Skip to main content

Menolak campur tangan luar (Setev Shariibuu) berkempen di Penanti.

Oleh : AdukaTaruna

Jika benar apa yang dilaporkan oleh beberapa blog pro BR, wa dengan ini umumkan, wa menolak sebarang unsur asing digunakan dalam politik Malaysia.

Setev Shariibuu, hanya boleh dijelaskan ahli politik Malaysia di ruang-ruang media dan perbahasan intelek mereka, tetapi tidak boleh terlalu jauh digunakan untuk berkempen. Wa menolak campur tangan unsur asing, tidak kira siapa, negara atau apa juga.

Walaupun PAS paling rapat dengan Hamas, setakat yang gua tahu, Hamas tidak pernah berkempen untuk PAS dalam mana-mana pilihanraya. Sekali lagi wa mengulangi pendirian wa, menolak sebarang unsur asing dalam piliharaya Malaysia.

Politik cara Anwar perlu diawasi. Susah dan senang, biar kita sendiri uruskan. Lambat atau cepat, biar kita sendiri rasai.

Peluang2 sebarang unsur negara asing untuk mempengaruhi politik kita WAJIB KITA TOLAK!

Comments

  1. time kempen pakai isu altantuya x dikira isu luar ke? ni soalan bukan sindiran..kui3

    -orang jauh-

    ReplyDelete
  2. Salam Bro..anak dia mati kat bumi Malaysia. Mati dibunuh bro..kena C4 lagi.Bomoh paling tererpun tak dapat kesan pembunuhnya..apalagi yang dia boleh buat atau apa yang kita boleh tolong sampai dapat cerita sebenar..?

    ReplyDelete
  3. Kalau kita guna isu Altantuya untuk fight pemerintah zalim, boleh. Kita sendiri guna.

    Tapi kalau rakyat asing sampai naik pentas, dijadikan 'pemimpin'tanpa disedari, ia mengundang bahana beb.

    Nak guna sharibu boleh, tapi elakkan risiko rakyat mengangkat dia jadi pemimpin tanpa disedari.

    Caranya ialah, jgn beri dia pentas, etc. Hanya beri dia media di luar waktu pilihanraya.

    ReplyDelete
  4. hei.......AT kalau boleh makluk asing & hantu yang boleh mengundi itu yang sepatutnya, bukan menghalang pelancong atau pemerhati datang.
    Yang ceta agen org asing jadi pemimpin, cuma main UBN. Tipu-tipuan kan main mike.
    Yang nak bagi pentas itu hamba tak tahu kalau pentas hiburan, dangdut 360% mesti ada punya.
    Inilah hasil malaysia boleh,hadhari selama ini.itu belum wan malaysia lagi. Unsur yahudi sudahpun bertapak dinegera kita.Lama dah...........

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Setahu ana ...beliau hanya nak jalan2 tengok suasana pilihan raya diPenanti,dan juga beliau hendakan simpati tentang tragidi pembunohan anaknya.

    Kalau nak naik pentas memang tak sesuai...sebab beliau tidak tahu berbahasa !
    Apa pun kita tengok nanti....kalau kita ,keluarga kita dilakukan begini?...apa yang kita akan lakukan?.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...