Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Feb 4, 2014

Ulasan gua PRK Kajang




Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter.

1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin.

Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla.

Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antara Khalid dengan Azmin. Seperti Anwar mengimbangkan DAP dengan PAS.

Banyak rungutan terhadap MB yang kedekut terhadap parti. Dengan PRK ini, maybe peluang duit Selangor turun ke parti.

2. Dari sudut rakyat, kerosakan parti tidak wajar melibatkan rakyat. Masalah rakyat hanya dalam lingkungan kehidupan mereka sahaja. Jika Azmin + 12 ADUN lompat menyebabkan Selangor jatuh ke BN, berlaku lebih banyak kerugian, maka, rakyat berpandangan ini semua parti (PKR) punya hal. Mengheret rakyat. Rakyat tetap diheret dengan perihal parti punya hal. Sama ada besar (PRK Kajang) atau jauh lebih besar (Selangor jatuh).

Bagi pihak rakan sekutu PKR (PAS dan DAP), perihal Putraja dan juga Selangor bukan hak mutlak milik PKR. Apa sahaja strategi yang diputuskan PKR, rakan sekutu perlu setuju.

3. PKR tidak mempunyai ideologi. Satu parti yang bergerak laju berdasarkan populariti isu. Dalam melaksanakan satu2 tindakan berdasarkan keadaan isu semasa, apakah dia asas rujukan. Apakah dia falsafah yang menjadi pegangan. Buku dan methodeologi mana yang dirujuk. Dalil-dalil. Adakah tindakan yang diambil ini melanggar falsafah? Dan apakah falsafah yang dipilih PKR sebenarnya? Mendapatkan keadilan dan Putrajaya adalah target. Bukan ideologi.

Nathaniel Tan mempunyai perkara yang serupa dalam pembentangannya (Malaysiakini).

4. Bantahan sebahagian rakyat terhadap PRK Kajang ini boleh mengecil dengan 3 pembolehubah.

i. Media BN menyerang secara polisi / manifesto / aspirasi PR dengan hebat. Keadaan akan menjadi panas. Rakyat akan auto bangkit menyokong Anwar di Kajang demi melawan BN.

ii. Team jumud PAS ambil kesempatan serang dengan hebat. Keadaan akan menjadi panas. Rakyat akan auto bangkit sokong Anwar di Kajang kerana benci pandangan sempit dan kebelakang mereka.

iii. Pasukan PKR subversif melakukan i dan ii di atas.

5. Jika kita ambil mood rakyat TERKINI untuk mengeluarkan belanja dan menghabiskan masa keluar menghadiri demo / ceramah, ADALAH SERUPA mood rakyat untuk mengeluarkan belanja / menghabiskan masa untuk membuang undi; tidak mustahil BN boleh menang dengan tipis.

i. Cari kaedah untuk tidak berlaku keseluruhan No 4.

ii. Manipulasi SPR dengan pengundian dibuat hari bekerja yang sibuk.

iii. Manipulasi SPR dengan pengundian dibuat pada hari bekerja yang sibuk dan malamnya ada perlawanan bola sepak Selangor (Selasa).

6. Walau terdapat desakan dan keperluan oleh beberapa pihak, gua tidak setuju seandainya PSM bertanding di Kajang. PSM akan menjadi parti yang tiada beza dengan PAS (Kota Damansara dan Sungai Acheh) dan Semenyeh (PKR).

7. Apa pula hujah strategi, Putrajaya, bla bla bla dari PKR jika Anwar kalah PRK Kajang?

Wallahualam.

Pencemaran bunyi dari surau ajaran siapa?


Dalam isu pencemaran bunyi oleh speaker surau / masjid; Aktivis Kelantan (AK03) akan membantu penghulu dan masyarakat bukan muslim dalam mendapatkan hak mereka tanpa dimanipulasi sebagai anti Islam atau perkauman.

Isu pencemaran bunyi ini dipecahkan kepada 2 perkara.

1. Tafsiran agama.

i. Hanya azan yang termasuk dalam definisi seruan / panggilan. Yang lain tidak.

ii. Jemaah yang malas mengaji, menyampaikan tazkirah bagi mengimarahkan masjid tidak boleh melepaskan kemalasan itu kepada kaset yang dimainkan.

iii. Muhammad saw mengharamkan sesuatu penambahan dalam perkara ibadah.

iv. Muhammad saw mengharamkan sesuatu yang baginda tidak buat, tetapi menggunakan nama baginda bagi menghalalkannya.

v. Muhammad saw melarang membaca Al Quran dengan kuat berdekatan dengan orang yang sedang tidur (berehat).

vi. Allah mengharamkan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah.

2. Garis panduan PBT / Majlis Agama.

i. Takrifkan definisi speaker dalam undang2 kecil. Speaker jenis dalaman (untuk jemaah). Speaker jenis luar (untuk seruan / panggilan).

ii. Hanya azan sahaja dibenarkan menggunakan speaker jenis luar. Selain itu, menggunakan speaker jenis dalam.

Berasingan dengan hak bukan Islam yang dijamin dalam Islam di atas, Aktivis Kelantan juga mencadangkan hentikan trend masjid / surau menggunakan air cond demi alam sekitar.

1. Cadangan ini hanya tertakluk kepada masjid yang selama ini tanpa air cond tetapi diubahsuai demi air cond. Tingkap ditutup. Kipas dirombak dan sebagainya.

Tidak termasuk surau di shopping complek atau pejabat di mana reka bentuknya memerlukan air cond. Maksudnya, jika boleh elakkan, elakkan. Jangan sehingga jadi trend.

2. Alasan masjid Malaysia dibina ikut cuaca Malaysia adalah dangkal, lucu dan memandai2. Jika benar dibina ikut cuaca, maka tak perlu air cond. Sebab sudah sesuai.

3. Trend air cond ini hanya muncul 10 tahun terbaru. Sebelum ini masjid dibina ikut pengaruh timur tengah. Kubah besar di ruang solat dan paras syiling lebih 5 meter bertujuan menampung haba manusia yang akan lebih ringan dalam udara berbanding udara sejuk.

4. Air cond tanpa CFC bukan alasan mesra alam sekitar. 1 HP air cond menggunakan 746w. Darap sejam darap berapa jam sehari. Darap sebulan.

Satu masjid sederhana besar memerlukan lebih 15hp air cond. Berapa asap dan karbon diaksoda dilepaskan generator diesel? Berapa hutan ditenggelamkan utk membina hydro?

5. Hujah air cond tarik jemaah lebih ramai memang lucu. Sesuai IQ taraf Melayu. 1 HP air cond yg dipasang 8 jam sehari menggunakan RM40++ kos tenaga. 10 HP air cond memerlukan RM400 kos tenaga.

Jika sebuah masjid kehadiran penuh setiap Jumaat sebelum wujud air cond memungut RM1000, maka masjid yang juga penuh selepas wujud air cond membelanjakan 40% derma orang ramai pada minggu pertama untuk bil air cond sahaja.

6. Umat Islam zaman masjid tanpa air cond memerintah 2/3 dunia. Tahan lasak. Umat Islam zaman masjid air cond (termasuk penulis) demonstrasi 2-3 jam kemudian pulang.

Aktivis Kelantan (AK03) memohon ulama aliran pemikir yang berpengaruh seperti MAZA dan Saiful Islam dapat mengulas perkara ini sekaligus memberikan pendidikan sama ada kepada kami (Aktivis Kelantan) mahupun umat Islam.

AdukaTaruna
Aktivis Kelantan