Skip to main content

Faktor2 tak lepas hadiri demo GMI

Oleh : AdukaTaruna

Berikut, gua senaraikan ketegori2 yang gagal hadir demo GMI. Mereka akan ditahan dalam sekatan jalan di setiap laluan masuk KL dan keluar dari satu2 negeri.

Faktor : Kereta / van yang dipenuhi oleh lelaki. Kompom kena tahan dan diselongkar siasat. Andai terjumpa baji atau apa2 logo, akan dilengahkan ke balai polis.

Penyelesaian :
  • Kalau jenis cerdik, simpan baju atau logo ditempat sukar ditemui. Kalau jenis bodoh macam ulama gen Melayu, jangan bawa langsung. Menyusahkan saja. Takda kerja cari kerja. Dah rugi satu kereta untuk hadiri demo ISA. Beli saja di KL. Melainkan doa lu mustajab. Polis rabun.
  • GMI perlu buat blog khas. Update lokasi sekatan jalan di seluruh negara bermula malam Sabtu. So, peserta boleh rujuk dan rancang perjalanan.
  • Naik bas awam. 100% secara sunnah Allah, ketetapan Allah pada alam ni, akan selamat sampai. Takda masa polis nak tahan bas ekpress.

Faktor : Imej. Seperti pakaian, serban, tanda sujud kat dahi, etc.

Penyelesaian : Jangan ngengada nak pakai serban ke kopiah ke. Simpan dulu. Sampai di lokasi Masjid Negara, Masjid Jamek atau Pasar Seni, baru pakai. Tak pasal2 kena tangkap kat stesen bas ke, kat memana. Tanda sujud kat dahi tak dapek la nak buat apa. Lu tampal la koyok kat situ.

"Ana rela dipenjara asalkan berserban."

Kepala abah lu. Utamakan yang utama la bongok.

"Ana rela kalah, rela himpunan tak ramai dan gagal asal Islam tak kalah, asal serban tak kalah. Apalah guna himpunan berjaya jika tak mendapat keredhaan Allah?"

Bodoh punya ulama. Macam ayam dengan telur. Pusing2 perkara bangang. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong terbarai.


Faktor : Pergerakan berkumpulan sebelum di 3 lokasi yang ditetapkan. Contoh, lu satu kampung berlonggok kat KL Central ke, kat R&R Tapah ke. Punyalah semangat. Kompom kena tahan kalau ada polis kat situ. Atau pun lu berkonvoi pulak. Siap bendera muka Hadi Awang besar lori.

Penyelesaian :
  • Pecahkan kecil2. 2-3 orang jer satu kumpulan bergerak untuk menuju ke 3 lokasi tersebut.
  • Kalau lu orang sampai awal, sebelum demo, dan berkeluarga, gua cadang lu ambil Masjid Negara. Masjid Negara paling dekat dengan Istana ma. So, bini lu tak jauh kena menapak. Kalau lu ajak dia berarak sekali la. Kalau gua, gua suruh dia tunggu situ jer.
  • Kalau lu dah port kat Masjid Negara awal pagi, dan ingin beli makanan ke apa ke, tak payah bawak anak bini. Suruh diorang tunggu dan lepak kat masjid. Baca Quran ke layan blog gua ke. Apa yang patut. Ini bukan acara melomcong. Lu jer yang sensorang menapak tapau makanan. Tak payah reramai.

Faktor : Pemimpin aktivis utama BR.

Yang ni penting beb. Tangkap kepala, perserta takda hal punya. Katakan polis tahan Hadi, Nik Aziz, LKS, Anwar seawal malam Sabtu. Takda masalah. Pergi mampos sama mereka. Himpunan tetap akan berjalan, malah lebih dasyat. Sebab apa? Sebab mereka bukan pemimpin aktivis.

Tapi kalau pemimpin cam Mat Sabu, Dr Hatta, penganjur GMI kena tahan. Mampos la perserta terkulat2 kat situ tak tau buat apa. Dah macam anak ayam hilang ibu. Sekor ke Sanway Lagoon, sekor ke KLCC, sekor kat Low Yatt.

Penyelesaian : Pemimpin aktivis utama kena berikhtiar dari ditangkap menjelang perhimpunan. Pepandai la lu nyorok kat memana. Janji sharp on time, lu ada kat lokasi memasing, handle puluh ribu peserta nih. Lepas settle semua, lu nak kena tangkap, lu punya pasal.

"Hidup Kepimpinan Ulama!"

Siapala yang bodoh cipta falsafah sesat nih? Kompom la Melayu.. bab ubahsuai memang terer.

Comments

  1. Eermm.. bab mengutuk AT mmg ngok... bab perancangan bagus...ermm ok laa, teruskan sifat hati busuk tu yer AT.

    ReplyDelete
  2. aku tambah skit...dnasihatkan yg bwak family/muslimat/student jgn kmpul kat masjid negara coz pewaris jari hantu dh plan nk bwat provokasi..kmpul kat sogo or masjid jamek bley shoping2 sx,gj dh masuk kan hahahaha

    ReplyDelete
  3. Wa baru t'pikir 1 idea, walaupun agak t'lewat (sok dah 1 Ogos) wa share je la.

    Smua maklum akan ada 2 p'tembungan group sok. Pro & anti ISA. Wa yakin team pro ISA x kan dicuit Polis & FRU sblm, smsa & slps himpunan. Kalo ada roadblock kompem lps.

    So wa cadang lu org team anti ISA nih tunjukkan pape identiti yg condong ke arah pro ISA.

    Contohnya :

    1. Lekat sticker pro ISA, UMNO, BN dsb kat cermin keta. Stikcer TKO buang.

    2. Lekat bendera mini BN kat bumbung keta.

    3. Penuhkan but keta dgn baju, bendera, kain rentang, sepanduk yg pro ISA, UMNO, BN, 1 Mesia dsb. Baju anti ISA sumbat kat ruang spare-tyre.

    4. Penampilan 4 org lelaki dlm keta. Cantet sgt idea AT tuh. Wa tambah. Mgkn leh wat penyamaran sket. 2 org depan pakai cam supir (drebar & co-pilot), yg blkg pakai cam boss (neck-tie, blazer & spek hitam). Nampak cam drebar nak hntr boss pi seminar la. Dgn syarat keta yg lu gunakan plg cikai pun Perdana V6 la, hehe.

    ReplyDelete
  4. betul la lu cakap AT..dipetik dari Malaysiakini:

    1.33pm: Menurut polis Kuala Lumpur, empat buah bas yang dipercayai membawa penyokong untuk menghadiri perhimpunan isu ISA ditahan engah hari ini, lapor laman web Utusan Malaysia.

    Kesemua bas sewa khas itu dipercayai datang dari Terengganu.

    ReplyDelete
  5. AT tipu le tu semua agenda SB, senang dia nak pantau kalu ikut teori AT, kau org tak leh nak fikir ke, naik bus express berapa ratus bas exkpress dari merata tempat satu malam, memang idea bangang yg tak perlu dipertikaikan otak standet sb je dia ni, kalu sepuluh bus dari perak ada 4 ekor je penunjuk perasaan dlm tu kalu sepuluh buah bus baru 40 kali le dengan 10 baru 4 ratus org, demo apa 4 ratus org tu demo cara sb anjur atau org umno,

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Menteri Kesihatan dikritik rakam lagu raya saat negara dilanda wabak Covid 19.

Menteri Kesihatan yang baru, telah dikritik hebat dalam media sosial, angkara sibuk merakamkan lagu raya (untuk kegunaan populariti 2 bulan lagi), ketika negara Malaysia diisytihar wabak Corona Virus Covid 19. Bagaimana pun, ada pihak mendakwa, ianya adalah video 2 tahun lepas. Dan menjadi mangsa serangan politik. https://youtu.be/ttjNU60XdCw

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.