Skip to main content

Apa kaitan Husam dengan Dewan Harian PAS?

Ketua ulama PAS diminta beri penjelasan
Abdul Rahim Sabri | May 16, 09 6:09pm
Dewan Harian PAS akan mendapatkan penjelasan daripada Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamed Daud Iraqi berhubung dakwaannya terdapat pemimpin parti itu cuba mempengaruhi perwakilan melalui penganjuran jamuan dan pemberian baju.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, dewan itu bersetuju untuk mendapatkan penjelasan daripada Mohamad berhubung dakwaannya itu.

"Dewan Harian PAS telah bersetuju untuk memanggil Datuk Mohamed Daud Iraqi dalam satu mesyuarat khas Dewan Harian PAS, untuk memohon penjelasan berhubung dakwaan beliau.

"Dan jika sekiranya beliau mempunyai bukti-bukti, kita akan panjangkan dakwaan tersebut untuk tindakan displin oleh jawatankuasa displin PAS, terhadap semua pihak yang terlibat.

"Tak mengira sesiapa. Asalkan dia terlibat, baik cawangan sampai yang tertinggi, kita tak teragak-agak untuk mengambil tindakan," tegasnya dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Husam berkata, Mohamed Daud akan dipanggil memberi penjelasan tersebut Isnin ini di pejabat agung PAS di ibunegara.
Ahli PAS, gua nak bertanya ni. Apa kaitan Dewan Harian PAS dengan Husam? Kenapa Husam membuat kenyataan mewakili Dewan Harian PAS? Dia ketua ke?

Bukan apa, kalau ada kaitan, ok lah. Tepat pada konsep organisasi. Tapi kalau takda kaitan, memang malangla. Tukang bakar line, tukang smash, kerja media. Kalau lu jadi tukang bagi bola tanggung payah la.

Nanti di spin dek Media Prima laga2kan lu dengan Daud plak nanti. Memang nak kono la tu..

Comments

  1. Husam mcm cacing kepanasan jerr....

    ReplyDelete
  2. Naib Presiden tu AJK Dewan Harian

    ReplyDelete
  3. Orang politik memang macam cacing kepanasan. Tidak akan diam menggeletek! Kalau diam bukan ahli politik!

    ReplyDelete
  4. Atas kapasitinya sebagai salah seorang Naib Presiden dan AJK Dewan Harian lah, wahai SAMDOL woi...

    ReplyDelete
  5. Aduka, Don't talk cock lah. I hope u'll rot before u even go to hell for good!!!

    ReplyDelete
  6. Bro Teruna,

    Husam salah sorang AJK Dewan Harian atas kapsiti selaku naib presiden no. 1.

    ReplyDelete
  7. husam dlm dewan harian.

    cume tang bab kuasa dewan harian tu,
    wa dah lupooo...haha

    bro.lelaki ni,
    leh kasi pjelasaan kot.

    ReplyDelete
  8. Kan hebat pemimpin PAS sekarang ni! Demokrasilah katakan! Ulama ke bukan ulama ke, kan tak terlepas dari buat silap! Sampai lagu tu sekali noo !
    Hebat, memang hebat!

    ReplyDelete
  9. Kau mengingatkan soalan isteri saya dulu, yg berbunyi

    "Dewan Harian itu mesyuarat hari-hari kah?"

    ReplyDelete
  10. Bukan la bro. Dewan Harian tu anak syarikat Pusat Pakaian Hari-hari. Ngeeee

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.