Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

May 30, 2013

23 Jun 2013 : Ayuh cipta sejarah Malaysia!!


Seruan untuk seluruh rakyat Malaysia!! Mohon sebarkan!!

9.00 mlm (23 Jun)

- Kehadiran aktivis dari seluruh Malaysia.
- Gambar / laporan WAJIB sentiasa diupload dlm FB . Blast habis2an.
- Ucapan aktivis
- Persembahan aktivis seni
- 12 malam berhenti. Tidur dan berjaga secara bergilir
- Jika ada tangkapan atau halauan; prinsip yang digunapakai ialah bertahan sehampir mungkin dengan pintu parlimen. Dan selama mungkin sehingga pagi esok.

8.00 pagi (24 Jun)

- Ketibaan Ahli Parlimen
- Kutipan tandatangan Ahli Parlimen yang setuju dengan objektif (SPR & JPN)
- Gambar / laporan WAJIB sentiasa diupload dlm FB . Blast habis2an.
- Kenyataan media bersama
- Menilai jumlah kekuatan (*)
- Jika ada tangkapan atau halauan; prinsip yang digunapakai ialah bertahan sehampir mungkin dengan pintu parlimen. Dan selama mungkin.

Cara tegakkan Islam : Anda pilih yang mana?

[1]
Allah create sunnah alam. Lemah banyak dari kuat. Bodoh banyak dari pandai. Nyamuk banyak dari katak. Rumput lagi banyak dari kambing. Allah kata, kalau ikut majoriti, kamu pasti akan sesat. Allah create plak kaedah nak dapatkan sistem universal (Islam). Semuanya melalui revolusi. Ada ganas, darah, air mata, perang, etc. Dari kaedah itulah, terhimpunnya Al-Quran dan hadis.

Hari ini, ulama penghafal guna Al-Quran dan hadis yang diturunkan dari pembolehubah revolusi untuk dipaksakan kepada pembolehubah suara majoriti. Undi jari. Sebarang kesilapan ulama penghafal, mereka pantas meletakkan Allah dan Muhammad SAW di depan mereka bagi membentengi mereka dari kritikan dan kehinaan. Ayat lainnya, Allah dan Muhammad SAW disalibkan para ulama bagi menebus dosa mereka.

[2]
Ada satu jemaah Islam (A) yang sengaja tidak dinamakan dalam N3 ini. Puluh tahun dahulu, mereka menolak kaedah ikut majoriti untuk menegakkan Islam. Untuk memilih revolusi pula mereka tidak mampu. Atau belum dijelmakan kemampuan itu.

Maka, mereka pilih jalan melalui penambahan ahli jemaah. Mereka memilih lokasi tertentu. Dan membentuk 'negara' mereka sendiri. Sistem pendaftaran perkahwinan mereka sendiri. Sistem pendidikan mereka sendiri. TV dan radio mereka sendiri. Bahan bacaan mereka sendiri. Ekonomi mereka sendiri. Dari mee sampai ke teknologi pembuatan. Malah menghukum kesalahan ahli dengan perundangan mereka sendiri.

Mereka ini tidak sesat. Sehinggalah jemaah mereka membesar sehingga mengumumkan teori RAHMAN, sekaligus melawan Tun Dr Mahathir ketika itu.

Jemaah ini tidak tahu, method mereka hampir sama dengan komunis. Berasal dari perkataan community. Apatah lagi ulama penghafal. Mereka hanya belajar dari Tok Guru yang berlebih2an dalam perkara yang mereka tidak tahu. Pada mereka komunis itu tiada agama. Tidak bertuhan. Sedangkan komunis itu adalah kaedah.

Sesungguhnya ahli kitab itu kebanyakkan mereka berlebih2an dalam perkara yang mereka tidak tahu. Mereka itu lahir dari anak2 yang hanya berkemampuan untuk menghafal.

[3]
Ada satu jemaah Islam (B) yang juga sengaja tidak dinamakan. Mereka menolak kaedah majoriti untuk menegakkan Islam. Namun, tidak jelas mekanisme yang bagaimana logiknya untuk menegakkan Islam selain dari kaedah pilihanraya yang mereka tolak.

Kelebihan jemaah ini ialah konsisten berdakwah di kalangan muslim. Mereka lebih kepada kursus diri dalam mencari identiti Islam dalam diri. Tidak mempunyai produk. Kurang kekuatan bermuamalat.

[4]
Ada satu jemaah Islam (C) yang dinamakan PAS. Mereka memilih majoriti dalam menegakkan Islam. Al-Quran dan hadis yang turun atas kapasiti revolusi nabi-nabi, dipaksakan ke atas kapasiti suara majoriti. Ulama mereka menghantar Allah dan Muhammad saw sebagai tentera salib terhadap kumpulan yang mempertikai mereka.

Jika rakyat biasa mengkritik sunnah, mereka akan jatuhkan hukum murtad, kafir dan halal dibunuh. Tetapi, apabila mereka mengkritik Muhammad saw, mereka adalah maksum.

Akhir kata, wahai ulama2 yang lahir dari pukimak, mengkritik jalan revolusi adalah mengkritik Muhammad SAW. Tiada beza kamu dengan yang lain, kerana kita semua lahir dari puki seorang mak.

Terkesima?

May 21, 2013

Tahukah anda?

1. Kabinet Kelantan dibentuk sebelum ayam berkokok?

Sabar. Jangan gopoh.

2. Kabinet Kelantan bukan dibentuk oleh Parti Islam SeMalaysia atau rakyat Kelantan. Tetapi seorang Seltan dan keluarganya.

Ini bermakna rakyat Kelantan terpaksa melalui kabinet kaum keluarga sepanjang 5 tahun.

3. Kerusi Temerloh dan Pasir Mas atas kapasiti Jawatan Ketua Pemuda PAS dan Timbalan Pemuda PAS.

2 jawatan itu pula dimenangi oleh Tantawi dan Nik Abduh tanpa bertanding. Menggunakan istilah Islam iaitu syura.

Istilah profesionalnya ialah rundingan sesama sendiri untuk mengagihkan jawatan sesama sendiri dengan mengkhianati perlembagaan parti iaitu hak perwakilan untuk mengundi pemimpin mereka sendiri.

(Dibetulkan pembaca. Nik Abduh bertanding.)

4. Individu yang menganjurkan teori jalan raya untuk mengubah negara, bukan pilihanraya; dikatakan sudah melarikan diri selepas Adam Adli ditahan polis.

Lari keluar negara untuk mengubah negara adalah teori terbaru dari beliau!

May 20, 2013

Kawan si Adam Adli.

(1)
Alhamdulillah. Gua dikurniakan kesempatan untuk Himpun Solidariti Bebas Adam Adli selama 2 malam di Lokap Bersepadu Jinjang.

Kalau gua di Kelantan, memang sukar gua ke KL. Tapi gua berada di Shah Alam sehari awal sebelum Adam ditangkap kerana adik gua konvo.

(2)
Gua just nak share. Pengalaman peserta solidariti Adam ni.

Memang ramai di kalangan peserta adalah rakan Adam sendiri. Tapi rata2nya hadir atas prinsip isu.

Cina2 dan India2 semua tu hadir bukan sebab Adam pun. Tapi atas falsafah isu.

(3)
Ramai juga kategori aktivis tua yang tidak mampu tidur di lokasi himpun, datang dengan membawa makanan dan minuman. Kira memang mewah lah.

DBKL pun gua tengok bertolak ansur. Polis pun just berkumpul dari jauh jer. Cuma ada kedengaran beberapa pihak mahasiswa tidak hadir kerana personal. Bukan kerana falsafah isu.

(4)
Sebelum orang salah faham bahawa aktivis adalah golongan tak bekerja, gua catit di sini, hampir kesemua kat situ bekerja.

Menariknya seolah2 ada syif giliran. Ada kumpulan pulang. Dan ada kumpulan yang baru hadir. Jumlah kesemua mereka pada satu2 masa seramai 30 -+.

Kekuatan mereka adalah bujang. So, mereka tidur dan bangun terus ke tempat kerja.

(5)
Gua berpendapat, cerdik pandai dlm perundangan, perlu memikirkan mekanisme bagi meminimumkan ruang buli dan khianat dalam sistem siasatan negara.

Contohnya, jika kerajaan (parti memerintah), ingin mengenakan si Abu, maka si Abu ditangkap atas satu alasan perundangan tertentu.

Kemudian, dapatkan tahanan reman 2-3 hari. Kemudian bebas tiada kes. Jika diperingkat ini, si Abu telah pun dibuli dan dikhianati dengan dilokap selama 3-4 hari. Diri yang telah diburukkan oleh media.

Atau terpaksa melalui pendakwaan kes lemah. Bertahun2 baru disahkan bebas. Ini adalah unsur buli dan.khianat kepada rakyat.

(6)
Gua tak perlu ucap kepada Adam Adli. Tapi, kepada bakal2 Adam Adli, anda adalah harapan kami sebab korang semua masih bujang. Hahaha...

May 16, 2013

Beza aktivis dan politikis

Politikis : Bekerja untuk menyusun kekuatan kumpulan masing-masing dalam pangkat dan kuasa. Mempergunakan isu rakyat dan populis bagi tujuan itu. Disokong majoriti rakyat Malaysia.

Aktivis : Memperjuangkan isu rakyat kerana kehendak jiwa. Ikut kemampuan masing2. Bebas tidak bersetuju dengan mana2 pimpinan politik. Disokong minoriti rakyat.

Di bawah adalah gambaran isu rakyat (Royalti di mahkamah) selepas PRU. Dari 1.5 juta rakyat Kelantan, 100 000 ahli parti politik, hanya aktivis kekal hingga ke titik terakhir.






May 15, 2013

TGNA diperguna dan diketepi?

Disampaikan ke gua, Majlis Jasamu (TGNA) Dikenang, dibuat bagi mengenakan Husam. Dalam majlis ini, Husam tidak hadir, TGNA diberikan kerusi tepi, dan pertanyaan media dijawab sepenuhnya oleh Nik Amar.



Meluat dengan Setpol Azizan

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Memula lagi nak belasah. Tp gua silap langkah. Gua plak kena belasah. Takper.. Padan muka gua dulu. Hero tamil memang kalah dulu.

Tapi makin hari makin banyak kenyataan dan cerita cover line tentanf Azizan, menyebabkan gua meluat yang meluap2. Hari ni gua nak luahkan berbulu gua.

[2]
Hari pertama gua keluarkan kenyataan padan muka kalah PRU dengan bekas MB Kedah yang baik dengan orang2 dia tapi sombong dengan rakyat yang lain. Dengan exco sendiri pun bergaduh, inikan pula dengan mahasiswa KUIN apatah lagi NGO ANAK pasal saham Felda.

Hari seterusnya, Setpol Azizan buat benda bodoh. Publickan / awamkan berita Azizan tenat.

Member doktor Spital Penang kol gua mengadu. Setpol paling bodoh dalam sejarah. Nak cover line kalah, pergi rasmikan berita Azizan tenat.

Azizan memang turun kesedaran diri. Tapi bukan koma apatah lagi tenat. Hanya kencing manis. Bila rasmikan Azizan tenat, boleh bayangkan hospital jadi huru-hara. Beribu penyokong berkumpul. Orang2 besar nak melawat etc.

20 lebih kelahiran terganggu. Pesakit kronik kena alih katil sana.sini. Jadual doktor kena susun semula. Kes cemasan pending.

Weii bangsawan dan elitis bodoh. Bayangkan kalau TG Nik Aziz dirasmikan di media awam tenat di HUSM Kubang Kerian. 1 nyawa punya pasal, beratus nyawa boleh huru-hara.

Gua apa lagi, terus maki dalam fesbuk. Sekali kaki Azizan dipotong. Padan muka gua. Silap. Kena belasah baik punya. Terpaksa senyap dulu.

[3]
Eh... Makin hari makin melampau team Azizan ni. Keluar cerita sedih2 simpati dan nostalgia kehebatan Azizan plak hari2. Siap siri dalam Sinar Harian.

Kalah lebih baik katanya. Ayah hang. Kalau gitu apsal tak letak jawatan dan amanah tu awal2. Bagi kat orang yang kata menang lebih baik.

Bila dah out of control, kalah lebih baik lah. Hikmah Allah lah. Bukan kalah, tapi belum menang lah. Pundek punya golongan agama.

Bayangkan perang Uhud dulu. Bila golongan A tinggalkan medan untuk berebut ghanimah. Pastu kalah perang. Pastu bagi alasan, inilah hikmah Allah. Bukan kalah, belum menang jer.

Puii... Meluat. Hikmah dan takdir tu kerja Allah. Jangan jadikan agama sebagai candu khayal. Kerja manusia yang Allah suruh, jangan jadi bodoh, zalimi diri dan orang. Jangan berlagak. Angkuh.

Sendiri silap dan lemah, tapi bermati2 nak kuasa dan jawatan. Bila kalah, tuduh dan hina Allah sebegitu. Tiba2 dalam Islam, Allah plak jadi Jesus kena salib nak hapus dosa ulama. Memang golongan ulama yang pundek.

[4]
Banyak kes Azizan angkuh ni. Dengan media secara keseluruhan angkuh, dengan mahasiswa, dengan GLC, dengan ketua kampung, dengan NGO2 rakyat. Dengan jentera sendiri. Dengan exco sendiri.

Tunggu satu persatu dibongkarkan. Ianya adalah sejarah yang perlu ditulis dan dipelajari. Bukan disenyapkan dan disapu bawah karpet.

May 14, 2013

Masker Anti Racist.

Kita semua saudara. Asal Adam dan Hawa. Darah semua kaler merah.

Sempena 13 May ni, gua lancarkan produk yang benar2 tolak perkauman. Yang Melayu akan jadi Cina. Cina akan jadi Melayu. Infia akan jadi Iban. Semua sama.

Email gua untuk harga. Terbukti secara klinikal bergambar. Yeyah!


May 12, 2013

KB Mall bergelap.

Kempen gelapkan shopping complex utama di ibu negeri seluruh negara.

KB Mall Blackout. 11/05/13. 8 malam.















May 9, 2013

Husam dan istana

Mudah2an ini N3 terakhir gua buat berkenaan isu Husam. Sebab kalau gua layan banyak sangat gua bimbang perjalanan perjuangan Royalti jadi terganggu.

Dakwaan mengatakan begini. Husam tidak disukai Sultan kerana rapat dengan Kuli dalam isu Royalti. Pangkat Datuknya hampir ditarik jika tidak kerana Sultan hormat dengan Tok Guru.

Jika ditanya kepada gua soal logik, gua mengatakan YA memang logik. Tiada mustahil dalam politik.

Tapi dijelaskan sekali lagi, stand gua dalam isu ini ialah kerja peralihan kuasa macam budak2. Tiada audit. Buat nak cepat.

Gua bayangkan flow sepatutnya berlaku. Ini benda besar. Bukan benda kecil.

1. Husam PJ PAS no 2 dalam hiraki PAS Kelantan dan Naib Presiden PAS yang diundi oleh ahli. Konsep PAS ialah parti yang memandu pemerintahan.

2. Panggil Husam melalui surat dan audit. Bukti notis sudah dikeluarkan.

3. Jelaskan fakta istana tidak mahu Husam. Minitkan mesyuarat itu.

4. Perincikan. Istana tidak mahu Husam MB atau TMB atau exco atau kesemuanya. Kuasa sultan hanya MB.

5. Tuan punya badan berhak memberi idea. Katakan hantar senarai Husam sebagai MB atau TMB atau Exco dulu. Minitkan mesyuarat.

6. Selepas dihantar, Sultan tolak yang mana? Audit. Kalau Sultan tolak semua asalkan Husam, maka PAS menghadapinya di depan Husam.

Sebab itu pelik. Sejarah peralihan kuasa paling hina dalam PAS dan.mengaibkan untuk bacaan sejarah anak Kelantan.

Azmin Ali MB Selangor.

Mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat setuju menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Agensi Berita Fakap

Rumah aktivis R hangus

Rumah aktivis R hangus dijilat api. Cabang 3. Pengkalan Chepa. Kelantan.




Selamat berjuang Abang Tak

Saya pasti dan yakin Abang Tak akan jadi calon lagi PRU14 akan datang. Abang Tak kena cari parti lain untuk ditipu plak.


May 8, 2013

Isu Husam : Stand gua.

[1]
Walau macam poyo dan koya, gua mulakan N3 ni dengan; gua tolak permintan kawan2 untuk lead Kelantan Reform (reform keseluruhan bukan Husam semata).

Sebab macam tak kena. Anak Kelantan sendirilah yang kena duduk depan. Kalau tiada, takan gua plak nak memandai2.

[2]
Terlalu ramai bertanya stand gua tentang ini. Cuma gua kalut di Seremban. Dan alhamdulillah, gua dah ada di KB.

Pertama, gua tak kisah sama ada Husam atau tidak. Gua dan isteri tetap hidup begini. Still tumpang rumah mak mertua.

Kedua, dari segi perjuangan Royalti, maybe terjejas sedikit sebab Husam AHLI dalam isu teknikal seperti ini.

Ketiga, gua catatkan di sini untuk bacaan anak cucu Kelantan, peralihan kuasa selepas era TGNA dibuat macam budak2 takut hantu.

1. MB angkat sumpah dalam keadaan macam tergesa2. Sultan duduk atas sofa 3 muatan. Sebelah TMK duduk sofa 1 muatan. Depan sofa ada meja kopi. Selepas meja kopi baru berdiri MB angkat sumpah. Gambar tu tiada dlm HP gua. Gua taip N3 ni guna HP. Siapa ada, tolong bagi link.

2. Amalan biasa MB angkat sumpah. Exco dipilih selepas mesyuarat bersama2. Hampir seminggu selepas MB. Tapi, MB baru dan exco dibuat serentak. Tergesa2.

3. Jika UMNO menyebarkan fitnah air liur, maka ulama PAS pun serupa. Contoh :

UMNO kata Anwar zina atau liwat. Saksi tiada. Video meragukan ada.

Ulama PAS sebar air liur Sultan potong nama Husam. Bukti tiada. Audit kertas yang ditolak sultan pun tiada. Perkara sebesar peralihan kuasa dilakukan tanpa audit. Secara budak sekolah pilih ketua kelas.

Ahli PAS suruh gua tanya sendiri sultan. Terkesima gua. Tukang fitnah tak perlu kemuka bukti. Yang mendengar fitnah kena cari bukti sendiri. Nak lawan tak boleh. Diorang ulama. Masuk neraka.

4. Husam pemalas hadir mesyuarat. Kalau dia tak hadir selepas dipanggil, memang padan muka Husam.

Tapi mana audit surat panggilan mesyuarat? Tiada. Gua catat sejarah ini untuk bacaan anak Kelantan masa hadapan.

5. Gambar exco angkat sumpah ada. Gambar majlis selepas diterima sultan akan senarai yang diserahkan memang lah ada. Tak siapa pertikai benda tu.

Tapi pemilihan exco yang pelik dan paling hina dalam sejarah Kelantan. Dilakukan secara budak2. Dan tanpa audit.

6. Memang banyak hikmah Husam tidak lagi exco. Tapi hikmah kerja Allah. Kerja manusia yang diarahkan Allah ialah jangan tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.

7. Surat perletakan jawatan pemandu Husam oleh SUK bertarikh sebulan lepas. Ianya notis sebulan. Wujudkah perancangan awal?

8. Sultan hanya mempunyai kuasa memilih MB. Sejak bila sultan mempunyai kuasa memilih exco? Dan sejak bila ulama PAS meletakkan Sultan lebih dari hujah agama Islam? Lama dah keyy..

Bersambung....

May 7, 2013

Muhyiddin Yassin bakal Perdana Menteri

Muhyiddin bakal Perdana Menteri. Tiada lagi slogan 1 Malaysia kerana gagal tarik kaum Cina.

Muhyiddin Yassin dikatakan akan menggantikan Najib Razak dalam pemilihan UMNO depan. Satu lagi peralihan kuasa.

Semua pimpinan tertinggi yg jadi Pengerusi BN negeri sasaran berjaya. Perak, Kedah dan Terengganu.

Najib yang diamanahkan menjaga Selangor, kalah teruk. Secara keseluruhan, rekod Najib menyaksikan parlimen hilang 7 berbanding Paklah. DUN hilang 77 berbanding Paklah.

Seluruh saluran televisyen merakamkan wajah mencuka Najib bersama Rosmah ketika pengumuman BN membentuk kerajaan.

May 6, 2013

PRU13 : Pendapat gua

[1]
Pertama sekali, gua ucapkan fakap kepada JPN dan SPR kerana pilihanraya di luar tamadun manusia. Dakwat tak kekal untuk pengundian berganda dan pemberian IC kepada warga asing menjadikan mereka pengundi sah. Kedaulatan negara yang diinjak2.

Kedua gua ucap takziah kepada BN kerana walau pelbagai teknik kotor dan salah guna kuasa, majoriti parlimen mereka merosot.

Ketiga gua ucap padan muka pada PAS Kedah sebab kalah. Supaya Allah menjelaskan batil itu jelas kebatilannya. Dan semoga Allah membersihkan jemaahNya dengan takdirNya itu.

Keempat, gua sedih sebab PR gagal di kerusi negeri terutama Melayu Hutan. Dan tajuk keempat inilah yang gua nak share.

[2]
Pada pendapat gua, kegagalan PR untuk tajuk keempat di atas adalah kerana faktor tersebut.

2.1 Hebat menyerang. Terlupa bertahan.

PR dalam aspirasi mereka terlalu hebat menyerang. Terutama isu nasional. Tetapi, mereka tidak bersungguh bertahan dalam isu yang musuh guna. Di antaranya :

DAP - Cina - Negara Kristian - Kalimah Allah

Isu perkauman ini sangat laku, mudah dijual di kalangan capaian intelek Melayu. Sejarah membuktikan swing Melayu berpaksi atas isu ini.

A. Melayu swing ketika Natrah

B. Melayu swing bila isu Kuli pakai tengkolok Kristian

C. Melayu swing ketika di awal pemecatan Anwar kerana Anwar dilihat tokoh Melayu dan Islam ketika itu.

D. Melayu swing bila isu pelayar solo dikatakan murtad di zaman Paklah. Sampai Paklah terpaksa jemput si pelayar tu dalam satu majlis untuk declair status pegangangannya.

Walau status kebenaran isu2 ini boleh dibahaskan, tetapi isinya ialah, dengan capaian intelek Melayu dan capaian maklumat Melayu ketika ini, terutama Melayu Hutan, isu perkauman dan agamama sangat2 memberi kesan terhadap Melayu.

Bersambung... Data Tenet dah habes. Jangan lupo malam ni. Sesi mengumpek. Insyaallah.


Siapa MB Kelantan?

Ofkos ramai yang masih mahukan TGNA. Tapi kesian la weii orang tua tu. Nak menangis pun ada bila tenaga dia kena perah sana sini. Nak2 lagi time pilihanraya.

Mengikut tinjauan rakan Kelantan sekeliling (ramai rakan sekeliling gua bukan aliran agama), rata2 mahukan Husam.

Tapi di Kelantan ni, gua nampak, golongan bukan agama terbuka kalau golongan agama menjadi MB. Cuma golongan agama memberontak sekiranya bukan agama  menjadi MB. Ini mendatangkan mudarat.

So, gua tanya ke rakan2 Kelantan soalan begini :

"Selain Husam dan mahu ahli agama, demo nak siapa MB Kelantan kalau bukan TGNA?"

Kebanyakannya jawab Ust Nasrudin Speaker. Gua tak kenal dia. Dia pun tak kenal gua. So, no komen.

Cumanya, gua berharap, jika berlaku perubahan, exco ekonomi harus dikekalkan kepada Husam. Gua tak nampak lagi sesiapa setakat gua menulis N3 ni.

May 4, 2013

Padan muka anak Kelantan

Tadi bas gua singgah Hentian Putra. Kecoh bercakap pasal bas anak Kelantan kena sabotaj. Seb baik gua tak pakai baju BN time tu.