Skip to main content

Hadi sedia dicabar bagi jawatan Presiden Pas

Oleh : AdukaTaruna

Gua fikir, kalaulah gua boleh rembat kelajuan, karisma dan aura Anwar, dan tukar ganti ke dalam batang tubuh Hadi, gualah orang paling seronok sekali. Anwar bab akhlak, bab rohani, bab dalaman, memang menjengkelkan. Tapi bab kerja keras, kepantasan, level intelek, memang superb.

Hadi pulak slow. Perlahan, intelek bermutu rendah, mudah dimanipulasi. Tapi bab dalaman, tak ternilai beb. Tu pasal gua cakap, kalau gua Najib, gua lantik Hadi jadi Menteri Pelajaran. Anwar gua akan sibukkan dirinya ke luar negara. Hubungan Anwar seluruh dunia pun bagus. Menyemak jer duk dalam negara.

Hadi, lu fikir beb. Tanpa apa2 kuasa yang ada pada dirinya di peringkat pusat, dan hanya bermula dari kekuatan parti semata sebelum ini, lu tgk Rusila. Satu pusat ilmu yang berkembang. So, lu boleh bayangkan tak kalau Hadi diberi kuasa Menteri Pelajaran?

Memang peratus pelapis2 negara kita yang berguna tinggi beb. Rosak tu ada memang ada. Wajib lah. Tapi biar majoritynya akhlak, cool, mementingkan jemaah, ketahanan macam Hadi, macam produk2 Rusila.

Budak2 belia skang ni, yang ada adalah produk Mahathir beb. Hancuss.


KOTA BAHARU: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia menghadapi cabaran bagi pertandingan merebut jawatan nombor satu parti pada Muktamar Pas Jun ini berikutan desas-desus berlakunya pergolakan kuasa sehingga wujud dua pasukan di dalam parti itu.

Malahan beliau menyerahkan kepada ahli parti untuk memilih sama ada dirinya atau pemimpin yang lain sebagai presiden kelak.

"(Bagi) saya biasa saja, melihat sejauh mana kepercayaan ahli kepada saya. Saya tak akan buang pakaian (jawatan) kerana ia adalah amanah yang diberikan pengikut kepada saya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah maghrib perdana di Masjid Kota, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada bersedia menghadapi pertandingan jika dicabar dalam pemilihan parti pada Muktamar Pas yang dijangka diadakan di Shah Alam, Selangor Jun ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam kenyataannya sebelum ini berkata beliau menyerahkan kepada ahli untuk menentukan pemimpin yang akan dipilih dalam muktamar agung itu.

Nik Abdul Aziz juga menolak dakwaan wujud pergolakan kuasa peringkat kepimpinan sehingga terdapat dua pasukan dalam Pas iaitu Pasukan Tok Guru dan Pasukan Presiden.

Beliau berkata dakwaan yang mengatakan terdapat pasukan Tok Guru atau pasukan Presiden dalam Pas adalah tidak benar dan apa yang penting ialah mengukuhkan parti bagi menghadapi pemilihan Jun nanti dan mencari pemimpin yang benar-benar layak menerajui parti itu.

Abdul Hadi berkata beliau tetap bersama Pas sama ada dipilih atau tidak untuk menerajui kepimpinan parti.

"Terpulang kepada pengikut sama ada nak tukar ke pakaian atau baju (pemimpin) kita. Namun saya terus bersama Pas, yang penting ialah pemimpin Islam. Siapa jadi pemimpin saya tak kisah," katanya. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.