Skip to main content

Pas Selangor kaji kedudukan dalam pakatan pembangkang.


SHAH ALAM 24 Sept. – Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Beliau berkata, pihaknya juga amat kesal, kecewa dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berikutan tegurannya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Menurut beliau, lebih mengecewakan ialah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang amat mengejutkan parti kerana beliau sebagai pemimpin Pas negeri harus menyokong pendirian parti.

“Jika mereka mahu Hassan letak jawatan sebagai Exco dan Pesuruhjaya di negeri ini bermakna mereka mahu Pas keluar dari negeri ini kerana Hassan adalah Pesuruhjaya kami.

“Mereka semua ini hanya tahu mengeluarkan kenyataan membuta tuli tanpa menyelidik dahulu apa yang sebenarnya Hassan maksudkan. Setahu kami Hassan bermaksud baik bukan mempertikaikan kewujudan dan kuasa Selcat.

“Kami juga tidak faham atas kapasiti apa Khalid mengeluarkan kenyataan dan akan menyelidiknya sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.

Mohd. Khairuddin berkata demikian ketika diminta mengulas desakan beberapa wakil rakyat yang mahu Hassan keluar daripada pakatan pembangkang negeri jika tidak lagi mampu bekerjasama dengan wakil rakyat DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Desakan yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini itu dibuat beberapa pemimpin pakatan pembangkang termasuk Khalid, Mohd. Azmi dan Santiago.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin dalam kenyataannya yang dikeluarkan pagi ini menegaskan, Pas Selangor tetap dengan pendiriannya mendesak proses pendengaran ke atas pegawai tinggi kerajaan yang dijalankan Selcat dilakukan secara tertutup bagi menjaga integriti pegawai yang terlibat dan dapat mengelak daripada diaibkan.

Ini kerana kata beliau, Selcat dan kerajaan negeri seharusnya mengambil pengajaran daripada ‘anugerah penyapu’ ciptaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. haha,

    bro..drama dah mula.Wa mintak PAS selangor keluar jek la dr PR selangor.Buang masa layan org bodoh.Wa nak tgk bape banyak yb nak follow.Kalau lingkop terus PR selangor pon taper.Mmg salah PAS selangor bodoh piang psl isu selcet nih

    Bangang duk dlm kerajaan pon cam org bodoh baik keluar jek

    ReplyDelete
  3. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    AJK Pas Selangor terutama Mohd. Khairuddin Othman dan Hassan Ali ni memang bangsat punya kaki .Nak kata orang bukan orang , Nak kata hantu memang dah macam hantu . Betul kata ALLAH SWT kaum kerabat hantu akan di lepaskan dari di rantai selepas bulan ramadan . Inilah akibat bila habis bulan ramandan , hantu ni dah buat hal di Selangor terutama sekali Hassan Ali , memang betul betul macam sial punya orang . Kecik tak nak mampus dah besar menyusahkan orang je! . Kalau nak komplain pun pasal penyiasatan SELCAT . Bincanglah dahulu secara tertutup dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat ,luahkanlah apa apa yang tak berkenan di hati.Suka sangat buka bekong di dada . Dahlah Hassan Ali jangan nak simpan dendam di hati kalau tak dapat menjadi Menteri Besar Selangor dan Mohd Khairuddin janganlah nak bawa perangai buruk kau tu dan jangan nak melibatkan ahli ahli Pas Selangor yang lain mengikut perangai busuk kau tu.Kalau tak di izinkan ALLAH SWT ,kena lah reda'.Hassan Ali malulah dengan diri sendiri , Komen dari Chet Det , beliau pun tak nak hassan ali masuk UMNO BN .Hanya Parti PPP je nak kan kamu , pi lah berambus dari Parti Islam SeMalaysia dan jangan lupa bawa sekali puak puak sial di dalam AJK Pas Selangor tu , suka sangat buat sewel dalam parti Pakatan Rakyat . Hassan Ali pergi lah cuim buntut PM 1 Malaysia .Ada nya engkau ( Hassan Ali dan Mohd Khairuddin Othman) di dalam EXCO Pakatan Rakyat . memang bawak sial je!Komen Hj Jamaludin

    ReplyDelete
  4. 2 orang ni Ulamak Kapitalis nih!

    ReplyDelete
  5. khalid samad mmg sah barua PKR..... huhuhu (kernamu nuar brahim)

    ReplyDelete
  6. AIk, tindakan lagi ker kiat Yb khalid? tak cukup pecat yb khalid dulu?? Jgn jadi bodoh lah Pas selangor...konon kebebasan bersuara tapi inilah sikap...ckp tak serupa bikin...mana kebebasan bersuara yang dicanang oleh beruk iskandar tuh?? Makin aku baca statement pimpinan Pas slgor yang bodoh ni makin sakit hati...aku tertanya2 ni Pas slgor ker Umno selangor...mcm sama..

    ReplyDelete
  7. Menurut beliau, lebih mengecewakan ialah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang amat mengejutkan parti kerana beliau sebagai pemimpin Pas negeri harus menyokong pendirian parti.


    Em, pendirian parti?? Parti kepala hotak ko...bila masa pulak bawak kepada perhubungan negeri?? Jgn berhujah pendirian parti..kalian tak mewakili parti pas selangor...kalian mewakili hasan ali..memang beruk betul..btul2 nak lindung tuan beruk tersebut(baca khir toyo)...Pas selangor bukan hanya hasan ali, iskandar beruk dan roslan SMS, khairudin shja..kami rakyat bwhn pun Pas selangor...Khalid samad pun pas selangor..Bahkan khalid samad lebih mewakili Pas selangor kerana suaranya adalah rintihan rakyat bawahan...Allahuakbar!!! ya Allah jahanamkanlah beruk2 ini yang berpura2 bersama kami tapi sebenarnya mengkhianati kami..

    ReplyDelete
  8. Hasan Ali, Zulkifli Nordin, Nasha dan Ibrahim Ali @ Brahim Bewak dan beberapa pemimpin PR musang berbulu ayam yang menjadi 'Trojan Horse' umNO haruslah disingkirkan pada PRU 13 akan datang (kalau mereka masih bernyawa).

    Penyokong PR dan Blogger terutamanya hendaklah menyakinkan Pemimimpin2 Pakatan Rakyat bermula dari sekarang supaya nama2 ini TIDAK DISENARAIKAN sama sekali untuk memegang apa-apa jawatan pada PRU 13 akan datang kerana pekong membangkai dalam hati perut mereka yang selama ini tersimpan rapi kini sudah mula membusuk.....

    Dikhuatiri mereka ini akan merosakkan program Kerajaan Pakatan Rakyat (Dengan Izin Allah) yang baru menerima mandat rakyat marhaen untuk memulihkan negara akibat kerosakkan-kerosakkan yang dilakukan oleh Parti Yahudi Bani umNO Laknatullah dan juak-juaknya selama ini menjajah Malaysia tanah air kita yang tercinta lebih kurang 54 tahun (Kembar parti LDP Jepun).

    Oleh itu 'tumor' yang tidak dimusnahkan akan menjadi barah dan apabila sudah membarah, tidak banyak yang dapat kita lakukan untuk menyelamatkan keadaan.

    Harap para pemimpin PR terutamanya DSAI ambil perhatian serius terhadap masalah 'tumor-tumor' ini kalau mahu memerintah Putrajaya lebih dari 1 penggal....

    ReplyDelete
  9. bai

    takkan lu pun bodoh gak percaya kat utusan yang kuat menipu

    kenyataan media diorang lain, tapi keluar utusan lain

    jibam

    ReplyDelete
  10. kyataan media?? baca sendiri arr dlm blog diorg..SMS dgn beruk nasi kandar tu...perompak harta rakyat,...mcm maner nak buang tumor kalau pimpinan tertinggi sekali pun tumor...siap ugut nak kuar pakatan kalau pktn memerintah melayu tak dominan...

    ReplyDelete
  11. Patutlah Allah s.w.t tidak mengizinkan kita terus memegang negara. Makin terserlah rahmat yang tersembunyi itu! Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Allahuakbar! terus menyampaikan idealistik rakyat!

    ReplyDelete
  12. walaupun gua menyampah kat hassan ali dan roslan sms, tapi bab ni gua setuju dengan diorang

    gua dah baca blog roslan sms dan kenyataan media hassan ali, gua rasa tak de salahnya

    DAP je yang dah tak suka kat hassan ali sampai dendam tak tentu pasal, lagi2 dengan keceluparan jeff ooi

    ni sebahagian yang roslan tulis

    "Yang paling penting apa yang diutarakan oleh Dr Hasan adalah teguran ke arah memperbaiki perjalanan SELCAT. SELCAT ini tidak wujud dizaman BN. Ia lahir setelah PR memerintah Selangor, ia disokong oleh PKR, DAP dan PAS. Oleh kerana ia suatu institusi yang baru, walaupun falsafah dan objektifnya baik, namun ia perlu melalui proses pembaikian dari masa ke semasa supaya ia benar-benar menjadi sebuah badan yang berwibawa dan dihomrati rakyat.

    Membuat teguran terhadap SELCAT bukan bermakna menentang kerajaan. Isu ini bukan perkara baru malah pernah dibincangkan diperingkat Majlis Pakatan Rakyat Negeri Selangor, dan saya berani menyatakan yang Dr Hasan serta PAS Selangor bukan keseorangan dalam hal ini."

    ReplyDelete
  13. Bongok nak wat teguran wat secara dalaman.. bukan wat secara terbuka...

    ReplyDelete
  14. Siapa Khairuddin yang konon nak bawa PAS Selangor keluar dari Kerajaan Pakatan Rakyat?Siapa Hassan Ali?Dia "dilantik" olih Presiden untuk jadi Pesuruhjaya PAS Selangor bukan dengan kemahuan dan persetujuan PAS Selangor.
    Pandangan Hj.Jamaluddin dan memerdekakan pemikiran sangat tepat.Dua(2)makhluk perosak ni wajar disingkirkan dari PAS Selangor.Ayuh seluruh PAS Selangor - kelian tak memerlukan pemimpin yang sedemikan rupa.Bertindaklah sebelum Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang seperti diPerak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...