Skip to main content

Ulama Melayu = lembab.

Oleh : AdukaTaruna

Bunyi sms.

Sapo la plak ni? Rita Rudaini kot.

Wa pun seluk beg, raba enpon. Baca mesej.

Munajat Kubra. "Selamatkan kjaan PR" 13 Feb, Jumaat 3am. Surau Hitam. Anjuran Dewan Ulama PAS N9. Srentak semlysia.

Mak aih. Pukul 3 pagi? Ke 3 petang ni? Wa pun balas sms tanya. Skali tak leh send la plak. Kredit abis. Kuang3. Ni tengah kais malam, makan malam nih. Takder masa nak topup. Takper la... takan munajat 3 petang plak kot.

Tengah kais2 cari makan, wa terfikir. Betul ke serentak seluruh negara ni? Apsal tak kuar Harakah pun. Benda alah ni senjata psikologi power kalau kena dengan publisiti. Tapi bila teringat anjuran Dewan Ulama, wa angguk2 kepala.

"Biasalah. Ulama Melayu... Dewan paling lembab."

Abis kais cari makan pukul 12 malam. Dah janji jumpa member. Bedebuk bedebak kul 1.30 pagi.

"Wa lambung dulu lah.."

"Ekele.. macam ada orang rumah. Lu nak g mana?"

"Wa ada munajat dan solat hajat ni beb." Wa sengeh.

"Blah la lu."

"Hahahaha."

Wa balik, mandi, siap2 ambil wuduk. Pakai baju.

Serentak seluruh Malaysia ni beb. Ramai kot. Parking mesti payah ni.

"Bangchik. Pinjam motor."

Wa pun merempit g Ampangan. Surau Hitam. 5 minit wa sampai. Tu dia.... penuh beb. Melimpah-ruah jemaah. Wa gosok2 mata.

Abis gosok mata, imej tadi hilang. Surau gelap. Sunyi sepi. Jangan kata Imam, Mat Rempit pun takda. Hahahaha... wa dah kena kencing. Ni mesti member wa silap taip ni. Kul 3pm, bukan 3am.

Wa masuk area surau. Ada lelaki ala bond atas motor. Usha wa. Wa usha balik. Usha punya usha wa terus pergi kat dia.

"Bro... kat surau ni ada apa2 program tak?"

Lelaki ala bond tadi geleng2 kepala. Wa terus chow g Shell. Nak topup.

Tin! Tin! Mana la plak pekerja Shell ni. Tido mati kot. Hon punya hon, baru budak tu bangun.

"Sori la dik. Topup Digi ada?"

"Ada." Budak tu jawab tak ambik pot. Nak tak nak jer layan wa. Dia ingat dia sorang jer ngantuk ke? Siap la lu. Miahahaha.

"Kasi abang RM2."

"Mana ada bang. Guna epay." Setengah ngantuk budak tu dah hilang.

"Bagi RM5 lah."

"Paling kecik RM10 la bang."

"Ooo.. yeke. Kalau RM5, 2 keping takleh ke?"

"Takleh la bang.. dia bukan guna kad. Dia guna macam resit." Budak tu dah tak ngantuk dah. Sunguh2 dia terangkan kat wa.

"Ok la. RM10 la."

Setelah men topup, wa sms member wa.

Bro.. wa kat surau hitam ni. Xda pun munajat. Kosong jer.

Tak balas. Cis.. membuto. Wa kena kencing. Kul 3am ke 3pm ni. Wa dengan malaikat jer kat Surau Hitam ni. Manusia takda pun. Takper wa lalu sekali lagi.

Bila wa sampai, wa tengok dah ada 2-3 bijik kete. Surau dah terang. Mamat ala bond tadi dah ghaib. Wa terus teringat Hantu Kopek.

Wa parking jer, wa nampak member wa. Seb baik dia ada. Leh mengumpat.

Mengumpat punya mengumpat dah kol 3.30. Imam tak sampai lagi. Stendet beb. Melayu. Kalau berperang dah sia2 mati dah. Bila mati, selamba badak claim kat Allah mati syahid. Janji tuhan pasti benar! Hahahaha.

Wa sambung mengumpat. Mata wa dah macam kucing garfield dah. Setengah terbukak. Mengumpat punya mengumpat dah nak pukul 4am beb. Dari kul 2.30am wa ni beb. Alooohaaaaaaaa.... nak marah takleh, sebab yang lain sibuk berzikir, baca Al-Quran dengan sabar.. Hehehe... Wa jer mengumpat.

2-3 minit nak pukul 4, Ulama Melayu sampai. Wa dah risau. Jangan sejarah berlaku lagi. Dulu masa wa tingkatan 4, kat asrama, kiamullail, sujud pertama terus tido beb. Uih.. jangan ma... kena tomoi dengan Pak Imam kang.

Wa pasang strategi. Duduk saf belakang, paling tepi. Hahaha. Lepas Pak Imam pot pet, pot pet kaedah solat hajat, dia pun seru solat. Wa lambat2 jer. Nak saf belakang. Ngeh2...

Skali saf terlalu panjang la plak. Orangnya sikit. Ada pakcik tua tu tolak wa ke saf depan. Dia nak saf belakang. Ada 3 orang jer saf belakang. Wah.. pcik ni.. lebih ni. Terpaksa la wa saf depan. Tak tepi plak tu. Adeh.. jangan lelap dah la... jangan sujud lama sangat ooi Pak Imam....

Pendek cerita, wa selamat melalui solat hajat tanpa lelap. Huih.. seb baik. Sujud balik lepas salam tu paling bahaya ma.. kemain la lama.... kalau Paklah, dah lama jalan dah.

Abis solat, munajat plak. Wa takleh tahan. Wa g belakang, baring tepi dinding.. baring punya baring roh tido wa dah sampai.. wa tengok jam. 4.45 subuh lambat lagi nih. Memang tido wa nih kang.

Sebelum wa tertido kat surau tu, sebelum Jabatan Kebajikan Masyarakat tangkap wa, wa bangun, start moto, lambung. Sangap dah ni beb. Ni kalau jumpa Hantu Kopek, memang wa langgar jer nih. Siyes!

Balik2, taip benda alah ni. Luahan hati wa. Dapat sms member wa kat surau tu.

Woit... 1st wa pusing.. tgk lu tlentang kat tepi dinding. 2nd time wa pusing.. tgk lu dh ghaib. Ilmu para wali tu...

Wa bukan apa beb. Wa segan kalau Rita Rudaini datang dalam mimpi wa. Kat surau tu ma....

Comments

  1. Haha. siot la lu Duka. Pagi2 smpi opis wa dah layan cite lawak lu.

    Top up RM2 je? Btol2 mengais lu ni. Lu kais ape memalam buto?

    Wa rasa bkn lu je kena kencing dek penganjur prog, SB ala bond atas motor tu pun kena kencing sama. Dia cam x paham lak prog PAS ni, mana ada yg punctual, wakaka.

    Lu ni mesti rajin mimpi basah ni, dgn bini org lak tu. Ape pesen la lu ni, haha.

    ReplyDelete
  2. kakaka.... tu la..... suruh kawin tak nak kawin..... pas tu takut mimpi basah dalam surau plak.... wakakaka

    -abanghensem

    ReplyDelete
  3. Hahahahaha... mimpi basah.... hahahahaha..

    ReplyDelete
  4. ha ha ha ha ha ahah ha kah kah kah kah warghhh! kah !! kah !! kahhh keeehhhh kehhh!! kah kah kah!! wargh! kah! kah! kah!! kah!! kah!! ha! ha! ha!

    kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah!

    aparah adukataruna nih.... lok bughuh disitu tidak digunakan.. membazir wooo tambah plak mimpi basah.. kah kah!

    sp4n4r.

    ReplyDelete
  5. salam..
    takper.. mimpi tu kira anugerah laaa..

    tapi hebat lu AT, gi solat hajat.. pemuda harapan nih....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.