Skip to main content

Arumugam letak jawatan exco, kekal Adun

AdukaTaruna.

Yeeyyeeaaaghhhh. Wa caya sama Ostad Azizan. Jangan biarkan kestabilan politik Kedah terganggu. Rakyat dulu ustaz, rakyat dulu. Politiking just alat. Motif ialah rakyat.

Idop Ostad! Idop Ostad! Miahahaha. Tapi, kalau Najib melampau sangat, letak jawatan last choice lah.


Malaysiakini.

Feb 9, 09 4:08pm

Anggota Exco Kedah V Arumugam hari ini mengumumkan letak jawatan sebagai Exco tetapi masih kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Selambau.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Sementara itu, sumber-sumber pejabat menteri besar berkata, Azizan akan menghadap Sultan kedah jam 5 petang ini, untuk memaklumkan peletakan jawatan Arumugam sebagai exco, berkuatkuasa semalam (8 Februari).

Comments

  1. hehehe...... terkedu la pencacai UMNO nak rampas Kedah.... pendapat aku hanya Perak jer la BN dapat rampas... tu pun dok atas pagar jer.... condong jer arah UMNo.... belum jatuh lagi..... kita tunggu la camne..... kat kedah bagiaku semput gak UMNO nak rampas.... silap² negeri UMNO jatuh kat PR.... tunggu tengok la nanti....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. Bro Aduka!

    Saya err silap..gua sudah lama usha lu punye tulisan dalam TKO tapi gua tak pernah lak tersinggah di fikiran utk usha lu pnye blog ni..
    Dan Alhamdulillah arini gua terpike lak nak usha lu pnye blog..gua tengok lu ni memang banyak menganalisa dan hasil analisa lu tu memang selalu sama ngn gua punye analisa..
    Anyway,gua blom bukak blog gua lagi sebab gua masih dlm proses mengutip ilmu dan pngalaman dalam bab2 ni..
    Camne2 pun blog lu akan sentiasa gua kunjungi untuk gua berkonsi-mongsi idea ngn lu..thanx bro... =)

    ReplyDelete
  3. Aaa sile la sile. Mana2 yg lu setuju dgn wa, lu setujulah.

    mana2 yang lu tak setuju, lu bantai jer wa balik.

    Wa kenalkan kengkawan wa yang selalu lepak kat rumah wa nih.

    nyle : Budak ostolia yang derhaka. Pasal2 patriotik, lu jgn harap la dari dia.

    abanghensem : romeo nih. lu jgn bgtau kat dia yg lu ada adik pompan. Sesenyap jer.

    kak memot : Pakar tomyam. Selalu menyah-ganaskan tulisan wa. Penat2 wa taip yang ganas2, kak memot akan cacatkan keganasan tulisan wa.

    lelaki_ini : Fanatik Rita Rudaini. Lu jgn kutuk Rita Rudaini kat blog wa. Tak pasal2 wa bergaduh dengan dia kang.

    zaminc : Ketua Peteri UMNO kat Kedah.

    kapt_shiqaqi : Ni fanatik PAS nih. Idealogi Ganu punya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...