Skip to main content

Orang citer Nizar, gua citer PPSMI.

lu tak paham ke duka. ppsmi ni bukan masalah istilah inggeris tapi diajar pemahamannya dlm bahasa inggeris. lu paham ke tak konsep ppsmi ni sebenarnya?

Tu lah yang wa memekak hal ni dari dulu. Itu prinsip wa. Wa membantah PPSMI dalam sub tajuk, bukan secara total. Atau kata lainnya ialah :

Wa setuju PPSMI seandainya PPSMI itu ialah :

a. Sekian
b. Sekian
c. Sekian
d. Istilah dalam BI secara total, tapi pemahaman dalam BM.

pa jaminan bi kekal sbg bhs ilmu kalau tamadun barat jatuh?
ppsmi dlm bi. jika guna terus ppsmi bermakna jd pengikut bahasa inggeris. istilah bm sains matematik tidak digunakan. bila sampai masa bi jatuh, ppsmi pun turut jatuh sbb ppsmi bergantung penuh pada bi. masa tu nak kembali balik ke bm macam mana? sebab menurut lu bila gen melayu dah upgrade ada penemuan dan dicatit dlm bm. bagaimana tamadun melayu itu wujud sedangkan ia telah terputus semasa zaman ppsmi? semua dlm bi. di mana kesinambungannya, tetiba je lu kata muncul tamadun melayu. sedangkan sekarang semenjak ppsmi, sudah tiada penerbitan tentang sains matematik dl bm. kalau ada pun sgt terhad. jadi di mana logiknya hujah lu tentang tamadun melayu yg akan muncul itu jika ppsmi diteruskan?
Susah nak terangkan ke atau membaca terlalu laju atau membaca secara lompat2?

Bukankah wa mengatakan :

menggunakan istilah BI secara total, tetapi pemahaman dalam BM.

So, bagaimana boleh terputus seandainya tamadun BI jatuh. Andai tamadun BI jatuh, sistem2, istilah2 tidak jatuh.

Contoh :

Dulu tamadun Arab. Istilah Aljabar, sistem nombor perpuluhan, simbol 1 2 3 4 etc untuk angka.

Kemudian Arab jatuh.

Tidak menjadi masalah pun kepada sistem dan istilah yang ditemui Arab? Ianya kekal sehingga kini. Walau tamadun sudah berpindah kepada BI.

Point utama.

Point utama ialah sistem, penemuan, etc, bukan bahasa. Bahasa adalah faktor berangkai. Contoh :

Dulu, semasa khalifah tamadun Arab, Azan zuhur 2 kali ketika haru Jumaat. Satu masuk Zuhur, satu untuk bersedia khutbah. Ini sistem dan penemuan.

Kemudian, walaupun kuthbah telah bertukar kepada tamadun BI, sistem tetap kekal, malah boleh dipermajukan lagi kepada satu sistem yang lebih baik.

Kesimpulan.

Anda perlu tahu apa yang perlu diperbahaskan. Apa pembolehubahnya. Penemuan, sistem, kaedah, cara tambah, kuasa dua, punca kuasa, etc adalah satu benda yang kekal walau tamadun bahasa berubah.

Tamadun BI jatuh tidak membabitkan sistem2 dan penemuan. Istilah2 dan sistem itu boleh terus digunakan, walau suatu hari nanti muncul tamadun Melayu.

Ianya tetap kekal.

Comments

  1. So secara teorinya di sini, Wa pikir lu menentang PPSMI.. dak gitu?

    Cuma lu sokong istilah dalam bahasa inggeris tidak ditukar... dak gitu?

    lu tak mau Integration ditukar kepada Pengkamilan...

    Lu tak mau Vector Algebra ditukar kepada Aljabar Vektor...

    Lu tak mau 'if and only if' ditukar ke jikka (jika dan hanya jika)...

    penciptaan istilah2 baru tu menerujakan Wa...

    ReplyDelete
  2. Angka dan simbol tidak dikira sebagai "istilah".

    pembentukan istilah sebenarnya menarik, kalau kita boleh banding istilah apa yang sepanyol jerman, svenska guna dengan apa yang patut kita guna.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...