Skip to main content

Catatan Bagan Pinang last day.


Oleh : AdukaTaruna

1.
uma janji nak datang rumah gua. Gua siap sedia. Tak g memana hari tu. Menjelang pukul 2 petang lebey, takda sms ko kol ko. Ni jadi ko tak jadi nih. sms tanya. Skali uma dengan selamba badak bagitau dia malas kacau gua. Cissss.....


2.
Memandangkan gua dah terambil cuti tak mengais cari makan, dan uma tak datang, gua terus start kete. Blah menuju ke barat. Gua ambil arah kiblat. Buruj pari2. Ngam2 sampai Batu 4 Port Dickson. Dengan riak dan berniat nak heboh2, gua sms Pendi, Dayat dan Deris.

Sebab Deris bz dengan blog dia yang dah popular macam majalah Playboy, mengalahkan blog gua yang macam majalah Dewan Siswa, gua malas kacau.

"Takper la bang. Gua cari Dayat jap."

"Dayat kat mana?"

"Kat Bradwall."

"Jauh tu duka... dah patah balik..."

"Takperla... boleh round2 skali."

Sekali memang jauh la bai... nak patah balik, pun jauh. So, gua terus jer la. Siap benti topup kedai Cina Rantau. Tanya cane nak g Siliau. Ni la akibat bermastautin terlalu lama di London. Negeri sendiri pun sesat.

"Weih Dayat. Lu kat mana?"

"Bradwall Plantation. Masuk dalam estet. Jaga macha....."

Pendek citer, gua jumpa. Tu pun gua nampak muka pakcik PAS familiar kat Ampangan. Sampai2, gua terus bebuat rajin. Tolong pakcik2 bersihkan bendera. Bila line clear, gua rembat sehelai bendera PAS yang paling suci dan bersih. Jumpa lak dengan Dayat. Terus kena sound.

"Bendera tu PAS Selangor punya tu."

"Apa plak? Gua dah banyak kali bayar derma kat ceramah."

Pendek lagi citer gua terus ke Markaz Induk.


3.
Sampai markaz, tu dia.... punya penuh dengan manusia. Turun dari langit ke ni? Terlupa plak yang gua baru keluar dari tempurung.

"Eh.... ni Topeng Perak nih."

Gua sound Dayat bila nampak Topeng Perak.

"Hahaha. Gua ingat nak kenakan dia la. Gua salam dia, pastu blah. Nanti kat blog baru bagitau gua yang salam dia."

"Ramai blogger kat sini." Dayat sampuk. Cantet. Nampaknya Dayat tak bantah niat jahat gua. So, dosa kita share 2.

Lepas cari parking, gua terus melilau cari Topeng Perak. Mana plak mamat nih. Dah ghaib la plak. Last2 jumpa dengan individu2 yang dipercayai blogger gak. Gua tarik dia ke belakang, peluk bahu dia, dan sound.

"Bro.. lu Topeng Perak kan."

Dia sengeh jer.

"Sajer jer gua nak salam. Meh salam." Gua terus chow.


4.
Masa dok tanpa arah kat tepi jalan raya, tetiba rasa nak kencing.

"Weih Yat, tandas ado ko tak ni kat Markaz Induk ni?" Gua dah start nak kutuk parti Dayat.

"Ada la... tu kat atap zink tuh."

Gua terus menuju ke tandas. Kecik jer stiker laki n pompan kat tandas tu. Ni kalau rabun cam Kak Memot, sah2 salah masuk. Hahaha. Kan Ammar kan.

Gua terus tolak pintu tandas laki. Baru suku terbuka, tetiba kena tutup dari dalam. Sah ada orang. Apa punya bengong kencing tak kunci pintu. Beberapa minit, pintu dibuka dari dalam. Ala... punyalah perlahan. Sopan gile.

Sekali bila keluar jer, rupa2nya Dr. Zul. Tengah hambek wuduk rupanya. Hahaha. Senyum jer dia. Sopan santun gitu. Tak jadi gua nak kutuk. Kalau keluar2 muka Azeez tadi, mau gua kunci dia dalam jamban tuh.


5.
Habis kencing, nak kena tunggu Dayat Asar plak. Baru menapak ke depan jumpa Abu Bakar Chik. Tak dan nak tanya kat mana dia tempah spay tulisan kat kete dia. Banyak sangat peminat. Mahfuz pun ada. Keluar2 kete jer, terus bagi salam dan gua orang pertama dia salam.

Best gile gua jadi camni. Kenal orang tapi orang tak kenal gua. Kalau dia pernah baca blog gua, mahu dia bunuh gua tuh. Syiah ma.... kah kah kah. Syiah pun gua tak tau apa ke benda. Solat guna batu tau la gua. Kejadah apa.

Dayat selesai solat, gua menyusur tepi jalan untuk ke gerai sup utara. Mai dari Kedah. Ni mesti puak2 Ostad Azizan nih. Tetiba ada satu Ex5 ntah ada road tax ke tidak nak langgar gua. Naseb baik dalam masa 0.04 saat gua kenal muka. Deris Baganutama. Kalau lambat kenal, melebihi 0.05 second, sah gua terpakai baju gaban kat situ gak.


6.
Masa makan, kitaorang citer pasal menang kalah. Gua cakap, kalau persen keluar mengundi tinggi, bermakna UMNO menang. Terbalik dari maklumat Pendi. Tapi taklah jangka kalah melampau camnih.

Bila sah jer kalah, kita terus ke pusat media Markaz Induk. Gua nampak Wak Albanjari. Tapi maleh kacau sebab dia tengah bz. Dayat diam jer dari tadi. Kecewa ma... penat dia kerja tu bhai..

Gua dok tengok Topeng Perak kemain kusyuk dengan laptop dia. sya reformis plak dah siap N3. Tinggal nak tekan publish jer. Nak jer gua tolong tekankan. Ngeee.... Teringat plak wak ada. Kang sesia dapat tempeleng free. Dugong Darat pun bz gak. Niat gua nak skodeng paswot blog dia. Tapi takda peluang la.


7.
Azan magrib pun on the air....

"Yat. Lu nak Magrib sini ke kat luar?"

"Sesak sini Ngah. Kita Magrib kat highway la."

"Cantet."

Kitorang pun berambus. Nampak plak wak. Gile bz. So, gua kol. Tgk reaksi dia dari belakang. Kalau bz sampai tak sempat angkat tepon, gua maleh kacau. Tunggu beberapa deringan, wak terus angkat.

"Salam wak."

"Salam."

"Bz tak? Kalau tak bz nak jumpa tak? Gua dah nak balik dah ni."

"Boleh2. aduka kat mana?"

"Kat belakang wak."

Kitorang pun jumpa dan cakap seminit dua.

"Kim salam kat Topeng wak. Cakap dengan dia, yang salam dia tadi tu gua la. Dia tak kenal gua. Tapi gua kenal dia. Haha..."

Pendek cerita gua blah lepas jumpa wak. Gile putih orang banjar beb. Mesti awek banjar cun2 nih. Otak gua mula menganalisis wak. Sampai rumah, time gua kat open house member, ada kol dari nombor tak dikenali.

"Salam Aduka. Gua kecik hati dengan lu nih."

"Siapa ni?"

"Topeng Perak la......"

Comments

  1. lu x sebut nama wapun dalam nie walaupun wa la sebenarnya manusia yang dah cover lu punya baik kat bagan pinang... blogger2 tu siap ugut2 wa suh dedahkan sapa lu.. but wa masih mempunyai kerahsiaan tahap tentera...

    X pe bro... kalau dalam masa 24 jam lu x mohon maap... wa akan dedahkan sapa lu... untuk pengetahuan lu... si topeng tupun wa yang bg no lu kat dia!

    ReplyDelete
  2. malaysiakini wrote: "Umno has legitimised corruption"

    i said : "Rakyat negeri 9 (khususnya Bagan Pinang)has legitimised corruption"
    majoriti 5435 tu! memang dah lama sangat hidu udara babi pasal tu tak dapat nak beza baik buruk.

    ReplyDelete
  3. hahaha.... nampaknya jauh lagi la angan² Pakatan rakyat nak perintah N9..... kepada PAS negeri lain ambik iktibar la apa yang terjadi kat Bagan Pinang..... jangan rasa selesa sangat.... bebila masa undi ni boley swing..... satu lagi PRK ni mungkin akan berlaku..... kat kedah nun.... haaaaa.... PAS kedah... ustat azizan.... jangan ek sangat noooo.... hang tu baru setahun jadi MB..... kalau hang tak nak jadikan negeri lain sebagai model pun hang cakap la leklok.... jangan la cakap nampak ek sangat..... sekali pengundi nyampah ngan hang.... bebila masa undi hang swing pegi kat BN.... hang tau la hang tu terer ke tak.... dulu hang kata hang terer....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  4. Bhai...

    Lu dah kalah "bet" dah... pi la lari bogel dari Seremban sampai Teluk Kemang dengan Nora Danish.... gua nak tengok...

    lu kan dah janji hari tue... hahahaha

    ReplyDelete
  5. biar betul AT, nora danish tu...

    sib baik bukan lisa suriati...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.