Skip to main content

Sembang Bagan Piang..

Oleh : AdukaTaruna

Isa Samad. Persepsi rakyat.

Gua membesar di dalam pemerintahan dia. Bila gua masuk alam remaja, dah ada sikit pala otak, maka, gua mula memberontak dalam tajuk politik.

Pada gua, Isa Samad adalah spesis paling lembab (skang Hadi). Bila gua berpeluang berada di Melaka, di KL, terasa sangat hati betapa bongoknya kesegaran dan kelajuan Isa Samad dalam hal-hal pemerintahan. Seremban digelar pekan mati. Jalan-jalan utama di N9 macam sial. Dari zaman gua bayi, sampaila gua sekolah menengah. Serupa itu juga.

Tampin-Seremban
Labu-Seremban
Mantin-Seremban
Kuala Pilah-Seremban
Jelebu-Seremban

Antara jalan yang kekal serupa gampang. Puluh tahun. Ibaratnya, kalau ada bangkai kucing di kilometer 12 Jalan Tampin-Seremban, maka, sehingga 15 tahun, bangkai itu akan di situ. Tak berubah. Sehinggalah Mat Hasan naik (tu pun ada kes tu, tapi tajuk lain). Itu gua sebagai rakyat. Rakyat yang ada kepala otak la. Kalau tanya opah kat Senaling Hulu, kompom takan tahu punya.

Isa Samad. Persepsi kelompok berdekatan.

Bila gua besar, ke sana ke sini, maka, tercampak gua ke dalam satu dunia yang boleh dipanggil kelompok yang berdekatan dengan Isa Samad. Gua perhati jer mamat nih. Mamat ni, macam mana-mana puak2 UMNO yang lain, mempunyai teamnya sendiri. Bila anggota2 mereka berjumpa Isa Samad, mereka akan cium tangan Isa Samad. Yang lebih tua pun cium gak.

Seperkara yang menarik, yang perlu dikemukakan dalam blog gua, ialah; Isa Samad bukan seorang yang eksklusif seperti mana-mana ulama keagongan Melayu. Dia jenis yang boleh mencemar duli untuk menyantuni golongan bawahan.

Contoh : Mustahil nak tengok Haron Din naik sampan celah2 banjir nak cari penduduk. Tetapi tidak mustahil kepada si pendek ni. Dia memang selamba. Sama ada ada media atau tidak, dia memang begitu.

Kalau ada budak sekolah rendah tegur dia, dia akan layan budak tu macam kengkawan. Padahal bukannya ada kepentingan PRK atau PAU. Dah jiwa dia begitu. Gua ingat kalau budak sekolah rendah tegur ulama macam MAZA atau Hadi, mau diorang setakat senyum sahaja kot. Kot lah.

Isa Samad. Persepsi kelompok peniaga.

Zaman Mat Hasan, belanjawan negeri dan pusat dipegang oleh abang kepada Mat Hasan. Azman. Projek2 dia yang luluskan, dia yang tentukan nak beri kepada siapa. Pada ketika gua dah besar untuk memahami selok-belok tender, maka gua kongsikan kepada semua, bahawa, Isa Samad sahaja mempunyai puluh syarikat kontraktor proksi.

Syarikat xenan sebenarnya Isa Samad punya.
Syarikat disman pun Isa Samad punya.

Punsing2, semua Isa Samad punya. Jadi, jika bekas MB mempunyai syarikat sebegitu banyak, apatah lagi ketika dia MB; dan apatah lagi ketika Mat Hasan MB.

Peluang Isa Samad.

Kalau ukur pada jentera UMNO Teluk Kemang (Bagan Pinang), memang Isa Samad kuat. Mahathir pun diorang boleh tentang, walau penyokong Isa Samad adalah pro Mahathir ketika Paklah-Khairy vs Mahathir. Kalau jentera UMNO Teluk Kemang diterjemahkan kepada undi, maybe dalam sekitar 1500. Tidak lebih.

Kalau ukur pada persepsi pengundi, kena tengok etnik. Kalau bukan Melayu, tak kira Isa atau tidak, sentimen mereka ialah pada nasional. Kalau etnik Melayu, gua tak fikir Isa atau bukan adalah masalah. Letak babi Bukit Pelanduk pun mereka akan undi BN.

Isu yang paling terkesan kepada penduduk tempatan.

Mat Sabu memang cemerlang dalam meng'up'kan isu tentera. SB yang duduk sebelah gua boleh berhenti menulis ketika Mat Sabu masuk bab institusi tentera.

"Mana perisik tentera? Perisik tentera, Jeneral2 kena ambil tahu benda ni."

Lebih kurang camtu la ayat Mat Sabu. Tapi itu isu untuk undi pos. Isu untuk Melayu tempatan tak laku ma...

So, yang gua nampak, isu yang paling berkesan ialah isu tiada lagi insuran kenderaan 3rd party. Mat Sabu ada sentuh, tapi tak beratkan. Gua ingat kalau Cikgu Bard dapat sediakan dalam 15 pengundi yang buat pc dengan akhbar Sinar terutamanya; di mana mereka mengancam akan memberikan undi kepada PAS seandainya kerajaan tidak menarik semula pemansuhan insuran kenderaan 3rd party; maybe menarik juga. Akhbar Sinar mesti keluar punya. Dan akhbar Sinar skang dah mencapai setiap isi rumah penduduk Melayu.

Berapa ramai pengundi muda Bagan Pinang yang akan terkesan dengan isu insuran 3rd party ni? Melayu la paling ramai yang memiliki kenderaan lama. So, isu ni memang tepat kena pada batang hidung mereka. Dengan syarat, akhbar Sinar la. Kalau setakat blog Cikgu Bard, blog gua, serupa tak payah buat.

Kalau menang gak BN, Bagan Pinang eloklah ditukar kepada Bagan Piang. Lu orang tak boleh kutuk gua, sebab gua rakyat Pulau Pinang. Kita kutuk Abang Derih kaw2 punya.

Comments

  1. Bab insurance 3rd party ni mmg wa dah bising dulu.
    Kalau boleh lu tambah isu stem hasil beli umah.Ramai pon army kat situ(govt staff la) yg nak beli umah.

    ReplyDelete
  2. Gua akan undi protes sampai gomen benarkan gua beli RX8 dengan insuran 3rd party.

    Boleh ke camtu xenan?

    ReplyDelete
  3. aku sebelum pencen sewa rumah kat taman intan perdana, telok kemang. Penduduk taman kebanyakan orang luar yang jadi penduduk tetap selepas pencen. Selain isu dalaman mungkin isu negeri pakatan yg dianiyai KL boleh jalan gak! err.. Bukit putus dah ok ke beb? aku nasib baik tak mampus kat jalan tu. Bravo!

    ReplyDelete
  4. wakaka...rx8 piang boleh la bro.Tayah insurance pon tper.Lu kawan jek ngn abg songkok tinggi.

    oit da ramai2 blogger kat sana tuh..lu soh la wat ceramah blogger ke bengkel penulisan ke.Wat kat kedai kopi pon ok.Pusing la semua kedai kopi kat bagan pinang tuh.

    Untuk askor2 tuh lu wat stail MLM la.Ajak lepak mamak n approach.nak msk kem da tak bley.

    ReplyDelete
  5. Bukit Putus serupa tu jugak. Jalan baru tu ntah bila nak siap. Terbengkalai bertahun2.

    PAS N9 pun gua tak tahu wujud ke tak as balancer.

    ReplyDelete
  6. Askar2 undi Pos dari IJED, ILMI, PUSASDA, IPDA, KAD ramai sewa dgn beli umah kat Taman Intan dgn Taman Politeknik beb. Wat ceramah khas untuk depa kat padang bola Taman Intan memang ngam wo! kengkawan lama aku kat situ suma geng pakatan. Depa suma dah lama bebulu dengan komandan2 depa yang jadi pak turut doraemon bertahun-tahun! Kalu kena serbu boleh cilok ikut kuil "senang diri" kat belakang nu! Jangan langgar lembu dah la, belakang taman intan ada ranch lembu!

    ReplyDelete
  7. aduka.... lu kena menggerakkan PAS N9 tu.... lu guna lulit la.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  8. lepas ni
    lu kene maki PAS N9 byk skit
    kasi diaorg pressure
    baru pale otak jln skit..
    ni xada sapa pressure
    tu sal lembab smcm je..haha

    elok PJ ni ada KPI,
    yg mana hampeh
    terajang je..
    bubuh kat tmpt lain yg sesuai
    dgn tahap masing2.

    sapa gamaknya calon PAS di bagan pinang ni?hmmm...

    ReplyDelete
  9. Bhai...

    Apa kata lu mintak PAS N9 calonkan gua (C++) sebagai calon pak pacak di N31 Bagan Pinang ...

    Gua janji gua akan tunaikan lu punya impian nak pakai RX8 tue dengan insuran 3rd party ... Malah gua boleh bagi lu sebijik RX8 (lepas gua rembat duit rakyat banyak-banyak la... hahaha) ...

    amacam .. setuju?

    ReplyDelete
  10. pergh... gua terus anggap lu Rasul Melayu C++ kalau lu buleh tunaikan impian gua...

    ReplyDelete
  11. Bai,

    lu memang anak jati nogori...

    ado maso tak nak jumpo?

    kl ko somban?

    ReplyDelete
  12. ekau tanyo sapo, edyes? C++ ko den? Kok den, den bukan anak jadi N9. Den Pulau Pinang. Osah jauh eh..

    ReplyDelete
  13. ekau paham ko apo maksud eh 'anak jati'?

    den dari kocik duk kek rumah murah linsum rantau... lopeh tu duk paroi jaya start tahun 85...

    camano ekau tau pasal nogori?

    ReplyDelete
  14. INSURANCE 3 PARTY bagi free ajeeee

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.