Skip to main content

Dedahan Samar : Mengapa Anwar takut Najib.

Oleh : AdukaTaruna

Mula-mula sekali, perlu dinyatakan, ini adalah pendedahan samar. Tidak terbukti. Walau wa seorang kutu, wa akan tetap menjaga etika wa. Benar wa akan kata benar, salah wa akan kata salah. Sebab itu wa ucapkan padan muka sama Cucu Mat Kilau kerana tidak beretika memfitnah Saiful sakit. Kebebasan bersuara, tetap kebebasan bersuara. Undang-undang, tetap undang-undang. Pro.

Lama sudah wa simpan dan pendam rahsia samar ini. Wa nak ikut Q. BN kena jatuh dulu. Tetapi apabila wa membaca pendedahan forumer TKO, dan muncul satu keperluan taktikal peribadi wa, maka, wa pun dedahkan samalah. Terpulanglah sama ada anda mahu percaya atau tidak. Cuma, yang berkenaan, perlu ada plan A dan B. Faham2 sudah la no.

Wa berniaga. Bergaul dengan ramai kontraktor UMNO. Bahagian IT banyak diorang sub kat wa, walau dia tahu wa pembangkang. Kontraktor2 UMNO yang wa bergaul ni pulak, kroni satu tokoh berpengaruh UMNO N9. Selalu gak la tokoh ni datang tempat kitorang. Cuma, takda la wa terhegeh2 menghimpit tokoh ni. Wa adalah wa, lu adalah lu. Peduli apa. (member wa Ketua Pemuda UMNO caw. mesti senyum baca nih)

Ok. Tamat bab latar belakang maklumat yang wa nak sampaikan ni. Pepandai la korang tapis atau nilai kekuatan maklumat ni.

Mengapa Anwar takut sangat Najib.

Rakaman aktiviti liwat Anwar terhadap Saiful ada pada Najib.

Saiful diliwat secara separuh rela dan akhirnya tertekan akibat kejijikan diri sendiri. Aktiviti liwat ini berjaya dirisik Najib menggunakan perisik tentera. Dan dari sinilah bermula plan rakaman. Bukan Saiful mengadu kepada Najib, tetapi risikan berjaya menghidu tekanan Saiful dan memujuk Saiful menyertai kem Najib dengan tawaran perlindungan, terapi emosi, perundangan dan kewangan.

Ini cerita dari mulut tokoh berpengaruh itu. Wa ada situ. Cuma wa tak tengok video tu. Dan dia sendiri pun tidak mempertontonkan video itu.

Kemudian, apabila Najib sah menjadi PM, Najib akan membuat beberapa kejutan.

1. Mahathir belasah Najib adalah wayang. Mahathir umumkan bersama UMNO semula. Kepercayaan Melayu sedikit stabil, kepercayaan bangsa ekonomi (Cina) sedikit pulih.

2. Mengumumkan pengampunan terhadap segala salah laku, segala persepsi, kes-kes tidak cukup bukti selama ini, dan meletakkan SPRM di bawah parlimen.

3. Video liwat Anwar akan dimainkan di mahkamah. Hakim-hakim akan melihat. Pakar akan di bawa untuk pengesahkan ketulenan.

Mengapa Najib tidak menyebarkan sahaja rakaman itu di internet?

Ini adalah sms wa kepada member wa, yang kemudiannya dia bertanya kepada tokoh berpengaruh UMNO itu. Jawapannya :

1. Najib tidak mahu mencalarkan kredibilitinya dengan tersebarnya video liwat itu di internet, yang boleh menjadi backfire kepadanya. Video itu hanya perlu bermula di mahkamah, bukan di internet. Jika di internet, Najib pula disiasat.

2. Risikan tentera mendapati Anwar telah bersedia dengan pelbagai rakaman liwat tiruan, di mana imej Anwar adalah ditampal. Ini akan mengelirukan. Jadi, rakaman itu harus bermula dari mahkamah ke internet. Bukan dari internet ke mahkamah.

Setakat ini sahaja apa yang wa tahu. Namun, wa tidak melihat video itu, dan tidak dapat membuktikan kebenarannya. Mungkin juga itu adalah propaganda Najib untuk menghimpunkan tokoh2 UMNO bersamanya.

Jikalau anda adalah Anwar.

Jikalau ini adalah benar, dan anda adalah Anwar, apa yang akan anda lakukan?

Sanggup lakukan apa sahaja, termasuk menyertai BN, asalkan Najib tidak menjadi PM.


Comments

  1. Salam AT,

    Wa selalu follow blog lu, ini wa punya first komen kat sini.

    Wa pun ada sangsi jugak sama ini Anwar dan semua yang terlibat dalam isu liwat, tapi selagi wa tak nampak bukti dari kedua belah pihak susah nak percaya bro..

    Spekulasi. Sapa pun boleh buat... demi survival politik masing2.

    ReplyDelete
  2. Betul bro. Ulama cakap, buat keputusan dari apa yang mampu kita lihat.

    Hal hati atau apa yang tak mampu kita lihat, kita minta Allah lindung.

    ReplyDelete
  3. gua rase kalo bende takat firasat cam nih baik lu tak payah bukak cerita .. dan berpunca dari lu ... bende alah yang lu bikin nih jadik fitnah tak menentu ... lu sanggup tanggung dose sampai hari kiamat selagi bende nih terus tersebar ... ??

    lu pk baik la bro ... jage batas batas ...

    ReplyDelete
  4. aku harap ko mati dengan keadaan yang palingggggg hina sekali nanti..
    ko tunggu la saat tu..
    masa tu nyesal pun dah tak guna...
    selamat menjadi ahli neraka jahannam!!!

    ReplyDelete
  5. haha beremosi sungguh...
    ade hotak tuh pikir la sendiri oi...
    xkan semua benda nak bersuap...
    wa support lu la aduka, gen melayu ni bangang sungguh...

    menjawab persoalan lu, kalau wa jadi anwar....ish2, xnak wa jadi anwar..huahuahua. kalau jadi lu duka wa nak, sebab selamba je kutuk gen melayu..haha

    -orang jauh-

    ReplyDelete
  6. wa punye pandangan lak,
    jgn percaya 100%
    jgn lak x percaya 100%,
    so berikan ruang pale otak kita
    utk berfikir2
    dlm mcari kebenaran
    dan keadilan.,,

    keadilan & kebenaran bukan tertegak
    atas sebab dia ahli PKR...hahaha.

    ReplyDelete
  7. waa lespek sama lu aduka, waa pun dah banyak konpius dengan anuar nie...yang penting kita berfikir dengan matang tanpa sentimen kebencian, wa hairan kenapa anwar beria-ia burukan imej najib, diupah wartawan bisexsual dari perancis menulis cerita dari Malaysia today dan disiarkan saat dia berhadapan dengan kes liwat, ini yang waa pening nak pikir.kenapa sekarang isu itu dimainkan, adeh pening ooo...

    antu

    ReplyDelete
  8. komen wa plak.... bangang sangatkah Anwar nak meliwat sedangkan dia tau senjata liwat ni digunakan musuh dia untuk menghentam dia bebila masa jer.....

    kalau betul la Anwar ni peliwat bangang sangatkah Anwar dok meliwat dalam negara sedangkan dia ada peluang langgan jejaka jambu kat luar negara untuk layan napsu dia semahu mungkin.... dia kan selalu keluar negara....

    bab Najib plak....
    cerdik sangat ke si Najib tu nak dedahkan video liwat Anwar dalam mahkamah sedangkan dah 2 PRK dia tewas ni..... tu pun nak tunggu hingga dia jadi PM dulu..... jadi ke tak PM pun belum tentu lagi....

    cerdik sangat ke si Najib tu kes bom wanita monggolia pun kantoi.... seluas² hutan kat malaysia ni.... apasal la dok bom si altantuya kat area selangor/KL.... kan lebih selamat bom si altantuya kat tengah² hutan pahang ke ataupun tengah² laut China Selatan..... tak profesional langsung.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  9. Salam.

    Bagi Wa, ini sekadar cerita.
    Dalam politik memang banyak cerita.
    DSAI memang telah diakui seorang pencerita yang baik.
    Namun takleh lawan mahapencerita.. TunM.
    La ni Najib lak nak jd tukang cerita, dan backing utama dia ialah tunM.
    So kita tggu la cerita siapa yang rakyat paling percaya...

    ReplyDelete
  10. Menyentuh isu liwat ni, wa ada bbrpa fakta & p'soklan utk kita sama2 fikirkan.

    Fakta umum, merupakan hujjah yg kukuh :

    1. Lps diperiksa, Dr. PUSRAWI sahkan Saiful x diliwat.

    2. Data2 yg kuar dr mulut Najib byk yg b'canggah dgn data2 dr Saiful.

    Fakta yg menimbulkan sangsi :

    1. Saiful b'sumpah sehari sblm hari penamaan calon PRK Permatang Pauh. Ape muslihatnya?

    2. Saiful berani b'sumpah. Dr segi taktikal, knpa Anwar x berani b'sumpah?

    3. Liwat 1998, Anwar b'sumpah menafikan tuduhan dpn Dr. Haron Din & Dato' Ishak Baharom. Liwat 2008, walaupun dr segi taktikal, knpa Anwar x berani b'sumpah?

    Hanya utk difikirkan, bkn utk m'hukum.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.