Skip to main content

Debat PPSMI Salahudin.

Oleh : AdukaTaruna

Pada penilaian wa, Salahudin tidak mahir berdebat atau berbahas. Kalau ikut graf, graf air liur dia agak kurang tetapi graf tulang 4 kerat dia tinggi. Sama ada pembaca setuju atau tidak, wa senaraikan top 5 pendebat terbaik negara. Ikut suka wa punya ranking la. Hahaha.

1. Mat Sabu
2. DSAI
3. Hussam
4. Ezam
5. Mahfuz

Dalam bab debat PPSMI ini, seandainya disambut Hishamuddin, wa syorkan Salahuddin perlu tetapkan point yang mana yang perlu ditekankan.

1. Tolak PPSMI soal perlembagaan?
2. Tolak PPSMI soal jurang bandar-luar bandar?
3. Tolak PPSMI soal lubuk duit?
3. Tolak PPSMI soal bahasa Ibonda?
4.
5.

Yang mana? Yang ini penting. Bila Salahudin telah tetapkan point yang ingin dipertahankan sampai mati, maka, perbahasan hendaklah kuat ke arah pont itu, sementara point2 lain hanyalah hujah sokongan.

Jika tidak, jika anda ingin pukul secara rata, maka 90% anda pasti terbelit. Ini adalah kerana semakin banyak anda menegakkan point, semakin luas risiko anda dibelit.

Seterusnya, wa syorkan Salahudin memerangkap pencabarnya dengan kata dua. Spesifikkan soalan. Jangan bagi peluang pencabar goreng. Contoh :

Pada sekian2 fasal (perlembagaan negara lah tu), adakah saudara setuju bahawa PPSMI telah melanggar perlembagaan negara yang disebutkan itu?

"Ya atau Tidak? Jawab ya atau tidak sahaja."

Ala macam Agus tanya Khairy masa debat Hudud dengan Husam ari tu.

"Sekirnya anda dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO, adakah anda ingin melaksanakan hudud atau tidak?"

Khairy jawab yang kurang jelas.

"Kita tetap akan menjalankan dasar2 Barisan Nasional."

Cuba Husam menyampuk.

"Ya atau tidak? Buat atau tidak?" Asak cukup2. Mesti terpaksa cakap tidak punya.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...