Skip to main content

Mahathir genius..


Oleh : AdukaTaruna

Ya. Memang benar inilah pemimpin paling zalim yang pernah dilahirkan. Zalimnya adalah akibat geniusnya yang tidak dikawal oleh agama. Firaun, Namrud, USA, Russia, Hitler, etc adalah genius-genius yang tidak dikawal oleh agama. Membawa kemusnahan yang sama banyak dengan kebaikan yang turut serta.

Pada zaman pemerintahan Mahathirlah munculnya pemimpin-pemimpin hebat dan genius juga. DSAI, TGNA, Fadhil Nor, etc. Dan pada pemerintahan Mahathir jugalah banyak idea-idea genius yang dilaksanakan.

Proton, penswastaan, etc adalah antara idea kebaikan. Namun, silapnya di sini ialah :

1. Genius Mahathir tidak dikawal oleh agama. Dia membunuh penduduk Memali, sandiwara Al-Maunah, memenjara ulama, dasar-dasar politik sempit dikuatkuasakan, rasuah berleluasa, etc. Langit Malaysia gelap dan kelam.

2. Dan genius Mahathir itu digerakkan oleh parti bangang bangsa Melayu. Yakni UMNO. Idea Proton yang baik, menjadi jahanam dan menjerut rakyat. Penswastaan menjadi parang sembelih rakyat. Dasar pandang ke timur hancur.

Begitulah juga dengan PPSMI. Satu lagi idea yang baik pada wa oleh Mahathir. Namun, sekali lagi, silapnya di sini, ianya dijalankan oleh parti genetik terbangang. Yakni UMNO. Jurang luar bandar tidak dirapatkan dahulu. Pembahagian kekayaan negara tidak disamaratakan dahulu.

Ini menyebabkan yang miskim bertambah ketinggalan. Yang jauh bertambah jauh. Akhirnya idea genius tadi akan menjadi seperti mana idea-idea genius yang lain. Akan mengundang malapetaka kepada rakyat.

Comments

  1. genius ke mamak ni sorang.... cam bangang jer.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. sy pon dr dulu sbnrnya amat mengkagumi tun mahathir dlm aspek kebijaksanaan dia mencetuskan idea-idea berani. tp bak kata AT, kalu tak dipandu agama, alamat lingkup lah. pemikiran tun ni melampaui zamannya. PPSMI ni mmg bagus, tp bukan pd zaman inilah. mungkin zaman 10 tahun lg. pembinaan KLCC KLIA Putrajaya n projek2 mega pun, sbnrnya bukan membazir jika kena pada zamannya, tp bukan zaman ini lah.

    Genius nya tun ni, beliau nak semua dapat kat dia. TAMAK. Atas dasar geniusnya, sy berpendapat, mustahil dia tak sedar bhw apa yg dia bina ni, tak kena pada zaman dan situasi ekonomi skrg, tp kerana dilingkari rasa tamak haloba n rakus ya amat, dia buat jugak. Hasilnya, ada la faedah sikit, tp faedah yg sedikit itu, tak mampus menutup kebusukan dari sikap tamak n zalimnya.

    ReplyDelete
  3. Yang menilai seseorang itu genius, pastikan dirinya juga genius. Bimbang terjadi rupa-rupanya sama-sama tidak genius

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.