Skip to main content

Kaizen demo besar (1)

Oleh : AdukaTaruna

Tolak demo kecik, kali ni 2 kali gua hadir demo besar. Satu BERSIH, satu lagi GMI. Kalau lepas ni ada lagi demo gedabak, kompom lagi sulit dari ni. Sebab polis dah study kita ma.

So, dengan muka tak malunya, gua ada kasi beberapa cadangan sebagai kaizen, yakni peningkatan baik. Pepandai la lu fikir mana yang elok atau lu mody sket untuk sesuai dengan keadaan.

Kaizen 1.

Masalah : Kehadiran.

Kehadiran memang payah beb. Yang sewa bas dan yang naik kereta dipenuhi lelaki memang problem. Persen lepas, memang sukar.

Ada yang terpedaya dengan khabar pengangkutan awam ke KL dilengahkan sehingga 3 petang untuk guna kereta masuk KL. Last2 kantoi. Kena halau. Dah rugi satu kereta. Belum satu bas lagi.

Penyelesaian : Naik bas awam. Jangan jadi bodoh macam ulama beb. Bior la lu borong satu bas pun takper. Janji bas express awam. Bas lompat2 pun buleh. Jangan bas sekolah, kilang atau persiaran. xenan naik bas selamba apa. Alhamdulillah lepas.

Bior tiket bas seluruh Malaysia habis pasal lu orang borong, takpa. Janji itu dulu plan lu orang. Dah takda tiket, baru lu try naik kete.

Kaizen 2.

Masalah : Leader dimusnahkan awal.

Logistik polis dengan lu macam Taliban dengan USA la. Memang kompom lu kantoi punya. Kalau letak ulama jadi panglima, memang juta kali la mudah kantoi. Stupid habis ma, ulama Melayu. Apa dia tau? Poligami dan cerai terrer la.

Penyelesaian :

1. Healer mesti lebih dari 3 pada setiap tapak mula. Dan, lantik sekor unit amal yang anytime berkuasa apabila leader ghaib.

Pembesar suara tu cane eja eh? Healer kot. Lantak la. Janji korang paham. Malas gua nak cari kat gugel. Kena lebih ma. Tanpa benda alah tu, lu letak manusia secerdik ahmadneejad pun kompom kelam-kabut punya. Sapa nak dengar suara lu? Lu orang semua bukan peserta terlatih. Kena lebih. Biar unit amal usung benda tu. Dan duduk jejauh antara satu sama lain. Stanby jer koling bila diperlukan.

Kalau sb rampas healer tu, damage besar satu gerombolan demo. Tangkap pemimpin lagi susah dari rampas healer tu.

Leader plak, bila time berucap ketika starting nak berarak, pastikan duduk tengah2 peserta. Jangan duduk kat depan, peserta di belakang. Dan perserta plak, sebaik sahaja leader berhenti berucap, pandai2 la lu keliling leader. Unit Amal kena jerit, malah leader sendiri kena arahkan peserta keliling dia sebelum ucap. Kompom sb tak dapat tangkap punya.

Unit Amal yang ditugaskan berkuasa apabila leader ghaib, sentiasa berhampiran leader. Tapi jgn bertindak kalau berlaku tangkap-menangkap. Tu tugas rakan lain. Kang dgn lu skali kena tangkap, dah stupid macam ulama plak. Serupa tak payah susun strategi nih.

sambung N3 lain

Comments

  1. hailer dik, bukan healer

    healer tuh penyembuh, bomoh pun healer gak,

    wish akak 20 years younger, leh ikut demo bagai. ni si-tua nih, kang menyusahkan org lain lak.

    tp lu mmg rock, beb ! camni ah orang muda malaysia.

    take care

    makcik g

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...