Skip to main content

Mengenali tendangan penalty.

Oleh : AdukaTaruna

Memula kita kena bagitau pembolehubah terbesar dulu. Yakni latihan dan stamina. Kalau takda latihan, teori jadi bangang. Kalau takda stamina teori jadi bebal. Hahaha. Betul beb. Angin takdo, nak sepak bola pun rasa macam takda kaki ma.

Sepakan penalty.

Titik mula tangan keeper berada di tengah2 antara atas dan bawah, antara kanan dan kiri tiang. Dari titik mula ini, keeper akan meneka pergerakan bola. Sama ada bola itu diarahkan ke sudut atas kanan, atau, sudut atas kiri, atau, sudut bawah kanan, atau sudut bawah kiri; jarah capaian sudut2 itu dari titik mula tangan sama jauh. Jadi, sudut atas kiri dan kanan dikatakan jauh adalah mitos.

Perbezaan sudut atas dengan sudut bawah.

Sudut atas kiri dan kanan gol sama jauh dengan sudut bawah kiri dan kanan gol. Tetapi sudut atas kiri dan kanan gol lebih sukar untuk dicapai keeper kerana terpaksa melawan gravity. Jadi, jika anda berkemampuan mengarahkan bola itu di sana, peluang adalah 100% gol.

Namun begitu, tiada manusia yang mampu mengarahkan bola ke sudut itu dengan tepat apabila berhadapan dengan tekanan. Jadi, biasanya, penjaring akan memilih sudut bawah kanan dan kiri.

3 bahagian pintu gol.

Jika anda berada dalam perlawanan dunia, terdapat 3 bahagian pintu gol yang boleh 'tembak' dalam situasi penalty. Iaitu kiri, kanan dan tengah.

Tetapi, jika anda berada dalam perlawanan Malaysia atau kampung2, hanya terdapat 2 bahagian sahaja yang boleh 'ditembak'. Yakni kanan dan kiri sahaja. Ini adalah kerana keeper akan menunggu bola daripada meneka.

Atau kata lainnya, jika pemain dunia menyepak di bahagian tengah, dan diselamatkan keeper, ia adalah normal. Jika anda menyepak di bahagian tengah, dan keeper menka dibahagian lain, maka ia adalah normal.

Tetapi, di peringkat Malaysia, jika anda menyepaknya di bahagian tengah, dan keeper menangkap bola itu, anda akan kelihatan begitu bodoh sekali. Jika anda menyepak di bahagian tengah, dan keeper terbang ke bahagian lain, keeper akan keliahtan bodoh sekali.

Peranan jurulatih.

Jika anda adalah jurulatih yang bertanggungjawab terhadap taktikal, jgn sesekali anda menyerahkan keputusan bahagian mana yang mahu disepak, kepada pemain, apabila terdapat penentuan penalty.

Sebaliknya pastikan anda sudah ada plan. Player A akan menyepak ke bahagian 1. Player B akan menyepak ke bahagian 2. Ini akan mengurangkan tekanan, dan sebarang kesilapan itu diyakini player sebagai berkongsi bersama.

Ini idea gua sendiri. Kalau tak jadi, jangan hack blog gua. Hahaha.

Comments

  1. ini baru betoi bro..

    wa suka cara lu kutuk bola malaysia..

    memang ada style..wakakaka..

    teruskan bro.. wa suport lu bab hina bola malaysia ni..wakaka..

    apapun wa tggu lu pnya hujah Man Utd blasah hotspur..

    teori lu sebelum ni memang tepat!

    man u macam melayu...wakakaka..

    -bukancalon-

    ReplyDelete
  2. hahahaha.. bro, wa sejak dr skolah rendah smpai abes U, xpenah berjy sepak penalti.. Hahaha, bl nk sepak aje, wa akn npk pintu gol kecik semacam aje.. Hahahaha.. Pastu wa terpaksa tendang kuat2 coz wa hrpkn agr bola blh msk dlm gol skali dgn keeper.. Hahahaha, tp mcm biasa la bila tendang bola mcm defend nk clear, bola melambung ntah ke mana.. Hahahaha.. Susah bro nk sepak penalti ni..

    ReplyDelete
  3. wa berbulu gler dengar ayat 'gerakan cantik' hasbullah awang tuh...tang mana yg cantik pon wa xtau..
    kalau takat dapat pass bola kat member, adik si AT pon boleh buat kan AT...haha
    wa xkata hasbul tuh xbagus, cuma kurang professional lah..yg cantik kata cantik, yg salah hentam je ah, apa masalahnya...
    dah ah sakit hati tgk main mcm budak2, pastuh commentator plak buat hati wa panas...
    nasib wa bukan geng abanghensem, kalo x wa bakar je kete hasbul tuh..haha

    so selain reform bola sepak malaysia, jom reform wartawan bola sepak skali..amacam??

    -orang jauh-

    ReplyDelete
  4. bro,
    Asal iklan lu semua pasal pengantin jek.Segan plak wa nak letak iklan.hehehe

    ReplyDelete
  5. kalo team tahap pro ni slalunye die dh train penalti byk kali b4 game2 yg memungkinkan tendangan penalti cm semalam..body language pon nk kene btol gak waktu amik penalti..raut wajah,mata dan sejarah pemain lps pon amik peranan kt mane penendang nk sepak..senang cite, jd keeper utk penalti ni cm maen chess tgh panas la..lu kene tau pe tindakan lwn lu seterusnya..

    yg nk tendang pon kene ade ketetapan hati yg kuat la..sekali dh decide nk sepak mane trus gunekan decision tu..jgn dok ubah2 lak..kang melayang naik atas tiang ragbi...

    ReplyDelete
  6. wa tak respek la menang ngan penalti.... wa tetap sokong RED WARRIORS... cam biasa la bila final pengadil akan berat sebelah.... tengok jer final piala FA.... player RED GIANT jatuh sorang² pun dapat free kick.... apa barang tu....

    nasib baik mancis wa dah abis.... kalau tak dah rentung dah sebijik kete wa malam tadi... hehehe

    -abanghensem

    ReplyDelete
  7. wah abanghensem tak puas hati selangor menang kaa kui kui kui

    fanatik

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...