Rabu 23/10/13. Kota Bharu. Aktivis Kelantan (AK03) hari ini mencatat satu resolusi desakan terhadap Bajet 2014 yang dijangka dibentangkan Perdana Menteri Jumaat ini. Resolusi 5 perkara itu dicatatkan di Bulatan Jam Besar Kota Bharu. Ketua Mahasiswa Islam AK03, saudara Nik Aziz Kias, 20, berkata, terdapat 4 pecahan yang dicatatkan di bawah perkara pendidikan tinggi. "Kami mendesak Bajet 2014 memastikan tiada caj tambahan kepada peminjam PTPTN, kawalan kerajaan terhadap yuran, mengkaji kriteria kemasukan IPTA dan mengkaji sistem pemilihan jawatan awam." Penyelaras Mahasiswa AK03, saudara Wan Muhiddin Asyarafi, 22, berkata desakan ini mengutamakan projek untuk Kelantan yang tidak dilaksanakan dalam beberapa Rancangan Malaysia sebelum ini. "Kami mendesak Bajet 2014 melaksanakan janji dalam Rancangan Malaysia sebelum ini, bayar royalti petroliam mengikut perjanjian, melaksanakan penguatkuasaan terhadap jenayah berdasarkan laporan audit negara dan mengiktiraf kehendak suk