Skip to main content

Baru sikit ni Najib, releks la.

Hotel cuba diserbu perusuh, Najib selamat


Orang Melayu ni bodoh beb. Dah berbuih mulut gua cakap soal pembolehubah ni. Kalau kita sedar bangang, kita rujuk Islam. Sonang.

Dalam Islam, kita tengok, bagaimana Allah sunnahkan Nabi untuk jadi pemimpin. Majoriti la. Nabi Adam lain kes. Susah gile proses. Kena dera beb. Dari kecik kena dera. Musa kena hanyut kat sungai. Luluh hati ibu beb lepaskan anak kat sungai. Cuba korang skang buat kalau nak rasa. Hanyutkan Berg kat sungai Pahang, tengok. Dah besar gedabak macam tu pun tak sampai hati punya.

Tu belum citer bab Isa, bab Muhammad tu. Dari kecik kena cuci metal, rohani, etc. Baru layak jadi pemimpin. Ini Melayu jenis bodoh nak mampos ni, pilih guna sistem raja. Kepala paip dia. Gigit nyamuk pun tak pernah, diangkat jadi pemimpin. Bodoh sampai kiamat.

Najib ni. Lahir dalam keluarga elite. Mana pernah join gua cari spider laga dulu. Susah wo cari. Nak kena masuk belukar. Tu belum citer bab mak gua nak goreng spider tu kasi gua makan sebab tak balik Zuhur. Tak masuk citer abah gua nak ikat gua kat pokok rambutan kes buli anak jiran.

Jadi, kalau nak ikut susah, gua lagi layak jadi pemimpin dari Najib ni beb. Lintah dan pacat pun Najib tak kenal, Melayu boleh pilih dia. Bodoh sampai kiamat punya spesis. Bandingkan kesusahan dan penderitaan yang gua lalui, lagi bagus pilih TGNA ke Hadi ke, Mat Sabu.

Nik Aziz pernah lari naik motor beb. Kes ceramah agama kena ambush dengan polis. Kalau muda wa takda hal. Ni dah tua2 pun kena gak. Dasar binatang punya UMNO. Ostad Hadi kena gas pemedih mata kat dalam masjid ni beb. Pedih wa cakap lu. Gua tahu la. Gua rasa time tu. Sebab time tu gua makan wasabe kat rumah.

Ni kes punya rusuhan, Utusan penyebar fikrah Melayu nak up Najib as hero. Konon keadaan kritikal, Najib selamat la, Najib tenang la. Tetiba rasa nak meludah plak..

Comments

  1. najib ni teruk diuji la sblum jadi pm..

    lu mana tau bro..

    lu tgk la kepala licin dia..ingt simple ka nak dapat kepala macam tue.. banyak ujian doh.. lu ingt senang ka...

    salah satu ujian dia: dengag tok det kencing hari2 ats pala.. wakaka..

    -bukancalon-

    ReplyDelete
  2. hehehe.... akhbar jer nak sensasi citer tu.... Najib takde apa pun.... saja la nak tunjuk PM baru kita ni seorang yang sanggup hadapai cabaran...... lagi elok dia ken atibai dek perusuh tu....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  3. Najib patut ambil iktibar peristiwa di Thailand. Ubah semua kepimpinan jangan ada rasuah dan salah laku lain, sebab jika pemimpin masih lagi amal salah laku rasuah, politik wang, ugut bunuh dan lain2, tidak mustahil rakyat Malaysia pun kaan bangkit seperti di Thailand.

    ReplyDelete
  4. salam

    ntah ntah perusuh tu pi kat tempat tu mmg nak carik najib kot...sebab depa marah najib kasik letup pompuan mongolia tu....najib mana faham apa yang dia org cakap....dia bukan reti cakap siam....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.