Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

Tanah Tumpah Darah

Klik untuk gambar besar

Berkhalwat di PUTIK

[1] Oleh kerana panasnya isu salun, maka isu khalwat bukan Islam disaman MPKB turut menjadi perhatian. Gua menjelaskan kepada rakan2 bukan Islam bahawa sama ada muslim atau bukan muslim, kalau berkelakuan sumbang di tempat awam, maka mereka itu melanggar hak asasi kanak2 yang melihat. Keluarga yang beriadah. Bukan muslim boleh berkhalwat di tempat persendirian. Bukan di tempat awam. Tiada pencegah maksiat yang akan mendenda mereka. [2] Pasangan khalwat selalunya didenda di tepi jalan airport Pengkalan Chepa. Menariknya di sini, tepi jalan tepi pagar airport sudah menjadi tempat riadah keluarga pada waktu petang dan selepas magrib. Selain diambil alih oleh remaja di larut malam. Tempat ini sangat bahaya bagi kanak2 terutamanya. Sempit. Selekoh. Hanya ada satu wakaf sahaja. Ramai yang berkelah tepi jalan di antara kereta.  Peniaga kecil menambah kesempitan ruang riadah. [3] Gua tak sure kerajaan negeri Kelantan tiada duit atau tiada idea. Tapi alangkah baiknya jika dibina jejanta

Cerita sebenar di sebalik tabir HKR

[1] Dalam keadaan normal (kumpulan kecil), solidariti tanpa bantuan parti politik tidak mengubah apa2. Tetapi dalam keadaan kemuncak (kumpulan menjadi besar), solidari mengundang parti politik untuk menuai hasil perubahan. Begitulah solidariti BERSIH, ANAK, Stop Lynas dan ROYALTI. Kumpulan ini membesar sehingga pimpinan politik yang ikhlas bergabung dengan aktivis otai untuk membentuk satu gerakan yang mencantumkan kumpulan solidariti yang besar ini. Ianya di namakan Seketariat HKR Malaysia. Himpunan Kebangkitan Rakyat. Menjana rakyat Malaysia ke perhimpunan terbesar sejak merdeka. KL112. [2] Untuk setup road show di setiap negeri, HKR Malaysia memerlukan jentera parti politik negeri. Tenaga manusia, kewangan dan sebagainya. Permulaan HKR peringkat negeri ialah Seremban. N9. Objektifnya, tuntutan rakyat diberikan platform untuk setiap negeri. Menggunakan kekuatan pengaruh pimpinan utama parti politik bagi mendapatkan audien. Di Seremban, setiap tuntutan rakyat diberikan 10-15 mi