Skip to main content

Bangsat sungguh la Hosni ni..

Oleh : AdukaTaruna

Internet Mesir dipotong la plak. Cane bebudak Malaysia nak bagitau perkembangan kepada kita, dan bagitau perkembangan dan arahan 'kita' kepada mereka? Apa yang Mesir buat nampaknya bakal ditiru oleh negara jakun lain, terutama Malaysia seandainya berhadapan dengan situasi begitu.

Walau gua selalu kutuk Al-Azhar, tapi gua ada ramai gak member yang studen Al-Azhar. Ym, facebook pun takda dah. Melayu Tenang punya Hosni Mubarak. Ke guane gu?

Ulama2 lembab Al-Azhar tu dah keluar guide line ke blom?

Dalam kemuncak asakan golongan cerdik terhadap Hosni Mubarak, dah ada blom guide line yang dikeluarkan oleh ulama2 yang bersepah2 dalam Al-Azhar tu? Gua bab2 berita luar negara ni selalu tertinggal sket. Ke diorang keluar ijtihad Kerajaan Perpaduan bersama semua atas nama Islam?

Pelajar Malaysia perlu tolak bantuan perpindahan.

Ni kalau kita bercakap soal keimanan kepada Allah lah. Cakap jer. Sebab gua pun blom sure lagi. Lu study sana, kerana Allah. Allah dulu, kemudian, baru kerana nak kerja kerajaan, nak jadi kebanggaan mak ayah di kedai kopi bahawa anak Pak Leman Ostad Al Azhar.

So, bila first kerana Allah, sepatutnya lu tolak perpindahan. Sebaliknya bersama-sama dengan muslim Mesir bangkit melawan Hosni. Ketika Hosni goyah inilah pelbagai sumber masuk ke Gaza. Hamas seolah2 menerima bantuan Allah akibat kelonggaran sekatan sempadan Mesir.

So, lu berada di Mesir kerana Allah, atau kerana nak jadi ustaz JQAF di Malaysia? Sebab Mesir takda internet, maknanya, budak2 Al-Azhar tak dapat mesej, dan kita tak dapat mesej dari dia.

Melayu Johor sungguh la..

Sunnah Allah terhadap penggiliran kerajaan.

Untuk penggiliran kerajaan secara total, memang tiada jalan undi. Untuk penggiliran kerajaan secara terbatas, ada berlaku melalui jalan undi. Di Malaysia, Kelantan berevolusi melalui undi. Selangor, Perak, Kedah, Penang.

Orang bodoh yang diberikan hak memilih.

Lu tengok kalau UMNO-BN mengadakan ceramah. Sikit jer yang datang. Yang datang pun mereka yang telah diwajibkan. Seperti kakitangan kerajaan. malah terpaksa bawa artis bogel sini-sana.

Tapi bila undi? Ramai!! Mengapa? Kerana golongan bodoh, lemah dan malas, golongan yang sifar aktivis, terlalu ramai. Itu piramid kasta sistem alam.

Mereka ini semua tidak ada guna. Jika kerajaan lama jatuh, mereka paling kurang pun merungut sehari dua. Mereka sifar aktivis. Akan mengikut pihak yang menang. Jika BN kebetulan memerintah lama dengan segala doktrin sejak kecil, maka itulah pilihan mereka. Jika Jepun perintah, itulah mereka. Jika Lee Kuan Yew perintah, itulah juga mereka.

Penjana perubahan.

Yang berdemo, yang mati, yang berjuang adalah golongan yang mempunyai nilai aktivis. Ada maruah, yang berfikir walau tidak semestinya cerdik. Mereka mencorak lanskap.

Golongan bernilai aktivis boleh dikumpulkan di jalan raya mungkin berjumlah sejuta. Kelihatan sangat berkuasa. tetapi, jika disuruh mengangkat jari, mereka akan tewas dengan 50 juta golongan sifar aktivis. Mereka menentukan kerajaan sambil menonton Akademi Fantasia sahaja.

SMS rakan.

Rakan gua mengatakan jika UMNO yang memerintah Mesir, kebangkitan rakyat akan berjaya dipadamkan. Gua mengatakan salah. Pembolehubahnya bukan UMNO atau tidak, tetapi pembolehubahnya ialah pendemo / pendesak itu. Jika pendesak itu cap Melayu macam kita, memang kompom tak jadi apa.

Mesir mungkin boleh belajar dari kegeniusan Lee Kuan Yew.

Ketika amukan rakyat kes Anwar dulu, Lee Kuan Yew mencadangkan team Mahathir mengadakan maklumat palsu kononnya Singapura bersedia menyerang Malaysia. Ini bagi memecahkan fokus tentera dari berpihak kepada rakyat. Jika Mahathir tumbang, maka Lee Kuan Yew berhadapan dengan Malaysia baru dan matang.

Skang ni di Mesir, tentera berada dalam dilemma memilih Hosni atau rakyat. So, Hosni boleh mengadakan maklumat kononnya Israel bersedia menyerang Mesir. Dengan nasihat ijtihad ulama Al-Azhar, mudarat dijajah Israel lebih teruk dari mudarat pemerintahan kekal Hosni disokong tentera; maka; gua ingat rakyat Mesir boleh melupakan angan2 tentara memihak kepada mereka.

Ijtihad ulama Melayu kalau salah 1 pahala. Betul 2 pahala. Tapi ijtihad ulama Al-Azhar, gua ingat benar atau salah, tetap 2 pahala tu bai.

Maklumat Mesir.

Sekarang ni kita terputus hubungan dengan suasana Mesir. Muslimat2 kita di sana tu yang kita khuatir. Gua minta tolong lu orang semua, seandainya ada apa2 maklumat berkaitan dengan sahabat andai, anak isteri di Mesir, sila kongsikan di Facebook ini. Harap, maklumat anda disertakan perawi bagi mengurangkan risiko maklumat jahat.



Facebook ini, setakat ini, adalah Maklumat Setempat yang ada untuk kita di Malaysia. Kira macam media rasmi lah. Harap sebarkan Facebook ini kepada semua.

Comments

  1. cer check ni :

    http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964

    krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. bro,
    melarikan diri dari bahaya
    yg memusnahkan nyawa lebih afdal.
    tak caya tanye bro.SFH. ^_^

    ReplyDelete
  3. dulu masa perang Afghanistan-Soviet ramai student kita di Pakistan, Iraq, Syria ikut sama berperang melawan komunis Soviet....
    sekarang rakyat Mesir melawan diktator sekular Hosni Mubarak....
    mungkin kena ada fatwa dr ulamak kita atau ulamak dunia mengkategorikan ini sebagai jihad baru la student kita nak join kot....

    ReplyDelete
  4. KO KENA PERGI ADUKA. AJAK BATU API SEKALI.

    SETAKAT PEGHANGAT ORANG DARI DALAM SELIMUT, BAIK TAK PAYAH..

    ReplyDelete
  5. -wa rase kebnyakan student kite disana menuntut di al-azhar, xtau la klu ade yg menuntut di univ yg lain2..so xkan nk tgu fatwa fatwi dr glongan ulama bru nk join revolusi?..Allah dah mentakdirkn korang sume brada di situasi sebegitu utk mempraktikkn ilmu yg dipelajari brtahun2 di al-azhar, so tgu ape lg?.. ke ngah selak kitab lg utk mncari nas2 atau dalil yg mewaijbkn menentang sekutu israel?..

    -kejatuhan regim tunisia x memberi kesan sgt kpd us n israel, tp kalu kejatuhan regim umnomesir, subhanaALlah, israel n us paling teruk mndapat kesan..sempadan mesir akan dibuka seluas2 nye utk menyalurkan ubatan,makanan, dan senjata utk rakyat palestin..

    -wa arap sgt al-azhar x kuar fatwa utk wat kerajaan perpaduan ngan mubarak..xkuarkan fatwa utk para demostran agar brtenang, bwk brbncang dulu, sama2 org mesir yg penting mubarak tu org islam jgak..

    ReplyDelete
  6. masa krisis di Bosnia,kawan² yg belajar di Pakistan ramai yg "masuk" berjihad.tp tkpe la sbb kebanyakan pelajar di Pakistan tu pegi atas tiket sendiri,bukan ditaja oleh MARA or else..

    ReplyDelete
  7. Mgkn sbb rakyat Malaysia tk nmpk lg tokoh yg buleh bawa Malaysia pg lebey jauh. Bkn nk mghina atau ckp bnde2 yg basic tp majoriti org lbh sng dgn org yg pki baju korporat dr yg pki jubah. Tenang mgkn merefleksikn point sy. Kite blh ckp pasal kemenangan islam, keadilan rakyat, perpaduan Malaysia tp kite tk penah cube gune "greed"(ketamakan) sbg main point. Rule of thumb, jika sesuatu maklumat smpi kat sy maksudnya maklumat tu glamer. Kalo tk, maklumat tu gagal disebarkn kpd org ramai.

    Sy tk kenal chegu bard tp kalo btl die sesuai dn layak, bile tibe zaman sy utk brtindak, insyaallah sy akn bg sokongan.

    Sy trtanya2, tk leh ke kite buang je idea "menegakkn hukum hudud" yg menakutkn org2 jahil dn kurang faham. Ganti dgn penerapan hudud ke dalam hukuman jenayah kite secara prlahan2. Lps tu jgn pg meeting pki jubah, pki tuxedo ikut protokol.

    Imej islam itu pnting tp rasenye islam itu pd perbuatan bkn pd pakaian. Pakai tuxedo pg solat pon pahala same aje pg solat pki jubah. Tuxedo mmbazir? Bundle sudey.

    ReplyDelete
  8. bro.yugi
    lu ni islam liberal kata golongan ciput.^_^

    wa serah pd bro.SFH utk tarbiyah lu.
    mungkin di ter bz kot la ni.

    tp wa tak rasa dia majuk,
    mana mungkin daie majuk.^_^

    cume bg wa utk buang impian hukum hudud tarak mungkin utk wa.
    wa mau merasai kehidupan dlm hukum agamaNYA.

    imej islam ponting,
    samada pakaian mau pon perbuatan.
    selagi mana islam tarak hal,
    maka dipersilakan..

    ReplyDelete
  9. bro CI: wokey, sy pon tk kisah dgn hukum hudud cume mengutarakn pendapat jer. Nasib baek kena tuduhan liberal, kalo kena tuduhan sekular, mampus ak kena mengucap 44 kali. Hohoho, sy bnyk sgt brgaul dgn golongan jahil islam (kapir n non-kapir alike) jd sy cume beri jalan nk tarik undi mereka.

    Sy bnyk cdgn mcm mana nk tarik undi tp cdgn tu mcm mati kat sini jer. Ke ade yg amik serius cdgn org2 xde name mcm sy?

    ReplyDelete
  10. Idea lu tu mr. Yugimudo untuk 'liberalise' doktrin @ mesej "Islam", "Hudud" dll drp PAS tu bagus gak. Wa pun liberal jadi tak susah nampak lu punya idea tu. Memang bagi sesetengah pemimpin & penyokong PAS tu dah 'trade-mark' depa la...Tak buat lagu tu, karang depa kata tak ada beza sama UMNO pulak...hehehe.

    Ya, ttg pakaian jubah serban tu subjektif. Patut tak jadi 'wajib' untuk tujuan syiar. Tapi kena selalu pakai la begitu kerana sunnah Nabi s.a.w. begitu. Jamil Khair ada pakai lagu tu? Harammm ada. Tapi tak semestinya 365 hari 247 nak berbaju jubah aje. Berserban. Come on! Gimme a break! Nik Aziz pun tak begitu selalu selalu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...