Skip to main content

Zulkifli Noordin diminta siasat JAG, SIS



Dalam sesebuah negara yang bertamadun, kita tidak boleh menyekat terbitan-terbitan intelek. Ianya adalah faktor penting kepada kemajuan sesebuah negara. Jika pihak mahu mahu menyekat B, dan B mahu menyekat A, maka Malaysia akan mundur seperti sekarang.

Di sini, falsafah perlu ditetapkan. SIS JAG ada hak untuk mengutarakan inteleknya. Di zaman ketamaduanan hebat Islam dahulu, pendeta2 Yahudi pun tidak disiksa atau dihalang untuk menegakkan hujahnya.

Cuma, kawalan terhadap perkataan Islam perlu bagi mengelakkan ianya disalahguna. Mana boleh pihak sosialis menggunakan nama kapitalis dalam pertubuhan mereka bagi menyampaikan terbitan intelek mereka. Sama juga hal dalam SIS.

SIS yang memperjuangkan Islam dari sisi lain (tinggalkan dahulu sama ada sesat atau tidak), tidak boleh diharamkan selagi orang-orang yang berjuang di dalam SIS mendakwa mereka adalah muslim, mengucap syahadah. Jika mereka memerangi kita secara hujah, maka, haruslah memerangi mereka juga secara hujah. Jika mereka memerangi kita secara fizikal, maka, haruslah juga memerangi mereka secara fizikal.

Pedulikan pendapat imam dan mazhab yang kolot, emosi dan dipengaruhi oleh persekitaran budaya dan zaman ketika itu. Bunuh sana, bunuh sini. Dah macam second Allah pula. Kita berpegang terus kepada bahan mentah jika mampu atau berpegang kepada pendapat imam dan mazhab paling munasabah seandainya tidak mampu.

Jadi, dalam ketidaktentuan pengurusan intelek dan emosi rakyat Malaysia, sebuah negara taraf jakun, di mana kualiti rakyat, pemimpin dan para ulama adalah terlalu rendah, gesaan SIS dan JAG diharamkan adalah satu bukti ketakutan kepada Islam itu sendiri.

Seandainya Melaysia kita ini dibentuk semula, kumpulan-kumpulan seperti Al-Arqam, Ayah Pin, SIS, JAG, pendapat Nik Aziz UMNO Islam plastik dan sebagainya tidak boleh diharamkan secara dibelakang rakyat. Ianya perlu dipanggil Majlis Fatwa (atau Majlis Syura jika IRM), untuk menghadiri perbicaraan terbuka. Ini adalah hal ehwal muslim di mana non muslim tidak boleh masuk campur. Dan seluruh rakyat termasuk non muslim mendapat manfaat daripada perbicaraan terbuka itu.

Selepas dari perbicaraan ilmiah terbuka itu, untuk hal ehwal Islam sahaja, maka Majlis Fatwa atau Majlis Syura harus membuat keputusan bertulis / kehakiman bertulis sama ada :

1. Pertubuhan / pendapat / hujah itu diharamkan dalam suasana Malaysia.
2. Pertubuhan / pendapat / hujah itu diharamkan secara mutlak.
3. Pertubuhan itu diharamkan menggunakan nama Islam.
4.
5.






Comments

  1. HULU TERENGGANU, - 'Sisters In Islam' (SIS) ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa. Kan musuh Islam itu bergerak di peringkat antarabangsa. Tiap-tiap negara ada agen dia (musuh Islam). Apa saja Islam, bunyi Islam dia tentang.

    "Cuba tanya 'Sisters In Islam' kenapa dia tidak menentang lain-lain undang-undang, lain-lain hukuman?

    "Kenapa dia (SIS), kalau orang yang minum arak kalau didenda RM2000.00, dia tak tentang (menentang)? Kenapa kalau orang mencuri kalau kena dua tahun penjara dia tak tentang? Tapi bila dikenakan hukuman itu Islam dia tentang, maknanya dia tentang Islam !,"kata Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Ustaz Harun Taib yang dipetik oleh Buletin Online ketika ditemui selepas Solat Sunat Eidul Fitri, di Markas Tabiyah PAS Kubang Lembek, Manir, di sini semalam.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu hukuman rotan yang dikenakan keatas bekas jururawat yang menjadi model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno.

    Di bawah dipaparkan kenyataan penuh Dato' Ustaz Harun Taib:

    ___________________________________________________________

    Dalam dunia ini tidak ada benda yang dikatakan tidak salah semuanya dan benar semuanya, maknanya ada kewajipan dan ada hak, oleh sebab itu dalam sesebuah negara itu, dia (negara itu) ada undang-undangnya, kalau disebut dari sudut sesebuah negara.

    ReplyDelete
  2. Kalau kita pergi ke England atau United Kingdom pun dia ada undang-undangnya, sesiapa yang duduk dalam negera itu maka dia kena ikut undang-undang, di Anerika Syarikat pun begitu di Australia pun begitu, orang mari Malaysia pun mesti ada undang-undang. Semua orang yang bersedia untuk duduk (dan tinggal) dalam negara itu, atau ziarah ke negara itu dia bersedia tunduk dan patuh kepada negra itu.

    Jadi undang-undang yang dikenakan kepada Kartika itu adalah satu undang-undang yang sudah diketahui umum, maknanya dalam masyarakat Islam macam Malaysia, maknanya tidak payah mengaji (belajar) orang tahu arak tak boleh. Arak tak boleh, zina tak boleh, mencuri tak boleh, merompak tak boleh, itu orang panggil ?maklum minaddin bi darurat?- semua orang Islam tahu.

    Cuma setiap kesalahan itu ada hukumannya (dan) hukuman itu sudah dimaklumkan. Dalam tiap-tiap negri di malaysia ini, enakmen itu dan kesalahan arak ini ada, jadi kepada perempuan itu (Kartika), dia tidak kritik undang-undang ini, dia tahu dia buat salah, sebagaimana kalau dia buat salah yang lain pun dia kena hukum juga. Kalau orang buah salah (kesalahan) jalan raya dia kena denda juga, tak bolehlah kalau kesalahan jalanraya dia kena denda, dia kata eh....zalim, tapi tak ada orang kata zalim.

    Ini undang-undang tentang arak, dia tahu dia tak boleh minum arak, salah disudut undang-undang tapi dia minum, dia tahu, dia sedar, ini kena hukum dan dia rela kena hukum, dimana zalimnya? Kalau dia tak rela, dia tak setuju, dia bantah, mungkin boleh di panggil zalim, tapi tidak ada kesalahan atas dunia ini yang tidak ada hukuman!

    Jadi kita nak katakan tindakan 'Sisters In Islam' itu apa dia?

    ReplyDelete
  3. Dia (SIS) ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa. Kan musuh Islam itu bergerak di peringkat antarabangsa. Tiap-tiap negara ada agen dia (musuh Islam). Apa saja Islam, bunyi Islam dia tentang. Cuba tanya ? Sisters In Islam? kenapa dia tidak menentang lain-lain undang-undang, lain-lain hukuman?

    Kenapa dia (SIS), kalau orang yang minum arak kalau didenda RM2000.00, dia tak tentang (menentang)? Kenapa kalau orang mencuri kalau kena dua tahun penjara dia tak tentang? Tapi bila dikenakan hukuman iku Islam dia tentang, maknaya dia tentang Islam !

    -Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

    ReplyDelete
  4. Anda kena tahu banyak perkara.., antaranya ilmu siyasah syari'iyah. Hujah anda macam Islam Liberal. Siapa anda sebenarnya??? Anda pemecah belah Islam ke??? Maki hamun Ulama' sesuka hati. Awas!!! Bertaubatlah sementara masa masih ada.. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  5. kebebasan berhujah, itu memang disokong..
    Soalnya... sudah termaktub di dalam Al-quran, Ada golongan walaupun sudah dibuktikan dengan hujah, mereka tetap degil dan ingkar kepada ALLAH..
    jadi Sebab itu ISLAM perlu Kuasa supaya dapat menyekat suara2 sumbang yang mempersoalkan Hukum ALLAH...

    Jika mengiyakan kebebasan Berhujah, dalam ISLAM ALLAH sudah bagi batasannya..

    Kalau malas, asyik nak korek. kondem orang lain tanpa Mengukuhkan diri dengan Ilmu pengetahuan ketuhanan, wahyu , mantik dan sebagainya, nanti akan nampak kebobrokan kita..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.