Ustaz Latif ketua baru Dewan Pemuda PAS Kelantan
Mohd Yusri Amin
KOTA BHARU, 9 Mei (Hrkh) - Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang baru seminggu menang jawatan Yang Dipertua PAS Kuala Krai, hari ini dinobat pula sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan.
Beliau mengatasi Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz pada pertandingan dua penjuru sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Kelantan kali ke-50 di Perdana Resort.
Manakala Adun Pasir Tumbuh, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah pula menang tanpa bertanding Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan.
Seorang peguam, Hisham Fauzi pula menang jawatan naib ketua. Jawatan itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru kesemua dari golongan profesional.
Berdasarkan hierarki tersebut jelas golongan profesional semakin mendapat tempat memandangkan pada penggal lalu, kesemua tiga jawatan utama dewan pemuda negeri diterajui ulama muda.
Pengumuman keputusan tersebut dibuat pengerusi urusetia pemilih, Haji Samsuddin Mat Daud mewakili PAS Kota Bharu yang dilantik sebagai pengendali pemilihan, kira-kira jam 4.30 petang tadi.
Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS, Mohd Zaki Ibrahim tidak mempertahankan jawatan memadangkan sudah melepasi had usia dibenarkan.
Bagaimanapun perwakilan sebulat suara bersetuju mencalonkan Timbalan Speaker Dun Kelantan itu bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Pada pemilihan tersebut Mohd Azmi Noor kekal sebagai pengerusi tetap dan timbalannya Ustaz Zamri Mat Yusof.
Anggota jawatankuasa yang dipilih iaitu Harun Ismail, Borhanuddin Ahmad, Mahussin Isa, Ahmad Fadli Saari, Hafiz Musa, Ahmad Najib Deris, Wan Azimin Wan Adnan, Azariza, Mohd Nazlan Mohd Hasbullah dan Mohd Fitri Omar. - mj _
Kalau Allah punya perlembagaan, lu ulama pun tak boleh tolak ma. Bukan wa nak cakap lu salah. Jasa lu pun macam langit dengan bumi berbanding wa. Tapi, cuba bawak2 faham lumrah alam.
Hari ni gua yang paling terer jadi keeper. Nama wa Van Der Sar. Tapi, bila muncul sunnah Allah, yang muda dan lebih terer lagi dari wa, kita perlu terbuka la. Jangan tak dapat terima nature alam ni.
Bukan wa suruh lu mengalah, tapi fight secara gentleman la. Tingkatkan prestasi. Bukan dengan mengadu-domba. Lu ulama ke, lu proposyenal ke, ingat kompom masuk syurga ke? Releks. Cool. Utamakan pasukan.
Jangan bergeliang-geliut cemas apabila alam menghantar kita ke tepi. Takan nak menongkat langit?
AT, kalau cikgupj masuk bertanding, ada peluang menang tak?
ReplyDeletehayati perkembangan di Iran.
ReplyDeleteRafsanjani adalah ULama yang sangat kaya menguasai no1 bisnes pistachio.
namun akhirnya Allah menentukan Ahmanejad yang bukan Ulama TETAPI SANGAT PATUH DENGAN HUKUM ALLAH YANG MENYERLAH MENERAJUI IRAN.
Yang paling penting ialah ORANG YANG PALING TAKUT PADA ALLAH.
ALANGKAH BAIKNYA ANDAINYA ITU BERTARAF ULAMAK.
ULAMA=BERMAKNA ORANG YANG MENGETAHUI ILMU YANG PELBAGAI DAN BANYAK.
ORANG YANG TAKUT KPD ALLAH=ORANG YANG PALING PATUH PADA SURUHAN ALLAH DAN PALING MENGJAUHI LARANGAN ALLAH.
JADILAH ORANG YANG BERUSAHA MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH DAN SENTIASA BERUSAHA MENCARI REDHA ALLAH.
mu ni aduka teruna jenis manusia apo yer?? ak pom xthu org ke aper??? ader otak tp xpenah berfikir mcm org
ReplyDeleteotak lembu tu..
ReplyDelete