Skip to main content

Genting! Panduan untuk petugas Barisan Rakyat.

Mula-mula sekali kita bermula dari doa gua yang lepas.

Wahai Allah yang Maha Ego...

Entah apa la motif Lu untuk takdirkan kita semua melalui PRK di Bagan Pinang,

Satu kawasan yang ada 5000 undi pos,

Satu pembolehubah yang memang kompom tak boleh menang bagi kitorang nih,

Kalau motif Lu nak tunjukkan undi pos boleh ditewaskan, terima kasih la banyak2,

Gua janji gua akan tempeleng sapa2 yang riak dan bongkak selepas kemenangan itu,

Kalau motif Lu nak tunjukkan cara-cara tewaskan undi pos, mudahkanlah kepala2 otak kitorang ni untuk faham,

Kalau motif Lu nak tunjukkan sifat perkauman, sifat pelampau musuh2 Lu, Lu lindungilah kitorang ni akan segala kejahatan dan akibat dari tindakan mereka.

Amin....

Maka disini dicadangkan panduan kepada petugas Barisan Rakyat. Jangan bimbang dan mengalah. Tiada perjuangan yang datang dengan permaidani mewah. Setiap keselesaan esok hari datang dengan penderitaan hari ini dan semalam.

1. Pastikan berkumpulan dan mempunyai kamera dan handphone mempunyai kredit.

2. Petugas India dan Cina jangan bermalam di Markaz Barisan Rakyat di kawasan Melayu terutamanya di kubu-kubu UMNO. Bila telah selesai, waktu malam, pulanglah secara beramai2.

3. Jangan layan provokasi. Rakam kelakuan provokasi sambil berada dalam kedudukan berundur / mengalah.

4. Kawasan-kawasan Cina dan India terutamanya, harus diberikan taklimat. Jangan wujudkan suasana panik, mengumpulan senjata dan membalas dendam. Berikan penjelasan tepat terhadap situasi terkini. Setiap estet dan kawasan Cina harus ditempatkan para ustaz-ustaz Melayu bagi penampan sebarang kekeliruan maklumat / kekeliruan sentimen.

5. Berdoalah banyak-banyak. Sejarah membuktikan UMNO telah melakukan pembunuhan politik terlalu ramai dalam sejarah kekuasaaan mereka.

Comments

  1. Leh doa cam gitewww ek?

    cam member-member jek..

    gilo....

    ReplyDelete
  2. aisey ingat nak isytihar Jihad tadi. rupanya masih kena bersabar biar la kena tetak pun, bukan ketua Pemuda yang kena macai2 je.

    ReplyDelete
  3. Doalah macam mana pun, Allah tetap mendengar sekiranya iklas dan tawadduk.

    ReplyDelete
  4. doalah mcm maner pun.
    ya menentukan doa lu makbul atau tidak bukan pengomen di blogger ini...

    ReplyDelete
  5. woi, doa ko ingat macam skema je ke/ , tuhan bukan tuli macam hang, bodoh macam hang, tuhan maha tau apa yang sebenarnya pengharapan orang, lantak lah macam mana pun, dia mintak tu dah maksud dia berharap pada tuhan, bodoh, mangkak. ni geng 2 hadi la ni . . .

    ReplyDelete
  6. aku, saya, wa dlm bhs arab = ana

    m, awak, kamu, kau ekau, lu dlm bhs arab = anta ... sama je...

    oit2 .. wa pun geng hadi jugak. x semestinya geng hadi je mesti bodoh. geng ostad aduka pon byk gak yg bodoh, terima je apa yg ostad tu kata.hahaha.

    ReplyDelete
  7. kekejaman semakin menjadi2.... nak jadi macam tak bai ker.... sapa sebut islam, ikut islam, perjuang islam bunuh.... kejam

    ReplyDelete
  8. ala bodoh betul la pya bahasa...
    agak-agak lu la, tgamak x lu nak guna bahasa camtu kat mak bapak lu?
    tgamak x?
    dlam hatilu ikut lu la nak ckap camner pun, tp kalau lu bedoa camni skadar nak tunjjuk lagak lam blog lu ni, lu sdirik la cari hukum...bukan menghukum!!tapi cari hukum..
    bahasa beb!!! bahasa ader kelas dia sendiri beb!! tu Allah turunkan kita jadi org melayu.. ader sabab mesababkan ia.. takder aper aku nak kater...BODOH!!!

    ReplyDelete
  9. kalu semua pandai mesti semua doa dalam bahasa arab ja kan..

    napa perlu bahasa melayu plak..

    wakakaka..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.