Oleh : AdukaTaruna
Gagal step 1.
Bangsa yang paling banyak nabi ini memang genius tahap melampau. Tahap memudaratkan dunia. Isu roket Hamas adalah alasan murahan. Bertahun sudah kumpulan persendirian (bukan Hamas) dan Hamas sendiri yang membela tanah air sendiri (Negara Israei tidak wujud) sejak Hamas memenangi pilihanraya.
Tetapi mengapa Israel melanggar Gaza menjelang persaraan Bush dan menjelang pertabalan Obama? Di sinilah wa mendakwa Hamas gagal dalam membaca genius Bani Israel.
Dengan mengetahui harapan baru rakyat Amerika, dan janji perubahan dasar luar oleh Obama, Israel mungkin akan mempergunakan Bush sehabis mungkin, dan mungkin akan memaksa atau merumitkan Obama melakukan perubahan itu.
Pada wa, sepatutnya Hamas sudah mengeluarkan kenyataan dan bantahan awal dalam bentuk dakwaan (akan melanggar Gaza). Ini boleh membuatkan dunia menoleh kepada Israel untuk penafian. Dan tekanan dunia meminta Israel menafikan, sekaligus membuatkan Israel tertekan melaksanakan plannya.
Gagal step 2.
Setelah gagal dalam step 1, maka berlakulah pencerobohan terlaknat itu. Ribuan dibunuh atas nama pemburuan anggota Hamas. Sedangkan motifnya ialah perjanjian dan muslihat akibat peralihan kuasa Bush-Obama.
Setelah memberi tentangan yang hebat dalam perang terbuka (darat), menjelang pertabalan Obama sebagai Presiden Amerka Syarikat, Israel mengumumkan gencatan senjata.
Mari kita lihat dalam bentuk perumpamaan.
Adik perempuan sedang dirogol, ibu sedang disembelih. Lokasi di dapur. Adik bongsu lelaki sendirian melawan mempertahankan si adik perempuan dan si ibu.
Manakala Abang Long, Abang Ngah, Abang Lang dan Abang Teh berkumpul di ruang tamu membincangkan bagaimana nak paksa Israel berhenti. Masing-masing bertekak dan tuding-menuding.
Tiba-tiba Israel berkata :
“Twit2. Chop. Kita gencatan senjata. Obama nak naik jadi Presiden US jap.”
Hamas (adik bongsu lelaki) pun menjawab.
“Ok. Kita rehak jap. Aku bagi masa kat hang seminggu keluar dari rumah aku.”
Abang2 yang bertekak di ruang tamu tadi menuju ke dapur.
“Nah dik. Duit. Beli baju baru. Dah koyak2 dah.”
“Ni Abang Ngah bagi duit. Beli ubat. Sehari 2 sok elok la tuh.”
“Abang Lang akan desak sepupu-sepupu kumpul duit baiki apa yang rosak. Ibu yang dah mati tu esok kita kebumikan.”
Sepatutnya.
Sepatutnya, menjelang Obama ditabalkan, Hamas terus-terusan mengempur Israel. Jangan biarkan Israel memberi tekanan kepada Obama, sebaliknya Hamas memberi tekanan kepada Obama. Bukan Israel yang genius itu mengawal Obama, tetapi Hamas!
Dengan pertabalan Obama dicemari perang Israel-Hamas, ini akan membuatkan Obama perlu melakukan perubahan yang dijanjikan. Bukannya menurut rentak Israel.
Sepanjang pengetahuan wa, secara bebas, di luar tajuk fahaman, wa hanya mengiktiraf Hezbollah dan Iran adalah jemaah yang genius. Lawan kepada Israel.
Wallahualam.
Jika Hamas terus menyerang, sedangkan Israel dah umum gencatan senjata... Adakah Amerika akan menyertai perang tersebut secara terbuka?
ReplyDeleteAngkatan yang bertapak di Afghan dan Iraq akan dikerah ke sana pula?
Obama akan ada alasan untuk mengekalkan kekuatan tentera di asia barat atas alasan membendung Hamas?
Lagipun adakah Hamas begitu kuat, ingat dia dah kena blockade, takde ruang nak supply senjata, hatta makan, ubat pon susah.
Hezbollah ada bekalan terus dari Iran (satu geng)... Hamas? Nak harap saper?
~zaminc~
Aduka, menulis memang mudah...
ReplyDeleteGagal Step 1
media mana yg mahu mendengar jika Hamas mengeluarkan kenyataan sebelum ini? cuma al-jazeera dan presstv sahaja kot.
media lain
semua menyenaraikan hamas sebagai pengganas.
masyarakat dunia juga telah disuapkan bahawa hamas adalah pengganas. siapa mahu percaya kepada mereka?
Gagal Step 2
situasi Gaza dan West Bank lain la. Gaza sebijik macam penjara. dikelilingi dinding dan lautan .sila liha peta. serba serbi tak cukup. makanan pun tepaksa seludup dari bawah tanah. Gaza adalah antara bandar yg terpadat di dunia.
hamas berundur setapak tak bermakna ia telah kalah.
umat islam berhijrah ke madinah adakah bermakna umat islam telah kalah?
hezbollah beruntung kerana mendapat bantuan terus dari iran. bentuk muka bumi juga lebih memihak kepada hezbollah ketika perang 2006. jadi tidak adil membandingkan hezbollah dengan hamas kerana situasi mereka tidak sama.
ko cakap cam ko je yg pandai kt dunia ni? ni la perangai melayu. pandai cakap lebih. cuba ko duduk dulu kt palestine 5 ke 10 tahun, balik baru ko cakap!
ReplyDelete