Skip to main content

Ostad Hadi kata wa celaka, beb.

Hahaha. Ostad Hadi kata siapa yang nak teruskan PPSMI celaka. Padan muka wa. 49% wa mahu PPSMI diteruskan pada senario kini. Hehehe.

Golongan celaka mahu teruskan PPSMI - Hj Hadi
Irwan Muhammad Zain | Foto Nasir Sudin
Tue | Feb 24, 09 | 8:58:17 am MYT

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan celaka.


Beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Tindakan tersebut kata beliau merupakan satu perbuatan yang dianggap sebagai menipu bangsa sendiri.

"Pemimpin jenis ini merupakan pengkhianat kepada bangsa dan bahasa serta lebih menyedihkan lagi kerana mereka sanggup meneruskan dasar PPSMI ini kerana memetingkan kroni," tegas beliau dalam satu forum himpunan dan ikrar mansuh PPSMI malam tadi.

Selain itu, Hadi juga menegaskan, tamadun bangsa yang pernah wujud mempunyai bahasa masing-masing dan kemajuan tamadun ini berkembang bersama Imagedengan perkembangan bahasa mereka.

Beliau menggesa supaya rakyat di didik dengan ilmu dengan menggunakan bahasa sendiri dan bukan dengan bahasa asing.

"Tidak salah belajar bahasa asing tetapi rakyat perlu di ilmukan dengan bahasa kebangsaan," kata beliau.

Lebih kurang 20 orang pemuda yang dipimpin oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Kamaruzaman Mohamad membaca ikrar taat setia dan berjanji akan mempertahankan Bahasa Kebangsaan. Image

Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor itu turut diserikan dengan bacaan sajak oleh Dinsman.

Turut berucap pada forum tersebut adalah Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali yang menggantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden GMP, Dato' Dr Hassan Ahmad, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik dan Presiden Teras Hj Azmi Abdul Hamid.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat bertindak selaku pengerusi forum tersebut.- tmj _

Comments

  1. hahaha... wa dah lama dah tau tektik rendahkan gred peperiksaan untuk pastikan pelajar lulus periksa meningkat..... sebenarnya kualiti pelajar kita sama jer sejak 10 tahun lepas..... mungkin gak makin menurun..... tapi sebab di berikan menteri yang bangang jaga pendidikan habis la bebudak yang kureng bijak jadi bijak dalam masa yang singkat.... yer la dulu nak dapat A kena score markah 90%.... tapi sekarang mungkin ngan markah 60 pun dah boleh dapat A..... ni bukan makin bijak budak ni.... makin teruk ada la..... dulu nak dapat A kena study sampai tak cukup tido.... tapi sekarang bebudak study seminggu nak exam pun boley dapat cemerlang dalam periksa..... hadoih!!!.... makin mundur labangsa kita nanti.... hancooo... hancoooooo....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. ishhh dia ni...sedap2 jek guna kata celaka tu,huhu...apo la dak duka neh!!

    PPSMI ni leh guna masa form 1 ke atas.Peringkat sekolah rendah takyah guna PPSMI.
    Cer la korang dengar cakap mak2 plak,,ingat xleh pakai ke cakap mak2 ni?..
    PPSMI ni tak dpt dinafikan boleh buat pelajar dapat menguasai BI,kuasai bahasa ye,bkn kuasai matematik@ sains.Nak kuasai 2 subjek tu kena pektis,wat latihan banyak2.
    Jgn bagi alasan tak paham soklan BI sbb kalau da malas,soklan dlm BM pun takleh jawab gaks.

    JGn konpius rr,ni akk cakap psl persetujuan akk jika PPSMI di gunakan masa tengkatan 1 keatas tapi tidak di peringkat sekolah rendah.

    ReplyDelete
  3. hihi.. meme puok2 celaka je mengagongkan bahasa penjajah nih sbb tiada alasan utk maju ke , dipandang hebat ke dgn reti bahse penjajah nih, dogreti base penjajah pon leh jd hebat, leh jd maju beB..sibbaik aku tidak dicelakakan..kah kah

    ReplyDelete
  4. haha kapten,meme dok reti base penjajah pun leh maju tapi puok2 melayu ni ngan base melayu dia layu,ngan base penjajah pun dia gelabah sebab bahasa je dia taknak,budaya penjajah sapu abih...

    ReplyDelete
  5. ko bukan setakat celaka je, bangsat anak haram hasil permainan dengan anjing pun itulah kamu wahai aduka sial!!!

    ReplyDelete
  6. maymot, lu ni spesis caca marba tullah. melayu caca marba tul lu ni. org tak mahu ppsmi ni dari dajah 1 sampai universiti. tau tak? org taknak, taknaklah. jgn nak paksa2 plak. lu kalau nak terer bi belajar bi. baca buku cerita bi. pi tusyen bi. lu ni cakap main agak2 je. tak buat kajian langsung. sama ngan duka. buat pendapat sendiri, pastu syok sendiri. pastu sedap2 tuduh org malaslah, itulah, inilah. senang jer hidup korang. modal air liur ja.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...