Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Bacaan perwakilan : Preview Amar | Sabu | Ibrahim | Salahuddin | Mahfuz | Husam

Oleh : AdukaTaruna Ini adalah tulisan jujur setakat yang gua tahu dan kenal. Dari sudut gua sendiri. Mungkin berbeza dari sudut orang lain. Gua akan tulis dalam 4 asas. Peribadi setakat gua kenal. Intelektual setakat gua kenal. Keagamaan setakat gua kenal. Aktivisme setakat gua kenal. 1. Nik Amar. Peribadi yang gua nilai dalam tempoh yang pendek. Intelektual, keagamaan dan aktivisme yang gua kenal sama seperti pembaca. Kita boleh menilai sendiri. Ianya wujud jika ianya wujud. Kerana ianya adalah sifat luaran yang terpamer. Peribadi : Jika 10 adalah terbaik, gua letak skala 7. Tetapi, gua nilai peribadi Nik Amar dalam tempoh hampir 2 jam sahaja. Dialog tertutup di pejabatnya. Orang yang tenang, senyum dan boleh menerima budaya bahas | dialog. Apatah lagi cara anak muda. Memang gua tak setuju dengan banyak perkara dalam dialog tu sampai tahap bertekak. Tapi, masalah hujah adalah terkeluar dari tajuk peribadi ni. Intelektual : Jika 10 adalah terbaik, gua letak skala 3. Tiada