Skip to main content

Lagi ADUN PKR keluar. 2 N9 dan 1 Selangor.

Oleh : AdukaTaruna

Maklumat yang gua terima di tempat gua (gua percaya Dayat pun dapat maklumat ni gak) menyatakan ADUN PKR Perlabuhan Kelang akan mengishtiharkan diri keluar dari PKR bersama 2 lagi ADUN PKR Negeri Sembilan dalam sidang media terdekat ini.

ADUN PKR Ampangan - Rashid Latiff
ADUN PKR Sikamat - Aminuddin Harun

Ianya dikatakan bagi mengalih tumpuan BR terhadap plan Najib rampas Kedah September ini. Benda-benda ini akan mencetuskan suasana panik, benci dan dendam rakyat awam. Gua menuntut DSAI memberi jaminan dalam sidang media bersama kesemua ADUN PKR di Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan. Lu jangan memain Nuar....

Comments

  1. adun pelabuhan kelang mungkin ya, yg lain tu cuma khabar angin

    ReplyDelete
  2. nak keluar mana2 pun sapa boleh tahan keluarlah ramai2 lagi ramai lagi bagus biar tinggal yg betul2 bersih jer dlm PKR. emmmm dan penubuhan PKR pun dari perti serpihan UMNO/BN .... dah benih asal tu benih tak elok buat macammana pun tetap tak akan elok jugak.

    ReplyDelete
  3. Pelabuhan Kelang tu memang dah lama dok main tarik tali dengan kerajaan Selangor.

    Yang lagi dua nih yang akan buat "kepercayaan makin luntur" nih.

    ReplyDelete
  4. Aku setuju dengan muraisenja, parti lepas geram memang tak tahan lama. Ambil contoh Semangat 46 dulu.

    Mula mula bukan main semangat. Siap kata dah bakar jambatan. Siap kata kalau hanya tinggal sorang jer lagi dalam Semangat 46, maka orang itu adalah dirinya.

    Last last, Ku Li jual timbang kilo jer kat UMNO.

    If Anwar tak buat sesuatu kepada "parti"nya, maka kebarangkalian Pakatan akan bungkus sebelum PRU Ke 13 tu ada.

    Then, PAS dengan DAP pun kena buat sesuatu sebagai persediaan supaya kerjasama kedua duanya boleh wujud secara jujur dan mantap tanpa PKR.

    ReplyDelete
  5. pada aku pr masih mantap jika kerajaan negeri kedah dan selangor dapat di pertahankan, aku rasa mmg dapat bertahan,pkr adalah parti baru sememangnya ada masalah tambahan pula ada sogokan dan rasuah yg di beri , dahulu adun pas pn ada melompat tetapi hasil tarbiah adun pas kini adalah yg terbaik.

    ReplyDelete
  6. Bila dah lompat dua ekor di Perak dulu, buatlah langkah berjaga jaga supaya yang lain tidak menjadi katak.

    Nih tak, sekali lompat, sekali berbunyi, pastu senyap. Pastu lpmpat lagi lagi, pastu senyap. Nih ada lagi nak lompat, so do something. Bukannya asyik sebut "kita akan pantau" berulang kali.

    Lompatan pertama, itu titik pembelajaran. Lompatan kedua, itu titik pengukuhan. Lompatan ketiga, itu titik kelemahan. Jika berlaku lompatan keempat, itu titik kehancuran.

    Berhenti "berteori" kerana yang dituntut adalah perlaksaan bukannya teori semata mata.

    ReplyDelete
  7. wa sebagai seorang rakyat.... wa rasa memang sakit ati kat pelompat² tegar ni.... tak terlintas dalam ati wa marah kat PR.... malah wa rasa makin nak kuburkan BN sebab main kotor..... wa harap perasaan camni gak ada dalam majoriti rakyat Malaysia hingga PRU13 nanti.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  8. PKR dah cantik dah. Parti pelbagai kaum. Tapi sayang ahli melayunya tak setia. Masih gila bayang terhadap UMNO. Alasannya PKR dah jauh menyimpang dari matlamat asal. Apa benda yang menyimpang tidak pulak diberitahu. Lambat laun PKR didominasi kaum India dan Cina lah nampaknya.

    ~sarinilam

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.