Skip to main content

Berjumpa dengan ahli sufi.. (3)


Oleh : AdukaTaruna

"Takda name card ke?"

"Ada tu ada, tapi tak bawak. Name card pun taklah bisnes besar, kerja-kerja kampung jer."

"Petah cakap camni kerja kampung jer?"

Haha. Dia tak tau gua ni jenis air liur jer lebeh. Bagan Pinang pun gua tak turun. Sampai Derih berbulu lebat dengan gua.

Pendek citer, selesai satu bab. Gua yakin Datuk tu tak lelap tidur punya kerana dapat satu perspektif yang dia tak pernah jumpa.

"Ok... semua mari duduk dekat sikit." Ahli sufi bersuara. Semua alih tempat duduk termasuk gua. Tapi port gua tetap kat belakang. Sejak sekolah rendah, sekolah menengah, sampai dewan kuliah, port gua kat belakang.

"Pertamanya, saya minta maaflah yer. Yang ada eskot2, tu kena tinggal di luar. Ini tempat Pak Din. Bukan nak cakap Pak Din handal, tapi Allah punya kerja. Pak Din tak nak, bila Pak Din alpa, Pak Din kena."

Dialog Pak Din gua main hentam jer nih bai... sebab bahasa dia tahap M. Nasir. Tak hingat gua. Tapi lebih kurang camni lah. Gua punya tafsir, Pak Din maksudkan kat Iwan. Sebab Iwan ni banyak pendamping.

Lupa gua nak citer, masa bertolak, Iwan kol adik dia.

"Mer, Tok Kenali ikut aku nih."

Ntah apa yang dia citer ntah dalam tepon. Gilo. Tok Kenali kan dah takda. Jin kan boleh menyerupa. Itu time dalam keta. Nanti dengan ahli sufi pun ada gak sebut bab Tok Kenali nih.

Pendekkan lagi cerita, maka bermula sesi kaunseling bini member gua akan masalah suami dia. Pak Din ni tangan dia digayakan seolah2 membuka hijab. Sesekali tunjuk langit dengan jari dan nafas. Kalau ada bidio, memang gua boleh tiru dengan sebijik punya.

"Proses ni namanya membedah rohani. Yang faham2la. Yang tak faham akan memberontak." Celakak punya ahli sufi. Macam tetahu jer diri gua mula memberontak. Pada hal gua dah buat muka paling normal dah.

"Susah Pak Din nak cakap. Tapi Pak Din kena cakap. Jika hati tak betul, semua akan tak betul. Ni... hati ni." Pak Din tunjuk2 dada dia.

"Jasad kita ni tiada apa. Tanah. Tapi roh ni yang isinya. Pak Din gantikan rohnya dalam diri, dan Pak Din rasa geram, celaru, nak marah. Ni kalau Pak Din pinjam lama, nanti keluarga Pak Din pula yang rosak." Lebih kurang camtu la.

"Maaf Pak Din tanya. Tapi jangan tipu la... yer. Jaga solat tak?" Celakak Pak Din ni. Gua belum Isyak lagi nih. Bini member gua tunduk.

Pendekkan lagi la citer bab ahli sufi ni dengan kes member gua. Sebab bahasa dia tinggi sangat.

"Pak Din cuba susun semula semangat rohani dia. Kasi dia tenang sedikit. Sedikit saja. Sebab utamanya ialah dirinya sendiri, dan suasana keluarga."

"Amalkan surah (apa ntah gua lupa) ayat 7, dan surah Yusuf ayat 4. Zikirkan pada makanan, pakaian, air mandi. Tapi secara makrifat. Jangan pulak hembus depan2 suami. Dah jadi lain pula."

"Apa pun, semua kerja sia-sia kalau suasana agama dalam keluarga takda. Solat pun tak jaga." Ayat yang gua taip bagi pihak Pak Din ni bukan level Pak Din. Kalau lu nak tahu, lu datang sendiri la.

"Garam dan air ni Pak Din?" Iwan tanya.

"Sebenarnya tak perlu bawa benda2 ni. Tapi dah alang2 dibawa, tidak mengapalah. Cuma, benda ni sebab sahaja. Ilmunya dari Allah." Lebih kurang camtu la. Pastu orang tua tu baca2 dan menggayakan tangan macam tadi.

"Telefon Pak Din untuk Pak Din tahu perkembangan."

Pastu Iwan plak masuk kes.

"Pak Din saya nak minta tolong juga. Sepupu saya koma dah lama. Puncanya semasa belajar tamat tapak silat."

"Siapa nama?"

Iwan pun sebut. Tapi gua lupa. Cam biasa Pak Din macam buka hijab dan tunjuk2 langit. Muka berkerut dan mata meliar seolah2 meneliti skrin yang tidak tetap. Macam orang yang berupaya sedaya-upaya imagine sesuatu lah.

"Kes yang sama. Pendua. Badan lemah tapi hajat besar."

"Camana yer Pak Din."

"Dunia mereka sama macam kita. Kalau kita hilang seorang, mesti kecoh dan contact sini-sana. Keadaan lebih rumit apabila ramai membantu. Sama juga jika Pak Din kunci penduanya. Mereka akan kecoh kerana orangnya hilang tiba-tiba. Sementara nak cari dan contact sini-sana, mereka ganti yang hilang itu. Pak Din kunci lagi, ganti lagi, kunci lagi, ganti lagi."

"Kesimpulannya, nak lawan satu team perlukan satu team. Bukan kerja Pak Din sorang dan Pak Din memang tak mampu. Boleh cuba juga, tapi perlukan beberapa siang, bukan beberapa malam."

"Umur kamu berapa?" Pak Din tiba-tiba tanya gua. Terkejut gua. Apa hal plak gua dalam kes ni.

"Umur saya 28, Pak Din." Gua senyum.

Gua boleh jawab ringkas jer. 28. Tapi macam sombong plak. Kang tak pasal2 gua plak kena kunci kek orang tua nih. So, terpaksa la gua jawab ikut standard budak darjah satu jawab soalan.

"28...." Dia sebut perlahan, dan terus dongak tunjuk langit! Tionaseng punya orang tua.

(sambung lagi...)

Comments

  1. aisehmenn..
    byk lak sambungannye,,


    **pcik, tionaseng tuh apo?
    haha




    nur

    ReplyDelete
  2. hahaha..... ni cam citer novel lu jer..... asyik sambung manjang....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  3. ahli sufi tu nak cakap... dalam masa terdekat.. aduka akan berumah tangga... sebab tu dia dongak nengok langit cerah ke x.. sebab ada kaitan... wakaka...

    ReplyDelete
  4. hehe..28 tu maknanya dekat dah tu...dekat sangat...sikti lagi datanglah dia tu...hehe..lu tunggu aje AT.

    ReplyDelete
  5. gua harap orang tua tu doa kasi ubah perangai anti ulama lu tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.