Skip to main content

Cerita bola plak.

Oleh : AdukaTaruna

Member wa kol wa ajak tgk bola. Terus wa teringat nak tulis bab bola la plak. Mesti kakmemot berbulu dengan wa. Hahaha. Sebab mase ari tu wa asyik silap jer ramal. Hahaha.

"Ngah.. tgk bola jom."

"Pukul 3 pagi tu bai. Oghang ghumai kau tongah sarat tuh."

"Den hantar ghumah omak den."

"Sonang ekau cakap. Nak tgk kek mano?"

"Mapley la. Kek Dataran Senawang."

"Oghang tak sobut mapley lagi dah. Internet sobut Zambry skang."

"Hah?"

Wa cam biasa. Anti England, anti British, anti Man U. Hahaha. Bukan sebab perkauman atau dia pernah jajah dulu, tapi sebab peberet team Melayu. Kui kui. Mati wa kena bantai nih.

Asal tanya pakcik makcik kampong jer, mesti sokong England, sokong Man U. Hahaha. Wa tak nafikan Man U kuat. Wa pon ske gak Berbatov. Tapi meluat amat sangat dengan C.Ronaldo yang poyo ala2 Anwar Ibrahim tuh. Ngeee..

Free kick semua dianak ambik. Tp bukan bahaya pon. 4 langkah ke belakang, then kangkang dengan eksyen. Muka jobo sket. Ekeleeee....

Semalam punya game wa tak tgk. Membuto. Wa tak fanatik sgt bola nih. Kalau adik wa yang Poli tu balik, baru best tgk. Dia leh teka siapa kena keluar, siapa kena masuk. Jeles abes wa. Majority tepat tekaan dia.

Team wa pilih bukan Inggeris punya team. Ni bukan soal PPSMI haa.. Wa pilih :

1. Barcelona. Ade Abidal, Henry, Messi. Player semua best2 kecuali keeper. Ntah nape wa rasa dia tak best ntah.

2. Lyon. Ader Benzeema. Muka sebijik macam member wa. Usen TKO. Hahaha. Free kick Juninho memang best. Tak payah jobo cam C.Ronaldo yang selalu jatuh2 tu.

Dulu wa ske Real Mandrid n France. Sebab pcik Zidane ade. La ni, dah takda yang suka. Wa ambil general jer la. Buat lelaki_ini, benti2 la tgk samarinda Rita Rudaini dgn Rosyam Nor tuh. Hahaha.

Comments

  1. Dulu wa suka Arsenal.. la ni wa suka MU pasai ada org sponsor tshirt.. 2 pasang dah oo..

    Jgn salah paham lak.. ini bukan rasuah panggil tukar team.. sensitip tuh..

    ReplyDelete
  2. Cis sungguh, sempat gak ngutok wa tu. Wa tgh layan cite Rosmah la.

    ReplyDelete
  3. apa kellas liga inggeris.... liga super la best.... THE REDS..... wa caya luuuuuuuuu.....

    - abanghensem

    ReplyDelete
  4. kepala otak lu mmg 15 bijik lah sama ngan gua..haha
    asal melayu je MU...nama pon da lebih kurg da..hahaha
    alang2 da rombak kabinet, lu rombak ah plak team MU nie..amacam?

    -orang jauh-

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.