Skip to main content

Hari pembantaian Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna

Sebuah kronologi tipu dan dusta.

5 Jun - Tunjuk perasaan anti BN berjumlah 80 000 di Kuala Lumpur masuk hari ke-3. Waran tangkap ke atas pemimpin utama Pakatan Rakyat tidak dapat dikuatkuasakan kerana mereka berada di tengah2 kelompok 80 000.

6 Jun - Tunjuk perasaan merebak ke seluruh IPTS. Pelajar2 swasta berkumpul di luar bangunan kolej dan melaungkan kata-kata anti BN. 15 orang ditangkap. Pihak pengurusan kolej menafikan mereka terlibat. Terdapat beberapa sepanduk yang memperlekehkan keberanian pelajar IPTA.

8 Jun - Seorang pelajar IPTA dilaporkan terbunuh di Kuala Lumpur. Tunjuk perasaan anti BN merebak ke seluruh IPTA. Dilaporkan Rosmah Mansur sudah berangkat ke England bersama 3 kontena barangan melalui jalan laut.

9 Jun - Presiden PAS masih berada di London. Terdapat program air liur dan microphone bersama ulama dunia di hotel 5 bintang.

10 Jun - Ibu pejabat RTM di Pulau Pinang ditawan kira 30 000 penunjuk perasaan. Program siaran tergendala. ATM mula menggerakkan kekuatannya ke seluruh bandar2 utama bagi mengawal keadaan.

10 Jun - TV3 melaporkan Singapura sedang berura-ura untuk menyerang Malaysia.

11 Jun - 23 blogger yang di Ketuai oleh Parpu Kari menyerahkan borang PKR kepada Samsul Iskandar. Kami sudah bosan dengan UMNO. UMNO adalah parti perkauman tegas mereka.

13 Jun - Amerika Syarikat mencadangkan Muhyiddin menggantikan Najib. Asalkan UMNO.

14 Jun - Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS mencadangkan Kerajaan Perpaduan bagi mengembalikan keamanan di Malaysia. Di sokong oleh Presiden dari London. Mudarat dijajah Singapura lebih teruk dari mudarat berkuasa di bawah UMNO fatwa ulama antarabangsa yang bersidang.

14 Jun - Tunjuk perasaan merebak ke seluruh bandar-bandar besar. Terdapat kumpulan yang mengganas di kampung2 kecil dengan menyamar sebagai pemimpin parti2 politik tertentu.

15 Jun - 20 000 rakyat berkampung di KLIA apabila menerima laporan kesemua Menteri Kabinet BN sudah berada dalam terowong bawah tanah yang menghubungkan Putrajaya ke KLIA bersama harta kekayaan milik negara.

16 Jun - Seorang hhli politik Switzerland mengesahkan sekurang2nya 3 bank di negaranya, telah memindahkan duit milik Khazanah, KWSP dan Tabung Haji ke akaun mereka.

17 Jun - Sebuah lori yang sarat dengan muatan duit syiling terbalik di lebuh raya Karak. 3 lagi berjaya ditahan penunjuk perasaan. masing2 di Terengganu dan Johor. Dipercayai bagi menabur syiling di kawasan2 kampung untuk mengelakkan rakyat pendalaman menyertai tunjuk perasaan di bandar2 utama.

18 Jun - Kehilangan Dr Mahathir dan keluarga terjawab. Beliau mengeluarkan kenyataan dari rumah miliknya di Australia. 2 km dari rumah mewah itu adalah rumah Paklah.

18 Jun - Pengerusi SPR mendakwa rumahnya telah dilempar dengan cat merah.

19 Jun - Hari ini, sidang media Ketua Polis Negara mendakwa selama ini terdapat campur tangan politik. Peguam Negara pula meletak jawatan dan memohon menjadi ahli PAS. Persatuan Restoran Mamak juga menghantar surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan Pakatan Rakyat.

Comments

  1. Ameen!

    gyahahahaahha~!!! otak lu memang macam2.

    ReplyDelete
  2. peh..duit Tabung Hj pun kena sapu.

    bhai..student asing yg study di Malaysia ape citer?
    diorang join demo ke?
    takde ckp pun nak balik negara memasing...

    tu citer kat Semenanjung je.
    Sabah Sarawak masih aman damai di bwh pemerintahan BN.. ^_^

    ReplyDelete
  3. 19 Jun - Lewat malam DAP, PKR, PKM dan MPAJA bersiap-sedia menangkap Aduka Taruna The Policy Maker....! semua pemimpin PAS akan dihumban kepenjara. Ketika ini pemimpin UMNO maseh lena dibuai mimpi sedangkan dikepala mereka sepucuk pistol sedang terhala....!

    ReplyDelete
  4. no can happen ..can! still can, but in your wildest dream, mate!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...