleteIni sebenarnya adalah data persepsi awam, bukan undi ahli PAS, data ni sangat relevan, jika PAS bekerja ke arah memenangi PRU13. Misi utama PAS adalah memenangi PRU13, manakala visinya sudah tentu mendirikan negara yagn di dalamnya terlaksana perintah2 Allah.
So, data ini relevan, kerana respondennya sama dgn pengundi.
inilah namanya jika penyokong pas menghadapi sindrom penafian, prof tu terangkan masih tak percaya , prof tu berkata hasil penyelikannya, aku dah follow prof ni punya kajian di astro awani , ia mmg benar dan munasabah,
ReplyDeletebila orang bentang hasil kajian ..... dikatakan tak logik plak.... masih tak dapat terima kenyataan lagi ke..... tunggu la PRU13 nanti.... pastikan keadaan akan kembali kepada sebelum PRU12 baru la buat post mortem..... hasil post mortem simpan diam² jangan dedahkan.....
ReplyDelete-abanghensem
off topic - alah N9 menang nasib jer malam tadi..... bakar!!! bakar!!!
Orang PAS ni memang ramai yg bongok. Tak reti adab berpolitik langsung. Diorang ingat dah lulus sekolah kat Mesir tu dah bijak politik? Kalau belajar sains politik kat Al Azhar sambil belajar syariah, boleh la kata terror politk.
ReplyDeleteIni tidak, bab politik zero. Hancusss..
Diorang ingat cukup hanya berdoa, berserah pada tuhan. Nabi sendiri pun berusaha sedaya upaya. Berbincang dgn general tentera dia sebelum berperang. Ada ketika pun kalah juga. Strategi balik.... Itu nama nya berusaha.
Memang ramai orang PAS sekarang ni bongok. Termasuk lah presiden dia sekarang ni. Bodoh tak boleh di ajar!
- kuntau
Untuk menyelesaikan masalah aku cadangkan letak je calon bebas pro Pakatan Rakyat kat kawasan yang ditandingi PAS Vs umno. Abih citer!
ReplyDeleteProf Aziz depa kata slh, Dr Abu Hassan pn depa kata slh jgk.. Woi, ahli2 yg bongok,jgn syok sdri!! Org dh tlg buat kajian utk PAS tu. Bknnya asyik dok terlentang kt Rusila n Jln Raja Laut. Nk tahu realiti sbnr, hangpa tggu PRU13 nti. Klu PAS tk reform, kecuali Klate, yg lain habuk pn tarak!!
ReplyDeleteorg meluat BN sebab pak lah.
ReplyDeletejgn sampai org meluat PAS/PR
sebab hadi udah laaa...hehe
sedar diri
sedar realiti dan tuntutan semasa
dlm susana yg ada..
klu org x sedar diri
x leh nak ckp apa laaa...haha
Pengundi Pakatan Rakyat akan menghormati Hj Hadi sekiranya beliau mengundur diri sekarang.
ReplyDeleteSalam sdr. aduka
ReplyDeleteHakikatnya "sekiranya PAS tidak berbah, tunggulah hari rebah"
Ni survey suma rakyat mesia beb. Cuba survey pnyokong n ahli pas aje. Mesti len.
ReplyDeleteAku ingt kalo survey ni dibuat utk tgna pon, lebeh kurang je kot. Kalo lebih pon dlm 2-3% jek
btw, survey mstar ckp, dlm 85% punca masalah pas nih sbb campor tgn pehak luar. Dlm 5% je kate masalah kepimpinan. Mstar nih, byk pyokong pmbangkang baca. Sbb tu survey dia len sikit dr dr abu hasan nyer survey.
believe it or not..if this is only a storm in the cup somehow it'd turn to become a disaster to PAS ...do something about it, do it ASAP ... or else many people'd say "goodbye PAS".
ReplyDeleteSay what the leaders like, but remember! People have their rights to say
"TGHH OUT NOW...ENOUGH IS ENOUGH!
Kalah sekali xkan dh disaster? Dh la kalah kat tmpat isa samad lak tuh.
ReplyDeleteNk tau ok x ok, kena wat satu agi prk. Sorang adun PR kena brkorban letak jwtn utk hal ni. Hihihi. Suruh la mane2 adun ganu tu letak jwtn sorang. Dr Alias razak ke. hihihihi
mari sokong Nizar sebagai presiden Pas...
ReplyDeletelancarkan sekarang...!!!
duka...lu gua lantik jadi presiden 'kempen nizar presiden pas'...
wakakakakaka.....
Agaknya kalau pun ada Malaikat turun dari langit(merupa seperti manusia) tunjukkan pada Hadi Awang kajian mereka,Hadi Awang tak akan percaya.Buat masa ini dia dengar dan percaya hanya kepada Mustafa Ali dan Bakar Chik.
ReplyDeletediaorg x letak dalil quran dan hadis
ReplyDeletemana nak caya...hehe
harap lu org paham yeaa..
Ambe rasa kalau kajian tu hanya melibatkan ahli PAS sahaja, keputusannya tak kan jadi cam tu. Majoriti ahli PAS menyokong Hadi, sudah terbukti melalui muktamar. Namun demikian, PAS harus berfikir kembali. Yang mengundi mereka adakah ahli PAS semata2? Golongan atas pagar yang perlu diberi perhatian kerana undi merekalah yang menentukan PAS menang atau tidak.
ReplyDeletehttp://cglynblog.blogspot.com/
Bukan semua orang masuk PAS nak berjuang utk Islam..... kebanyaknya nak jawatan.... harta kekayaan..... dan nak tolong Melayu (UMNO!!!) lagi banyak. Tapi tak dinafikan ada individu yg ikhlas dgn perjuangan menegakan syiar islam dan dakwah islamiah,dgn mengunakan PAS sebagai platform kearah itu.PAS bukan lah ISLAM,pas hanya sebuah parti politik yg konon2nya memperjuangkan syiar islam,tetapi maksud sebenar kebanyakan individu berjuang dlm pas hanya lah utk mendapatkan jawatan,kedudukan dan kuasa pemenrintahan dari kerajaan yg memerintah sekarang.Dan utk itu mereka mengunakan agama dalam setiap perkara yg dapat menarik sokongan manusia terhadap mereka(bukan atas maksud DAKWAH).Apabila ada individu diantara mereka yg sudah mendapat jawatan dan kuasa ,maka terserlah lah watak mereka yg sebenarnya.Ini kita dapat lihat dari kekalutan yg terjadi di antara mereka sekarang,kata-mengata,tuduh-menuduh,fitnah-menfitnah diantara mereka pun bermula..Apa kah ini akhlak org islam yg kita mahu contohkan pada org bukan islam?...TO BE CONTINUE…Insyaallah…
ReplyDeleteWALLAHUA`ALAM
DR.NARA
UMNO-BN cybertrooper pun sibuk mencelah sini? DAN (sempat) lagi menyelit fahaman sekular sini? hehe.. hal PAS sekarang adalah masalah kepimpinan saja...pasal dasarnya dah jelas untuk semua menilai..no thanks 4 yer info!
ReplyDeletePAS ya MEMANG bukan ISLAM...UMNO jauh sekali...kafir? entah ler lu tanya TGHH & puak dia yg pandai hal menghukum orang nih...hehe
PAS parti politik yang KONONnya memperjuangkan syiar Islam??? Lu mungkin Dr. (pinjam ayat TGHH sekejap: Tapi kajian (lu) tak terperinci (tak lengkap tanpa ayat Quran & hadith)...PAS MEMANG bawa, guna, memperguna, memperjuangkan BUKAN SAJA SYIAR malahan LEBIH daripada tu.. AKIDAH tu yg utama dsbnya. Cuma tak perfect ler...ada saja silap/kekurangan ..tu betul.
Hal nak kuasa, nak jawatan, nak menang PRU, kuasai kerajaan tu memang in back of the minds ..apa salahnya? Ikut Islam tu tak salah apa ler...yg SALAH adalah mereka (Muslim) dlm PAS ker UMNO ker yg rasuah, yg tamak jawatan,kuasa, hingga salahguna kuasa, pangkat, seleweng duit rakyat..dll.
Anyway, am with u on "Akhlaq" tu penting untuk orang Islam tunjuk kpd semua (defo Islam for all)..tu pun untuk orang bukan Islam yg pakai akal (terbuka minda) untuk menilai semua sudut kebenaran, bukan biased mana-mana,prejudice etc.