Skip to main content

Harakah perlu berubah dari majalah kepada akhbar harian.

Oleh : AdukaTaruna

Sesak beb. Gua memilih keadaan sekarang amat sesak. Ini kerana hanya 43% Melayu yang menyokong PAS. Manakala PAS perlu memiliki sokongan Melayu untuk idealoginya, kerana majority muslim di Malaysia ialah Melayu.

Capaian Melayu terhadap internet adalah rendah. Melayu kampung hanya bergantung kepada media konvensional pemerintah. Intelek Melayu, keluasan otak mereka menyebabkan mereka tiada daya imbangan atau sudut kedua.

Isunya ialah sampai bila? Dan apa usaha PAS? PRU13 semakin hampir.

Harakah perlu menarik minat Melayu.

Harakah pada gua terlalu berat untuk otak Melayu. Dan bersifat majalah. Gua rasakan Harakah perlu menjadi atau bertukar sifat akhbar kedua untuk orang Melayu. Yakni; selain membincangkan hal2 politik dan isu semasa, Harakah perlu melaporkan berita2 dan kejadian2 yang berlaku dalam negara, tanpa campur tangan fikrah penyampai.

Atau kata lainnya, Harakah perlu banyak melaporkan berita atau kejadian yang bersifat jujur atau first party. Katakan kejadian kemalangan. Harakah melaporkan kemalangan itu tanpa menambah kandungan berita itu dengan tafsiran penyampai. Contohnya, saya percaya, kemalangan itu berpunca dari mutu kereta negara.

Jadual pasaran Harakah.

2 kali seminggu terlalu perlahan untuk dunia sekarang. 24 jam isu2 spin oleh BN hanya sampai kepada Melayu kampung 2 kali seminggu, malah hanya sebilangan kecil sahaja. Ini adalah kerana kandungan Harakah yang terlalu serius, menyerang dan berat untuk otak seorang bangsa Melayu.

Wa berpendapat, selain Harakah perlu ada kandungan santai dan ringan, Harakah perlu ada satu atau dua lagi akhbar kembar yang nama, font seakan Harakah juga. Selangkan keluaran akhbar ini dengan Harakah.

Motifnya ialah menampan kelemahan 2 kali seminggu Harakah kepada 4-5 kali seminggu.
Masalahnya mungkin ialah kandungan berita dan kekuatan wartawan.

Jadi, untuk masalah ini, wa mencadangkan Harakah menggunakan kewartawanan terbuka.

Kewartawanan terbuka.

Kewartawanan terbuka ialah sesiapa sahaja yang berdaftar, boleh menghantar berita mereka kepada Harakah atau 1-2 akhbar kembar Harakah. Dalam hal ini, wa rasakan blogger2 yang dikenalpasti boleh melakukannya.

PAS memiliki kekuatan intelek, dan kekuatan kehadiran bloggers yang merata di seluruh negara. Dari Perlis hingga Sabah. Dengan perkumpulan berita, intelek dan laporan mereka, ianya boleh diikongsikan bersama dengan seluruh rakyat atau golongan di luar capaian internet.

Masalah bayaran pada gua bukan masalah utama. Wa percaya, walau bayaran rendah, atau cukup sekadar memberi kredit kepada penulis atau penyampai tersebut, bloggers pro BR / PAS yang ada akan sentiasa bersiap sedia menyumbang tenaga. Hanya perlu lulus tapisan pengarang sahaja.

So, setakat ini dulu, gua kembalikan kepada pembaca. Apa kata lu orang semua?

Comments

  1. salam AT,
    wak setuju..ala setakat satu posting RM1 JUTA..apalah sangat ye dakk..wakakaka !

    ReplyDelete
  2. Salam all..
    Pepatung pun setuju sesangat... dah tiba masanya..

    Pepatung dinihari.

    ReplyDelete
  3. UPIN IPIN : BETUL BETUL BETUL.

    ReplyDelete
  4. aha...bila nak wat kertas cadangan?
    dh bole set komiti dah ni, idea canggih ni. harapan dari kelangsungan ini bole merapatkan jurang bongok dgn celik mata.

    tahap produktiviti otak (susunan ni aku main taram je, tp utk org kmpg aku letak pada level tak dapat informasi)

    kelabu asap - bongok - bahalol - bodoh - kurang cerdik - cuai - tak dapat informasi - celik mata tp takut soru miss - celik mata - pandai - bijak - bijak gila - bijak dahsyat - genius - tuan2 guru

    ReplyDelete
  5. kalo markah exam wa 43% means lower fail.

    penting untuk dikaji kenapa jadi lagu ni..

    semoga Allah menolong pejuangan ISLAM.. ALLAHU AKBAR..

    ReplyDelete
  6. wa setuju!
    sebab wa mmg berbulu nak baca berita hairan, tapi berita dalam negeri diorg mmg xleh dapat kat mana2..
    cth mcm kejadian rompakan ke, kemalangan ke..the star mmg ade, tapi otak gua lombab cket nak baca bahasa omputih ni..haha
    so push cket org2 harakah nie AT..
    kitorg sokong lu dari belakang..haha

    -orang jauh-

    ReplyDelete
  7. kurangkan mengata mengutuk. contoh dlm harakah terbaru 'apa yg baik drp Allah, yg buruk dan jahat drp umno dan bn'. masa pilihanraya lepas. bayangkan org umno atau atas pagar baca. apa reaksi mereka. pada wa kalau sesuatu yg buruk tak perlu dicanang buruk,buruk. ia sesuatu yg tak boleh ditutup. pas kurang sokongan melayu sebab2 macam nilah. org melayu terutama atas pagar tak seronok tengok sesama melayu bergaduh gadah. wa sebenarnya tak caya sistem demokrasi ni. org islam berpecah beb. sedih.

    ReplyDelete
  8. adeh.. ni yg wa nak gelak nih.. strategi dah cantik.. tp basic tak lepas lg. ni buat plan gempak2 nih, dah baca ke PPPA? Printing Presses and Publication Act.

    nyle

    ReplyDelete
  9. kene tgk lesen harakah tu,
    mcm ne,
    leh tak bubuh idea tu.

    klu harakah tu,
    lesen ala khabar perdana
    wa rasa tiada masalah.

    1st
    kene riki tang lesen harakah tu,
    apa mende dia leh wat
    apa mende dia x leh wat.

    rasanya,
    lesen harakah tu,
    ada lain skit dari lesen akhbar2 perdana.

    ReplyDelete
  10. aku kurang berminat dengan idea ni
    aku lebih cenderung utk memperkasakan pas melalui ahli dan org yg cenderung
    bagi yg belum cenderung sekarang bukan masanya
    kena buat ikut langkah yg tepat
    kuatkan ahli dalaman
    kalau 40% melayu malaysia mengundi pas, berapa yg akan kekal mengundi pas bila2 masa pun, apa jua tohmahan pun dilempar, apa dugaan melanda tetap undi pas
    adalah 20% yg kuat semangat
    jadikan 20% ni kepada 30%
    maksud aku pikat betul2 pengundi atas pagar yg cenderung pas
    nak tunggu harakah? slowlah

    bloggers kena bina satu laman khas, ada majlis jawatankuasa yg boleh letak artikel/luluskan artikel
    semangat kena kuat
    informasi kena hakikat
    update kena cepat
    promosi kena ligat

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.