Skip to main content

Hebat fitnah Penegak Hadi nih.

Oleh : AdukaTaruna

Isu ni remeh-temeh jer nih. Apatah lagi dalam keadaan PRN Sarawak ni. Tapi gua just nak rakam dalam blog gua ini, sebagai rujukan kepada satu sisi tertentu, perjalanan perjuangan gua dan rakan2.

Tengah gua fitnah Cuping Merah dengan menuduh dialah Blogger Pembela Negara melalui sms, tiba-tiba gua mendapat maklumat ni.

"Giler lah lu bro.. lu siap follow Hadi sampai Karak ke?"

Sumber : TKO

 

Kesemua Penegak Hadi ni, sebenarnya, beriman dengan sangka-sangkaan, beriman dengan jenama dan beriman dengan tokoh. Mereka mempunyai perantara dalam hubungan peribadi mereka terhadap Allah. Perantara mereka ialah ulama.

Fitnah 1.

Aduka Terung (Aduka Taruna) adalah penyokong Keadilan yang banyak 'menyerang' kepimpinan PAS T'ganu dengan alasan memperbaiki. Kerana menggunakan watak 'memperbaiki' disini la, banyak penyokong PAS menjadi keliru menyangka Aduka Terung ikhlas terhadap PAS.

Memang rakan rapat gua ialah EdyesDotCom yang SAMM yang mempunyai hubungan dengan PKR. Tetapi, dalam PKR, orang yang paling gua respek ialah Chegubard. Manakala Anwar dan Azmin, gua pandang tahap lebih rendah dari Hadi.

Cuma gua terpanggil untuk melanggar sisi tak betul dalam PAS dari melanggar sisi tak betul dalam PKR, menyebabkan gua tak ambil port sangat terhadap perkara yang tidak betul dalam PKR.

AdukaTaruna adalah penyokong Keadilan (PKR) adalah satu fitnah regular dan tipikal ulama2 ortodok / Dewan Ulama PAS. Mereka lebih menyerang PKR dan DAP dari menyerang UMNO. Bisu dan kaku dalam kebanyakan isu kezaliman UMNO. Tetapi berkokok dalam isu mudarat tahaluf dengan PKR dan DAP.

Fitnah 2.

Lakunan Aduka Terung semakin hebat apabila mengatakan menyintai Tuan Guru Nik Aziz dan tidak menyokong Tuan Guru Hadi Awang (digunakan nama Tuan Guru Nik Aziz agar beliau disokong).

Giler. Dalam perjuangan gua yang 'tidak berfaedah', yang dibenci oleh kedua-dua pihak berperang; baik PR, baik BN; bergambar dengan Husam dan mana-mana pimpinan PAS pun enggan, inikan pula bergambar dengan TGNA. Jika bergambar pun enggan, apatah lagi gua mempergunakan TGNA. Apa lu ingat TGNA tu IQ tahap Batu Api ke apa nak dipergunakan oleh gua. Hahaha.

Bukanlah niat mahu menunjuk, tetapi terpaksa mempertahankan diri dalam rakaman remeh-temeh ini. Gua pernah dihampiri oleh beberapa pimpinan PAS untuk mengetahui secara direct fikrah gua. Gua tak story pun selama ni kerana tidak mahu menggunakan itu sebagai senjata.

Rakan dari pemuda PAS Melaka pernah meminta alamat gua mahu pos buku mengenai Imam Syafie sebagai usaha mereka menyelamatkan fikrah gua terhadap Imam Mazhab. Gua pernah dibawa berjumpa dengan seorang pimpinan tinggi PAS di satu port makan dan berbual bersama-sama. Gua pernah dioffer oleh media perdana bagi menyediakan platform gua untuk memperjuangkan perjuangan gua.

Tetapi, kesemua itu tidak pernah gua gunakan sebagai senjata, di mana ianya akan memusnahkan. Bukan memperbaiki. Kaedah memperbaiki perlu berhati-hati, perlu terasing, tidak boleh menggunakan komponen yang sama sebagai tool dan sebagainya.

So, gua anggap, tuduhan Penegak Hadi, bahawasanya gua mempergunakan TGNA untuk sokongan adalah fitnah.

Fitnah 3.

Beliau pernah mengekori Tuan Guru Hadi Awang yang berhenti disebuah Stesen Minyak di Lebuhraya Karak dan menemubual Tuan Guru berkenaan kerajaan Perpaduan. Aduka Terung menemubual Tuan Guru lengkap dengan perakam video. Maka sekiranya Tuan Guru marah kepadanya ketika itu, maka video itu akan tersebar kesegenap Malaysia kononnya Presiden PAS seorang pemarah.

Gua tidaklah mempunyai kekuatan sehingga mampu tahap mengekori secara logistik begitu. Semasa gua ambil keputusan berhijrah ke Kelantan, bearing tayar depan kanan Mazda gua problem. Memang problem sejak dulu. Tukar bearing pun akan rosak juga. Perlu tukar satu set 'nangka' di kedai potong baru jadi.

So, di Pekan (gua ikut Terengganu), kereta gua tersadai di bengkel kereta, gua, isteri dan adik tersadai di masjid. Duit pula ngam2 ketika itu. Takdirnya EdyesDotCom telefon bertanyakan status perjalanan gua. Dan diberikan bantuan kewangan sebanyak RM50. Terpaksa tulis jumlah bagi mengelakkan Penegak Hadi memfitnah PKR memberi bantuan kepada gua melalui Edyes pula.

Walau dipasang bearing baru, ianya tetap berasap. Gua teruskan perjalanan sampai ke Gambang / Gebeng (gua kompius 2 tempat nih). Berhenti di Petronas dan solat hajat minta Allah berikan bantuan. Ikut pembolehubah alam, kompom kena tukar lagi bearing kat Terengganu pula. Alhamdulillah, Gua sampai di Kelantan, sampai dapat gaji, baru bearing Mazda gua rosak. Sampai tahap jem. Kini telah diganti satu set. Alhamdulillah. Gua akan kenang perkara ni sampai ke mampos. Gua akan berusaha sungguh2 untuk tidak menduakan Allah walau apa pun terjadi, walau akhlak gua jahat.

So, gua nafikan fitnah bahawasanya gua mengekori Hadi sehingga ke Karak. Gua tidak mempunyai kemampuan untuk itu. Lebuhraya Karak adalah berbukit. Kekuatan kereta Mazda makan minyak hitam gua tidak boleh follow Fortuner PAS12.

Tetapi takdir Allah ianya tidak menjadi.

Memang tidak terjadilah sebab ianya fitnah. Tetapi Allah mentakdirkan peritiwa Langgar Hadi 1 di Muktamar Putik. Dan Langgar Hadi 2 di Rusila. Bagaimana? Nasihat gua, jangan gunakan perantara ulama dalam hubungan peribadi kita kepada Pencipta kita.

Fitnah 4.

dak darat tuh anjing upahan je bro! tuan dia suruh menyalak maka menyalok la dia, dapatla upoh seketoi tulang cukupla utk gonggong sebulan. Lu kena cari siapa tuannya...huhuhuhu

Gua tidak bertuankan manusia. Tuan gua ialah Allah. Semoga Allah tetapkan gua sehingga ajal gua. Amin.

Comments

  1. wa baca cerita lu dengan dengan penuh syahdu..hampir-hampir menitis air mata dengan luahan rasa lu...

    TAPI LU FITNAH GUA BRO...HA..HA..HA..HA

    ReplyDelete
  2. hak ala, kapt_SHITqaqi pun tumpang semangkok.
    lama lu tak menyalak sini bhai? stakat menyalak kat TKO je dgn group Rusila ape barang..turun sini la..takot ke? ^_^
    cer cek telor lu.
    ntah2 telor tiruan buatan China tak..wakakaka.......

    ReplyDelete
  3. Ilmu cukuplah setakat mana boleh amalkan, bhai AT! Dah tahu jalan mana/apa, cara apa nak buat/tak buat, tu terserah la sama lu. Tapi kalau lu boleh tetap ikhlaskan hati lu dlm apa jua lu mau buat@perjuangkan, situ ada nilai takwa. Ada merit drpNya. InsyaAllah.

    Jadi pujian orang bukan dikejar lu. Dan kejian orang sama lu, dia orang boleh simpan untuk bekalan pergi neraka. Lu tetap lu jugak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...