tag:blogger.com,1999:blog-5619223637433865169.post8946056800778783324..comments2024-03-01T21:20:23.615+08:00Comments on Aduka Taruna: Jangan bela burung.Unknownnoreply@blogger.comBlogger8125tag:blogger.com,1999:blog-5619223637433865169.post-31732075102940870172015-07-14T15:43:20.025+08:002015-07-14T15:43:20.025+08:00餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 關島蜜月 花蓮民宿 彈簧床 床墊 ...餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 關島蜜月 花蓮民宿 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 水晶 長灘島 長灘島旅遊 長灘島景點 長灘島機加酒 長灘島必買 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體Unknownhttps://www.blogger.com/profile/18081119646572247450noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5619223637433865169.post-1644552625725508402015-01-24T13:00:34.737+08:002015-01-24T13:00:34.737+08:00Walaupun aku tak pernah dgr burung menyumpah...tpi...Walaupun aku tak pernah dgr burung menyumpah...tpi aku pun ade tgok keluarga org bela burung ada lebih kurang masalah di atas...maybe balasan tuhan sbb kurung burung tersebut.
Hamba Allahhttps://www.blogger.com/profile/14662866483079635255noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5619223637433865169.post-27569106581661039452012-11-05T22:45:58.063+08:002012-11-05T22:45:58.063+08:00Di dalam hadis yang lain, Nabi –sallallahu ‘alaihi...Di dalam hadis yang lain, Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- pernah menceritakan;

عُذِّبَتْ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ قَالَ فَقَالَ وَاللَّهُ أَعْلَمُ لَا أَنْتِ أَطْعَمْتِهَا وَلَا سَقَيْتِهَا حِينَ حَبَسْتِيهَا وَلَا أَنْتِ أَرْسَلْتِهَا فَأَكَلَتْ مِنْ خَشَاشِ الْأَرْضِ
“Seorang wanita diazab oleh Allah kerana seekor kucing yang yang dikurungnya hingga mati kelaparan. Ia dimasukkan Allah ke dalam neraka kerana kucing tersebut. Allah berkata kepadanya; ‘Kamu tidak memberinya makan dan tidak memberinya minum tatkala kamu mengurungnya. Dan kamu tidak pula melepaskannya supaya ia dapat makan binatang-binatang kecil yang berjalan di atas bumi” (HR Imam al-Bukhari dari ‘Abdullah bin ‘Umar –radhiyallahu ‘anhu).

Hadis di atas menjadi dalil haramnya menyiksa binatang termasuk tidak memberi makan kepadanya. Maka, jika kita ingin membela binatang, wajiblah kita menjaga kebajikannya. Jika tidak, wajiblah kita melepaskannya. Satu lagi yang perlu disebutkan di sini; diharamkan menjadikan binatang sebagai bahan taruhan dalam perjudian. Begitu juga, melaga-lagakan sesama binatang. Membela binatang untuk tujuan tersebut adalah haram kerana sesuatu yang dilakukan untuk suatu tujuan yang haram, maka ia turut haram sebagaimana kaedah “Al-Umur bimaqasidiha” (setiap urusan dilihat kepada tujuannya).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatwa Syeikh ‘Atiyah Saqar, Dar al-Ifta’ al-Misr, 10/150.
2. Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, bab Ma Ja-a Fi as-Solah ‘Ala al-Bust.
3. Al-Fatawa al-Islamiyah, 4/597Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/13706137201240124928noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5619223637433865169.post-20436788915322326252012-11-05T22:44:10.211+08:002012-11-05T22:44:10.211+08:00Soalan; apa hukumnya pelihara burung dalam sangkar...Soalan; apa hukumnya pelihara burung dalam sangkar?
Jawapan;

Di dalam al-Quran, Allah menyebutkan bahawa segala yang ada di alam ini dijadikan untuk manusia. Di antara firmanNya (yang bermaksud);
“Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi” (Surah al-Baqarah, ayat 29).
Berdalilkan ayat ini dan ayat seumpamanya, para ulamak meletakkan satu kaedah; “Hukum asal bagi segala sesuatu yang ada di alam ini adalah harus diguna dan dimanfaatkan oleh manusia selagi tidak ada nas Syarak melarangnya”.

Di antara yang diharuskan ialah perhiasan-perhiasan yang ada di atas muka dunia ini sama ada berupa pemandangan, bunyi-bunyian, logam-logam berharga (emas, perak dan sebagainya), batu-batu permata, pakaian, binatang-binatang dan sebagainya. Ia harus dimiliki dan dinikmati selagi tidak melanggar batasan Syarak dan tidak melalaikan dari kewajipan dan tanggungjawab. Firman Allah;

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?’” (al-A’raf, ayat 32).

Khusus mengenai binatang, Allah berfirman; “Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (an-Nahl, ayat 8).

Dalam ayat di atas, jelas kepada kita bahawa Allah menjadikan binatang bukan sahaja untuk makanan atau tunggangan, tetapi juga untuk perhiasan kepada manusia, iaitu keseronokan manusia melihat dan memandangnya. Oleh itu, keharusan memelihara binatang bukan sahaja untuk tujuan menjadikannya sebagai makanan dan tunggangan, tetapi juga harus memeliharanya untuk tujuan perhiasan iaitu untuk melihat kecantikannya, mendengar kemerduan suaranya dan sebagainya. Maka menurut ulamak –berdasarkan dalil-dalil di atas- hukum memelihara burung di dalam sangkar (begitu juga ikan di dalam akarium) adalah harus dengan syarat kebajikan burung atau binatang peliharaan itu dijaga dan begitu juga dengan menjaga beberapa syarat yang lain.

Syeikh ‘Ahiyah Saqar (bekas pengerusi Lujnah Fatwa al-Azhar) dalam fatwanya menegaskan; “Di antara perhiasan (yang diharuskan) ialah beberapa jenis burung dan ikan, maka harus memiliki dan menjualnya selagi ia berada dalam batasan-batasan Syarak dan syarat-syarat yang ditetapkan iaitu;

1. Tidak bertujuan untuk bermegah-megah dan berbangga-bangga dan segala amal-perbuatan bergantung kepada niat masing-masing.
2. Tidak lalai/leka dengan kerana menikmati kecantikannya atau kesibukan menjaganya dari melaksanakan kewajipan Syarak atau tanggungjawab yang lebih utama.
3. Tidak mengabaikan kebajikannya seperti memberi makannya dan sebagainya.

Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; Aku mempunyai seorang saudara lelaki yang masih kanak-kanak (baru putus menyusu) yang diberi gelaran Abu ‘Umair. Ia memiliki seekor burung kecil (dipanggil an-nughair). Apabila Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wa salallam- datang dan melihatnya, baginda bertanya; ‘Wahai Abu ‘Umair, apa yang burung kecil kamu lakukan?’” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). (*an-Nughair menurut ulamak ialah burung kecil menyerupai burung layang-layang dan paruhnya berwarna merah. Penduduk Madinah dahulunya memanggilnya dengan nama burung al-Bulbul. Lihat; Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, bab Ma Ja-a Fi as-Solah ‘Ala al-Bust).

Imam ad-Dumairi dalam kitabnya yang masyhur “Hayat al-Hayawan al-Kubra” menegaskan; “Hadis di atas menjadi dalil harus kanak-kanak bermain dengan burung kecil”. Namun berkata al-‘Allamah Abi al-Abbas al-Qurtubi; “Yang diharus oleh ulamak ialah menangkap burung itu untuk berhibur/bermain dengannya. Adapun menyiksanya dan mensia-siakannya, tidak harus kerana Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- melarang membunuh binatang kecuali untuk memakannya”.

Wallahu a’lam.

.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/13706137201240124928noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5619223637433865169.post-33383046722322790322012-02-25T10:18:06.982+08:002012-02-25T10:18:06.982+08:00encik fauzi ... awak sedar ker apa yg awak komen n...encik fauzi ... awak sedar ker apa yg awak komen ni... bawak2lah bertobat.. jgn perlekeh hukum Allah.. buruk padahnya... tergelincir akidah.. terkeluar Islam bro..D-Onehttps://www.blogger.com/profile/01559811704680066645noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5619223637433865169.post-18679201933431149432012-02-25T10:17:21.824+08:002012-02-25T10:17:21.824+08:00This comment has been removed by the author.D-Onehttps://www.blogger.com/profile/01559811704680066645noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5619223637433865169.post-7772030785547079082011-10-15T15:45:01.583+08:002011-10-15T15:45:01.583+08:00En Fauzi,
Keras betul tanggapan hukum hudud awak y...En Fauzi,
Keras betul tanggapan hukum hudud awak ye....Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, anda nk tunggu Al-Quran yg diturunkan dalam bahasa melayu dulu ke baru nk ikut?
And apa maksud awak 'TERJEMAHAN AL-QURAN DIORNG'? awak cuba nk kata kitab Al-Quran yg selama ni kita dok baca ni dh dimanipulasi ke? atau awak nk ckp Al-Quran ni direka2 oleh orang Arab? Awak sedar x apa yg awak ckp ni?
Apa pulak mksud awak dgn statement 'MESTI ADA SOMETHING WRONG DENGAN TERJEMAHAN MEREKA'? awak cerita psl terjemahan Al-Quran atau pemahaman hukum hudud tu sendiri? dh beratus tahun org dok terjemah Al-Quran dr bahasa Arab ke pelbagai bahasa lain,you're telling me theyre all wrong?
Minta maaf, statement awak ni menyebabkan awak kelihatan seperti menolak mentah2 hukum hudud yg telah digariskan oleh Allah SWT. yg bersalah dlm pelaksanaan hudud hanyalah manusia yg menyalahtafsir dan menyalahgunakannya, bukannya hukum itu sendiri....please check your facts before making such horrendous statement, it could cost your Aqidah...ghostdarthttps://www.blogger.com/profile/17669625322906751923noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5619223637433865169.post-10667722629984928902011-10-15T13:41:17.458+08:002011-10-15T13:41:17.458+08:00Bro,
Semua org tahu tapi tak faham- segala perbua...Bro,

Semua org tahu tapi tak faham- segala perbuatan kita yg baik atau jahat akan mendapat pembalasan berkali ganda. Itu sebahagian dari sistem alam semula jadi yg Tuhan cipta sejak azali lagi. Hindu panggil hukum karma (bukan kamasutra)- buat baik balas baik buat jahat balas jahat.

Satu lagi contoh ialah negara2 Islam yg byk masalah dalam negara mereka seperti di Syria, Iran, Somalia, Arab Saudi, Yaman, Oman dsg.

Di sana, hukuman pancung kepala, potong tangan, sebat sampai mati, rejam dgn batu dsbg. dianggap oleh masyarakat sebagai satu bentuk hiburan. Mereka mahu melihat bagaimana rasa takut, kesakitan dan keseksaan yg dialami oleh pesalah.

Lancaulah nak kata undang-undang Allah ke ape ke? Yg menyokong hanyalah mereka yg suka melihat penyeksaan. Akibatnya sebagai pembalasan, negara mereka masih porak peranda, miskin, rasuah, pencabulan hak asasi manusia dn byk lagi masalah lain.

Cuba bro tgk Global Peace Index 2011. Tanpa undang2 'hudud', Malaysia termasuk dlm kumpulan Top 20 negara paling makmur di dunia. Arab Saudi? Ke-101 baiii....

Einstein pernah berkata:

"Insanity is doing the sama thing over and over again and expecting different results."

Kalau 1400 tahun benua Arab dan Parsi masih kucar-kacir, kenapalah kita nak ikut terjemahan Al-Quran diorang. Mesti ade something wrong dgn terjemahan mereka.Fauzihttps://www.blogger.com/profile/01339558219722248384noreply@blogger.com