Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jan 29, 2013

Kisah keretapi di Ganu

Satu lewat malam, gua ambil baju R di Wakaf Che Yeh. Naik motor jer.

Lepas tu gua chow ke Padang Tembak. Sampai KAMDAR, gua nampak seorang pemuda berkopiah jalan laju.

Nak berhenti ke tak nak. Tolong kang kena rompak plak gua. Memandangkan gua selalu rasa susah jalan kaki ni, gua berhenti dan.buat2 garang.

"Mmano bey?"

"Dusung Raje." (dialek Ganu. Gua tak pandai sangat taip semula dialek ni.)

"Buat apa situ?"

"Kite ngaji situ. Madrasah."

"Pondok ke?"

"Bukan. Madrasah." (Apa beza pun gua tak tahu.)

"Mari aku tumpangkan. Tapi mu bawak. Aku duduk belakang. Sori la. Aku tak caye sangat. Skang macam2." (Apa2 hal senang gua cekik leher dia dari belakang)

Sepanjang perjalanan kitorang berbual2. Dia jalan kaki dari stesen bas KB sebab teksi mahal waktu malam. Antara lainnya...

"Kelantang skang ada traing (train)."

"Lama dah. Kat Wakaf Bharu."

"Eh... Satu Klatang ni bang. Ganu pung same."

"Ganu mana ada train." (Mamat ni telan pil kuda ke apa?)

"Ada. Serupe je. Dulu traing basikal pixie. Lelaki rambut kaler2."

"Trend! Cakap la musim. Ak alaa.. Aku mana faham english Ganu."

Last2.. Kitorang kena tahan polis. Naik motor mencurigakan. Yang belakang pakai helmet. Yang depan tak pakai. Bawak pulang karung warna hitam.

Kad pengenalan sorang N9. Sorang Terengganu. Spotcek karung ada baju royalti. Puas yakinkan polis. Macamana boleh naik motor bersama. Seb baik kena sound jer. Tak kena saman.


Jan 16, 2013

Nama anak kedua gua ialah .....

[1]
Nama saintifik adalah nama penuh yang lengkap. Bila lengkap, ianya mestilah panjang. Nama panggilan kepada nama penuh adalah nama yang diambil dari sebagaian nama penuh. Itu atas kertas. Cuma, dalam budaya nama panggilan adalah ikut suka.

[2]
Remaja lagi gua dah ambil keputusan untuk memulakan keturunan gua sendiri. Sama seperti Wan / Nik / Meor dan sebagainya. Takdirnya, nama isteri gua ialah Khairuz dan gua Khairul. Khair adalah word Arab. Bermaksud baik.

Untuk memulakan keturunan anarki gua, gua tidak mahu ada 2 unsur Arab dalam nama penuh setelah Muhammad digunakan bagi melambangkan identiti agama. So, gua putuskan hanya guna KHAI sebagai nama baka / anarki / keturunan.

[3]
Selepas nama baka, nama identiti agama. Maka, Muhammad dipilih. Katakan anak gua esok lusa kerja di planet Marikh bersama makhluk Marikh, nama Muhammad tersebut akan dikenali di sana sebagai muslim bersaudara dengan makhluk Marikh yang Islam. Semoga dia malu dengan nama Muhammad itu kalau2 dia terdorong untuk berbuat jahat. Amin.

[4]
Selepas nama agama, barulah nama sebenar. Nama sebenar gua pilih harus melambangkan geografi dirinya. Anak gua lahir di Kota Bharu. Nusantara. Takan nak letak nama Jean Francoise? Mudah2an jika dia menjadi some body suatu hari nanti, katakan peringkat dunia, nama geografi itu akan membawa dia ke asal usulnya. Berasal dari Nusantara rupanya si tokoh ini. Ada video bagaimana dia keluar dari perut ibunya. Bla bla bla.

Jadi kesimpulan setakat ini ialah KHAI (identiti baka) MUHAMMAD (identiti agama) QURSANY (identiti geografi).

[5]
QURSANY / Kersani / Kursani adalah sejenis logam yang hilang dalam dunia Nusantara. Banyak ilmu Melayu hilang sebab Melayu malas catit buat kitab. Logam ini bersifat kepahlawanan. M Nasir ada mengabadikan nama logam yang hilang ini dalam lagunya.

Hei.. Kersani.. mengalirlah dikau..

Anak kedua gua adalah lelaki. 3.47. Kedua-dua anak lelaki gua lebih due selama seminggu. Anak pertama diteran ketika 10cm. Anak kedua diteran ketika 7cm. Ini sebahagian kecil asal-usul yang gua catit.

Anak kedua Taruna bermaksud jantan / lelaki.
Anak kedua Qursany bermaksud logam dunia kepahlawanan Melayu yang sesuai untuk jantan / lelaki.

KHAI MUHAMMAD QURSANY

Terbuka untuk bantahan / cadangan para pembaca semua. Sebelum gua daftar sehari dua lagi.

Alhamdulillah. Tahnik anak kedua.

Ini bukan majlis khas. TGNA tak kenal gua. Gua plak takan gunakan TGNA untuk imej gua.

Cumanya Allah mudahkan gua. Tq Allah. Anak gua lahir 13.1.13. Ni kalau no plate, TMJ kompom nak beli dgn gua. Lahir jam 9 malam.

Esok tu bini dah boleh balik. Sehari sebelum, HKR. Dan kereta SU R kena serang di Gombak oleh Melayu2 jakun.

Jam 4 petang pada hari keluar hospital, R berjumpa dengan TGNA untuk sidang media pasal serangan dan memaklumkan perihal budak2 Kelantan yang kayuh basikal KB-KL.

So, dengan bantuan R, gua ambil kesempatan tahnik anak selepas Asar dan sebelum sidang media. Di Masjid Pulau Melaka.








Bola : Bila JDT vs TRW

[1]
Duduk Kelantan ni, susah hiburan negatif. Bukan takda. Kalau nak cari.memang ada la. Tapi payah.

Di negeri UMNO, karaoke terbuka bebas, disco, wayang, etc. Di Kelantan nak buat wayang bleh. Ada syarat2 tambahan la.

Keadaan itu berbelas tahun menyebabkan anak muda Kelantan berpusu ke sukan positif. Terutama bola.

Di sini budaya bola memang gile. Dulu ada 2 tayangan serentak, Man Utd lawan Liverpool dan Kelantan lawan Terengganu. Semua kedai makan penuh dengan tayangan Kelantan lawan Terengganu.

[2]
Duduk Kelantan dah masuk tahun ke 4. Menyebabkan gua pun sedikit sebanyak ambil cakna terhadap TRW.

Tahun ni lagi la. Sebab Johor ada problem dengan Kelantan. Curi player dengan bantuan FAM. Tak perlu wang pindah. Just bayar baki kontrak. Berperang la setiap pasukan lepas ni. Pasal keturunan lanun buat undang2 lanun. Bukan sini la.. Negara sana.

[3]
Buat pertama kali dalam sejarah keselamatan stadium dijaga tentera Johor. Hambek! Only in Malaysia.

Bola telah mempergunakan peralatan JMF. Johor Milatary Force. Wow!

Pemerhatian gua, kekuatan tengah Johor seimbang dengan Kelantan. Cuma Johor mendapat keistimewaan apabila Kelantan menggunakan khidmat negro taraf jual jam sebagai penyerang.

[4]
Pertahanan Johor gua tgk dah upgrade berbanding lawan Pahang. Memang susah Kelantan nak score secara 'bola padang' dari dalam kotak penalti. Nak harap conner atau free kick jarang2 dapat.

Tapi, dalam game tadi, gua tengok, stopper lemah. Tiada stopper yang boleh halang larian tengah Kelantan menyebabkan pertahanan Johor turun rapat ke gol sendiri.

Ini memberi peluang selesa Farhan score dari luar petak penalti. Indra pun ada peluang try dengan selesa tanpa dicabar. Piya pun ada peluang tanpa diganggu stopper. Pertahanan Johor hanya berada di posisi masing2.

[5]
Pahang mengungguli carta setakat ni. Gua tak minat bola tempatan. Kecuali Kelantan dan Johor. Itu pun akibat ada peristiwa menarik di sebalik sukan Kelantan dan Johor.

Gua berpendapat, Kelantan dalam keadaan sukar jika masalah negro jual jam tak di atasi.

Johor pula akan hancur sebelum habis musim kerana emosi pemain yang pasti tidak akan diuruskan dengan baik. Itu bukan bidang bangsatwan.

Cuma sayang jika ramalan gua menjadi kenyataan kerana kehadiran Johor menyebabkan MSL lebih dramatik. Lebih warna-warni.

Wallahualam

Jan 14, 2013

Catatan anak kedua.

1. Ini catatan. Kena gaya, anak2 gua akan baca semua tulisan gua. Buruk dan baik. Gua bukan jenis orang yang ada banyak ID. Nak jadi jahat guna ID sekian. Nak jadi baik ID sebenar.

2. Baru2 ni, Pak Bakaq (Penarik Beca) panggil gua dengan panggilan LEBAI.

"Aku panggil hang lebai la ni. Sejak duduk Kelantan hang tak ganas macam dulu."

Gua sengeh sambil makan kambing. Restoran Al-Amin.

3. Sebenarnya anak adalah ejen pengurai dalam hidup gua. Ejen neutral.

Dalam keadaan marah, atau dalam keadaan memutuskan mengeluarkan tulisan provok, atau tatkala idea membuak2, anak akan mengurai, meneutralkan keadaan.

Bila main dengan anak, atau anak tiba2 ajak gusti, atau anak rentap HP / laptop, maka semuanya terbengkalai.

Anak juga adalah motivasi tambahan gua dalam perjuangan. Kalau gua yakin gua buat kerana Allah, gua tak akan takut sesiapa. Dan anak akan menjadi motivasi tambahan. Insyaallah.

4. Gua mahu anak gua dapat melihat asal usulnya di masa akan datang. Gua tak mampu hantar isteri versalin di swasta.

Bersalin di klinik kerajaan pula memang agak ketat. Mereka tak bagi gua rakam kelahiran dan proses suntikan.

Tapi demi anak, gua tetap buat. Walau dihalang gua akan tetap buat.

5. Anak pertama ada rakaman bagaimana dia keluar dari perut. Gua dah edit untuk melindungi aurat isteri gua.

Anak kedua tadi, alhamdulillah. Gua rakam gua. Walau ditengking pegawai perubatan dan berlaku fizikal contact. Tepis menepis.

6. Gua minta maaf banyak2. Kalau dulu gua melawan dengan garang. Sekarang gua dah rasa sesikit perubahan. Gua tidak melawan dengan garang kerana faham tugas mereka. Cuma gua tetap buat juga demi anak gua.

Dan sudah pasti walau 4 lawan 1; 10 pun pegawai perubatan bukan ahli dalam tepis menepis fizikal. Gua berjaya merakam dengan baik. Dan mohon maaf kepada diorang.

7. Walau ada pendapat suntikan vaksin adalah bentuk penganiayaan; gua takda ilmu bab perubatan. So, setakat ni gua mengikut arus sistem yang ada.

Setakat ni, suntikan anak pertama semua ada video. Panggil pengawal keselamatan pun gua tetap gua. Malah bil hospital anak pertama gua pun ada gua simpan dalam fail anak pertama. Dia akan belajar melalui asal usulnya nanti. Insyaallah.

Harapnya istiqamahlah gua untuk anak kedua ini. Amin

8. Walau melebihi tarikh jangka 06/01/13, alhamdulillah. Anak kedua lahir. KB113. 9 malam. Lelaki. 3.47 kg.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Mohon maaf dan terima kasih kepada staff HUSM Kubang Kerian.



Jan 13, 2013

Peristiwa yang memberi kesan kepada gua.

2008 dulu, member gua mengundi di A. Neneknya mengundi di B. Jarak lebih kurang 150km atau sejam setengah.

Pagi2 lagi member gua jemput neneknya dari B ke rumah maknya A.

"Kat sama meriah nek. Jom kita jalan2 tengok. Nanti saya hantar semula."

Selepas zuhur member gua hantar neneknya untuk mengundi di B. Sengaja lewat2kan masa sehinggalah tempat undi ditutup.

Neneknya tidak kisah sangat. Tetapi kalau undi kompom BN. Gua tanya member gua. Kenapa dia sanggup buat begitu.

Member gua jawab dia sayangkan nenek dia. Dia tidak mahu neneknya dibangkitkan mengikut pemimpin yang salah. Dia sanggup buat sampai sorok kad pengenalan pun.

PRU13 nenek member gua dah tiada lagi. Peristiwa tu cukup terkesan kepada gua. Kasih cucu. Pandangan jauh cucu. Taksub. Demokrasi. Kepercayaan agama. Semuanya dalam satu.

Jan 12, 2013

Cerita Presiden R

[1]
Program rapat umum Countdown HKR di Penang dan Perlis, penganjur memberikan slot kepada R. Gua mewakili R dijadualkan menyampaikan penerangan.

Malangnya 6 Januari adalah tarikh jangka anak kedua gua. Maka tiadalah berani gua nak jauh dari KB.

[2]
Mesyuarat R memutuskan menghantar wakil lain. Bernama X. Seorang CEO GLC yang setaraf dengan Presiden R. Orangnya baik. Jenis cool. Cuma N3 ini bertujuan menjelaskan satu sisi lain. Mungkin bermanfaat kepada anak muda yang akan memimpin di masa hadapan.

[3]
Sepatutnya, aktivis R dari Kelantan mahupun R mahasiswa di negeri penganjur mengiringi penceramah R.

Uniknya R ini ialah rata2nya anak muda yang 'gila2'. Apabila X dijadual, kesemua anak muda R keberatan untuk follow.

Sehinggakan keluar rasa kesal dari rakan X bahawa aktivis R tidak mahu beri kerjasama. Akhirnya X pergi berseorangan dari Kelantan.

[4]
X orang yang baik. Menjaga solat. Mudah menghulurkan bantuan dan sebagainya. Cuma dilihat elitis oleh aktivis.

Berbeza dengan Presiden R. Walau kini CEO dan Presiden kepada beberapa NGO, tetapi dia mengekalkan statusnya sebagai anak petani.

Apa yang aktivis dapat, itulah yang Presiden dapat. Tidur dalam van, bawah jambatan, kena nyamuk, tidur di masjid dengan budak2 U yang jauh usia, basah kuyup semuanya selevel dengan aktivis.

[5]
Kepada adik2 yang akan menyambung perjuangan, ini adalah satu perkara yang berguna. Berlakon untuk selevel dengan rakyat terbawah dengan jiwa yang berasal dari bawah secara original sangat2 berbeza.

Walau ramai orang bawah meninggalkan jiwa bawah apabila sudah berada di atas, tetapi politik intelek dan rohani di masa hadapan memerlukan origin jiwa.

Wallahualam.


Jan 9, 2013

Mimpi pasal Ustaz Azhar Idrus

Sebelum subuh tadi gua terjaga. Terkejut. Peww...

Gua mimpi semalam. Berdiri di 2 persimpangan. Kanan ialah laluan negara akan bentuk keluarga. Kiri laluan keluarga yang akan bentuk negara.

Sedang gua berfikir dan berfikir mahu ikut yang mana, gua ditegur oleh lelaki berjubah putih.

Perwatakan tawadduk. Walau wajah ditutupi purdah, gua seolah2 dapat rasa senyuman.

Belum sempat gua tanya siapa, lelaki itu bersuara dengan lunak sambil memegang bahu gua.

"AdukaTaruna. Jangan hadir demo KL112. Pilihlah jalan keluarga dahulu. Nescaya darjahmu menyamai Ustaz Azhar Idrus. Beliau tak hadir pun demo negara melainkan singgah tunjuk muka."

"Pakcik lebai.. Terima kasih atas nasihat. Tapi, sebelum gua ni dengar nasihat pakcik, gua nak tengok wajah pakcik ni juga."

Lelaki berjubah itu pun membuka jubahnya.

Abu Nawas si facebooker !!!!