Skip to main content

Bila jin lawan jin.

Oleh : AdukaTaruna

Hasil berkawan dengan member gua si Wan, dah makin banyak plak pengalaman gua bab2 mistik nih. Huih.... makin berazam gua untuk tidak mahu memiliki ilmu2 macam ni. Tak sanggup gua. Biar jer la lu yang ada, Wan. Gua just mintak tolong jer kalau terdesak.

Beberapa hari lepas, adik perempuan Wan bercuti selama 3 hari ke rumah Wan. Sakit. Bila Wan sound gua jer pasal problem dia, hati gua terus kosong. Adeh.... pengalaman melempang jin masih segar. Ni ada yang gua plak kena lempang balas nih.

Adik si Wan ni, Mot (bukan nama sebenar) sakit kerana buatan kekasih lama, kononnya. Sahih ke tak, lu jangan tanya gua. Tak pandai gua nak siasat benda2 alah ni de. Tunang Mot pun ada sekali. Okeh.. cantet la. Kurang sket seriau gua.

Pukul 11 malam gua un sampai rumah Wan. Letih mengais cari makan tak hilang lagi dah nak kena lawan jin. Tak ke gile punya kerja. Dalam rumah tu ada gua, Wan, Mot, Amir (adik Wan dan adik Mot) dan Zack (bukan nama sebenar), tunang Mot. Ha... ramai lelaki. Gua dah tak takut dah. Rasa excited plak.

Then abah Wan kol dari Perak. Bagi arahan apa ntah, pastu bagi phone tu kat Mot. Tunang dia diam jer. Budak lagi ma. Keding jer. Baru 23 tahun. Lantak lah.

Lepas tu, Wan buat arahan yang paling tionaseng dalam hari tu. Dia kena cari barang ubat dengan Amir. Gua kena jaga Mot dengan Zack. Punyalah gampang. Ada ke budak keding tu ditugaskan sebagai backup gua.

Masa Wan dan Amir kuar, mata gua memang dah ngantuk dah. Tapi fobia punya pasal, takut jin lempang gua balik, gua takut nak tidur. Adoiyai.... mata sembab dah ni.

"Takpalah... abang tido la dulu." Zack tunjuk baik plak kat gua.

"Takper la... amanah ni. Kita sama-sama jaga la." Gua jawab dengan suara paling cool. Muka dah dari dulu. Muka macho gile. Tapi dalam hati, gua jer yang tahu.

Wan kuar lama gak beb. Mau sejam gua ingat. Nak sms bro mountdweller minta tips, no takder. Nak sms Dayat selaku waris terdekat kredit habis. Pergh... tawakkal jer la.

Tiba2, angin takda, ribut takda, si Mot nangis. Merayu-rayu nangisnye. Akalaa... kalau nak buat seram pun tunggu la Wan balik. Ini gua dengan si keding jer. Sohai punya kerja. Kalau nak buat ala2 romantik, suruh si tunang pujuk, agak2la. Gua ada ni.

"Caner ni bang?"

"Kau suruh dia istighfar ke apa yang patut." Gua jawab acuh tak acuh. Cool beb. Gaya mesti ada.

Si zack pergi kat Mot minta dia istighfar, mengucap, etc. Gua masih duduk kat pintu sambil peluk tubuh. Kengkonon takda apa2 la tuh. Padahal stanby nak lari dah tu. Siap jeling selipar nak pastikan kedudukan beliau di mana.

Si Mot menangis sambil istighfar. Yang gua still peluk tubuh. Dalam hati gua ingat dah 21 kali ayat kursi gua baca. Pentingkan diri sendiri ala2 Haron Din. Nak baca surah lembu, panjang sangat. Nyaris2 masuk jer bacaan kali 22, Wan meluru sampai. Amir kuar terus masuk. Ni adik-beradik pewaris jari hantu dah sampai. Jangan dia sergah gua sambil sebut kalimah "Pulangkan!!" sudah. Mau gua sepak telur dia dan cabut lari. Lepas ni, kalau ada misi tak masuk akal camni, gua akan beli penyembur lada. Silat tak silat. Kalau kena, sampai dengar bunyi loceng FRU beb dia punya pedih.

Mot diarahkan Amir duduk atas sejadah. Berlunjur mengadap kiblat. Amir duduk antara 2 sujud di belakang Mot. Wan duduk sebelah gua, sisi depan si Mot. Wan duduk jer, gua angkat punggung duduk atas sofa. Bila teringat si Mot duduk kat situ tadi, gua tukar port kat meja makan plak. Kang tak pasal roh gua dengan Mot bertukar. Kecewa plak mak gua kang.

Amir lelap mata, si Wan pun lelap mata. Zack pandang gua, gua bebuat tak nampak Zack pandang gua. Beberapa minit kemudian, Mot start menangis. Kalau tadi nangis2 sayu, sakang nangis2 ganas.

Dia dah datang... dia dah datang.... bisik hati gua. Mata pandang sekeliling. Mana tau jin tu menjelma, gua buat isyarat peace dulu. Berdamai la. Buat apa nak gadoh2. Then Amir bangun dan pegang kepala akak dia.

"Siapa kau?!!" Tempik Amir. Perghhhh nak gugur jantung gua terkejut.

Mot nak mula mengganas. Amir cekak belakang Mot. Urat belikat la gua ingat. Mot dah takleh gerak. Pastu Amir duduk depan akak dia dan picit ibu jari kaki.

"Dari mana kau datang.... kau cakap skang. Dari mana kau datang!!"

"Sakit la bodoh!!! Aaarghhh arghhhhhhh!!!"

Menjerit2 gua cakap lu. Gua dah tak selesa. Ni kang datang JKKK UMNO taman ni kang mau sekor2 kena ISA nih. Gua nak keluar tapi ada Wan plak kat situ tengah bertapa.

"Kau tak nak cakap, aku tak lepas. Cakap la!!!!" Tengking Amir.

"Lepas la!!!! Lepas la!!!!! Arghhhhhhh!!! Arghhhhhhh!!!!" Mot dah mula meronta.

Tiba2 Wan bangun dan buka bunga silat. Tu diaa... ni semerah padi ke apa ni. Dia bunga sambil langkat menuju adik dia. Ini peluang baik nih.. gua bangun dan terus keluar. Kang buatnya dia tunjuk gua dan sebut "Serang!!!!!" mau mati gua. Bukan boleh percaya jin nih. Sempit beb rumah nih.

Gua dah keluar tinggal Zack cam bagus dalam tu. Ni kalau dia kena pulun takda gua nak tolong der. Darurat kena selamatkan diri sediri dulu. Wan dah betul2 kat belakang adik dia. Amir plak satu tangan pegang ibu jari, satu lagi pegang umbun2 kepala.

Wa dongak, angkat tangan dan stanby nak tepuk belakang Mot. Ah gila... kalau gugur jantung budak ni kompom gua kena jadi saksi. Wan bantai serderhana kuat kat belakang badan, Si Mot rebah pengsan, si Amir terduduk ke belakang menghempas dinding. Lu dapat tak gambaran dia. Pergh... gua cakap lu.

Lepas tu dua2 duduk sila macam pahlawan dulu2 tuh. Bukan sila macam makan nasik tapi sila macam citer Keris Emas Bersepuh Emas dulu tu. Faham tak faham ni? Ah.. lantak la. Mata 2 ekor beradik tu terpejam. Yang gua dah macam Scotland Yard kat luar nih. Terkebil2 tak tau apa. Dah macam ulama Melayu dalam metting strategi perang Iran-Iraq dah gua rasa.

Tengah2 bermeditasi tu, Amir tiba2 cakap :

"Tengok dalam laci Yah. Dalam laci."

"Ha.. tu la. Apa benda tu?" Si Wan plak sampuk.

Diorang boleh cakap dengan Ayah dia kat Perak tu beb. Macam ni tak payah pakai enpon dah. Mistik gile gua cakap lu. Hasil upacara aneh ni, si ayah jumpa straw dipotong kecil macam tiub heroin tuh. Dalam tu ada minyak warna kuning dan sehelai rambut. Rambut Mot.

Pendek cerita Mot pun sedar. Bila dia sedar, dia terus kena tiaw dgn Wan dan Amir sebab terima benda bukan2 dari orang.

"Kamu kena balik kg nanti. Ubat dengan ayah. Takda kerja cari kerja."

Comments

  1. sekali sitakmacho duk stanby kat luar yang kena sergah lak dulu,,
    haha


    **ce tanya kawan pcik tuh, benda alah nih suka2 ke masuk sapa2 nak? ke dia ikut arahan tuan dia?



    nur

    ReplyDelete
  2. alah hantu iblis jin ke AT kan teror maki, maki je, kan tu zikir dan wirid AT, tak kan hanti setan tak takut dengan makian AT, selamba je hantu setan lari. dlm bulan puasa ni ada hantu gak ke? atau AT yg hantu setan kot

    ReplyDelete
  3. Salam AT,


    hahahaha siap mention keris hitam bersepuh emas tue....hahaha dlm 7 karekter anak murid keris hitam bersepuh emas tuh, korang rasa aduka layak jadi yang mana? takkan nak bagi dia jadi bitara kot, suka maki2...aku rasa bagi dia jadi jempol la...yg ade jambul pakai panah tue....hahahahah gurau aja AT....

    ReplyDelete
  4. abih lu dok kt situ apa tugas lu sebenarnya.... wa kompius pasal tugas lu kt sana.... samda jadi pemerhati bebas ke atau lu jadi pemberita utk laporkan berita sahih lagi benar... bukan mcm utusan 7 berita hairan tu... lapor berita tak betul... member wa la cakap camtu wa mana tau wa tak penah beli suatkabar tu...

    ReplyDelete
  5. hahaha..penakut gak lu bro...ala2 aku lak...keje nak cabut je..jap2..wa konpius..cik mot (bkn kak mot) tu terime brg pe?x kan ex die bg straw tu die terima..mesti straw tu disembunyikan dalma bentuk ape2 brg...saudara AT, silakan menjawab persoalan wa ni...

    ReplyDelete
  6. penakut gak lu bro? memang sangat2 penakut nampaknya tu....

    biar benar?

    ReplyDelete
  7. Apa tugas dan peranan lu dalam misi tu sebenarnya bro.. Lu bukannya ada apa2 ikatan persaudaraan pun dengan wan dan amir.. Atau crita ni hanya rekaan lu saja? tak paham gua..

    ReplyDelete
  8. Apa tugas dan peranan lu dalam misi tu sebenarnya bro.. Lu bukannya ada apa2 ikatan persaudaraan pun dengan wan dan amir.. Atau crita ni hanya rekaan lu saja? tak paham gua..

    ReplyDelete
  9. hehehehe...

    hampeh gak lu nie AT.

    duk standby nak lari..ekekeke..

    tak leh harap punya member..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.