Skip to main content

Macam2 politik Malaysia.

Sami Bellu berkata, antara kriteria yang sedang dipertimbangkan ialah calon itu mesti seorang yang boleh bekerja, kenal kawasan tersebut dan pandai bertutur dalam loghat Kedah supaya senang untuk mendekati masyarakat tempatan.
Hehehe. Kena pandai cakap Kedah ma. Wa mencadangkan zaminc, beb. Hahahaha.

"Semua calon Ketua Pemuda UMNO telah bersetuju bahawa sesiapa sahaja yang terpilih pada pemilihan parti, jawatan ketua Pemuda negeri dan barisannya tidak akan diubah sehingga selepas pilihan raya kecil itu," katanya
Kalau macam tu, dah tentu diorang akan kerja separuh hati. Sebab belum tentu barisan itu dikekalkan. Hahaha. Buat apa lu orang kerja sungguh2 kalau tempat belum jamin, ma.

Kalau Ketua Pemuda baru rombak barisan baru, yang lama pulak merajuk tak mau kerja. Hahaha. Buat tu salah, buat ni salah. Memang bodoh kalau wa jadi ahli UMNO. Ngeh2. Wa telah berjaya mengelak dari menjadi ahli UMNO kat kampong. Miahahaha.

“Kalau MIC mahu bergabung pun, lebih baik kami bergabung dengan UMNO atau MCA, bukannya dengan Gerakan.”
Bergabung dengan UMNO? Hahahaha. Kan ke sebenarnya UMNO kini menuju MIC baru? Kih kih kih.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tetap akan memberi sokongan kepada sayap parti itu walaupun ditakdirkan gagal dalam pemilihan parti Mac ini.
Hahahaha. Lu nak kencing siapa, bro? Lu kalah jer, lu akan hilang dari peta UMNO punya. Bila lu hilang dan tenggelam dalam UMNO, tak mustahil PKR kutip lu. Hahahaha.


KUALA LUMPUR 22 Feb. - Calon-calon yang akan bertanding pada pemilihan parti akhir bulan depan bersetuju dengan cadangan ibu pejabat UMNO untuk memperkenalkan pengundian berkomputer.
Hahaha. Memola setujulah. Sebab otak korang kecik. Ingat komputer, ingat maju. Sekali kalah sok, baru la muncul suara2, komputer tidak nyata lah, konspirasi komputer la, software pengundian dipertikai la, etc.

Bergaduh punya bergaduh, pemilihan UMNO dibatalkan pulak. Najib tangguh lagi jadi PM. Hahaha. Mana tau kan... ngeee...

Comments

  1. Salam.
    Hehe jgn bro, kalau bebetul MIC carik wa nanti camner?

    Silap2 MIC lak pegang jawatan MB, heh.

    ReplyDelete
  2. apo susah zaminc,lu tarbiyyah la MIC and de geng...ontah2 MIC leh jadi kelab penyokong PR,hehe

    alamak,kalo PKR kutip keri,mau kenan sume jd berrukk...

    Tahniah la dak duka kerana tak bodoh-->>
    "Memang bodoh kalau wa jadi ahli UMNO. Ngeh2. Wa telah berjaya mengelak dari menjadi ahli UMNO kat kampong. Miahahaha."

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...