MERDEKA : Cadangan format negara Malaysia di masa hadapan. PERTAMA, Ini adalah bacaan yang panjang dan berat. KEDUA, ini adalah cadangan yang dikemukakan secara ilmiah di bawah demokrasi negara. Ada 2 perkataan. REPUBLIK dan PEKERJA. Satu konsep sebuah negara. Yang dicadangkankan paling adil untuk manusia di dalamnya. Republik Pekerja Malaysia. Republik bermaksud tiada raja. Satu susuk pemerintahan yang tidak boleh dijatuhkan dari mana-mana saluran pemilihan. Saluran demokrasi. Ini sistem yang tidak adil. Rakyat perlu mempunyai sistem tersusun dan bertamadun untuk menukar siapa sahaja yang mereka tidak setuju. Pekerja bermaksud rakyat yang berusaha. Dengan titik peluh. Dengan keringat. Konsep PEKERJA ini akan diangkat menjadi satu falsafah utama dalam pembentukan negara yang dicadangkan ini. Malaysia adalah satu negara yang terhasil, hasil dari kemenangan British, penjajah Tanah Melayu ketika itu, meletakkan bonekanya bernama UMNO menjadi agen pemerintah. Masa tidak dapat diundu