Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Feb 4, 2014

Ulasan gua PRK Kajang




Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter.

1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin.

Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla.

Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antara Khalid dengan Azmin. Seperti Anwar mengimbangkan DAP dengan PAS.

Banyak rungutan terhadap MB yang kedekut terhadap parti. Dengan PRK ini, maybe peluang duit Selangor turun ke parti.

2. Dari sudut rakyat, kerosakan parti tidak wajar melibatkan rakyat. Masalah rakyat hanya dalam lingkungan kehidupan mereka sahaja. Jika Azmin + 12 ADUN lompat menyebabkan Selangor jatuh ke BN, berlaku lebih banyak kerugian, maka, rakyat berpandangan ini semua parti (PKR) punya hal. Mengheret rakyat. Rakyat tetap diheret dengan perihal parti punya hal. Sama ada besar (PRK Kajang) atau jauh lebih besar (Selangor jatuh).

Bagi pihak rakan sekutu PKR (PAS dan DAP), perihal Putraja dan juga Selangor bukan hak mutlak milik PKR. Apa sahaja strategi yang diputuskan PKR, rakan sekutu perlu setuju.

3. PKR tidak mempunyai ideologi. Satu parti yang bergerak laju berdasarkan populariti isu. Dalam melaksanakan satu2 tindakan berdasarkan keadaan isu semasa, apakah dia asas rujukan. Apakah dia falsafah yang menjadi pegangan. Buku dan methodeologi mana yang dirujuk. Dalil-dalil. Adakah tindakan yang diambil ini melanggar falsafah? Dan apakah falsafah yang dipilih PKR sebenarnya? Mendapatkan keadilan dan Putrajaya adalah target. Bukan ideologi.

Nathaniel Tan mempunyai perkara yang serupa dalam pembentangannya (Malaysiakini).

4. Bantahan sebahagian rakyat terhadap PRK Kajang ini boleh mengecil dengan 3 pembolehubah.

i. Media BN menyerang secara polisi / manifesto / aspirasi PR dengan hebat. Keadaan akan menjadi panas. Rakyat akan auto bangkit menyokong Anwar di Kajang demi melawan BN.

ii. Team jumud PAS ambil kesempatan serang dengan hebat. Keadaan akan menjadi panas. Rakyat akan auto bangkit sokong Anwar di Kajang kerana benci pandangan sempit dan kebelakang mereka.

iii. Pasukan PKR subversif melakukan i dan ii di atas.

5. Jika kita ambil mood rakyat TERKINI untuk mengeluarkan belanja dan menghabiskan masa keluar menghadiri demo / ceramah, ADALAH SERUPA mood rakyat untuk mengeluarkan belanja / menghabiskan masa untuk membuang undi; tidak mustahil BN boleh menang dengan tipis.

i. Cari kaedah untuk tidak berlaku keseluruhan No 4.

ii. Manipulasi SPR dengan pengundian dibuat hari bekerja yang sibuk.

iii. Manipulasi SPR dengan pengundian dibuat pada hari bekerja yang sibuk dan malamnya ada perlawanan bola sepak Selangor (Selasa).

6. Walau terdapat desakan dan keperluan oleh beberapa pihak, gua tidak setuju seandainya PSM bertanding di Kajang. PSM akan menjadi parti yang tiada beza dengan PAS (Kota Damansara dan Sungai Acheh) dan Semenyeh (PKR).

7. Apa pula hujah strategi, Putrajaya, bla bla bla dari PKR jika Anwar kalah PRK Kajang?

Wallahualam.

Pencemaran bunyi dari surau ajaran siapa?


Dalam isu pencemaran bunyi oleh speaker surau / masjid; Aktivis Kelantan (AK03) akan membantu penghulu dan masyarakat bukan muslim dalam mendapatkan hak mereka tanpa dimanipulasi sebagai anti Islam atau perkauman.

Isu pencemaran bunyi ini dipecahkan kepada 2 perkara.

1. Tafsiran agama.

i. Hanya azan yang termasuk dalam definisi seruan / panggilan. Yang lain tidak.

ii. Jemaah yang malas mengaji, menyampaikan tazkirah bagi mengimarahkan masjid tidak boleh melepaskan kemalasan itu kepada kaset yang dimainkan.

iii. Muhammad saw mengharamkan sesuatu penambahan dalam perkara ibadah.

iv. Muhammad saw mengharamkan sesuatu yang baginda tidak buat, tetapi menggunakan nama baginda bagi menghalalkannya.

v. Muhammad saw melarang membaca Al Quran dengan kuat berdekatan dengan orang yang sedang tidur (berehat).

vi. Allah mengharamkan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah.

2. Garis panduan PBT / Majlis Agama.

i. Takrifkan definisi speaker dalam undang2 kecil. Speaker jenis dalaman (untuk jemaah). Speaker jenis luar (untuk seruan / panggilan).

ii. Hanya azan sahaja dibenarkan menggunakan speaker jenis luar. Selain itu, menggunakan speaker jenis dalam.

Berasingan dengan hak bukan Islam yang dijamin dalam Islam di atas, Aktivis Kelantan juga mencadangkan hentikan trend masjid / surau menggunakan air cond demi alam sekitar.

1. Cadangan ini hanya tertakluk kepada masjid yang selama ini tanpa air cond tetapi diubahsuai demi air cond. Tingkap ditutup. Kipas dirombak dan sebagainya.

Tidak termasuk surau di shopping complek atau pejabat di mana reka bentuknya memerlukan air cond. Maksudnya, jika boleh elakkan, elakkan. Jangan sehingga jadi trend.

2. Alasan masjid Malaysia dibina ikut cuaca Malaysia adalah dangkal, lucu dan memandai2. Jika benar dibina ikut cuaca, maka tak perlu air cond. Sebab sudah sesuai.

3. Trend air cond ini hanya muncul 10 tahun terbaru. Sebelum ini masjid dibina ikut pengaruh timur tengah. Kubah besar di ruang solat dan paras syiling lebih 5 meter bertujuan menampung haba manusia yang akan lebih ringan dalam udara berbanding udara sejuk.

4. Air cond tanpa CFC bukan alasan mesra alam sekitar. 1 HP air cond menggunakan 746w. Darap sejam darap berapa jam sehari. Darap sebulan.

Satu masjid sederhana besar memerlukan lebih 15hp air cond. Berapa asap dan karbon diaksoda dilepaskan generator diesel? Berapa hutan ditenggelamkan utk membina hydro?

5. Hujah air cond tarik jemaah lebih ramai memang lucu. Sesuai IQ taraf Melayu. 1 HP air cond yg dipasang 8 jam sehari menggunakan RM40++ kos tenaga. 10 HP air cond memerlukan RM400 kos tenaga.

Jika sebuah masjid kehadiran penuh setiap Jumaat sebelum wujud air cond memungut RM1000, maka masjid yang juga penuh selepas wujud air cond membelanjakan 40% derma orang ramai pada minggu pertama untuk bil air cond sahaja.

6. Umat Islam zaman masjid tanpa air cond memerintah 2/3 dunia. Tahan lasak. Umat Islam zaman masjid air cond (termasuk penulis) demonstrasi 2-3 jam kemudian pulang.

Aktivis Kelantan (AK03) memohon ulama aliran pemikir yang berpengaruh seperti MAZA dan Saiful Islam dapat mengulas perkara ini sekaligus memberikan pendidikan sama ada kepada kami (Aktivis Kelantan) mahupun umat Islam.

AdukaTaruna
Aktivis Kelantan

Nov 10, 2013

Bacaan perwakilan : Preview Amar | Sabu | Ibrahim | Salahuddin | Mahfuz | Husam

Oleh : AdukaTaruna

Ini adalah tulisan jujur setakat yang gua tahu dan kenal. Dari sudut gua sendiri. Mungkin berbeza dari sudut orang lain. Gua akan tulis dalam 4 asas. Peribadi setakat gua kenal. Intelektual setakat gua kenal. Keagamaan setakat gua kenal. Aktivisme setakat gua kenal.

1. Nik Amar.

Peribadi yang gua nilai dalam tempoh yang pendek. Intelektual, keagamaan dan aktivisme yang gua kenal sama seperti pembaca. Kita boleh menilai sendiri. Ianya wujud jika ianya wujud. Kerana ianya adalah sifat luaran yang terpamer.

Peribadi : Jika 10 adalah terbaik, gua letak skala 7. Tetapi, gua nilai peribadi Nik Amar dalam tempoh hampir 2 jam sahaja. Dialog tertutup di pejabatnya. Orang yang tenang, senyum dan boleh menerima budaya bahas | dialog. Apatah lagi cara anak muda. Memang gua tak setuju dengan banyak perkara dalam dialog tu sampai tahap bertekak. Tapi, masalah hujah adalah terkeluar dari tajuk peribadi ni.

Intelektual : Jika 10 adalah terbaik, gua letak skala 3. Tiada apa pun idea dari Nik Amar ini untuk isu rakyat. Contoh, YIK adalah di bawah Nik Amar sebelum ini. Diberi tanah ladang untuk jana pendapatan kepada YIK. YIK ali baba kepada Ngeh dan Nga (syarikat sendirian berhad). Makan untung yang sedikit untuk dikembalikan kepada YIK. Gaji guru YIK asyik tertangguh.

Idea terbaru ialah menu ikan singgang. RM5000 untuk siapa yang berniaga ikan singgang. Adakah ianya diumumkan atas dasar terlintas ketika ghairah berceramah? Mekanisme kita tak tahu. 100 pemohon ikan singgang akan menyebabkan dana setengah juta. Jika dikecilkan kepada 10, maka ianya tidak menjadi dasar kerajaan. Hanya org terpilih yang bernasib baik. Peniaga sedia ada atau peniaga baru? Kelantan atau luar Kelantan? Bagaimana sekiranya ikan singgang hanya dijadikan alat manusia untuk mendapatkan RM5000? Macam-macam lagi. Jika dihuraikan, preview akan menjadi ikan singgang.

Idea menyelesaian yang gua iktiraf agak baik ialah lebuhraya. Walaupun curiga terhadap kebergantungan terhadap kerajaan pusat, dan juga idea itu bukan dari Nik Amar seorang, tetapi, ianya boleh dimasukkan dalam tajuk idea. Kita lihatlah nanti hasilnya. Hasil adalah tajuk lain.

Keagamaan : Elemen agama tak bleh lari dari pertimbangan perwakilan PAS. Dari atas kertas, memang Nik Amar miliki asas yang rasmi terhadap tajuk agama. Walau ianya datang dari si ayah, tetapi Nik Amar memiliki pondok agama sendiri. Ianya melahirkan ribuan aliran agama. Apabila dinisbahkan dengan intelektual tadi, gua kategorikan Nik Amar ahli agama yang berjiwa, berakhlak baik, tetapi penghafal (bukan pemikir). Di mana, baik akhlak adalah untuk dirinya sendiri. Tetapi intelektual itu penting untuk umat.

Aktivisme : Jika 10 adalah terbaik, gua letak skala 1. Demo, aktiviti jalanan, gembeling NGO, penyatuan pelbagai aliran, ditangkap polis, berlapar dalam tahanan, tangisan bersama rakyat. Nik Amar hampir tidak wujud. Rekod pemimpin seperti ini, sangat berbahaya untuk melawan kuasa asing dalam bentuk radikal atau perang atau sebagainya. Nabi patah gigi. Sahabat mati dan cedera. Tapi pewaris nabi kena gigit nyamuk pun tak pernah. Ekskusif lebih dari nabi.


2. Mat Sabu.

Peribadi : Jika 10 adalah terbaik, gua letak skala 7. Dan peribadi Mat Sabu gua nilai pendek masa juga lebih kurang sama Nik Amar. Gua pernah 'dipanggil' oleh Mat Sabu selepas gua langgar Hadi. Dibawa oleh Wan Ji. Lokasi mamak di Shah Alam. Mat Sabu tanya gua.

"Apa cerita sebenarnya ni, Aduka?" Gua just jawab,

"Gitu la abang Mat...". Dan Mat Sabu tidak bertanya lagi.

Gua malas nak menyebabkan pengikut ulama PAS babitkan orang yang takda kena-mengena. Mat Sabu kemudiannya berbual dengan aktivis. Memang aktivis menyenangi Mat Sabu sebab mereka sealiran. Susah senang patah berdarah bersama-sama.

Intelektual : Jika 10 adalah terbaik, gua letak skala 4. Gua lebihkan semata dari Nik Amar, sebab Mat Sabu takda lagi terbitkan idea yang 'lucu'. Dan persamaan Mat Sabu dengan Nik Amar ialah 'tiada' idea penyelesaian masalah rakyat. PTPTN ka, GST ka, pengangguran ka. Demo jalanan, gemblengkan aliran rakyat, memang A.

Keagamaan : Semasa perjumpaan gua (bersama aktivis lain)  dengan Mat Sabu, berlaku sedikit perdebatan Mat Sabu dengan Wan Ji dalam isu berkaitan sirah dan Syiah. Kami, aktivis belajar cetusan ilmu yang terbit dari keduanya.

Mat Sabu tiada elemen 'benih fizikal' dalam dunia keagamaan. Contoh, TGNA, ayah kepada Nik Amar dan TGHA rumahnya sampai jadi sekolah dan masjid. Haron Din lahirkan ribuan perawat Islam. Mat Sabu menyumbang kepada dunia Islam secara bukan fizikal seperti contoh di atas.

Aktivisme : Jika 10 adalah terbaik, gua letak skala 9. Tak perlu hurai dah.


3. Tuan Ibrahim.

Peribadi : Jika 10 adalah terbaik, gua letak skala 9. Tetapi gua nilai secara luaran tanpa pernah bertemu dan berdialog dengannya. Orang yang boleh diterima aliran ulama dan aliran profesional dan aktivis. Silap2, pengutuk profesional seperti Abu Nawas pun segan nak kutuk. Jika orang luar pun segan nak kutuk, apatah lagi orang dalam.

Intelektual : Jika 10 adalah terbaik, gua letak skala 5. Cadangan dan idea Tuan Ibrahim lebih banyak dalam bentuk cerita tauladan. Tak jelas. Dan mengundang tafsiran pelbagai. Tidak boleh dijadikan hitam-putih.

Keagamaan : Dari atas kertas, memang Tuan Ibrahim miliki asas yang rasmi terhadap tajuk agama. Sumbangan 'bentuk fizikal' gua tak sure. Takda maklumat.

Aktivisme : Jika 10 adalah terbaik, gua letak skala 6. Tuan Ibrahim banyak kali dilihat dalam dunia aktivisme. Ianya lebih baik dari Haron Din dan selevel dengan Hadi Awang.


4. Salahuddin Ayubi.

Peribadi : Jika 10 adalah terbaik, gua letak skala 6. Tetapi gua nilai secara luaran tanpa pernah bertemu dan berdialog dengannya. Kalau tidak gua letak 5 jer. Tapi sebab dia pernah belanja gua makan, gua bagi 6.

Masa tu di kedai nasi arab Taman Melewar Gombak. Salahuddin semeja dengan Wan Jo dan Pak Bakar. Gua semeja dengan aktivis lain. Bila dia nak blah, dia salam dengan semua. Tahu2, nasi dah kena bayar.

Intelektual : Jika 10 adalah terbaik, gua letak skala 7. Walau agak kurang dari segi cadangan penyelesaian isu, tetapi cara Salahuddin menjawab isu, kawal kerosakan isu sangat penting kepada organisasi PAS. Dan paling penting, intelek Salahudin walau tidak setaraf Dr Zul, ianya hadir dan wujud dalam setiap isu yang berlaku.

Keagamaan : Gua letak selevel dengan Mat Sabu. Peranan Salahuddin hanya dalam bentuk politik dan secara tidak langsung. Bukan aliran agama dan tiada benih fizikal terhadap dunia Islam di Malaysia.

Aktivisme : Jika 10 adalah terbaik, gua letak skala 7. Tinggi semata dari Tuan Ibrahim. Antara tokoh yang membawa Johor ke arah kecerahan melalui aktivisme.


5. Mahfuz.

Peribadi : Jika 10 adalah terbaik, gua letak skala 5. Sebab gua tak pernah jumpa, berdialog atau kenal.

Intelektual : Jika 10 adalah terbaik, gua letak skala 7. Pada gua, Salahuddin dan Mahfuz adalah setaraf. Satu pencapaian yang baik PAS pernah lahirkan. Kemudian merudum sehingga sekarang. Mahfuz juga agak kurang dari segi cadangan penyelesaian isu, tetapi teknik menjawab isu, kawal kerosakan isu itu sangat menyumbang. Kini, Mahfuz berpeluang memberi dan mempraktikkan idea dan intelektual di Kedah.

Keagamaan : Gua letak selevel dengan Mat Sabu dan Salahuddin. Peranan Mahfuz terhadap Islam hanya dalam bentuk politik dan secara tidak langsung. Bukan aliran agama. Dan tiada benih fizikal terhadap dunia Islam di Malaysia.

Aktivisme : Jika 10 adalah terbaik, gua letak skala 7. Tinggi semata dari Tuan Ibrahim. Antara tokoh aktivis sejak sebelum zaman kriket Israel ke Malaysia.


6. Husam.

Peribadi : Jika 10 adalah terbaik, gua letak skala 6. Rendah semata dari Nik Amar. Sebab Husam memang hanya bercakap perkara yang penting pada tafsiran dirinya sendiri. Dan PR yang agak kurang. Orang yang tak biasa akan anggap Husam sombong.

Intelektual : Jika 10 adalah terbaik, gua letak skala 8. Husam rajin belajar dan membaca. Orang yang berfikir luar kotak. Pantas menguasai isu2 teknikal. Banyak idea darinya. Bab hasil dari idea adalah tajuk lain.

Keagamaan : Pada gua, walau Husam bukan berpendidikan rasmi agama, Husam lebih memahami Islam dari kelulusan rasmi agama. Kerana dia adalah orang yang belajar dan belajar. Dari segi benih fizikal, memang Husam tidak selevel TGHA / TGNA, tetapi Husam mewujudkan perputakaan, dan memiliki surau sebagai pembenihan ilmu Islami.

Aktivisme : Jika 10 adalah terbaik, gua letak skala 6. Walau Husam naik dalam PAS melalui kerja2 aktivis bawahan, tetapi di zaman preview ini ditulis, level Husam hanya menyamai Tuan Ibrahim. Kurang semata dari Salahuddin dan Mahfuz.


Oct 23, 2013

Bajet 2014 : Desakan Aktivis Kelantan (AK03)




Rabu 23/10/13. Kota Bharu.

Aktivis Kelantan (AK03) hari ini mencatat satu resolusi desakan terhadap Bajet 2014 yang dijangka dibentangkan Perdana Menteri Jumaat ini.

Resolusi 5 perkara itu dicatatkan di Bulatan Jam Besar Kota Bharu. Ketua Mahasiswa Islam AK03, saudara Nik Aziz Kias, 20, berkata, terdapat 4 pecahan yang dicatatkan di bawah perkara pendidikan tinggi.

"Kami mendesak Bajet 2014 memastikan tiada caj tambahan kepada peminjam PTPTN, kawalan kerajaan terhadap yuran, mengkaji kriteria kemasukan IPTA dan mengkaji sistem pemilihan jawatan awam."

Penyelaras Mahasiswa AK03, saudara Wan Muhiddin Asyarafi, 22, berkata desakan ini mengutamakan projek untuk Kelantan yang tidak dilaksanakan dalam beberapa Rancangan Malaysia sebelum ini.

"Kami mendesak Bajet 2014 melaksanakan janji dalam Rancangan Malaysia sebelum ini, bayar royalti petroliam mengikut perjanjian, melaksanakan penguatkuasaan terhadap jenayah berdasarkan laporan audit negara dan mengiktiraf kehendak sukan negeri Kelantan melalui penyediaan infrastruktur sukan."

Berikut adalah isi penuh resolusi :

1. Melaksanakan semua projek untuk Kelantan yang telah dirancang dalam Rancangan Malaysia terdahulu.

2. Membayar royalti petroliam mengikut perjanjian yang telah ditandatangani pada 1975.

3. Melaksanakan penguatkuasaan terhadap jenayah berdasarkan laporan audit negara.

4. Melakukan transformasi pendidikan tinggi negara :

4.1 Memastikan peminjam PTPTN, membayar jumlah pinjaman tanpa caj-caj tambahan.

4.2 Kawalan kerajaan terhadap yuran IPTS berdasarkan kualiti yang ditawarkan.

4.3 Mengkaji semula kriteria kemasukan IPTA bagi mengurangkan jurang antara pelajar keluarga miskin dengan pelajar keluarga kaya, untuk semua kaum.

4.4 Mengkaji semula kriteria pemilihan jawatan awam bagi mengurangkan jurang antara graduan IPTA dengan graduan IPTS.

5. Menyediakan dan menaiktaraf infrastruktur sukan negeri Kelantan supaya setanding dengan negeri-negeri lain

Dalam bacaan resolusi itu, 2 ekor burung merpati dilepaskan oleh YB Kijang, Hajah Wan Ubaidah Omar, Penyelaras AK03, AdukaTaruna,Presiden R, Nazri Deraman dan Penyelaras SAMM, Cikgu Bard.

Turut menerima resolusi itu ialah YB Bachok, Ustaz Ahmad Marzuk Shaary dan YB Kubang Kerian Ustaz Ahmad Baihaki Atikullah bagi membawa suara itu ke parlimen.

Oct 10, 2013

Jenayah kopiah putih : Balak, ulama dan idealogi menurut Republik Pekerja Malaysia.


Oleh : AdukaTaruna

(1)
Sebelum membaca artikel ini, anda perlu memahami konsep Republik Pekerja Malaysia. Rujuk di sini : http://adukataruna.blogspot.com/2013/08/merdeka-cadangan-format-negara-malaysia.html Artikel ini menjelaskan konsep dan format. Bagaimanapun, mekanisme terhadap konsep dan format masih belum kemas.

Setiap pengurusan harus berdasarkan ideologi. Apatah lagi pemerintahan. Ideologi memudahkan manusia mengikut landasan yang ditetapkan fahaman yang dipersetujui. Kita stop dulu dan masuk ke dalam otak seorang ulama.

Ideologi adalah ciptaan manusia. Setiap ciptaan manusia adalah sesat. Hanya Islam yang benar kerana wahyu. Ini adalah otak ulama. Mereka dilahirkan bukan sebagai pemikir. Tetapi sebagai penghafal. Memang benar, ideologi adalah ciptaan manusia. Tetapi sebenarnya, Islam lebih tinggi dari ideologi. Islam memberikan kebebasan kepada satu-satu kumpulan manusia, untuk mengikut konsep dan format pengurusan yang bersesuaian dengan sesuatu zaman dan budaya. Asalkan tidak bercanggah dengan Islam itu sendiri.

Sebagai contoh, anda pernah pergi ke jabatan kerajaan atau PBT termasuk Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam itu sendiri? Dalam pengurusan, mereka menggunakan 5S. Berasal dari Jepun bermaksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Inilah ideologi. Ciptaan manusia IQ pemikir bagi memudahkan manusia IQ biasa mengikut landasan dan falsafah idealogi itu. Tiada masalah pula, kan?

(2)
Dalam konsep Republik Pekerja Malaysia, perkara semulajadi seperti hutan, tanah, hasil bumi, dan seumpamanya adalah hasil tuhan. Bukan hasil pekerja. Bila hasil tuhan adalah hak rakyat. Maka adalah haram diswastakan, diali-babakan, dirunding-teruskan, dikapitaliskan dan seumpamanya. Ianya adalah tanggungjawab kerajaan negeri / negara bagi memastikan hasil tuhan itu adalah hak rakyat melalui kerajaan negeri. Inilah ideologi. Adakah bercanggah dengan Islam? Kenapa ulama boleh mengIslamkan ideologi kapitalis dengan menukar istilah2 Arab sedangkan ideologi lebih adil dianggap kafir? Kita fokuskan dahulu hasil hutan.

Hasil hutan adalah hasil tuhan. Bukan hasil pekerja. Maka hak rakyat. Maka adalah hak kerajaan negeri. Hutan boleh diambil hasilnya melalui 3 perkara :

i. Kekalkan hutan untuk manfaat oksigen, takungan air, riadah, imbangan suhu dan seumpamanya.

ii. Tebang hutan untuk pembangunan. Dan kerana pembangunan, baru diambil hasil balaknya.

iii. Tebang hutan semata-mata kerana balaknya. Tiada perancangan pembangunan di kawasan itu. Kemudian dilakukan tanaman semula pokok balak.

Sebaik sahaja kerajaan negeri memutuskan untuk melakukan perkara (ii) atau (iii), berdasarkan idealogi Republik Pekerja Malaysia, maka, tender dikeluarkan hanya untuk kerja-kerja tebangan, pemotongan dan pengangkutan.

Manakala hasil jualan balak itu adalah hak rakyat. Jualan balak itu harus masuk dalam kantung kerajaan negeri. Jika inilah ideologi sesuatu pemerintahan, tidak berlaku jenayah kopiah putih terhadap hasil tuhan menggunakan Muhammad saw dan Allah sebagai candu perisai mereka. Semoga ulama dibakar Allah dengan kitab-kitab mereka.

(3)
Mari lihat hasil tuhan yang lain. Petroliam. Satu ketika dulu, Menteri Besar dari Parti ISLAM SeMalaysia telah tandatangan menyerahkan wilayah laut anak Kelantan kepada syarikat kapitalis-monopoli bernama Petronas. Menteri Besar yang bodoh itu hanya setuju terima 5% royalti.

Jika dia adalah orang yang menggunakan ideologi bagi membantu dirinya membuat keputusan, maka, HARAM ditandatangan menyerahkan wilayah laut anak Kelantan seperti itu. Kerajaan negeri Kelantan WAJIB memiliki hasil tuhan. Petronas / Shell / Exxon Mobil atau sesiapa hanya mendapat tender menggali, mengeluarkan dan mengangkut sahaja sebagai pilihan pertama. Atau diapungkan bidaan jumlah royalti kepada syarikat2. Dalam ideologi ini, adalah haram monopoli.

Malah pada hari ini, oleh kerana syarikat kapitalis-monopoli itu adalah peringkat pusat, maka, untuk menjadikan Petronas mengikut perjanjian bodoh 5% itu memerlukan kehinaan dan kesensaraan anak Kelantan untuk round parlimen seluruh Malaysia. Parlimen seluruh Malaysia perlu memberi simpati kepada anak Kelantan, barulah kerajaan Malaysia ditukarkan. Barulah keputusan Petronas dapat diubah.
Di mana silapnya? Silapnya Parti ISLAM SeMalaysia tidak mempunyai ideologi. Mereka sewenang2nya menganggap Islam adalah begitu dan begini.

(4)
Setiap pemerintahan memerlukan ideologi sebagai panduan. Supaya mereka jelas dan tidak sesat. Supaya tidak mudah mempergunakan nabi dan Allah bagi menghalalkan jenayah kopiah putih mereka. Banyak lagi hasil tuhan yang perlu dipertahankan. Hutan, petroliam, bijih bumi, tanah, air dan sebagainya. Semua ini adalah milik rakyat. Bukan milik sultan atau syaitan. Semoga ulama dibakar Allah dengan kitab-kitab mereka. Telah berlaku banyak kerosakan yang dilakukan mereka.


Amin. Wallahualam.

Oct 6, 2013

Bacaan semua anak Kelantan : Isu PMBK Sawit Kelantan

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Ini bukan tulisan ulama ustaz2. Ini adalah tulisan gua. Guna identiti gua. Tak guna identiti palsu. Gua bertanggungjawab terhadap tulisan gua. Gua bukan penakut macam ulama ustaz2 yang tulis guna identiti palsu. Insyaallah.
Gua adalah antara orang yang bertuah dapat berdialog dengan kedua pihak. Kerana di Kelantan, politik mereka percaya dengan hujah. Manakala aktivis pula mempunyai kekuatan menyebarkan hujah dan melawan apa sahaja sebab tiada terikat dengan kepentingan politik. Maka, kumpulan aktivis ini menjadi rebutan bagi pihak yang mahu hujah mereka ditegakkan.

YB Che Lah@DCL dan Haji Fauzi (Pengurus Besar PMBK Sawit). Ramai yang minta gua tulis perbandingan di antaranya. Tapi gua sibuk menyelesaikan kerja-kerja kemasyarakatan di bawah Aktivis kelantan (AK03) dan R. Itu prioriti gua skang.Dan kini, ada sedikit masa untuk menulis dan mencatatkannya.


[2]
Sedikit latar belakang PMBK Sawit. PMBK Sawit adalah salah satu GLC yang bertaraf 'lubuk duit'. Antara kejayaan PMBK Sawit oleh team terdahulu ialah mengembalikan tanah FELCRA kepada kerajaan negeri Kelantan sekaligus menyumbangkan pendapatan kepada kerajaan negeri berbanding kerajaan pusat sebelum itu.

Isu perletakan jawatan 4 orang kanan PMBK Sawit termasuk Haji Fauzi.

Versi DCL : DCL (pengerusi baru PMBK Sawit) mengakui, Haji Fauzi ada menghantar surat perletakan jawatan bernotis 3 bulan. Lembaga yang dipengerusikan DCL menerima notis itu dengan tawaran 'win-win situation'. Yakni, diberikan cuti 3 bulan penuh.

Memang benar, DCL boleh menghentikan mereka selepas 3 bulan, tetapi, Haji Fauzi sudah beberapa kali berhasrat mahu berhenti sebelum ini. Dan untuk kali ini, jika dibiarkan perjalanan syarikat milik negeri diserahkan kepada orang yang 'tiada hati' atau 'memang mahu berhenti', selama 3 bulan, ianya mendatangkan kemudaratan kepada syarikat itu sendiri.

Memang benar, DCL boleh menggunakan kuasanya, bagi memujuk Haji Fauzi. Tetapi, dalam keadaan polemik sekarang, DCL percaya, kaedah itu tidak akan berjaya. Salah satu hujahnya ialah ketika DCL mahu berjumpa, Haji Fauzi tidak sihat. Dan bila sihat, terus hantar surat.

Versi Haji Fauzi : Memang benar, Haji Fauzi ada beberapa kali menyuarakan hasrat berhenti sebelum ini. Salah satunya ketika perjumpaan sekumpulan ahli politik PAS di sebuah hotel bagi menggantikan khidmatnya. Falsafah Haji Fauzi ialah dipanggil berkhidmat ketika diperlukan. Seandainya tidak diperlukan lagi, atau tugasnya dilihat sudah selesai, maka dia perlu berhenti.

Memang benar ketika DCL mahu berjumpa dia tidak sihat. Dia ada bukti sijil cuti sakit. Bagaimanapun, dia setuju dengan DCL. Dia memang mahu berhenti. Cuma sedikit terkejut apabila notis 3 bulan diterima secara diberi cuti serta-merta. Paling tidak, walau tidak selepas 3 bulan, berikan sedikit masa untuk menguruskan perkara pejabat. Dia memberi perumpamaan, ketika dijemput menaiki pesawat, dihulurkan tangga. Apabila selesai, suruh terjun serta-merta.

Isu PMBK Sawit rugi.

Versi DCL : Audit membuktikan PMBK Sawit rugi. DCL turut mengajar aktivis cara melihat kerugian dalam satu-satu penyata kewangan. Ketika ditanya mengenai sumbangan PMBK Sawit terhadap kerajaan negeri, DCL mengakuinya. Memang ada rekod sumbangan.

Versi Haji Fauzi : Falsafah GLC ditubuhkan untuk rakyat, melalui kerajaan negeri. Jika falsafah GLC ditubuhkan untuk mencatitkan keuntungan dalam penyata kewangan, kita pun boleh buat begitu. Tetapi mana yang aula? Kertas atau rakyat?

PMBK Sawit menyumbangkan keuntungan sendiri sebanyak 50% kepada kewangan negeri. 25% kepada badan induk PMBK sendiri. 25% lagi barulah untuk syarikat dan suntikan kepada GLC-GLC baru.

Kita boleh mengisytiharkan keuntungan atas kertas jika mahu. Tetapi, apakah perasan anak Kelantan apabila cukai RM1.2 juta terpaksa diserahkan kepada kerajaan pusat yang selama ini menikam mereka? GLC Ladang Terah hanya kembalikan keuntungan sekitar 18% kepada rakyat sendiri. Ladang milik Yayasan Islam Kelantan (YIK). Hanya JV dengan syarikat swasta. Dan syarikat swasta pasti mempunyai akaun rasmi dan akaun dalaman bagi mengurangkan pemberian kepada YIK.

Versi AdukaTaruna : Bukan ulama-ustaz tadbir ekonomi secara sosialis (anti swasta dan berunsur koperasi. Keuntungan diputarkan kepada rakyat). Golongan ustaz-ulama tadbir ekonomi secara kapitalis. Ambil Kohilal lingkup. Dapat tanah untuk YIK, ali-babakan. Ulama kafirkan sosialis. Tapi Islamkan kapitalis. Bila ditegur, guna nabi dan Allah sebagai perisai.

Isu pemimpin PAS membuat kenyataan akan bersihkan orang Husam secara 'cuci sampai dalam perut'.

Versi DCL : DCL menafikan. Siapa yang menyebarkan perkara itu berniat jahat. Kita atas dasar kebenaran. Bukan atas dasar peribadi. Ketika perjumpaan berlaku, hanya YB Zulkifli Mamat sahaja yang berucap. Saya dan Dr Ezani tidak berucap pun.

Versi Haji Fauzi : Memang benar DCL. Sebab DCL tidak tahu perkara itu. Orang yang berkata yang demikan ialah YB Pengkalan Chepa. Dr Ezani. Dia berkata kepada staff PMBK Sawit ketika berjalan pergi. Sama ada ke tandas atau minum air. Ramai staff menjadi saksi. Menyebabkan pertemuan ditakrifkan diadakan kerana nak cuci orang Husam sampai dalam perut.

Bersambung...

Sep 8, 2013

Flashmob KB Mall : Ketua Polis Kelantan penipu.







Flashmob KB Mall : Ketua Polis Kelantan penipu.
Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/240562

Aktivis Kelantan kesal dan jijik dengan penipuan yang dilakukan oleh Ketua Polis Kelantan. Ketika ditahan, perserta belum hadir lagi. Apatah lagi jumlah 20 ketika tahanan dibuat. Hanya 4 aktivis yang sedang menyusun kertas slogan ditahan ketika itu. Berikut disertakan kronologi kejadian.

1.30 pm. 6 aktivis berkumpul di kedai minum belakang Kel Bike lama.

1.40 pm. 6 aktivis bergerak ke surau belakang Mat Spicy untuk solat Zuhur. Surau tutup. Aktivis ambil keputusan mulakan flashmob dan zuhur bergilir ketika program.

2.00 pm. 2 aktivis ke tandas. 4 aktivis (AdukaTaruna, Hazmi Miey, Listen Basikal Tua dan Rosdi) melintas jalan memasuki bawah flyover. Sekumpulan polis diketuai tanda nama MAHADI turut melintas (Mahadi pernah berbahas dengan gua semasa program camping stadium KB).

Kumpulan MAHADI menahan dengan baik. Menyuruh bersurai. Seorang anggota polis berkata perhimpunan 5 orang tidak sah. Gua berkata kami berempat (Ketua Polis kelantan menipu 20 orang). Akan berpecah sambil kutip derma. Mahadi berkata 2 orang sudah dianggap berhimpun.

Gua mengatakan kami sedia bekerjasama jika ditahan oleh polis beruniform. Tahan dengan baik, kami akur. Mahadi menjelaskan dengan baik pihak polis boleh merampas barang kempen kami, termasuk sticker.

Gua mempertahankan sticker kerana sticker tidak terlibat dengan flashmob. Ianya ditempah YB  Ahmad Marzuk Shaary. Beliau dianggap aktivis sebagai wakil perjuangan R dalam parlimen. Maka berlaku situasi sticker tersebut dipegang oleh Mahadi dan gua. Sekumpulan 'polis pakaian awam' menyerbu. Gua memberi amaran akan mempertahankan diri terhadap orang yang gagal menunjukkan identiti polis. Sakit sama sakit. Berpuluh kamera di hadapan KB Mall.

Mahadi meredakan keadaan dengan berjanji akan menyerahkan sticker ini selepas siasatan selesai. Gua akur dan diminta ke balai polis bergerak. Dan secara rasmi ditahan pada 2.10 petang.

2.30 pm. Rosdi cuba merakamkan proses tahanan. Tiba-tiba seorang berpakaian awam meyerbu, menghalang dan mahu merampas HP tersebut. Gua mempertahankan HP dan membantah tindakan orang berpakaian awam tersebut. Berlaku tolak-menolak. Gagal menyatakan identiti polis, maka hak gua mempertahankan diri.

Polis beruniform yang mahu membantu orang berpakaian awam tadi turut terhenti. Orang berpakaian awam mengeluarkan dompet dan menunjukkan identiti polisnya. Gua ucap terima kasih dan bertanya atas hak apa dia nak halang orang awam merakamkan apa2? Dia gagap. Kemudian membelasah akta mesin cetak, SKMM. Gua meminta dia melihat KB Mall. Penuh dengan rakaman.

Mahadi masuk campur meleraikan keadaan dan meminta OKT ke 'Lokap Bergerak'. Tanpa gari, tanpa ditutup pintu. Gua me-whatapps group aktivis supaya jangan hilang arah. Rugi datang jauh2, kena tangkap 4 orang dan acara berhenti. Teruskan flashmob sambil kutip derma.

3.00 pm. Seorang anggota polis menjengok dan meminta anak-anak muda berfikir sebelum berbuat sesuatu. Dibalas oleh Basikal bahawa sebab berfikirlah maka kami melakukan ini. Berlaku sedikit perbahasan. Gua membiarkan kerana ianya adalah sihat.

3.30 pm. Aktivis gelisah kerana masih belum Zuhur. Meminta polis membenarkan rakan aktivis memberi 4 botol mineral besar. Perkara tersebut dirujuk kepada Mahadi. Mahadi mengatakan dia akan selesaikan perkara ini secepat mungkin.

3.50 pm. Lokap bergerak mula bergerak. Diringi oleh polis pengiring bersiren. Perjalanan laju dan lancar. Semua kenderaan diarah ketepi atau berhenti. Dari tingkap kecil, kelihatan sebuah motorsikal ayah ibu dan 2 anak berhenti tergesa-gesa di lampu isyarat untuk memberi laluan kami. Begini rupanya menjadi seorang sultan.

4.00 pm. Hanya 10 minit KB Mall ke IPD Pengkalan Chepa! Kami turun dan meminta ke surau. Mahadi membenarkan dengan amaran, kalau lari, dakwaan atas lari pula. Selesai solat, masuk ke balai semula. Anggota polis sedang ketawa ketika mengambil gambar kertas kempen bertulis "Abang Sudin, 20 sen!"

5.00 pm. Mohon kepada Mahadi untuk Asar. Dibenarkan. Tetapi ditahan oleh anggota polis di pintu. Kami tak pedulikan sambil berkata kalau takut kami lari, mari ikutlah solat sekali. Selesai solat, kira-kira 30 aktivis Kelantan tiba. Memberitahu khabar flashmob dan kutipan derma berjaya mengumpulkan lebih dari RM1200. Malah diberikan pentas oleh syarikat alat kesihatan Jepun. Ustaz Marzuk menziarahi dan mengambil sticker kepunyaannya dari Mahadi.

6.30 pm. Perkara membuli berlaku. Aktivis yang ditahan turut disiasat atas akta dadah. Kami akan di urine test. Rakan aktivis setia menunggu. Turut hadir KP Tumpat. Kenyataan tidak bersetuju tindakan polis dikeluarkan dari Pemuda PAS Kelantan dan Pusat.

10.00 pm. Aktivis baru selesai diambil kenyataan. Dan belum menjalani ujian air kencing.

Aug 21, 2013

MERDEKA : Cadangan format negara Malaysia di masa hadapan.






MERDEKA : Cadangan format negara Malaysia di masa hadapan.

PERTAMA, Ini adalah bacaan yang panjang dan berat. KEDUA, ini adalah cadangan yang dikemukakan secara ilmiah di bawah demokrasi negara.

Ada 2 perkataan. REPUBLIK dan PEKERJA. Satu konsep sebuah negara. Yang dicadangkankan paling adil untuk manusia di dalamnya.

Republik Pekerja Malaysia.

Republik bermaksud tiada raja. Satu susuk pemerintahan yang tidak boleh dijatuhkan dari mana-mana saluran pemilihan. Saluran demokrasi. Ini sistem yang tidak adil. Rakyat perlu mempunyai sistem tersusun dan bertamadun untuk menukar siapa sahaja yang mereka tidak setuju.

Pekerja bermaksud rakyat yang berusaha. Dengan titik peluh. Dengan keringat. Konsep PEKERJA ini akan diangkat menjadi satu falsafah utama dalam pembentukan negara yang dicadangkan ini.

Malaysia adalah satu negara yang terhasil, hasil dari kemenangan British, penjajah Tanah Melayu ketika itu, meletakkan bonekanya bernama UMNO menjadi agen pemerintah. Masa tidak dapat diundurkan semula. Pekerja asing ketika itu menjadi warga negara dan mempunyai hak untuk mengundi. Kini, Tanah Malayu menjadi Malaysia. Berkongsi hak warga negara secara majmuk.

Falsafah PEKERJA dalam pembentukan negara.

Dalam falsafah ini, PEKERJA adalah kemuliaan yang utama dalam negara. PEKERJA akan menjadi asas perlembagaan. Setiap sistem dan undang-undang yang dibuat atau digubalkan, harus tidak melanggar falsafah PEKERJA.

Contoh 1 :

Sultan-raja Malaysia adalah manusia yang tidak menepati falsafah bekerja. Sistem ini dicadangkan dihapuskan. Mereka hanya menerima gaji yang dibayar rakyat tanpa konsep bekerja sebenarnya. Mereka juga tiada keahlian / kelayakan bagi kerja menjaga agama Islam dan bangsa Melayu.

Untuk menggantikan tugas bekerja menjaga Islam dan bangsa Melayu, ianya perlu diserahkan kepada mufti. Terdapat 9 raja bukan pekerja dalam Malaysia. Mansuhkan kesemuanya, dan naikkankan mufti yang ahli / layak dalam agama, sebagai ketua negeri-negeri.

9 mufti tadi akan membentuk sekumpulan yang dinamakan Syura Ulama. Barulah mereka ini layak bekerja untuk menjaga Islam dan bangsa Melayu. Satu-satu keputusan mengenai Islam dan bangsa Melayu harus dimenangi oleh sekurang-kurangnya 5/9 mufti yang bersidang. Mereka ini pula, hanya menjaga hukum yang sudah dimaktub dalam Al-Quran, sunnah dan hadis. Manakala hukum jenis takzir (ekonomi, jenis denda, dasar sosio, dan sebagainya), diputuskan dalam parlimen. Oleh ahli parlimen yang dilantik secara demokrasi.

9 mufti yang menjadi 8, 7, 6 dan seterusnya akibat meninggal dunia atau hilang keupayaan syarie untuk membuat keputusan, dilantik oleh organisasi mereka sendiri secara syura. Jadi, duit pekerja rakyat dijimatkan hanya untuk 9 orang mufti. Bukan untuk 9 raja, sekian jumlah isteri, sekian jumlah binui, beribu kaum kerabat, hobi, hiburan dan sebagainya.

Inilah cadangan ilmiah konsep PEKERJA dalam perlembagaan sebuah negara bernama Republik Pekerja Malaysia. Ianya praktikal dan logik. Dan di zaman sekarang ini, ianya masih dalam konsep perbahasan ilmiah.

Contoh 2 :

Si ayah bekerja sejak zaman muda, dicampur dengan ibu, dapatlah membeli sebuah rumah. Atau hartanah. Yang bekerja ialah ayah, ibu dan anak yang terbabit dalam pengorbanan ketika masa bekerja ayah ibu.

Jadi, pemilikan hartanah dicadangkan hanya sehingga usia akhir anak yang bongsu. Tidak kira keluarga yang pecah atau keluarga yang poligami. Walaupun tidak semestinya diturun- milik kepada si bongsu, tetapi mekanisme yang dicadangkan sehingga usia akhir umur anak si bongsu, kepada pemilik. Bukan sehingga 999 tahun seperti sekarang. Atau untuk dimekanismekan secara angka, pemilikan mungkin sehingga 150 tahun sahaja.

Ini soal keadilan. Allah tidak menciptakan tanah sesuatu makluk yang bertambah. Adalah tidak adil kepada manusia yang lahir lewat kerana semua peluang dan dasar sesebuah negara dikecapi dan dimonopoli oleh manusia yang lahir awal.

Jika manusia lahir tahun 1981 bekerja dan dapat membeli rumah, apa pula nasib manusia yang lahir 2181 yang juga bekerja? Hasil keringat dan peluh mereka tidak dapat membeli rumah kerana tanah yang sudah dimiliki.

Dari segi perlembagaan negara PEKERJA yang dicadangkan, si atuk yang berkerja kerana dia lahir awal, mewariskan hartanah kepada ayah yang tidak bekerja dan kemudian kepada cucu-cicit-piut yang tidak bekerja bagi mendapatkan harta itu. Dalam konsep pekerja itu sendiri, pekerja lahir zaman awal tidak boleh menindas pekerja lahir zaman lewat. Atau sebaliknya.

Kepada yang bersetuju dengan idea ini, harus membahaskan mekanisma jangka masa pemilikan hartanah supaya selari dengan falsafah PEKERJA. Mungkin, selepas habis masa pemilikan, status si cucu mendapat keutamaan membeli semula hartanah tersebut dengan nilai semasa. Sekaligus membuka sedikit ruang kepada manusia pekerja yang lahir lewat.

Contoh 3.

Begitu juga dengan tanah kubur. Adalah tidak adil manusia yang mati awal mendapat tanah untuk dikebumikan. Manakala manusia yang mati di zaman akan datang, tanah kubur semakin sukar.

Berdasarkan perlembagaan PEKERJA, mereka yang bekerja tidak kira apa zaman pun dalam satu-satu negara, layak mendapat hak yang sama. Asalkan mereka bekerja. Ini konsepnya.

Dicadangkan, setiap keluarga hanya mempunyai satu liang lahat. Si ayah mati di liang lahad A, maka cicitnya nanti mati juga akan dikebumikan diliang lahad yang sama. Itu cadangan mekanismanya pula.

Contoh 4.

Masih contoh hartanah, mereka yang membeli tanah A dengan harga RM50 000, kemudiannya menjual semula tanah A dalam tempoh masa 10 tahun (2 penggal pemerintahan) atau kurang; dengan harga RM 100 000 (lebih mahal dari harga beli), hanya akan mendapat jumlah wang kos beli Baki dari itu akan dicukai kerajaan melalui perlembagaan PEKERJA.

Berdasarkan perlembagaan PEKERJA mereka ini bukan pekerja, sebaliknya pemanipulasi. Tidak setitik keringat pun dihasilkan bagi mendapatkan keuntungan itu. Hanya manipulasi.

Perkara ini adalah tidak adil kepada manusia yang lahir zaman lewat kerana mereka tidak berpeluang bermanipulasi. Akhirnya golongan manipulasi akan membentuk keadaan yang tidak adil dalam negara.

Penutup.

Ini adalah serba ringkas konsep Republik Pekerja Malaysia yang dicadangkan secara ilmiah di bawah hak demokrasi negara. Selamat menyambut bulan dan hari kemerdekaan. Merdekalah dari istilah yang sebenar. Wallahualam.

AdukaTaruna
Aktivis Kelantan (AK03)

Aug 16, 2013

Surat Aktivis Kelantan kepada kerajaan Brunei

Surat ini akan diposkan pada Ahad. 18/08/13. Pejabat pos Kota Bharu. Insyaallah.

Aktivis Kelantan (AK03)
___________________
___________________
___________________
18 Ogos 2013

____________________________________________________________________________

Kebawah Duli Yang Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan
Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah
Ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien

Jabatan Perdana Menteri,
Jalan Menteri Besar
Bandar Seri Begawan BB3913
Negara Brunei Darussalam.

Assalamualaikum WBT,
Kebawah Duli Yang Mulia Sultan

PER : SURAT RAYUAN PELABURAN LEBUHRAYA NEGERI KELANTAN.

Dengan rendah rasanya, tajuk di atas adalah dirujuk.

Pihak Aktivis Kelantan (non government organization) atau lebih dikenali AK03 terlebih dahulu menjelaskan situasi rakyat Kelantan secara asas. Rakyat Kelantan dinafikan hak demokrasi pilihan mereka sendiri selama 23 tahun. Dalam fokus surat rayuan ini, keperluan jalan raya sempurna dan selamat sangat kritikal. 98% muslim dan 2% bukan muslim di Kelantan terdedah kepada kemalangan, perkembangan ekonomi perlahan dan pelbagai masalah sisir akibat dari masalah jalan raya yang tidak sempurna ini. Kami berharap, kunjungan keluarga Diraja Brunei dalam majlis perkahwinan Diraja Kelantan baru-baru ini, dapat menyaksikan keperluan mendesak ini.

Oleh itu, kami mencadangkan secara rayuan, pihak kerajaan Brunei dapat membantu menyelesaikan masalah kami ini, secara pelaburan lebuhraya bertol. Untuk permulaan, Gua Musang – Kota Bharu. Secara ringkasnya, diandaikan kos pembinaan lebuhraya ini adalah RM2.5 billion; dan pihak kerajaan Brunei mahu keuntungan sebanyak RM2.5 billion; menjadikan keseluruhan kutipan RM5 billion. Dengan matematik ringkas, berdasarkan anggaran kenderaan sebanyak 200 000 sehari, perjanjian hak milik selama 10 tahun, maka tol bagi setiap kenderaan jatuh kepada RM6.90. Dan selepas dari tempoh hak milik, lebuhraya akan menjadi percuma atau bayaran sekadar kos penyelenggaraan sahaja.

Kami faham bahawa pelaburan sebegini ke bumi Kelantan akan berhadapan dengan halangan pihak tertentu. Tetapi, kami juga yakin, dengan tanggungjawab, kebijaksanaan dan pengaruh dari kerajaan Brunei, perkara ini boleh diselesaikan. Insyaallah.

Komitmen dan jasa baik Kebawah Duli Yang Mulia Sultan dalam membaca, mempertimbangkan dan menjawab rayuan kami ini, adalah amat-amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


AdukaTaruna
Penyelaras Aktivis Kelantan (AK03)


Aug 12, 2013

Kelantan yang gagal?

Oleh : AdukaTaruna

Aktivis Kelantan (AK03) menyokong setengah isi dari kenyataan Dr Agus dan setengah dari penjelasan Ustaz Fadhli berkenaan prestasi kerajaan Kelantan. Cumanya, Aktivis Kelantan lebih menitik beratkan pokok berbanding bunga. Sistem berbanding paparan.

[1]
Sistem pembentukan kerajaan Kelantan selepas PRU13 sangat mengaibkan. Kita lihat gambar sejarah yang terakam berbanding negeri lain. Lihat angkat sumpah Menteri Besar di Johor, Selangor dan negeri lain. Teratur, tidak gopoh atau kelam kabut. Penuh istiadat. Lihat negeri Kelantan. MB angkat sumpah hanya di depan sofa dan meja kopi. Kemudian, selepas itu barulah istiadat.

Sistem yang lebih malang lagi ialah, pembentukan kerajaan Kelantan tidak berpaksi kepada Parti Islam SeMalaysia, apatah lagi hasil keputusan demokrasi 1.5 juta pengundi Kelantan. Tetapi pembentukan itu berpaksikan kepada pendapat istana yang terdiri dari kurang 20 orang dan hanya dari sebuah keluarga.

Maka, jika inilah sistem awal yang terbentuk, maka, sepanjang penggal pemerintahan, bagaimanakah keputusan-keputusan penting kerajaan dibuat dan diputuskan? Adakah ianya akan melalui keputusan PAS atau keputusan majoriti dari 1.5 juta rakyat atau keputusan sebuah keluarga yang berantakan?

[2]
Mengenai ekonomi pula, alasan kepungan dari kerajaan BN memang benar. Untuk sebuah parti atau NGO yang menjelaskan kepada orang ramai, memang wajar. Tetapi tidak wajar diguna pakai sebagai alasan oleh sebuah kerajaan berusia 23 tahun. Ini bermakna, selama 23 tahun, kerajaan Kelantan gagal terhadap kepungan ekonomi, kepungan infrastruktur oleh kerajaan BN yang memegang kerajaan pusat. Kata lainnya ialah,

"Ya. Selama 23 tahun, saya gagal terhadap kepungan kerajaan BN. Sebab saya gagal, maka rakyat perlu undi saya sekali lagi."

Oleh sebab itu, bagi meningkatkan pendapatan kerajaan negeri, Aktivis Kelantan mencadangkan beberapa perkara :

2.1 Lebuhraya Rakyat dimulakan dengan menaik taraf jalan utama yang kritikal.

Terdapat pelbagai versi penjelasan mengenai Lebuhraya Rakyat. Antaranya ianya adalah modal politik mengekalkan kerajaan PAS Kelantan dengan perjudian Malaysia dapat ditawan oleh PR pada PRU13. Sekaligus meneruskan pembinaan menggunakan dana persekutuan.

Maklumat yang diperjelaskan kepada awam, kos Lebuhraya Rakyat ialah 1 billion. Manakala kutipan derma hanya RM20 juta. Dan sudah mencapai tahap kutipan yang tepu. Oleh itu, Aktivis Kelantan memberi cadangan supaya dinaik taraf jalan utama yang kritikal terlebih dahulu. Hentikan perbalahan tuding-menuding seketika.

i. Pekan Melor - Bandar Pasir Puteh. Ini adalah jalan kritikal. Pintu masuk negeri melalui Terengganu.

ii. Gua Musang - Kuala Krai. Pintu masuk negeri melalui Pahang. Jalan ini lebih kritikal berbanding Kuala Krai - Kota Bharu. Kerana selepas Kuala Krai, rakyat sudah mempunyai banyak pilihan ajalan alternatif. Dan destinasi yang sudah berpecah.

Berikut adalah prioriti level naik taraf jalan mengikut kemampuan dana terkumpul :

i. Jalan 4 lorong. 2 lorong setiap hala. Penghalang tengah dengan sistem pusingan U bagi mengelakkan kenderaan kampung melintas sesuka hati.

ii. Pembesaran jalan dan bahu jalan. Dengan menambahan lorong memotong di kawasan fizikal sesuai.

iii. Pembesaran jambatan yang berada di sepanjang jalan, dan pembesaran bahu jalan.

2.2 Meningkatkan imej pelancongan.

Sektor pelancongan yang merudum di Kelantan. Peniaga-peniaga di Rantau Panjang, Pengkalan Kubur terutamanya sering mengeluh. Antara sebab terbesar selain jalan pintu masuk dan kos penyelenggaraan ialah; imej dan jenama pelancongan yang teruk. Berikut adalah hasil pemerhatian Aktivis Kelantan.

i. Penjagaan paparan depan yang teruk. 

Paparan depan bermaksud apa yang pelancong pandang secara luaran. Antaranya, rumput di bahu jalan pintu masuk yang tidak dipotong. Bendera-bendera lusuh. Billboard rosak. Bangkai lembu dilanggar yang berhari-hari tidak dialihkan dan sebagainya.

Kritikal pertama ialah sistem meletakkan pusat sampah di tepi jalan utama. Ianya praktikal kepada kemampuan PBT. Tetapi tidak praktikal kepada penjanaan pendapatan melalui pelancongan. Pusat sampah perlu diletakkan di bahagian dalam sedikit dari jalan-jalan utama, terutama jalan pintu masuk negeri dan bandar.

Kritikal kedua ialah warung-gerai tidak sempurna yang didirikan secara kekal di tempat-tempat rasmi negeri (kawasan stadium, kawasan sekolah, kawasan pasar ikon, kawasan pantai dan sebagainya). Dasar dan sifat baik kerajaan negeri memberi peluang peniaga berniaga bebas tanpa peraturan membentuk budaya malas, pengotor dan tidak teratur oleh peniaga-peniaga. Semua ini mencacatkan paparan depan yang akan terpahat di memori pelancong.

Kritikal ketiga ialah perlantikan ahli majlis PBT melalui politik. Kebanyakannya ustaz-ustaz penghafal atau orang-orang kanan pembodek yang tiada kemampuan berfikir. Mereka bagus dari segi ceramah dan penguatkuasaan hukum-hakam termaktub. Tetapi lemah dari segi idea penjanaan ekonomi setempat.

ii. Kutipan cukai yang lemah.

Kelantan adalah bumi peniaga muslim. Jika di negeri UMNO, 9 dari 10 kedai tayar adalah milik bukan muslim, di Kelantan, 9 dari 10 kedai tayar adalah milik muslim. Jika di negeri UMNO, raya Cina membuatkan muslim kebuluran, kereta rosak tak boleh diperbaiki dan sebagainya, tetapi semua itu tidak berlaku di negeri Kelantan.

Bagaimanapun, Kelantan adalah negeri paling cikai dalam kutipan lesen perniagaan. Sistem pembaharuan lesen perniagaan juga merumitkan. PBT seperti MPKB lebih berminat serbu-menyerbu perkara maksiat. Ianya memang bagus. Tetapi, bab penguatkuasaan perlesenan, penyusunan penjaja dan sebagainya, memang lemah.

Jika penjaja di MPKB sahaja berjumlah 5000, dan semuanya dilesenkan dengan semurah RM50 setahun, bermakna pendapatan MPKB yang boleh dimanfaatkan untuk awam ialah suku juta untuk setahun.

iii. Acara besar yang mematikan bandar-bandar lain.

Para penghafal dalam kerajaan Kelantan memang bagus dari segi menganjurkan acara besar. Ianya membuatkan nama Kelantan naik dalam ingatan rakyat Malaysia. Tetapi semuanya Kota Bharu. Dari segi peningkatan jenama bandar untuk dijual sebagai produk ekonomi, ianya tidak bagus.

Jika dibenarkan Jom Heboh, suruh TV3 buat di Pasir Puteh misalnya. Jika ada tilawah Al-Quran dimana Perdana Menteri hadir, usahakan semampu mungkin buat di Bachok misalnya. Jika dianjurkan ceramah Ustaz Azhar Idrus berganding dengan Ustaz Bollywood, tutup sebatang jalan yang sesuai di bandar Kuala Krai dan buat di situ.

[3] Perbanyakkan pertembungan aliran ilmu.

Serambi ilmu lebih sesuai dari serambi Mekah dari segi ekonomi. Tanpa perlu menukar slogan yang sudah lama dimasyurkan, tetapi, inilah konsep berpotensi sebagai produk pelancongan.

Zaman politik smart phone, rakyat yang minat ilmu tidak berminat lagi mendengar ceramah sehala. Mereka lebih tahu sesuatu isu yang muncul berbanding dengan si penceramah itu sendiri. Tetapi majlis perlawanan ilmu, pertembungan idealogi sangat-sangat digemari. Dan ianya berpotensi menjadi produk pelancongan.

Contoh yang pernah berlaku ialah pertembungan ilmu antara MAZA dan Fathul Bari di Balai Islam Lundang. Diseronokkan lagi dengan telatah Ridhuan Tee. Pertembungan ilmu antara Husam dan Nazri di KTC dan sebagainya. Sekiranya majlis seperti ini disusun dengan kerap, Aktivis Kelantan yakin, ianya akan menjadi satu produk pelancongan tempatan, pelancongan peminat ilmu seluruh negara, penjaja tempatan berlesen yang dihidupkan dan pelbagai lagi sisir ekonomi yang muncul.

[4] Penutup

Akhir kata, Aktivis Kelantan menegaskan pendirian dunia aktivis adalah tidak taksub kepada jenama, individu atau kumpulan. Tetapi menyokong mengikut tajuk menurut kefahaman masing-masing. Semoga pandangan dan cadangan dari pelbagai pihak dipertimbangkan oleh kerajaan Kelantan kini. Wallahualam

Aktivis Kelantan (AK03)

Aug 5, 2013

Lailatul Qadar berlaku di N9

Share kok sonak lopeh baco.

Ni ceghito bonar. Di ceghito an turun temurun. Koba eh, bolaku di tahun 50an. Lokasi eh di noghori 9.

Zaman maghin sughau dibuek daghi buluh. Buluh tu di bolah 2. Dinding eh buluh. Lantai eh buluh. Tanggo eh buluh. Lantai eh pun buluh. Atap eh yo ghumbiyo.

Tibo time solat, adollah jomaah tiap2 waktu kek sughau tu. Dapek la 7,8 oghang jo dongan soghang imam yg dah tuo dan uzur.Tapi taat jadi imam.

Nak jadi an cito, satu insiden yg tak pornah terjadi. Maso tahyat akhir, imam tetibo monangih. Toesak2. Monitik air mato.

Makmum pun turut sobak jadi eh. Kompom dapek lailatul qadar nih. Tapi dek lamo eh monangih, makmum dah mulo polik.

Kok yo pun sobak, dapek lailatul qadar, apo pasal tak boghi salam dari tadi? Kaki dah somut2. Tak ghaso apo dah ni.

Dek tak dapek nahan sabar, soghang makmum bingkeh bangun. Molughu kek pak imam.

"Apo kono eh mam? Lailatul Qadar ko?"

"Lailatul qadar abah kau. Tolo den tosopit kek colah buluh ni aaa..."

Surat Neelofa kepada perwakilan PAS

(1)
Langkah pertama segala masalah rakyat seperti Lynas, Royalti, Felda, dasar ekonomi (sekadar beberapa contoh); adalah mendapatkan Malaysia Baru.

Dari Malaysia Baru, maka bermulalah satu kerajaan yang masih belum kuat untuk melakukan kejahatan. Media sedia ada belum tentu berpihak kepada Malaysia Baru bagi menyembunyikan kejahatan yang dilakukan.

(2)
Keputusan PRU13 menyaksikan kegagalan PAS memecah ketakutan 'Melayu Hutan' terhadap perkara2  seperti ketuanan Melayu, DAP, bible dan sebagainya yang berasaskan sentimen sempit.

Kawasan Melayu Hutan dalam PAS diserahkan kepada golongan konsevatif. Golongan ini gagal.

Kawasan Melayu Bandar dalam PAS pula diserahkan kepada golongan liberal. Mencatatkan kejayaan.cuma, perkara buruk berlaku apabila golongan konservatif campur tangan.

Contohnya isu Kota Damansara dan Sungai Acheh. Sejak inilah PAS hilang kepercayaan jutaan anak muda pelbagai kaum dan fikrah kecuali sedikit anak muda yang berfikrah konservatif.

(3)
Berbalik kepada langkah pertama kepada penyelesaian masalah rakyat tadi, maka, penghalang utamanya ialah prestasi PAS di kawasan Melayu Hutan dan juga masa depan PAS terhadap kepercayaan anak muda di Malaysia. Anak muda yang akan menggantikan pengundi tua.

Maka, jika dibaca demi rakyat, PAS perlu didesak untuk melakukan satu anjakan paradigma kepimpinan. Satu perubahan total kesebelasan utama dalam perlawanan getir.

(4)
Berikut adalah pandangan saya, Neelofa.

Presiden. Hadi Awang perlu ditukar kepada yang lebih baik. Bukan kepada lebih buruk. Menantu, tuduh jenayah berat hanya atas pentas ceramah, pergolakan, penipuan dan flip flop dalam isu UG ketika dulu sehingga 10 MP PAS sign bantah. Sehingga Mursyidul Am mahukan EGM. Mempunyai SU Agong yang mempunyai video.

Orang yang layak menggantikan prestasi Hadi Awang ialah Tuan Ibrahim Tuan Man. Masih ulama kepada sesiapa yang memakai tafsiran ulama cara kuno. Berwatak pertengahan kepada profesional dan ulama. Tidak perongoh atas pentas dan depan wartawan. Kurang musuh. Imej yang masih belum tercemar.

(5)
Tetapi, dalam dunia PAS, seakan mustahil mana2 pihak tampil atas tanggungjawab, untuk menawar diri melakukan perubahan.

Apatah lagi Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri. Seakan mustahil seandainya beliau mahu mencabar Presiden.

(6)
So, sekadar mimpi, inilah line up impian Neelofa terhadap PAS.

Mursyidul Am : TGNA atau jika tidak sihat, Haron Din.

Presiden : Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan : Harus mempunyai latar ekonomi dan kekuatan aura politik. Mungkin Dr Zul atau Husam. Tapi, muktahir ini Husam lebih sesuai menyelesaikan kemelut bumi Kelantan.

Naib : Harus yang rapat dengan gerakan massa rakyat bawahan. Salahudin, Mahfuz, Mat Sabu. Tantawi pun sudah dilihat berada dalam kumpulan massa rakyat bawahan.

Sekian. Neelofa.

Bukan sebab agama. Tapi kuasa ekonomi.

(1)
Nak dapatkan kuasa ekonomi, perlu dapatkan kuasa pasaran. Jika terbatas pasaran di negara sendiri, wajib dapatkan pasaran negara orang.

Nak dapatkan kuasa pasaran, maka kuasa ketenteraan perlu kuat. Boleh menekan negara orang dengan kekuatan. Nak dapatkan kuasa ketenteraan, maka perlu menjadi kuasa ekonomi. Ini asas apa yang berlaku dalam dunia.

(2)
Dunia kini menjadi 2 paksi kuasa. Pertama blok Russia. Kedua blok US. Tidak ada blok Kristian atau blok Islam. Sunni atau syiah sebenarnya. Itu hanya kulit yang membenarkan tindakan.

Kebanyakan peperangan di negara2 dunia melibatkan 2 paksi ini. Saling berebutan untuk pasaran negara tersebut.

Perang Vietnam sebenarnya perang US-Russia. Korea, Afghanistan, Iran-Iraq, dan lain-lain. Perlawanan senjata juga melibatkan senjata US lawan senjata Russia.

(3)
Blok Russia adalah Iran, China, Korea Utara, Iran dan negara2 sosialis latin.

Blok US adalah negara komonwel, sebahagian besar Asia, Arab dan Eropah. Termasuk Malaysia yang claim diri negara berkecuali.

(4)
Ramai muslim yang tuduh US atau Russia akan meruntuhkan kuasa Islam. Contohnya, jika Malaysia laksanakan hudud, maka US akan halang.

Sebenarnya, polisi US dalam kontek negara mereka, mereka tak peduli pun. Melainkan sedikit kenyataan dasar negara. Yang akan peduli dan lawan hanyalah NGO dan media mereka.

Arab Saudi hudud pun US tak kacau. Malah sahabat. Asalkan kuasa pasaran Arab Saudi tunduk kepada US. Kuasa ketenteraan tunduk kepada US.

Negara2 blok US mungkin boleh aman dari Russia. Tetapi negara2 blok Russia sukar aman dari US.

(5)
Begitu juga kes dengan negara Syria. Syria adalah blok Russia. Ini bukan Syiah vs Sunni sebenarnya. Tetapi peluang US menjadikan Syria blok mereka.

Cumanya, kejahatan Basyar mengenai kuasa dalam negara menyebabkan dia enggan meredakan tentangan dengan skim peralihan kuasa yang Turki cadangkan. Letak jawatan, dan serahkan kepada pemimpin parti Baath yang lain.

(6)
Anda lihat Mesir pula. Satu negara blok US. Selepas Mubarak jatuh secara rakyat, Ikhwan ambil alih secara pilihanraya. Kemudian jatuh secara tentera.

Kemudian berlaku pembunuhan rakyat pro Morsi. Bangkit demi bangkit. Berbanding Libya dan Syria, kenapa tidak berlaku penentangan secara senjata oleh rakyat?

Inilah sebenarnya. Jika negara itu adalah blok Russia, maka US akan masuk dalam kebangkitan rakyat untuk supply senjata jenis yang sama dengan polisi kiblat senjata si pemerintah (senjata jenis Russia juga).

Dan oleh kerana Mesir sememangnya blok US, maka tidak berlakulah penentangan rakyat bersenjata. Walau rakyat dibunuh dan ulama mereka hari2 melaungkan jihad.

(7)
Penutupnya, Aktivis Kelantan menyeru kepada semua supaya tidak terperangkap dalam label dan sentimen. Fahami perjalanan duit dalam setiap perkara, maka anda akan dapat jawapannya dalam setiap perkara.

Salam Syawal. Maaf zahir batin.

Aktivis Kelantan (AK03)

Jun 26, 2013

PAS boikot PRK Besut.

Rusila. 27 Jun. PAS mengumumkan akan memboikot pilihanraya kecil Kuala Besut selagi masalah dakwat kekal tidak diselesaikan.

Presiden PAS itu berkata, PAS rela kalah pertempuran demi memenangi peperangan. PRK ini terpaksa dikorbankan bagi mencatit sejarah betapa pentingnya saluran pemilihan negara itu kepada rakyat.

"Malaysia pernah mengukir sejarah boikot sukan olimpik. Sejarah itu tunjang rujukan dan ingatan kepada generasi hari ini." - ABF.

Agensi Berita Fakap

Jun 18, 2013

Tumbangkah regim dengan demo air liur?




1. Persoalan Ust Ja cetus perbahasan sihat.

2. Biasalah manusia. Gua sendiri ada setuju. Ada tak setuju dengan lontaran Ust Ja.

3. Revolusi adalah jalan untuk ubah. Ini sunnah nabi2. Tak mampu revolusi tak mengapa. Tapi jangan sesatkan manusia dengan kata revolusi tu jahat, tak sesuai, etc.

4. Zaman moden, revolusi tak dimulakan oleh parti politik demokrasi. Tapi oleh aktivis.

Di Tunisia sampai Mesir, yang mati untuk cetus revolusi ialah aktivis. Yang larang dan haramkan revolusi ialah ulama politik demokrasi tmasuk ikhwan. Mujur Qardhawi menyokong.

Bila berjaya, yg tuai hasil dan tulis sejarah kejayaan itu ialah ulama politik. Tmasuk kumpulan yg mula2 larang dan bantah.

5. Memang benar Himpunan Ceramah Air Liur org politik seperti Blackout 505 tidak akan tumbangkan regim. Tapi jangan lupa, demo air liur para ulama di masjid Malaysia juga lebih mustahil tumbangkan regim Syria jauh di sana.

6. Dalam Islam, bantuan perlu dihulurkan kepada masyarakat terdekat dulu. TGHA sendiri kata royalti hasil bumi HARAM dibelanjakan ke negeri luar sekiranya masalah dalam negeri belum selesai.

Jadi, jika masalah rakyat dalam negara berkenaan penindasan pun tak hadir, tujuan apa tenaga, wang dibelanjakan untuk prioriti luar?

7. Jika motifnya hanya utk tunjuk rasa hero kelompok muslim Malaysia, kerja sia2 kalau utk jatuhkan regim Syria, samalah Blackout505. Hanya kerja sia2 utk jatuhkan regim BN. Sekadar kekalkan momentum sokongan rakyat terhadap politik PR, larikan perhatian janji Anwar bersara dan sebagainya.

Cuma Blackout lebih baik kerana priority masyarakat sendiri. Orang yang lebih baik ialah hadir priority masyarakat sendiri dan hadir priority masyarakat luar.

8. Demo ulama air liur untuk Syria yg langsung tak ditakuti oleh regim Syria apatah lagi BN, diberikan 'kebenaran' oleh regim BN.

Di sini kita boleh ukur ketepatan perjuangan kita. Jika kita ditentang musuh, maka itulah landasan nabi2. Jika dibenarkan musuh, maka ada sesuatu yg perlu dinilai. Ust Fadzil Nor kata, nak tgk kebenaran kita, tengok posisi kita pada mata musuh.

9. Tidak mustahil beberapa ulama yang demo air liur untuk Syria tanpa tentangan musuh itu, jika diuji Allah berasal dan berada di Syria, mereka akan pro Basyar. Sebab takut pada peluru dan kematian.

Al Quran kata, mana boleh ulama kata mereka adalah ulama sedangkan mereka tidak diuji kecuali demo air liur yang dibenarkan regim BN?

10. Orang yang patut diludah ialah orang yang naik dengan undi rakyat Malaysia, tetapi tidak hadir priority rakyat Malaysia. Hanya hadir priority masyarakat luar.

11. Jika para ulama mahu mengubah regim, ulama yang perlu cetuskan revolusi. Buktikan hafalan Quran dan hadis bukan dalam air liur dan kuliah sampul. Tetapi dalam peluh dan darah. Kami sedia dibimbing oleh ulama seperti ini.

Wallahualam






May 30, 2013

23 Jun 2013 : Ayuh cipta sejarah Malaysia!!


Seruan untuk seluruh rakyat Malaysia!! Mohon sebarkan!!

9.00 mlm (23 Jun)

- Kehadiran aktivis dari seluruh Malaysia.
- Gambar / laporan WAJIB sentiasa diupload dlm FB . Blast habis2an.
- Ucapan aktivis
- Persembahan aktivis seni
- 12 malam berhenti. Tidur dan berjaga secara bergilir
- Jika ada tangkapan atau halauan; prinsip yang digunapakai ialah bertahan sehampir mungkin dengan pintu parlimen. Dan selama mungkin sehingga pagi esok.

8.00 pagi (24 Jun)

- Ketibaan Ahli Parlimen
- Kutipan tandatangan Ahli Parlimen yang setuju dengan objektif (SPR & JPN)
- Gambar / laporan WAJIB sentiasa diupload dlm FB . Blast habis2an.
- Kenyataan media bersama
- Menilai jumlah kekuatan (*)
- Jika ada tangkapan atau halauan; prinsip yang digunapakai ialah bertahan sehampir mungkin dengan pintu parlimen. Dan selama mungkin.

Cara tegakkan Islam : Anda pilih yang mana?

[1]
Allah create sunnah alam. Lemah banyak dari kuat. Bodoh banyak dari pandai. Nyamuk banyak dari katak. Rumput lagi banyak dari kambing. Allah kata, kalau ikut majoriti, kamu pasti akan sesat. Allah create plak kaedah nak dapatkan sistem universal (Islam). Semuanya melalui revolusi. Ada ganas, darah, air mata, perang, etc. Dari kaedah itulah, terhimpunnya Al-Quran dan hadis.

Hari ini, ulama penghafal guna Al-Quran dan hadis yang diturunkan dari pembolehubah revolusi untuk dipaksakan kepada pembolehubah suara majoriti. Undi jari. Sebarang kesilapan ulama penghafal, mereka pantas meletakkan Allah dan Muhammad SAW di depan mereka bagi membentengi mereka dari kritikan dan kehinaan. Ayat lainnya, Allah dan Muhammad SAW disalibkan para ulama bagi menebus dosa mereka.

[2]
Ada satu jemaah Islam (A) yang sengaja tidak dinamakan dalam N3 ini. Puluh tahun dahulu, mereka menolak kaedah ikut majoriti untuk menegakkan Islam. Untuk memilih revolusi pula mereka tidak mampu. Atau belum dijelmakan kemampuan itu.

Maka, mereka pilih jalan melalui penambahan ahli jemaah. Mereka memilih lokasi tertentu. Dan membentuk 'negara' mereka sendiri. Sistem pendaftaran perkahwinan mereka sendiri. Sistem pendidikan mereka sendiri. TV dan radio mereka sendiri. Bahan bacaan mereka sendiri. Ekonomi mereka sendiri. Dari mee sampai ke teknologi pembuatan. Malah menghukum kesalahan ahli dengan perundangan mereka sendiri.

Mereka ini tidak sesat. Sehinggalah jemaah mereka membesar sehingga mengumumkan teori RAHMAN, sekaligus melawan Tun Dr Mahathir ketika itu.

Jemaah ini tidak tahu, method mereka hampir sama dengan komunis. Berasal dari perkataan community. Apatah lagi ulama penghafal. Mereka hanya belajar dari Tok Guru yang berlebih2an dalam perkara yang mereka tidak tahu. Pada mereka komunis itu tiada agama. Tidak bertuhan. Sedangkan komunis itu adalah kaedah.

Sesungguhnya ahli kitab itu kebanyakkan mereka berlebih2an dalam perkara yang mereka tidak tahu. Mereka itu lahir dari anak2 yang hanya berkemampuan untuk menghafal.

[3]
Ada satu jemaah Islam (B) yang juga sengaja tidak dinamakan. Mereka menolak kaedah majoriti untuk menegakkan Islam. Namun, tidak jelas mekanisme yang bagaimana logiknya untuk menegakkan Islam selain dari kaedah pilihanraya yang mereka tolak.

Kelebihan jemaah ini ialah konsisten berdakwah di kalangan muslim. Mereka lebih kepada kursus diri dalam mencari identiti Islam dalam diri. Tidak mempunyai produk. Kurang kekuatan bermuamalat.

[4]
Ada satu jemaah Islam (C) yang dinamakan PAS. Mereka memilih majoriti dalam menegakkan Islam. Al-Quran dan hadis yang turun atas kapasiti revolusi nabi-nabi, dipaksakan ke atas kapasiti suara majoriti. Ulama mereka menghantar Allah dan Muhammad saw sebagai tentera salib terhadap kumpulan yang mempertikai mereka.

Jika rakyat biasa mengkritik sunnah, mereka akan jatuhkan hukum murtad, kafir dan halal dibunuh. Tetapi, apabila mereka mengkritik Muhammad saw, mereka adalah maksum.

Akhir kata, wahai ulama2 yang lahir dari pukimak, mengkritik jalan revolusi adalah mengkritik Muhammad SAW. Tiada beza kamu dengan yang lain, kerana kita semua lahir dari puki seorang mak.

Terkesima?

May 21, 2013

Tahukah anda?

1. Kabinet Kelantan dibentuk sebelum ayam berkokok?

Sabar. Jangan gopoh.

2. Kabinet Kelantan bukan dibentuk oleh Parti Islam SeMalaysia atau rakyat Kelantan. Tetapi seorang Seltan dan keluarganya.

Ini bermakna rakyat Kelantan terpaksa melalui kabinet kaum keluarga sepanjang 5 tahun.

3. Kerusi Temerloh dan Pasir Mas atas kapasiti Jawatan Ketua Pemuda PAS dan Timbalan Pemuda PAS.

2 jawatan itu pula dimenangi oleh Tantawi dan Nik Abduh tanpa bertanding. Menggunakan istilah Islam iaitu syura.

Istilah profesionalnya ialah rundingan sesama sendiri untuk mengagihkan jawatan sesama sendiri dengan mengkhianati perlembagaan parti iaitu hak perwakilan untuk mengundi pemimpin mereka sendiri.

(Dibetulkan pembaca. Nik Abduh bertanding.)

4. Individu yang menganjurkan teori jalan raya untuk mengubah negara, bukan pilihanraya; dikatakan sudah melarikan diri selepas Adam Adli ditahan polis.

Lari keluar negara untuk mengubah negara adalah teori terbaru dari beliau!

May 20, 2013

Kawan si Adam Adli.

(1)
Alhamdulillah. Gua dikurniakan kesempatan untuk Himpun Solidariti Bebas Adam Adli selama 2 malam di Lokap Bersepadu Jinjang.

Kalau gua di Kelantan, memang sukar gua ke KL. Tapi gua berada di Shah Alam sehari awal sebelum Adam ditangkap kerana adik gua konvo.

(2)
Gua just nak share. Pengalaman peserta solidariti Adam ni.

Memang ramai di kalangan peserta adalah rakan Adam sendiri. Tapi rata2nya hadir atas prinsip isu.

Cina2 dan India2 semua tu hadir bukan sebab Adam pun. Tapi atas falsafah isu.

(3)
Ramai juga kategori aktivis tua yang tidak mampu tidur di lokasi himpun, datang dengan membawa makanan dan minuman. Kira memang mewah lah.

DBKL pun gua tengok bertolak ansur. Polis pun just berkumpul dari jauh jer. Cuma ada kedengaran beberapa pihak mahasiswa tidak hadir kerana personal. Bukan kerana falsafah isu.

(4)
Sebelum orang salah faham bahawa aktivis adalah golongan tak bekerja, gua catit di sini, hampir kesemua kat situ bekerja.

Menariknya seolah2 ada syif giliran. Ada kumpulan pulang. Dan ada kumpulan yang baru hadir. Jumlah kesemua mereka pada satu2 masa seramai 30 -+.

Kekuatan mereka adalah bujang. So, mereka tidur dan bangun terus ke tempat kerja.

(5)
Gua berpendapat, cerdik pandai dlm perundangan, perlu memikirkan mekanisme bagi meminimumkan ruang buli dan khianat dalam sistem siasatan negara.

Contohnya, jika kerajaan (parti memerintah), ingin mengenakan si Abu, maka si Abu ditangkap atas satu alasan perundangan tertentu.

Kemudian, dapatkan tahanan reman 2-3 hari. Kemudian bebas tiada kes. Jika diperingkat ini, si Abu telah pun dibuli dan dikhianati dengan dilokap selama 3-4 hari. Diri yang telah diburukkan oleh media.

Atau terpaksa melalui pendakwaan kes lemah. Bertahun2 baru disahkan bebas. Ini adalah unsur buli dan.khianat kepada rakyat.

(6)
Gua tak perlu ucap kepada Adam Adli. Tapi, kepada bakal2 Adam Adli, anda adalah harapan kami sebab korang semua masih bujang. Hahaha...

May 16, 2013

Beza aktivis dan politikis

Politikis : Bekerja untuk menyusun kekuatan kumpulan masing-masing dalam pangkat dan kuasa. Mempergunakan isu rakyat dan populis bagi tujuan itu. Disokong majoriti rakyat Malaysia.

Aktivis : Memperjuangkan isu rakyat kerana kehendak jiwa. Ikut kemampuan masing2. Bebas tidak bersetuju dengan mana2 pimpinan politik. Disokong minoriti rakyat.

Di bawah adalah gambaran isu rakyat (Royalti di mahkamah) selepas PRU. Dari 1.5 juta rakyat Kelantan, 100 000 ahli parti politik, hanya aktivis kekal hingga ke titik terakhir.