Skip to main content

SIS lengahkan sebat Kartika.

Oleh : AdukaTaruna

Pertama gua menyambut baik kenyataan Dewan Ulama PAS yang mengecam SIS. Diimbas sedikit dahulu, kenyataan yang diberikan Presiden terbodoh PAS dalam sejarah kelihatan selari dengan apa yang dikehendaki oleh boneka USA. Hadi telah meminta sebat tidak dilakukan tergesa2. Perlu dihapuskan puca2 dahulu.

Najib meminta hukuman sebat tidak diminta. Utamakan tarbiah. Shahrizat meminta Kartika memfailkan rayuan. Peguam Negara mencampuri undang2 negeri, mencabul kedaulatan Kesultanan Pahang (daulat? khak ptuih) dengan memerintahkan hukuman ditangguhkan kerana bulan puasa manakala Menteri Dalam negeri menipu makcik-pakcik kampung apabila mendakwa tiada tukang sebat syariah.

Disusuri semula lebih lama dari ini, Pemuda PAS telah mengemukakan satu pandangan yang bernas dan tepat apabila meminta SIS menggugurkan perkataan Islam dalam kontroversi usul PAS Shah Alam untuk mengharamkan SIS. Usul itu tidaklah sekontroversi mana sebenarnya, tetapi usul itu datang dalam ketika Hadi membuat bangang untuk sekian kalinya dalam kes UG.

Cadangan.

Islam termasuk penggunaan perkataan Islam adalah tertakluk di bawah Raja-Raja Melayu. Sultan Negeri bagi negeri, dan YDA bagi pusat.

Sebab itulah Mahathir tidak dapat mengharamkan SAR ketika dulu kerana SAR di bawah Sultan Negeri. Apa yang Mahathir mampu buat ialah menghentikan bantuan pusat. Inilah pengkhianatan yang besar, yang mustahil dicapai oleh manusia seperti abangbotaklicin.

Begitu juga Mahathir pernah cuba menggugurkan perkataan Islam yang melekat dalam jenama PAS. Bersidang raja-raja Melayu ketika itu. Akhirnya PAS berjaya menang dalam menggunakan perkataan Islam. Parti Islam SeMalaysia.

1.

Belajar dari sini, gua cadangkan PAS, terutamanya Ketua Pemuda PAS, untuk menghantar memorandum kepada YDA walau YDA lebih suka kuda, bagi menggugurkan perkataan Islam yang digunakan SIS. Pemuda PAS harus melampirkan setiap hujah penentangan Islam yang dilakukan oleh SIS.

2.

Yang keduanya, Pemuda PAS harus mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mengeluarkan fatwa berkenaan dengan falsafah perjuangan SIS. Secara prinsipnya, jika Majlis Fatwa boleh mengharamkan Al-Arqam, maka dia boleh mengharamkan SIS. Prinsipnyalah. Walau kita tahu Majlis Fatwa tidak berprinsip.

Desakan itu haruslah menggila sehingga mencabar Majlis Fatwa dan wakil SIS untuk berwacana ilmiah secara terbuka.

3.

Setiap perjuangan akan ada kesan sampingan. Dalam wadah undi, kesan sampingannya ialah mengelirukan pengundi bukan Islam. Di sini peranan Mujahid yang bertanggungjawab terhadap hubungan PAS dengan bukan Islam dituntut.

Mujahid perlu mengeluarkan kenyataan rasmi dalam Bahasa Inggeris, India dan Cina terutamanya menjelaskan PAS tidak akan mencampuri urusan agama lain. Tetapi dalam isu SIS, ianya adalah urusan muslim semata. PAS bertanggungjawab menjaga akidah muslim.

Selain PAS, peranan dan kenyataan sokongan Dr Siti Mariah yang sangat berpengaruh kepada bukan muslim juga adalah dituntut.

Kesimpulan.

Dalam dakwaan PAS yang kononnya sudah matang dan bersedia mengambilalih Putrajaya, sebenarnya PAS perlu bergerak dicelah2 pemimpin bodoh dan memberi liabiliti seperti Hadi. Jika anda tidak berupaya mencabut pemimpin tahap bodoh seperti ini, anda perlu lebih peka untuk mengetahui tugas2 anda dalam setiap celahan-celahan perjuangan itu.

Comments

  1. Lu pun otak cetek...sekarang SIS besok MIS tulat PIS ...sampai kiamat projek nak gugur perkataan Islam tidak akan berakhir...sediakan hujah setiap perkataan yang songsang....apa ada pada nama mangkuk.

    ReplyDelete
  2. salam..

    tokjanggut....!!!!!

    lu mcm syg sangat kt sis ni knp....???

    bini lu sis ke...?..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...