Skip to main content

Messi, Ronaldo 'bertumbuk'.

GENEVA - Dua pemain terbaik dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo akhirnya akan bersemuka di pentas antarabangsa apabila Argentina menentang Portugal dalam aksi persahabatan hari ini.

Selepas sekian lama bermusuhan dalam kancah Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Sepanyol, dua bintang dunia yang berkongsi senarai penjaring terbanyak La Liga itu tidak pernah bertemu ketika menyarung jersi negara.

Bagaimanapun kali ini, mereka berpeluang mempertontonkan kehebatan di gelanggang berkecuali, apabila Switzerland dipilih untuk menjadi saksi kepada pertembungan pertama Argentina-Portugal dalam tempoh 40 tahun.

Persaingan di antara dua bintang muda ini amat hebat, malah ia menjadi semakin sengit apabila Messi, wira Barcelona dan Ronaldo, yang beraksi buat gergasi Real Madrid berkongsi 24 jaringan dalam liga Sepanyol musim ini.

Jurulatih Portugal, Paulo Bento enggan bercakap mengenai permusuhan peribadi di antara dua pemain paling berpengaruh di dunia itu, sebaliknya lebih berminat untuk mengulas mengenai pasukan keseluruhan.

"Ia adalah perlawanan Portugal menentang Argentina, bukan tentang permusuhan peribadi. Saya juga percaya Ronaldo dan Messi tidak menganggap perlawanan ini seperti itu,'' ujar Bento.

Kali terakhir Ronaldo berkongsi padang dengan Messi adalah ketika Real tumbang 5-0 kepada Barcelona dalam aksi liga domestik, November lalu.

Aksi hebat Messi bersama Barcelona membolehkan pemain berusia 23 tahun itu menjulang trofi Pemain Terbaik Dunia, FIFA Ballon d'Or buat kali kedua berturut-turut, tahun lalu.

Sebelum Messi mengecapi gelaran itu, Ronaldo sudah dulu merasainya dengan dinobat Pemain Terbaik Dunia 2008 ketika bersama Manchester United, menewaskan Messi di tempat kedua. Selain menjulang Liga-Juara buat United ketika itu, dia juga menjaringkan 42 gol, termasuk menewaskan Barca pada separuh akhir kejuaraan Eropah.

Messi merampas kedudukan terbaik dunia pada 2009 iaitu ketika Ronaldo, yang genap 26 tahun, Sabtu lalu sedang diambang untuk meninggalkan United dan menyertai Real.

Ahad lalu, dia menjaringkan dua gol untuk membantu Real mengalahkan Reak Sociedad 4-1, hanya sehari selepas Messi mencipta hatrik ketika membantu Barca mengalahkan Atletico Madrid 3-0 dan memahat rekod 16 kemenangan berturut-turut.

Messi turut menjaringkan gol dalam perlawanan terakhir bersama Argentina, menumpaskan Brazil 1-0 pada 17 November lalu dalam aksi persahabatan di Doha, Qatar.

Pada hari yang sama, Portugal pula membelasah juara dunia, Sepanyol 4-0 di Lisbon untuk meneruskan rekod tanpa kalah Bento sejak mengambil alih pasukan dari Carlos Quieroz, September lalu. Bento membuat satu perubahan dalam pertemuan hari ini apabila memanggil tonggak pertahanan, Ricardo Costa dari Valencia menggantikan pemain Real, Ricardo Carvalho.

Kedua-dua pasukan memiliki ramai pemain berkaliber, sekali gus menjanjikan satu pertembungan hebat di Stade de Geneve, apatah lagi ini adalah mereka pertama sejak Jun, 1972. Perlawanan terakhir, 39 tahun lalu menyaksikan Portugal menang 3-1 hasil jaringan legenda mereka, Eusebio. - Agensi Berita Fakap.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...