Skip to main content

PRK Bukit Gantang.



Oleh :
AdukaTaruna

Tidak kira sama ada DAP, PAS atau PKR. Tidak peduli sama ada Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Selambau atau Bukit Gantang, apabila menjelang PRK / PRU, wa akan stop mengkritik ikut suka wa (ISW) ke atas BR.

Takziah kepada PAS, BR dan sanak keluarga jenazah. Akhirnya Allah tetapkan lu mati dalam jemaah PAS. Tahniah. Al-fatihah.

Perjuangan akhirat di dunia perlu diteruskan. Seluruh kepimpinan BR perlu menziarahi jenazah, meredakan kesedihan keluarga, etc. Kewajiban standard. MB haram Perak juga dialu-alukan menziarahi. Media akan bersama lu orang.

Calon.

Bercakap soal calon, ada suara mahu Ir Nizar. Pendirian falsafah wa pilih wa tak setuju. Wa tak suka elemen Haji Hadi 1999 diguna-pakai. Lu lah MB, lu lah ADUN, lu la MP.

Skang ni Khalid Ibrahim follow elemen Hadi. Dialah MB, dialah ADUN, dialah MP. Cuma Hadi lagi tamak sket. Presiden pun dia. Last2 terbarai.

Tapi, soal taktikal lain. Taktikal boleh membengkokkan sedikit falfasah. Bukan mematahkannya.

1. Ir Nizar perlu diletakkan calon dalam keadaan 55% kecondongan menang. Ini akan menekan sultan dan BN apabila melihat suara rakyat terhadap Nizar. Najib pasti akan sekotor mungkin mencegahnya. Berhati-hatilah.

2. Namun, berdasarkan falsafah tadi, Nizar perlu menyerahkan MP Bukit Gantang kepada calon lain apabila PRU13. Kekal bertanding DUN saja. Wa akan tentang sedaya upaya seandai Nizar menguna-pakai elemen Hadi.

Nizar calon di Bukit Gantang hanya di bawah tajuk taktikal. Apapun keputusan korang, wa tetap berpuasa mengkritik korang mulai sekarang. Semoga Allah mudahkan korang, dan berjaya.

Amin.

Comments

  1. Ekau ni duka..lom syuraa lagi ekau da bg nama calon,,
    Ekau koling2 la TG Hadi...

    ReplyDelete
  2. salam.
    ala kak memot, dia beri pendapat jer... bukan PR Perak nak ikut pon pendapat dia.. huahua....

    wa pikir baik YB Nizar tumpu kat state... kita dah nampak kecemerlangan dia.

    at least pelan2 dia boleh turn over yg atas pagar pi ke PAS... PAS kurang sangat kerusi state Perak.

    Lagipun waktu skrg kritikal... mcm boleh jadi...
    Presiden dan PJ Pas Perak ust Ahmad Awang leh pelan2 buat istikharah... syura pon leh pelan2 buat meeting...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.