Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Mar 5, 2013

Cadangan redakan konflik Lahad Datu.

Jangka masa pendek.

1. Oleh kerana ianya adalah perang saudara muslim Sulu dan muslim Malaysia.

Gua harap ulama Malaysia dapat panggil ulama sulu untuk satu hujah agama. Atau deklarasi.

Gugurkan hujah agama itu melalui udara dalam bahasa Sulu dan Malaysia.

Mudah2an pengikut Sultan kembali ke hujah agama. Baik buruk tindakan mereka. Sultan2 ni memang berhala yang menyusahkan.

2. Media Malaysia perlu elak memfitnah pemberontak seperti perompak bank, etc. Ianya hanya menyebabkan pemberontak lebih berasas untuk memberontak. Mereka akan menyangka mereka di pihak yang benar.

3. Kekalkan tindakan polis bukan tentera semampu mungkin. Untuk mengelakkan Sulu mendakwa ianya satu peperangan.

4. Buat pungutan suara. Suara majoriti yang dilakukan secara demokrasi akan menyebabkan negara pro demokrasi dan hak asasi dunia menghormati keputusan itu.

5. Highlight kan PDRM keturunan Sulu sebagai doktrin bahawa pergerakan mereka tidak disokong oleh semua Sulu.

6. Kutbah Jumaat harus membentangkan hujah Lahad Datu haram diperangi.

Jangka masa panjang.

1. Hukum pengkhianat yang terlibat dalam projek bagi IC.

2. Siasatan Diraja terhadap pembabitan kuasa politik yang terlibat.

3. Batalkan perjanjian yang ada dengan Sulu / etc dengan pungutan suara rakyat.